View: 31283|Reply: 295
|
Rakan Artis Masam Muka Kat Nelopak Sbb Unfollow IG?
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Neelofa memberitahu ada rakan-rakan artis terasa hati selepas dia bertindak keluar sebagai rakan (unfollow) individu berkenaan dalam senarai pengikut Instagram mereka.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Md Noor, 26, menyifatkan perasaan tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan dia sekadar mengeluarkan mereka di Instagram dan bukannya bermaksud untuk memutuskan persabahatan.
"Saya mula berhenti menjadi pengikut rakan-rakan termasuklah teman-teman artis sejak beberapa bulan lalu dan perkara itu membuatkan ramai yang mempersoalkan tindakan saya itu.
"Mereka merasakan sebagai kawan, menjadi kewajipan untuk mengikut mereka di Instagram. Dan jika saya unfollow mereka, ia menjadi satu isu besar.
"Ada yang sentap (terasa) dan sehingga kini tidak bercakap dengan saya gara-gara tindakan ini. Sedangkan saya masih lagi menganggap mereka kawan," katanya kepadamStar Online.
Terdahulu, Neelofa membuat keputusan untuk berhenti menjadi pengikut kepada lebih 1,000 akaun Instagram termasuklah akaun rakan-rakan dan teman selebriti.
Dan sehingga Selasa Neelofa hanya mengikut 714 akaun termasuklah mengenai berita tempatan dan dunia, gambar-gambar bayi, fesyen, hiasan dalaman dan tip-tip kecantikan.
Setakat ini Neelofa mempunyai 2.4 juta penigkut laman sosial itu.
Tambah Neelofa, sejak dia berbuat demikian, dia berasa lebih tenang selain menerima pelbagai ilmu yang bermanfaat sahaja.
"Ada sebab saya tidak mengikut rakan-rakan di Instagram. Keputusan ini dibuat sebagai usaha membiasakan diri untuk tidak berfikiran negatif terhadap apa yang kita lihat di laman sosial berkenaan.
"Contohnya, apabila kita lihat gambar rakan-rakan yang sedang bercuti atau hasil belian barang-barang, pasti terdetik dalam hati adakah mereka mahu menunjuk-nunjuk walaupun sebenarnya bukan itu niat mereka.
"Situasi seperti ini yang buatkan saya tidak suka. Kadang-kadang gambar yang mereka muat naik itu sudah menunjukkan ia bersifat negatif dan secara tidak langsung perkara itu terpalit dalam diri dan boleh serabutkan fikiran kita.
"Dengan cara ini, saya lebih tenang dan menjadi lebih positif dalam setiap perkara yang dilakukan," ujarnya.
Sementara itu, kata Neelofa, masalah terasa hati, gara-gara rakan tidak mengikut Instagram rakan lain sememangnya wujud bukan sahaja di negara ini tetapi juga seluruh dunia yang aktif menggunakan laman sosial.
Isu itu juga dianggap perlu dibawa ke depan untuk dibincangkan di dalam mana-mana program temu bual supaya masalah tersebut dapat dikurangkan.
"Laman sosial secara tidak langsung boleh menjurus kepada unsur-unsur negatif seperti isu follow dan unfollow ini. Kerana perkara seperti ini juga ia boleh membawa pergaduhan sesama rakan dan juga keluarga.
"Bagi saya isu seperti perlu diketengahkan dalam rancangan bual bicara untuk memberi fahaman kepada masyarakat bahawa laman sosial bukanlah segala-galanya dalam sebuah jalinan perhubungan. Dan jika kita unfollow seseorang, tidak bermaksud kita putus hubungan," tegasnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni mmg bermasaalah dgn rakan artis..jrg tgk dia rapat dgn mana2 retis |
|
|
|
|
|
|
|
entahlah.....tapi cara ko ckap tu mcam nk kate yg kengkawan yg ko unfollow tu, memberi impak negatif kt ko pulak
dah kalo kawan tu kan, buat2 tak nmpak je lah post die yg ko rase negatif tu
scroll down lelaju
kawan kot, ko unfollow memang lah dieorg sentap
tak memasal org ckap ko makin sombong sejak2 dh jutawan ni |
|
|
|
|
|
|
|
yang rakan2 retis punn nak sentapnyaa kenapa? dah nama pun retis dh tentu follower beriban-riban. Lopak unfollow tak jadik kudis der |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2 kita nampak benda ni no hal tp org ada yang sentap.. Entahlaa |
|
|
|
|
|
|
|
kalau terasa tak nak terpalit dengan sikap negatif orang, tak payah le belek lama lama.. senang citer tak payah follow orang langsung.. tiru macam diva aa, tak follow sesiapa pun. haha..dia dengan hal dia sendiri je |
|
|
|
|
|
|
|
bab ni aku setuju..sbb frenlist aku semua jns baik2..klu jns galak aku unfren unfollow jer..sbb sm mcm neelofa..aku nk tgk benda bermanfaat jer... |
|
|
|
|
|
|
|
mengong pulak aku rasa dia buat statement macam ni..ko tengok gambar kawan ko shopping boleh buat kepala serabut..negatifnya lopa nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lorrr..benda kecik je pun |
|
|
|
|
|
|
|
er...dia pun slalu kot post pic holiday..barang2 mewah..
tp kalau dah unfollow pun takkan la nak sentap bagai?
haisshh... |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk gambar orang lepas tu ko pikir negatif itu masalah hati ko lopa. Tak sampai hati ooo nak unfollow member. |
|
|
|
|
|
|
|
jutawan unfolo, haruslah sentap |
|
|
|
|
|
|
|
suka kau lah lopa.....
tapi perlu ke justify dekat media? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku pun terasa kalau kawan aku kenal tetiba unfollow aku kat IG atas alasan aku beri dia bad vibe.
kalau tak kenal tak kisah je |
|
|
|
|
|
|
|
statement dia mcm sombongla |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun dah tak layan IG sekarang ni.
Byk yg negatif dari yg positif.
Aku layan news di fb ja.
Tenang sikit hati. |
|
|
|
|
|
|
|
ntah pape ahkak jutawan kita ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
masing2 punya acc...ikut suka dia la nak folo or unfolo pun..
tak sume orang hard-up nak tengok apa yang orang lain sopping, or makan or do everyday.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lantak la..dia pun dah separa retis sekarang.
Betul la follow unfollow tu hak sendirik tapi takyah la bgtaw reason..kutttt?
Sentap ati mak nakkkk.... |
|
|
|
|
|
|
|
wateverlah lopak..selamanya xkan follow uols |
|
|
|
|
|
|
| |
|