CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Perlanggaran besar di bandar sri jempul: 8 maut termasuk 6 orang rentung + Myvi;

[Copy link]
Post time 12-6-2017 08:31 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 12-6-2017 02:39 PM
Allahuakabar anak.tinggal sorang pewaris generasi.hugs
moga adik tu cepat sembuh .. dengar nya patah tangan dan kaki ..

BANDAR SERI JEMPOL: Ahli keluarga pasangan yang maut dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong, dekat sini, semalam, berazam untuk memastikan nasib anak lelaki mereka berusia tiga tahun, terbela.

Azman Osman, 47, berkata mereka belum sempat berbincang lanjut mengenai hak penjagaan anak tunggal adik lelakinya, namun bersedia menerima apa saja keputusan yang difikirkan baik untuk kanak-kanak itu.

"Kejadian baru berlaku, saya belum sempat bertemu dan berunding dengan keluarga isteri adik saya mengenai perkara ini.

"Biarlah kami uruskan jenazah kedua-dua ibu bapanya terlebih dahulu sebelum berbincang mengenai hak penjagaan Muhammad Alifthaqif," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jempol, di sini, hari ini.

Osman Mohamed Taip, 31 dan isterinya, Rosniza Othman, 32, maut dalam kemalangan membabitkan tiga kereta iaitu Perodua Myvi; Proton Exora, Toyota Vios serta sebuah treler pada jam 2.20 petang semalam.

Kemalangan itu turut menyebabkan enam sekeluarga berusia antara tujuh tahun dan 51 tahun, rentung apabila Proton Exora mereka terbakar selepas dihempap treler itu.

Sementara itu, Azman berkata, mereka hanya menerima berita kemalangan itu pada jam 7.45 malam daripada seorang rakan adiknya. Mereka kemudian mencari lokasi kejadian berpandukan maklumat dikongsi pihak lain dalam Facebook.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2017 08:36 PM | Show all posts


amik dr harian metro.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 12-6-2017 01:01 PM
dari analisis awal aku, punca kejadian ialah motor

Setuju, motor tu lah punca segala2 nya, selfish sangat, kalau dah tengok kereta berderet2 bekakang kau, masuk ke tepi jalan kejap apa salahnya...    :
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pihak bomba ckp td dlm news sukar kuarkan mangsa sampai 5 jam sb xda kerjasama dr syk lori & crane x nk tlg. Depa sibuk tanya sape nk bayar klu guna crane bomba kuarkan seniri sampai azan magrib buka pose pn polis tlg suap kurma sb tangan depa penuh darah & cebisan mayat takziah & al fatihah tuk famili yg terlibat
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedara kami satu keluarga exora tu.my mom kat kg sedeh sgt2
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 08:41 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 12-6-2017 02:43 PM
ya ampun..takde hati perutnya memasing..!



alhamdulillah .. adik tu dah stabil

“BIARLAH keluarga perempuan yang menjaga Muhammad Alifthaqif, 3, kerana mungkin dia lebih sesuai di sana,” kata Mohamed Taip Sidek, 74, bapa kepada Osman, 31, yang maut bersama isterinya Rosniza Othman dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong, Jempol, semalam.

Mohamed Taip berkata, tiada perbincangan rasmi lagi mengenai hak penjagaan cucunya itu, tetapi berpendapat lebih sesuai untuk Muhammad Alifthaqif dijaga keluarga ibunya.

"Dia lebih rapat dengan keluarga sebelah ibunya dan adik beradik arwah ibunya pasti dapat menjaganya dengan baik.

"Namun, itu hanya keputusan saya... kami masih perlu berbincang mengenai masa depan cucu saya ini dengan kedua-dua keluarga. Kemalangan ini meragut nyawa ibu bapanya, sekali gus menjadikannya yatim piatu sekelip mata," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang, hari ini.

Mohamed Taip berkata, cucunya itu patah tangan kiri dan dilaporkan stabil dirawat di Hospital Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.

Jenazah Osman dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Merab Luar, selepas Asar, manakala isterinya, Rosniza dikebumikan di kampung halaman isterinya di Endau, Mersing.

Dalam kejadian jam 2.20 petang semalam, lapan maut dengan enam daripadanya rentung manakala seorang cedera dalam kemalangan membabit dua kereta, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan treler di Jempol.

Mereka yang maut ialah enam sekeluarga yang menaiki Proton Exora iaitu pemandu kenderaan berkenaan Wan Mohd Fauzi Wan Mohd Ibrahim, 52, dan isteri Masnoraida M Yussof, 44.

Turut terkorban empat anak mereka iaitu W Muhammad Muhaimmin, 21; Wan Athira, 18; Wan Mohd Ammar Haziq, 13; dan Wan Nur Aiesya, 7.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2017 08:44 PM | Show all posts
MissMamamia75 replied at 12-6-2017 03:31 PM
Blh tak JPJ tlg blacklist kesemua kren2 itu...gila sungguh disaat2 org memerlukn pertolongan diorg ...
Setuju .. kalau boleh ..
atau denda sebab tak membantu bila d perlukan
macam kena enda kalau tak ketepi bila ambulan nak lalu

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 08:44 PM | Show all posts
Tu yg malas nak kuar mana2 raya ni..tp nanti tepaksa balik kampung..arghh tensen mikir nya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2017 08:46 PM | Show all posts
MissMamamia75 replied at 12-6-2017 03:37 PM
Buat drebar trailer..Ko dah la punca eksiden yg menyebabkn sefamily maut..yg tinggal jd yatim piat ...
tak tau dah ada yang tepek lom



PEMANDU treler direman empat hari bermula hari ini berhubung kemalangan menyebabkan lapan maut termasuk enam rentung di Kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong, dekat Ladang Risda Palong, semalam.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali di Mahkamah Majistret Bahau.

Suspek, 44, yang memakai baju lokap jingga tiba di mahkamah pada 9.10 pagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, berdasarkan semakan lelaki terbabit mempunyai satu saman trafik lampau manakala ujian saringan air kencing negatif.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler dari arah Keratong menghala Bahau dipercayai cuba memotong motosikal membawa tong aiskrim tetapi gagal sebelum ia membrek secara mengejut untuk mengelak melanggar motosikal berkenaan.

Tindakan pemandu membrek secara mengejut menyebabkan treler ‘membuang’ lalu memasuki laluan bertentangan.

Pada masa sama, Perodua Myvi dari arah bertentangan cuba mengelak merempuh treler berkenaan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Vios.


Sebuah lagi kenderaan pula iaitu Proton Exora yang dipercayai dinaiki enam sekeluarga yang datang dari arah Bahau ke Keratong cuba mengelak Myvi yang terbabas di hadapannya tetapi gagal lalu terperosok ke bawah treler berkenaan dan terbakar.

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg sedehnya, ibu kepada arwah kak masnoraida belum diberitahu kerana sedang uzur skrg ini.oleh sbb itu juga semua jenazah dikebumi di kg halaman sblh suaminya di jelawat..bukan di kg arwah kak di kg pak badol.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
mixed replied at 12-6-2017 08:40 PM
Pihak bomba ckp td dlm news sukar kuarkan mangsa sampai 5 jam sb xda kerjasama dr syk lori & crane x ...

Allah. sedehnye disaat org benar2 perlukan bantuan dorg. itu pn berkire ke. sedehnye la dgn manusia mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 09:05 PM | Show all posts
cruz2 replied at 12-6-2017 08:41 PM
Sedara kami satu keluarga exora tu.my mom kat kg sedeh sgt2

Takziah..semuga dipermudahkan urusan sedara dan keluarga cruz2...semuga roh2 arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...amin...

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 12-6-2017 08:46 PM
tak tau dah ada yang tepek lom




dh tau yg ko drive tu gergasi berat. ko hon aje la motor tu bertalu2 smpi die ke tepi. gigih gk berlagak nk motong. mcm x biase lak gune fungsi hon tu.

xpasal2 disebabkan sekor moto sekor lori, org laen jd mangsa. anak yg maseh perlukan ibubapa jd yatim piatu. dh la nk dkt raye. sedihnye dgn kejadian ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 12-6-2017 08:36 PM
amik dr harian metro.

Vios depan motor
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 09:08 PM | Show all posts
Moga time balik raya nanti lori semua duduk diam-diam jangan ke mana-mana.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 12-6-2017 08:36 PM
amik dr harian metro.

Dari lakaran kalau vios depan motor mmg lori ni salah sb cube potong motor dan vios.  Sat aku bace semule
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2017 09:08 PM | Show all posts
sebu1 replied at 12-6-2017 05:47 PM
Sape2 yg bawak slow tu kalau jln sempit sile prihatin pade org belakang.  Mcm aku bawa kereta ke kg  ...

Setuju dengn sebu...kalau yang bawa slow tu bagilah laluan pada yang bawa laju...tak kiralah kat jalan sempit ke atau di lane paling kanan highway...sakit hati dengan kereta yang hog jalan dengan bawa slow lenggang mak limah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 09:09 PM | Show all posts
Sapa yang bawak motor dok tengah tu tau x smpai skrg?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Oke aku silap paham.  Mmg lori cube potong motor then myvi depan arah bertentangan mengelak lalu bertembung dgn vios
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
moga benda yang sama terjadi pada pemandu lori n.pemilik lori itu
eksiden n orang lain xmau tolong sampaimati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.190617 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list