Edited by lia98 at 6-1-2020 03:30 PM
Aku penah kat tempat sofea…
Kerjaya aku pun sama macam sofea. Tahu suami amik dadah masa tengah pregnant 5 bulan… selepas 5 tahun berkahwin. Marah, kecewa, sedih… semua ada. Aku pun pi fail cerai.
Family aku sokong aku cerai. Family husband pujuk aku balik pada suami, ada gak yg salahkan aku katanya suami akan jadi lebih teruk kalo aku tinggalkan dia.
My bestfren is a dirvocee, nasihatkan aku utk fikir masak2, katanya zaman skrang org dah tak kisah jadi janda, tp hakikatnya bukan senang janda nak besarkan anak seorang diri, kita kena susahkan keluarga, mak ayah sebenarnya.
Dengan perut boyot aku pi AADK minta nasihat. Walau mak aku larang, takut kenan kat baby agaknya. AADK kata family support yang paling penting. Dan masa tu, aku wife dia adalah family yg paling rapat. Ya aku memang masih sayang dia. Tapi yang paling penting aku fikir waktu tu adalah anak aku. Jadi aku decide utk bantu dia tinggalkan dadah.
Aku tarik balik fail penceraian. Family aku marah aku, kata aku bodoh, kata suami takkan boleh berubah. Aku tahu… tapi aku hanya ingin cuba. Aku hanya mampu doa kat Allah… tolong bantu aku, bantu suamiku, bantu keluarga kecil kami.
Sekarang masih dalam proses recovery dah dekat setahun. Aku cuba sibukkan dia supaya tak teringat benda tu. Paranoid pun ya… aku salu selongkar barang2 dia, tak bagi dia menyendiri, tak bagi dia lockpintu bilik air, etc.
Mohon kalian semua tolong doakan sekali ya. Tonton drama ni betul2 wat aku sebak bila part sofea… org memang takkan faham selagi x laluinya. Sama juga bila org persoalkan decision aku, dan aku cakap korang tak faham, then dorang suh aku fahamkan diorang, still theyall tak bleh accept reason aku.
Apapun aku harap sangat drama ni happyending, sofea dan fir berbahagia bersama baby mereka.
|