|
Kisah-Kisah Alam Ghaib dan Ulama Sufi (Update 13-6-2012 00:04)
[Copy link]
|
|
Reply InspekterZ
kisah yang menarik, tapi sedikit kurang faham kerana berbunyi indonesia... bil ...
magpie5672 Post at 18-6-2012 19:16
seharusnya bahasa itu mudah difahami.
mungkin saat anda membaca, fikiran anda sedang mengelamun.
cuba baca sekali lagi ketika anda rasa tenang. membaca kisah seperti ini, perlu fikiran yang tenang.
ada ilmunya dalam kisah ini. cuba tangkap maknanya. |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
pasu tumpang baca eh...
gegeh TT taip... |
|
|
|
|
|
|
|
pak habib tu mmg gigih hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah-Kisah Alam Ghaib dan Ulama Sufi (Update 13-6-2012 00:04)
Reply 183# pasuoren
wsalam. jemput baca. sila silakan.
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah-Kisah Alam Ghaib dan Ulama Sufi (Update 13-6-2012 00:04)
Reply 184# ariapersanta
kat mana lah gigih saya ni. ringan tapak tangan, ringan lagi jari saya mengepaste....ehehehe
ada juga cerita yang saya taip sendiri. berkunang kunang mata saya nak membaca sambil menaip.
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah Nabi Sulaiman dan Pemuda yang Berbakti Kepada Ibu Bapa...
Pada suatu hari, Nabi Sulaiman mengadakan perjalanan bersama rombongannya yang terdiri daripada manusia dan jin. Tujuannya adalah untuk melihat kebesaran Allah S.W.T.
Perjalanan mereka pun tiba di tepi laut, tiba-tiba Nabi Sulaiman terpandang suatu benda yang menakjubkan di dalam laut. Dia memerintahkan pada jin Ifrit, “Wahai Ifrit, cuba kamu lihat ke dalam laut, ada suatu benda yang menakjubkan aku, oleh itu kamu bawakan ia kemari”.
Jin Ifrit yang sememangnya gagah tak banyak bercakap kerana takut akan murka Nabi Sulaiman dan terus menyelam ke dasar laut, namun dia tidak berjumpa apa-apa.
Kemudian Nabi Sulaiman menyuruh jin yang lain menyelam untuk mendapatkan benda terbabit, namun malangnya jin tersebut pun gagal berbuat demikian.
Akhirnya Nabi Sulaiman pun berkata kepada Ashif bin Barkhiya, yakni orang yang mendapat ilmu terus dari Allah, “Sekarang aku perintahkan kepadamu agar pergi ke laut dan dapatkan benda ajaib yang aku maksudkan”.
Ashif bin Barkhiya pun menyelam dan terlihat suatu benda yang menyerupai kubah yang diperbuat dari kapur putih.
Dengan kekuatan yang luar biasa, Ashif bin Barkhiya membawa naik kubah ajaib tersebut dari dasar laut dan mempersembahkan kepada Nabi Sulaiman.
Apabila Nabi Sulaiman melihat kubah itu dan berkata, “Wah, alangkah indahnya benda ini, tapi mengapakah aku tidak dapat melihat isi kandungan dalam benda ini padahal Allah telah memberikan mukjizat yang mana penglihatanku dapat menembusi segala sesuatu”.
Nabi Sulaiman pun berdoa kepada Allah supaya dia dapat melihat isi di dalam kubah berkenaan dan Allah memperkenankan doanya. Sejurus selepas berdoa, maka terbukalah kubah tersebut dan Nabi Sulaiman melihat ada seorang pemuda yang sedang sujud dan bertasbih memuji Allah.
Nabi Sulaiman lalu berkata, “Maha suci Allah lagi Maha Besar”. Mendengar seruan Nabi Sulaiman, maka pemuda itu pun bangun dari sujud lalu memberi salam.
Nabi Sulaiman menjawab salam dan memulakan pertanyaan, “Siapakah kamu wahai pemuda! Adakah kamu malaikat, jin atau pu manusia?” Jawab pemuda itu, “Aku hanyalah seorang manusia biasa”.
Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Apakah yang membuat kamu memperolehi kemuliaan sedemikian rupa? Apakah amal yang pernah engkau kamu lakukan sehingga Allah menurunkan rahmat dan berkah yang tidak ternilai ini kepada kamu?” Pemuda itu berkata, “Saya berbakti kepada kedua ayah dan ibuku”.
Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Bagaimanakah kamu berbakti kepada orang tuamu?”
Jawab pemuda itu, “Saya memelihara mereka berdua sehingga mereka lanjut usia. Kedua ayah dan ibuku adalah orang yang soleh, mereka sangat takut dan taat kepada Allah. Sejak saya kecil hingga dewasa, mereka memelihara saya dengan baik sekali, mereka juga selalu mendoakan saya agar saya menjadi seorang yang soleh. Bapa saya meninggal dunia dalam usia lanjut dalam pemeliharaan saya dan yang tinggal hanya ibu saya yang sudah tua, lemah dan sakit serta matanya buta dan kakinya lumpuh”.
Sambung pemuda itu lagi, “Saya satu-satunya orang yang merawat dan menguruskan keperluannya. Saya selalu mengangkatnya untuk mandi dan saya memandikannya. Segala urusan makan dan minum saya uruskan dan saylah yang menyuap makanan padanya. Ibu saya selalu mendoakan supaya saya dikurniakan ketenangan dan kepuasan dalam hidup serta memberikan saya setelah wafatnya sebuah tempat yang bukan di dunia atau pun di langit. Setelah ibu saya wafat, saya berjalan-jalan di tepi laut dan saya lihat ada suatu kubah dari mutiara. Saya mendekati kubat tersebut dan pintu kubah terbuka. Apabila saya masuk ke dalam, pintu kubah ini tertutup, maka tidaklah saya ketahui sama ada saya berada di bumi atau langit”.
Nabi Sulaiman bertanya, “Kamu hidup di zaman mana?” Pemuda itu menjawab, “Saya hidup di zaman Nabi Ibrahim A.S”.
Nabi Sulaiman mengirakan umur pemuda tersebut dan dalam kiraannya umur pemuda itu telah mencapai 14,000 tahun, tetapi tiada satu uban pun pada rambutnya.
Nabi Sulaiman lalu bertanya, “Apakah tuan merasakan nikmat Allah? Bagaimana Allah memberikan rezeki padamu dalam kubah ini?” Pemuda itu berkata, “Setelah saya berada di dalam kubah ini, maka tahulah saya bahawa Allah telah menciptakan syurga khusus buat saya”.
Nabi Sulaiman teringin sangat melihat syurga yang pemuda itu katakan. Kemudian pemuda itu pun berdoa kepada Allah lalu suasana di dalam kubah yang gelap tiba-tiba bertukar menjadi terang-benderang.
Terkejut Nabi Sulaiman sambil berkata, “Maha suci Allah seru sekian alam”. Satu pemandangan yang tak ada di dunia ini terpampang di hadapan Nabi Sulaiman dan rombongannya di mana terdapat pokok-pokok, kebun yang indah, kolam air susu dan madu serta suara-suara yang merdu di dalamnya.
Pemuda itu berkata, “Jika saya lapar, saya makan bermacam-macam buah-buahan yang pelbagai macam cita rasa, semua makanan yang saya ingin akan tersedia dan kalau saya haus, akan tersedia pula bermacam-macam jenis minuman yang paling lazat”.
Nabi Sulaiman bertanya lagi, “bagaimana kamu dapat mengetahui siang atau malam?” Jawab pemuda itu, “Apabila terbit fajar maka kubah ini akan menjadi putih dan apabila matahi terbenam kubah ini akan menjadi gelap”.
Kata pemuda itu lagi, “Cukuplah, sebab saat ini saya harus mengadap kembali pada Allah untuk solat dan zikir, bertasbih dan mengsucikan serta memuji kebesaranNya”.
Nabi Sulaiman dan rombongannya segera keluar dari kubah tersebut dan pemuda itu berdoa kepada Allah, lalu tertutuplah kembali kubah itu. Nabi Sulaiman termenung sejenak memikirkan peristiwa yang dilihatnya sebentar tadi dan mengarahkan Ashif bin Barkhiya untuk membawa kubah tersebut kembali ke dalam laut di tempat asalnya.
Setelah itu Nabi Sulaiman berkata kepada rombongannya, “Untuk pertama kali aku menjumpai tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah, aku bersyukur kepada Allah dan semoga bertambah iman dalam sanubariku. Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar dan tiada daya dan kekuatan apa pun di dunia ini melainkan dengan kehendak Allah S.W.T”.
Kepada semua pembaca, kasihlah kepada ibu bapa kita sementara mereka masih ada di dunia dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kita sewaktu kecil.
Fikirlah sejenak, apakah sumbangan kita terhadap keduanya? Apakah sudah cukup kasih sayang dan perhatian kita untuk mereka? Sudah cukupkah bakti yang kita lakukan semasa usia mereka lanjut dimamah usia?
Adakah kita ini tergolong dari golongan yang berbakti kepada ibu bapa? Bersama kita renungkan dan kita amalkan, insyaAllah. Ingatlah, doa ibu bapa terhadap anaknya adalah mujarab dan tiada hijab antaranya dengan Allah.
copy paste...TAMAT... |
|
|
|
|
|
|
|
assalammu'alaikum,
sejuk hati acik bila mmbaca kisah2 yg tuan paparkn disini..........seperti berada di dlm pondok para ulama .........
tuan katakn tadi hati orng2 yg takwa tidak meminta2 ......
soalan saya ...........bagaimana mengawal hati supaya kusyuk mendengar perintah seperti apa yg kita kehendaki.........
dan bagimana untuk mangawal mereka supaya diam dan tidak banyak cakap............
adakah ianya berkaitan dengan jiwa yg kacau.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 188# makcikzai
assalammu'alaikum,
sejuk hati acik bila mmbaca kisah2 yg tuan paparkn disini..........seperti berada di dlm pondok para ulama .........
tuan katakn tadi hati orng2 yg takwa tidak meminta2 ......
soalan saya ...........bagaimana mengawal hati supaya kusyuk mendengar perintah seperti apa yg kita kehendaki.........
dan bagimana untuk mangawal mereka supaya diam dan tidak banyak cakap............
adakah ianya berkaitan dengan jiwa yg kacau..........
waalaikumussalam warahmatullahi wabarokatuh
Alhamdulillah
jalan taqwa hanya bertaubat. Meminta minta harta dunia ini hanya me'leka'kan amal ibadah.
meminta hati senantiasa ingat pada Allah swt. meminta tidak terlalai dari kebinasaan.
meminta dipelihara diri dari godaan syaitan. mengekang hawa nafsu dari syahwat yang mudarat.
berzikir ada tempatnya. lidah. hati. sir.
bagi orang awam yang lidahnya penuh syahwat, ajarlah lidahmu berzikir.
diam bila tiada hal melibatkan ilmu dan amal.
berzikir pada hati, memadamkan segala bisikan syaitan. fitnah diri. mengumpat membusukkan hati.
zikir hati ini boleh dengan hanya menyebut Allah sepanjang masa. itu yang terbaik.
zikir sir. ini adalah jalan tauhid. sudah hilang semua riak, ujub, takabur dan segala syahwat kotor barulah akan terhidup zikir sir.
ini adalah maqam khawasul khawas. orang orang yang paling khusus dalam mencari Allah swt.
ubatilah jiwa. dengan amal ibadah. tidak diterima taubat sedangkan bertaubat hanya kerana sudah melakukannya dan akan melakukannya lagi. taubat yang diterima ialah taubat orang berilmu. maksud, ia bertaubat kerana ia memikirkan dirinya zalim pada Allah swt. bukan kerana sarana duniawi. dunia ini hanyalah tempat godaan syaitan. sebaik baik pelindung adalah Allah swt. masuklah ke dalam majlis ilmu (mengaji Al Quran, berzikir dan syarah agama). itulah 'tempat' yang terbaik dimuka bumi ini walau di mana engkau berada, pasti Allah swt mendengar kerana Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 189# InspekterZ
walaupon tuan menjawab persoalan makcikzai, tapi ia juga membantu saya. Alhamdulillah. saya sendiri sedang belajar. apa pon saya sangat menantikan kisah-kisah menarik yang terbaru dari tuan. insyaAllah |
|
|
|
|
|
|
| |
|