CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nur_ieyfa

Hasad dengki adik beradik sendiri

[Copy link]
Post time 21-9-2015 05:08 PM | Show all posts
vee_zara replied at 20-9-2015 06:54 PM
sorry tt ni dr utara ke? why kat utara ni byk sgt ya kes bomohkan org. i ni da dok sg petani 5 tahun ...

huhu mcm nk agree..jd dpn mate...sikit2 sume bomoh..tp ibadah solat etc xnmpkk pn buat..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2015 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
LAMPU TINGGI

Masa tu Ieyfa dalam perjalanan dari kuantan nak pergi jb lalu ikut mersing..Jalan scary tak boleh bayangkan lah malam pulak tu..dah la pulak jalan macam ular kene palu..Sekali ada kete dari blakang high beam kereta kami siap potong sambil tengok tengo je kat dalam kete pastu muka pucat trus pecut laju je..Masa tu memang dah mula fikir bukan bukan dah..

Bila kete dari depan pon buat memda yang same terus Ieyfa pasang surah Yassin dalam kete..nasib baik anak sedara Ieyfa anak si Maria yang kedua masa tu tengah tido..kalau tidak, mau melalak la budak tu sebab dia ni hijab terbukak dari kecik..
Ieyfa pun tak berapa faham dengan si Danny ni orang lain kalau selalu tengok sampai dah lali tapi dia ni makin lama makin penakut sampai orang pakai telekung pun dia boleh menjerit menangis-nangis..Okay lah..ni cerita bikin panas sikit..dah lama tak bercerita kan..tambahan pulak Ieyfa type direct dari hp je terus..So kalau pelik je mintak maap la..Btw cerita tak seram kali ni..warm up dulu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2015 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr replied at 16-7-2015 08:57 PM
Tt. Adakah kakak indon tu duduk sekitar selangor?

Tak la..dia duduk negeri lain..kira dia ni bomoh yang dicari la sampai ke negara seberang sanggup datang nak jumpa dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2015 03:19 PM | Show all posts
Hi semua,

Untuk pengetahuan semua Ieyfa dah pun bertunang. Maknanya dah dapat kebenaran dari keluarga si dia lah ni. Jadi alang-alang dah bertunang ni, Ieyfa cerita pasal kejadian yang berlaku pada si dia lah. Sebelum ni Ieyfa dah pernah cerita kat thread orang lain, tapi ni copy paste untuk sesiapa yang tak baca lagi la.. Enjoy.. Ieyfa copy semua-semua yang Ieyfa pernah menumpang kat thread lain lepas tu Ieyfa akan mula mengarang balik cerita-cerita lain.. Baru-baru ni pun ada jadi kes yang agak menarik bagi Ieyfa..


SIAPA TU???

Tunang Ieyfa memang membesar dekat Ampang..area Pandan Indah..rumah dia dekat dengan pasar cina yang slalu jammed tak hingat dunia..rumah dia apartment dan dia stay rumah tingkat 2..sekarang tunang dah pindah Puchong..masa dia dan family dia stay dekat sana,memang dia seorang je yang selalu kena kacau..salah satu cerita ni time dia umur 17-18..Ieyfa pn tak berapa ingat lah umur dia..

Masa tu dia duduk rumah seorang sebab mama dia pergi Europe ada kerja seminggu..Adik dia tumpang rumah mak saudara dia orang kat belakang lrt Pandan Indah..situ pun ada cerita jugak..tapi ieyfa cerita yang jadi kat tunang dulu..
So nama pun lelaki mesti la tidur pun lambat tiap-tiap malam..Tapi sebab dia seorang je kat rumah,so dia akan tidur bilik mama dia..Konon sebab bilik mama dia katil queen size then ada tv dan toilet ada bathtub..so malam-malam dia layan tv dalam bilik mama dia selama seminggu tu.. Nak dijadikan cerita tiap-tiap malam dia masuk bilik mama dia,dia akan kunci pintu bilik..dan tiap-tiap malam tu jugak lah dia dengar dan nampak tombol pintu tu macam ada orang goyang-goyang nak buka pintu..tapi sebab berkunci so tak boleh masuk..

Sampai lah malam terakhir sebelum mama dia pulang, tunang dah mengantuk sangat dia terlupa nak kunci pintu bilik..Tengah dia mamai tu dia dengar pintu bilik kena bukak..Waktu tu dia pusing menghadap dinding dah menyumpah-nyumpah dah sebab terlupa kunci pintu..Then dia cakap masa tu dia dapat rasa katil tu macam ada orang baring sebelah dia sebab tilam macam melendut kan..faham kot kan..Tapi Alhamdullillah la tak jadi pape pon malam tu..Tu salah satu kisah la..Ikutkan banyak lagi kisah lain yang terjadi kat tunang..Even masa bulan puasa pon dia kena..tapi yang ajaibnya mama dengan adik dia tak kena..dia seorang je dalam rumah kena kacau..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2015 03:25 PM | Show all posts
SHARING IS CARING HOKAYYYY!!!

Okay,ni kisah lain yang tunang Ieyfa pernah kena..Waktu ni bulan puasa,dalam family dia memang dia seorang je yang akan bangun bersahur..Mama dan adik dia tak boleh bersahur,kalau sahur jugak the next day akan sakit-sakit perut diorang..Tunang Ieyfa plak jenis tak boleh kalau tak sahur,mula la lembek je tengok..Rumah tunang ni ada dua part,satu ruang tamu yang bersebelahan dengan balkoni and dipisahkan dengan sliding door..then kena lalu lorong kecik untuk sampai ke dapur..kat dapur tu ada meja makan dan laluan ke bilik masing-masing..pintu rumah pun kat area dapur jugak..Faham la kot yea?

So tiap-tiap malam tunang akan bersahur sorang-sorang kat meja makan tu..lepas dia makan, dia akan sambung tido kat ruang tamu dia then dia akan tutup lampu area dapur..dan menda tu akan jadi tiap-tiap malam sepanjang puasa..lepas je tunang masuk ruang tamu and tutup lampu dapur,dia akan dengar pinggan mangkuk berbunyi macam ada orang tengah ambil nasi nak makan..meja makan diorang ni besi padu,jenis kalau tarik kerusi memang ada bunyi la sebab nak angkat tak larat so kena seret la kan..so tiap-tiap malam dia akan dengar bunyi orang ambil pinggan,cedok nasik then bunyi macam orang makan sudu berlaga dengan pinggan,bunyi kerusi kena seret..

Kalau dia sahur lambat dekat-dekat nak subuh tu,bunyi tu akan ada sebelum dia sahur..tunang akan tunggu sampai bunyi habis baru ambil turn dia pulak..tunang cakap biar lah diowang nak tumpang bersahur sekali..so menda tu memang jadi tiap-tiap kali puasa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2015 03:42 PM | Show all posts
Ni pulak kisah yang terjadi masa Ieyfa masih belajar Degree dulu..Enjoyyy

I WILL FOLLOW YOU... (dah macam iklan Digi je ni)


Waktu tu Ieyfa on the way balik dari kerja partime kat Sunway..Masa tu tengah belajar lagi kat Puncak Alam. Jadi waktu tu Ieyfa lalu ikut Shah Alam nak balik ke rumah kat Puncak Alam..Masa tu dah lewat, dalam pukul 1 atau 2 pagi lah..Dalam kereta ada dalam 4 orang termasuk Ieyfa. Tapi semua dah penat keje..Sebab kereta Ieyfa jadi kawan-kawan buli suruh Ieyfa yang drive..Kitorg dulu keje banquet service. Habis kerja mmg penat tersangat la..

So masa drive tu Ieyfa sorang je yang berjaga sebab kawan-kawan yang baik hati ni semua dah mengantuk . Tengah drive tu nampak ada satu kete kat depan bawak dengan kelajuan sederhana..So Ieyfa ingat nk potong la..Tapi tak jadi.. Sebab nampak kat sebelah kete dia ada kakak tengah terbang. Kakak tu terbang kat sebelah kanan dan kat sebelah seat belakang. Ieyfa waktu tu dalam kete terus menggigil tak tau nak cakap ape..

Terus la Ieyfa kejut member dalam kete mintak bangun teman Ieyfa drive..hahaha...takut kot..dah lame tak nampak mende macam tu..memang menggigil la..Yang kawan Ieyfa ni pulak boleh tak nampak kakak terbang tu. Terus marah Ieyfa kata sengaja dengki dia tengah tido ape lagi then dia terus je sambung tido..Kureng punya member..

Sampai la Ieyfa masuk simpang ke Puncak Alam tu Ieyfa still follow belakang kereta tu je sebab tak berani nak potong..Sampai pulak kat satu area lain, kene kacau lagi..Kali ni follow kete Ieyfa pulak..Time tu memang Ieyfa gegar bagi satu kereta bangun and semua nampak ape lagi semua pakat bukak tepon masing-masing on bacaan Quran..

Scarryyy ooooo..huhu...Tapi tu masih tak berjaya mematahkan semangat kami untuk keje partime cari duit..hihihi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-10-2015 05:14 PM | Show all posts
Ni cerita pasal kisah yang terjadi dekat tapak rumah Ieyfa yang Ieyfa cakap seram dan banyak gangguan tu..

AKU DISINI OIITTT

Waktu ni Ieyfa masih lagi kecil. Tengah nakal la masa ni. Ingat lagi kan Ieyfa pernah cakap Ieyfa ada abang nama Azman yang tak berapa masuk campur hal adik beradik yang lain.. Kisah ni terjadi pada si Azman tu lah.

Waktu ni rumah kat kampung tu kami tak duduk sangat sebab Aki dan Tok masih hidup lagi dan dia orang duduk situ. Kami ni balik tiap-tiap hari minggu. Tapi Azman masa ni belajar dekat dengan rumah tu jadi dia tak nak duduk hostel dan tak nak duduk menyewa, jadi dia tinggal la dengan Aki dan Tok.
Azman ni hati lembab-lembab gitu je tak la kering sangat. So dalam kena kacau takut jugak lah dia. Dia memang sangat kerap kena kacau kat rumah tu. Sebelum ni kami tak tahu lagi pasal cerita disebalik gangguan tu semua. Kadang-kadang dia ajak kawan-kawan dia teman dia kat rumah sebab Aki dengan Tok akan pergi tidur rumah anak-anak Tok. Tok ni sebenarnya isteri no 2 Aki. Jadi mak Ieyfa dengan kakak mak anak Aki dengan arwah isteri pertama. Dan anak-anak Tok yang lain tu dengan suami lama.

Pada suatu hari di tengah-tengah malam ni, Azman tengah study. Sebelah bilik Azman ni ada lagi satu bilik. Di pisahkan oleh dinding yang kat atas tu ada ruang kira bole panjat la dari bilik sebelah kalau nak masuk bilik si Azman ni. Ieyfa dulu kecik-kecik selalu main panjat-panjat situ..hehe

Tengah-tengah dia study tu dia boleh terdengar bunyi orang gelak-gelak sedangkan dia pasang Walkman. Masa tu tengah popular Walkman biasa la mp3 tak wujud lagi. Dia pun buka headset dia dengar orang panggil-panggil. Ateh ooo Ateh.. Ni gelaran kami sekeluarga panggil si Azman ni. Azman ni dengar macam suara Tok panggil dia bangun bukak pintu bilik dia. Gelap je kat luar.

Bila dia duduk baring balik atas katil kalau tak silap dia meniarap. Dia dengar suara yang sama cakap, Ateh...Tengok lah kat atas ni.. Ada ni haa kat atas.. So Azman ni dengan takut-takut berani pandang la kat atas.

Sekali nampak Tok kat atas tu tengah sengeh pandang Azman. Ape lagi melompat Azman dari tingkap bilik dia terus memecut lari.. Tengah lari baru teringat memang tak ada sesiapa kat rumah sebab Tok dengan Aki kat rumah anak Tok.. Azman cakap memang malam tu rumah terbiar tak berkunci lansung kalau ada yang merompak memang bahagia lah.

Esok nya Azman paksa kawan baik dia Megat yang handsome datang teman masuk rumah ambil baju mandi.. Hehe, kecik-kecik pun aku dah gatal..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2015 07:38 PM | Show all posts
Yang ni short story jela yea yang jadi kat rumah yang sama. Tapi kisah ni jadi lepas Tok meninggal.

AKU MASIH DISINI

Biarlah Ieyfa cerita pasal arwah Tok Ieyfa ni. Bukan niat nak mengaibkan orang yang dah pergi tapi cukup sebagai pengajaran. Tok Ieyfa ni sebelum berkahwin dengan Aki, dah pernah berkahwin dengan Tok Batin. Jadi ilmu-ilmu hitam ni ada la yang dia belajar. Kami sendiri pernah jumpa bekas kemenyan satu set lengkap dekat bawah katil betul-betul tempat bawah Aki tidur.

Yang Ieyfa dengar dari Mak Ieyfa, kalau mak tipu maknanya Ieyfa tipu lah. arwah Tok ada guna-gunakan arwah Aki supaya Aki dengar je cakap tok. Kalau tengok pun boleh cakap macam tu. Aki punya duit pencen tiap-tiap bulan bagi semua kat Tok. Aki memang sampai tak ada duit belanja, kami bagi duit semua Aki bagi kat Tok. Dan Tok akan bagi kat anak-anak dia. Even kami beli barang dapur penuh pun seminggu je dah habis, bila korek-korek baru tau, tiap kali lepas kami balik, cucu Tok akan datang dan ambil barang dapur yang kami beli.

Okay cukup lah pasal tu. Kisah ni jadi pada bulan puasa. Ieyfa ada seorang mak cik ni. Kalau ikutkan tak ada hubungan pun tapi memang dia stay dengan family dari sebelum Mak kahwin lagi. Ieyfa panggil dia Cik Nab atau pun kadang-kadang panggil Mak. Sampai Mak Ieyfa sendiri keliru dan jeles sebab kami adik beradik lagi rapat lagipun Mak Ieyfa ni berkerja jadi tak berapa sangat la rapat.

So Cik Nab ni akan bangun dan masak bersahur. Selalunya dia akan bangun dalam pukul 4 untuk memasak. Masa tu dia bangun sorang-sorang dan tengah memasak kat dapur. Rumah ni rumah kampung yang macam 2 tingkat tu. Dapur tingkat bawah. Tenagh memasak tiba-tiba dia dengar orang panggil nama dia Nab oo Nab. Mak nii..

Cuak kejap Cik Nab ni tapi dia kentalkan perasaan sebab nak masak untuk bersahur kan. Jadi dia cakap jangan kacau aku lah syaitan, aku nak memasak untuk sahur ni. Terus senyap bunyi suara tu.

Lepas tu dia just kejut kami semua macam biasa, esoknya dia cerita kat mak ape yang jadi. Katanya suara yang dia dengar tu memang sebijik suara arwah Tok. Sebab arwah Tok memang panggil Cik Nab macam tu caranya..

Agak-agak saka atau jin yang sengaja nak bikin kita fikir buruk-buruk pasal arwah??



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2015 02:41 PM | Show all posts
aku syak TT org utara laa sebab pnggilan utk atok ngn nenek mcm tu org utara je guna...

ade ke lg kelebihan TT boleh tgk2 makhluk tu..en tunang dan fmly lak mcm mne?cepat2 nikah TT..jemput kami yer...ehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 04:27 PM | Show all posts
TT i loikee your story....merempit habis harini baca citer TT....anyway da bertunang ye?? tahniah...da bertukar status darah manis....jaga diri baik2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2015 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
tsuza replied at 8-10-2015 02:41 PM
aku syak TT org utara laa sebab pnggilan utk atok ngn nenek mcm tu org utara je guna...

ade ke lg ...

Belah abah mmg org utara..

Sabar menunggu cerita selanjutnya yea..next pasal tunang dan family dia pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2015 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 8-10-2015 04:27 PM
TT i loikee your story....merempit habis harini baca citer TT....anyway da bertunang ye?? tahniah... ...

Terima kasih..doakan kami yea..nanti saya sambung lagi cerita yang lain-lain
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 03:36 PM | Show all posts
best2 cerita awak....nnti cerita lagi ye...biar saya bookmark dulu page ni...hehehehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2015 03:49 PM | Show all posts
Hi semua,

Hari ni Ieyfa sambung lagi satu cerita pendek yang jadi kat tunang Ieyfa yea..

Dalam Taman Syahdu


Perghh, poyo gila kan tajuk. Saja-saja je bagi poyo sekali sekala... Okay, sebelum ni kan Ieyfa ada cakap family tunang Ieyfa ni dulu duduk Ampang. Diowang duduk kat kawasan apartment, so apartment kan ada balkoni. Mak tunang ni memang suka la menanam bunga-bungaan yang akhirnya menjadi bebelan tunang Ieyfa yang di beri tugasan untuk menyiram bunga tu semua. So semua bunga-bunga tu diletakkan di balkoni tu lah.

Kisah seram ini terjadi di suatu malam, di mana semua orang dah tidur, dan tunang Ieyfa ni baru je lepas layan DOTA dalam bilik dia. Tetiba dia teringan dia belum siram pokok-pokok bunga mamanya. Takut nanti kene bebel dengan mama dia, jadi dia pun dengan penuh komited nak siram pokok bunga tu semua..

Jadi tunang Ieyfa pun siram la pokok-pokok tu dengan siap menyanyi-nyanyi lagi. Tanpa menyedari apa-apa, tiba-tiba tunang Ieyfa teringat yang ada bola malam tu. Jadi siap-siap je siram pokok bunga, dia pun terus duduk depan tv nak tengok bola lah, okay balkoni tu memang sebelah tempat tv yea.. Masuk sliding door terus dia tutup sebab nak on aircond.

Tengah layan bola tu tiba-tiba je, dia dengar bunyi mengilai kuat sangat-sangat. Terkejut jugak la dia, ingatkan mama atau adik dia yang mimpi jadi pontianak sampai mengilai kuat. Tapi makin lama bunyi tu makin sayup je. Jadi perlahan sangat-sangat. Dia pun rasa lapang dan tenteram la. Tapi mood nak tengok bola terus terpadam. Ntah macam mana tunang Ieyfa ni terperasan sliding door terbukak sikit. Dia pun pelik jugak lah sebab sebelum tu dia dah tutup sebab nak on aircond.

Dia pun bangun nak tutup sliding door tu, ternampak pulak ada kakak rambut panjang baju putih tengah layan blues kat balkoni rumah dia. Terkejut la si tunang Ieyfa tapi kakak tu tak pandang dia lagi. Kakak tu tengah pandang bulan yang kebetulan masa tu tengah mengambang. Tunang Ieyfa pun dengan sopan santun berundur perlahan-lahan tapi setiap langkah tu menyebabkan kepala kakak tu begerak pandang dia.

Bila tunang Ieyfa tengok kepala dia dah nak menghadap, ape lagi melompat la pakcik tu terus masuk bilik. Tunang cakap malam tu aircond kat ruang tamu terbuka, lampu terbuka, sliding door pun terbuka luas. Tv pun terpasang. Mama dia bangun nak kerja esok pagi menjerit kalah pontianak la tengok macam tu keadaan rumah dia.

Ada kisah lain lagi pasal tunang Ieyfa yang selalu diganggu dan kenapa selalu dia yang kena...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 05:24 PM | Show all posts
haish...kebetulan betul semua tu..dari main DOTA sampai ke sliding door...takdir2..biasa kalau sayup2 org kata lg dekat dia kt kita...betul ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2015 06:14 PM | Show all posts
tsuza replied at 9-10-2015 05:24 PM
haish...kebetulan betul semua tu..dari main DOTA sampai ke sliding door...takdir2..biasa kalau sayup ...

tu lah kan.. Arwah mak Ieyfa dulu pun cakap macam tu jugak. Kalau sayup tu maksudnya dia dekat sebelah kita je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2015 03:49 PM | Show all posts
GILIR-GILIR LA WEYHHH

Haiiii... Hari ni saya bercerita tentang kisah yang jadi waktu saya sekolah asrama dulu. Seperti sedia maklum memang semua sekolah ni haunted kan.. Termasuk lah sekolah saya..Kisah ni terjadi waktu saya baru form 5..dah berbelas tahun kisah ni jadi tapi tak pernah dapat lupakan..So enjoyy..

Biasa lah time form 5 mesti bajet-bajet rajin study nama pun nak spm kan. Jadi selepas je light off, saya akan pergi ke bilik study nak menelaah pelajaran dengan rakan-rakan seangkatan saya lah. Selalunya saya akan stay sampai pukul 2-3 pagi je..Tak larat nak berjaga lama-lama.

Okay sedikit penerangan tentang bilik saya, kami stay dalam dorm yang katil double decker, untuk satu side ada lebih kurang 6 katil double decker. So satu side ada 12 katil yang boleh digunakan lah. Tapi untuk katil saya ni, dua dari hujung kira depan kipas lah sebab saya katil atas. Katil sebelah saya ni betul-betul bawah kipas tepi dinding kosong. Katil lain semua penuh jadi kami selalu letak buku-buku atas katil kosong ni lah.

Kes ni saya tak berapa ingat mula bila, tapi waktu saya dalam form 5 la.. Suatu malam tu saya tengah tidur macam biasa la, satu penyakit saya ni memang senang sangat terjaga malam-malam. Jadi malam tu saya terjaga dan ntah macam mana saya boleh nampak ada encik sweet berdiri sebelah katil saya. Saya yang mamai-mamai masa tu buat tak tahu terus sambung tidur.

Malam keesokkan harinya, saya study kat bilik member. Sampai tertidur kat sana, ntah macam mana kawan boleh kejut saya bangun kejam gile punya kawan tak bagi tumpang tido.. So saya pun balik la ke bilik sendiri nak sambung tidur, bila dah letak buku semua baru perasan atas katil saya encik sweet dah baring atas katil. Waktu tu menggigil lutut sebab betul-betul depan mata dan saya dalam keadaan sangat segar.

Saya terus lompat atas katil member peluk member kuat-kuat punya la takut. Dan kisah tu berulang setiap hari, kalau saya tido awal, dia akan berdiri dekat sebelah katil saya, kalau saya tidur lambat dia akan conquer katil saya.. Saya ada letakkan terjemahan Al-Quran sebelah bantal, encik sweet tu belasah aja tidur atas katil. Lama-lama jadi geram, tapi tau tak boleh buat apa-apa. Yang saya pelik kenapa lah katil kosong tu dia tak nak tidur. Saya siap cakap kat budak bilik jangan letak buku atau ape-ape kat katil. Kot-kot la encik sweet nak tido situ..tapi harammm..

Jadi kisah tu berulang sampai saya habis spm. Tapi kalau cuti balik kampung kami semua kena lipat tilam tu sebab takut cik monyet datang landing. Nama pun sekolah dalam hutan kan..huhu.. Tapi bila saya sampai hostel mesti katil saya seorang je yang akan terbukak walaupun saya tinggal dah lipat.

Disebabkan oleh itu, sampai sekarang saya rasa ketakutan yang sangat terhadap Encik sweet. Tak paham lah kenapa..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 01:11 PM | Show all posts
ieyfa cite2 ni x kantoi ke ngn atok...kdng2 diorg ni klu boleh xnk laa org tau..mcm mmb yg boleh nmpk bnde2 tu...dia cite kt org yg dia caye je..tp klu boleh jgn bgtau org lain..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2015 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbnrnye atok tunang dh meninggal..tapi still ase takut jgk klau2 fmly dia dpt tau kn..ieyfa ase ieyfa akan padam cerita tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 01:03 PM | Show all posts
mohon pencerahan...encik sweet tu ape? bimbo jap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.183834 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list