CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Jenayah] Kes Bunuh Pensyarah Bahasa Inggeris KTAC:Update #191

[Copy link]
Post time 6-10-2015 04:11 PM | Show all posts
bagus!padan muke!
selayaknye lah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2016 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram kot...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 3-10-2015 09:02 AM
Ha ye ye ye .... Terrer awak igt lagi ehehe...
mmg mastermind tu pegi somewhere nak jemput seseo ...

Minta maaf, tred ni naik pula...

Apa motif pembunuhan

Dendam cinta atau wang/hutang?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Thread lama naik balik
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohtip nye lelaki2 tu nak duit lah --- barang kemas mak pensyarah tu diorang tibai lagi entah apa dah lupa
Cerita lama sgt ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 08:43 PM | Show all posts
rujuk balik kat depan2 thread ni..

padan muka..sekarang insof
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-3-2016 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan la naikkan balik tred lama mcm ni kalau xde new info nanti kena tutup
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 09:38 PM | Show all posts
SHAH ALAM 12 Feb. - Ibu pensyarah Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics (KTAC), Zara Eleena Omar Peter yang mati dibunuh bersama bapanya, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini barang kemas miliknya yang disimpan di rumah diserahkan kepada Ustaz Shah bagi tujuan 'pembersihan' tanpa pengetahuannya. Normaliah Mahmood berkata, barangan tersebut diserahkan sendiri oleh Zara Eleena kepada ustaz itu yang merupakan tertuduh pertama, Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22, atau dikenali sebagai Shah yang juga teman lelaki anaknya itu.

Katanya, perkara tersebut diberitahu oleh suaminya, Omar Peter Abdullah dari Kuala Lumpur melalui telefon pada 8 Mac 2012 kerana ketika itu dia berada di kampungnya, Gelang Cincin, Segamat, Johor setelah diminta oleh Zara Eleena untuk pulang ke kampung bagi mengelak 'hantu' mengikutinya.

Normaliah, 53, yang merupakan saksi pendakwaan keempat turut memberitahu, amat kecewa dengan kejadian itu kerana telah mengingatkan anaknya banyak kali agar tidak membawa keluar barangan itu dari rumahnya di Taman Kinrara.

Malah sebelum kejadian itu berlaku, dia diberitahu oleh Zara Eleena, barang kemas berkenaan direndam air zam-zam setiap hari untuk membersihkannya daripada 'hantu'.

Ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin siapa ustaz berkenaan, saksi itu memberitahu, hanya seorang yang dia panggil ustaz iaitu tertuduh pertama. Pada ketika ini, Normaliah mula menangis teresak-esak dan mendakwa Shah cuba mencampuri urusan keluarganya. ''Kenapa dia (Shah) sibuk nak masuk dalam keluarga saya, kenapa dia bunuh mereka, kenapa dia campur keluarga saya, dia pisahkan saya dengan Zara, kenapa dia kacau my family (keluarga saya),'' katanya.

Akibat kejadian tersebut, saksi berkata, dia bergaduh dengan suaminya dan mendesak barangan kemas itu dipulangkan kepadanya, namun suaminya memberitahu Zara Eleena pergi menemui Shah untuk bertanya mengenai barangan tersebut. Katanya, itu merupakan perbualan terakhirnya bersama-sama suami iaitu pada pukul 11 malam, 8 Mac 2012.

Shah, Mohamad Sharafe Matt Noh, 21, atau Mat Rof, Azizi Aizat Ibrahim, 22, atau Boy dan Muhamad Safwan Muhamad, 22, atau Chap didakwa membunuh Zara Eleena, 23, di rumah No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, antara pukul 1.30 dan 2.30 pagi, 9 Mac 2012. Kesemua mereka juga menghadapi tuduhan kedua, membunuh Omar Peter, 56, di tempat sama, antara pukul 11.30 malam, 8 Mac 2012 dan pukul 1.30 keesokan paginya. Mereka dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Dalam pada itu Normaliah memberitahu, dia ada menghubungi kedua beranak tersebut selepas kejadian berkenaan tetapi tiada jawapan namun menyifatkan ia perkara biasa kerana menganggap mereka merajuk dengannya. Namun, dia membuat laporan polis di Segamat berhubung kehilangan kedua beranak itu pada 11 Mac 2012 setelah panggilannya masih tidak berjawab selain meminta bapa saudara Omar Peter yang dikenali sebagai Paul untuk membuat laporan polis di Kuala Lumpur. Menurutnya, pada hari sama, dia dihubungi oleh anggota polis bernama Sarjan Amathi yang meminta dia pulang ke ibu kota kerana pihak berkuasa tidak dapat memasuki rumahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2016 09:46 PM | Show all posts
ada yg terlepas kan??

the mastermind kan???


bodoh,membunuh sbb  harta x smpai 100k pun

lpas curi gelang emas tu.........patut blah dari negara.............bbaloi la,ko kantoi,ko blah

ni ahir nya,mastermind gelak kahkah sorg2 dpat skrip hannibal terbaek diabad ini
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingat lagi gambar lelaki bawa tab merah kepit kat ketiak....dia tu mati ke tak ek?

Senyuman dia nampak jahat sangatttt.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 09:53 PM | Show all posts
10-02-2014, 10:08 PM
UPDATE 11/2/14 :Saya ***** kerana percaya dia'

SHAH ALAM - "Saya ***** kerana mempercayainya," kata Normaliah Mahmood, sambil menangis di dalam kandang saksi, hari ini semasa perbicaraan kes bunuh anaknya, Zara Eleena, 23, dan suaminya, Omar Peter Abdullah, 56.

Normaliah Mahmood, 53, yang menjadi saksi pendakwaan keempat itu memberitahu Mahkamah Tinggi, tertuduh, Shah atau nama sebenarnya, Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20 mengatakan terdapat 25 ekor hantu padanya.

"Saya memang takut hantu," katanya sebak.

Wanita itu memberitahu mahkamah, menurut Zara Eleena, Shah yang kononnya seorang ustaz akan mengubatinya.

"ada waktu itu, saya tidak sihat dan tidak boleh tidur," katanya.

Dia memberitahu, Shah tiba bersama Boy atau nama penuhnya Azizi Aizat Ibrahim,20, serta seorang lagi individu selepas Zara Eleena membuat panggilan telefon dengan menanyakan di mana pelajar itu berada.

Normaliah berkata, Shah memintanya tidur sebagai syarat mengubatinya namun dia tidak dapat melakukannya.

"Saya memang tidak dapat tidur, dan Yaya ( Zara Eleena) ada membuat air Nescafe 3 in 1 untuk saya minum. Suami juga menumpang cawan yang sama," katanya.

Menurutnya, sebelum pulang, Shah menyelongkar rumahnya untuk mencari hantu dan menjumpai hantu di dalam kotak barangan kemasnya.

"Suami angkat barang kemas saya yang disimpan di dalam kerusi kotak dan Shah mengasingkannya.

"Shah asingkan barang kemas yang ada hantu di lantai bilik," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin.

Beliau berkata, sekitar jam 1 pagi 16 Februari 2012, Shah dan rakannya pulang.

Menjelaskan perkara berlaku selepas itu, Normaliah memberitahu dia dan Omar Peter tertidur sekitar jam 3 pagi sehingga jam 2 petang.

Aidatul Azura : Selepas bangun tersedar dari tidur, apa yang berlaku.

Normaliah : Saya memberitahu Yaya yang pada waktu itu baru pulang dari tempat kerja bahawa saya tidur.

Aidatul Azura : Apa reaksi Yaya?

Normaliah : Yaya bagitahu dia ada bagi ubat tidur pada saya kerana Shah menyuruhnya untuk berubat demikian.

Aidatul Azura : Ada puan bertanya mengenai hubungan Yaya dan Shah?

Normaliah : Sehari selepas itu, saya ada bertanyakan berkenaan hal itu dan Yaya mengakui Shah adalah teman lelakinya. Yaya juga meminta pandangan daripada saya memandangkan Shah merupakanpelajarnya.

Bagi menjelaskan hal itu, Normaliah bertanyakan kepada anaknya apa yang Shah lakukan selain belajar.

"Yaya memaklumkan Shah bekerja sebagai penarik kereta dan saya memberitahu penarik kereta adalah bahaya kerana mereka agak kasar Saya juga ada kawan yang bekerja seperti itu dan mereka kasar," katanya.

Terdahulu, Aidatul Azura menyoal Normaliah berkenaan perihal kehilangan kad bank dan wang milik Zara Eleeena.

Saksi keempat itu memberitahui, pada Januari 2012, Zara Eleena memaklumkannya melalui telefon selepas membuat laporan polis mengenai kehilangan wang dan kad bank itu.

"Saya tertanya-tanya bagaimana duit gaji dan duit yang kami berikan di dalam akaunnya boleh hilang sehingga Omar Peter terpaksa menghantar duit kepadanya pada waktu rehat untuk membeli makanan.

"Yaya sangat ambil berat terhadap barang miliknya. Pergi tandas, duit hilang, pergi mengajar duit hilang. RM10 pun boleh hilang,"katanya.

Normaliah berkata, Zara Eleena membuat satu lagi laporan polis bersama suaminya selepas mendapati wang tunai RM500 miliknya lesap.

Sebelum ini, pensyarah bahasa Inggeris itu dan bapanya ditemui mati di sebuah rumah di Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, 11 Mac 2012.

Perbicaraan hari kedua itu berlangsung dihadapan Hakim, Datuk Abdul Halim Aman dan akan bersambung pada hari ini.


SHAH ALAM - Seorang pelajar kolej mengaku di Mahkamah Tinggi hari ini, mengikat kaki bapa pensyarah bahasa Inggerisnya, Omar Peter Abdullah, 56, sebelum mulut dan hidung ditekup dengan menggunakan kemeja T oleh tertuduh lain.

Fadhil Rushdan Rahman, 20, yang menjadi saksi pendakwaan memberitahu dia menggunakan tali dan memakai sarung tangan ketika melakukan perbuatan itu selepas diarahkan oleh tertuduh iaitu rakan baiknya, Mohamad Sharafe Mat Noh, 21, pada malam 9 Mac, dua tahun lalu.

Fadhil Rushdan memberitahu mahkamah dia melihat keadaan Omar Peter seperti meminta pertolongan sebelum badan pesara itu sejuk.

"Mat Rof (Mohamad Sharafe) yang memeriksa keadaan badan Omar Peter dan mendapati ia sejuk serta tidak bernafas," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin.

Pelajar jurusan Perbankan Islamic Kolej Antarabangsa Cybernatic Taman Maluri itu juga memberitahu, tertuduh Azizi Aizat Ibrahim, 22, atau dikenali sebagai Boy mengikat tangan lelaki itu dengan menggunakan tali.

"Tali dan sarung tangan itu diberikan oleh salah seorang tertuduh, tapi saya tidak mengingati siapa yang memberikannya," katanya.

Sebelum itu, dia dan empat tertuduh yang lain dijemput oleh pensyarahnya, Zara Eleena, 23 untuk menuju ke rumah wanita itu yang terletak di Kinrara, Puchong, Selangor.

Aidatul Azura : Apa tujuan kamu ke sana?
Fadhil Rushdan : Saya dan yang lain diajak oleh Mat Rof untuk mengubati Miss Zara ( Zara Eleena)
Aidatul Azura. : Ada kamu dimaklumkan Miss Zara sakit apa?
Fadhil Rushdan. : Tidak.
Aidatul Azura : Setelah sampai, apa yang berlaku.
Fadhil Rushdan : Kami iaitu saya, Mat Rof, Boy, Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20,
atau Shah serta Miss Zara memasuki rumah itu dan nampak
bapanya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.
Aidatul Azura : Selepas itu apa yang berlaku?
Fadhil Rushdan : Lebih kurang lima minit selepas itu Zara dan Shah keluar untuk
mengambil Muhamad Safwan Muhamad, 20, yang dikenali
sebagai Chap dan ustaz di lapangan terbang.

Fadhil Rushdan memberitahu semasa ketiadaan Zara Eleena, mereka bertiga ke dapur selepas bapa pensyarah itu menyuruh mengambil air minuman di dapur.

Selepas keluar dari dapur, Fadhil Rushdan berkata, Boy ke tandas dan keluar dengan memakai sarung tangan serta menekup mulut Omar Peter sebelum lelaki itu ditarik ke dalam bilik hadapan.

"Mat Rof mengacukan pisau dan menekup mulut serta hidung Omar Peter dengan menggunakan kemeja T yang berada di dalam bilik berkenaan sementara saya dan Boy diarahkan untuk mengikat kaki serta tangan dengan menggunakan tali," katanya.

Dia memaklumkan lebih kurang 30 minit selepas itu, Zara Eleena sampai dan mahu berjumpa dengan ayahnya namun dihalang oleh Shah.

Fadhil Rushdan memberitahu, Dia terdengar bunyi tulang patah datang daripada bilik belakang yang mana Shah dan Zara Eleena berada.

"Boy memasuki bilik itu selepas Shah meminta tolong untuk menutup muka Miss Zara yang terbaring dengan menggunakan bantal.

"Ketika terbaring, saya nampak Miss Zara meronta-ronta sebelum tidak bergerak," katanya.

Ketika pemeriksaan balas peguam tertuduh pertama Shah, Afifuddin Ahmad Hafifi, dia berkata mengenali Zara Eleena sebagai pensyarah di kolejnya, Mat Rof sebagai rakan serumahnya manakala tiga lagi tertuduh sebagai kenalan biasa.

Selain itu, ketika sesi pemeriksaan balas itu juga, Fadhil Rushdan menafikan dia yang mencuri kad bank dan mengeluarkan wang milik Zara Eleena.

Afifuddin dalam soalannya berkata, sebenarnya Fadhil Rushdan yang merancang serta melakukan pembunuhan itu namun dinafikan.

"Saya tidak bersetuju," katanya.

Kesemua tertuduh yang juga pelajar kolej tersebut didakwa membunuh Zara Eleena di rumah nombor 28 Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, di antara jam 1.30 dan 2.30 pagi, 9 Mac 2012.

Mereka juga menghadapi tuduhan kedua, membunuh bapanya, pesara syarikat kewangan, Omar di tempat sama, antara jam 11.30 malam 8 Mac dan 1.30 pagi keesokannya.

Bagi kesalahan itu, kesemua tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung esok.
mat_letop
10-02-2014, 10:11 PM
dah jadi pembunuh boleh senyum lagi
Prisoner
10-02-2014, 10:13 PM
huh.. apa motif ni.. ??
menariknya cerita..
ss_izal
10-02-2014, 10:14 PM
xnampak motif lah
Jeb
10-02-2014, 10:14 PM
dasyat sungguh bebudak skarang
amieshoro
10-02-2014, 10:17 PM
miss zara sakit apa?
GEDEBE
10-02-2014, 10:18 PM
ke tali gantung la jawabnya...suka2 jer bunuh org
AureLia
10-02-2014, 10:20 PM
Tak faham, tak faham. Diorang nak mengubati Zara Eleena yg sakit? Zara tu sakit apa? Kenapa dia jemput bebudak ni datang ke rumah dia? Zara ni umur 23, pensyarah? Kenapa diorang nak bunuh Zara dan bapa Zara? Apa sebenarnya tujuan? Apa motif? Uih, berita pun macam telur separuh masak.
sexy-angel
10-02-2014, 10:22 PM
student umur 22..pensyarah umur 23..hmmm
mcm2 la kat malaysia sekarang nie..
TT
10-02-2014, 10:22 PM
miss zara sakit apa pulak

berani die bwk laki ramai2
AQue
10-02-2014, 10:22 PM
Susah nak agak motif pembunuhan.. mcm menarik je.. park for update
Dewa19Kangen
10-02-2014, 10:29 PM
student umur 22..pensyarah umur 23..hmmm
mcm2 la kat malaysia sekarang nie..

akrab sungguh depa tu,jenis open minded kot..
kopirait
10-02-2014, 10:35 PM
macam baca novel penyiasatan pulak..
kaishi
10-02-2014, 10:37 PM
Aku tak paham pape.... Ape motif dia bunuh??

P/s : pernah pergi kawasan tu... Huhu
exboy
10-02-2014, 10:43 PM
Kes rogol tak menjadi ke ape ni? Ke nak buang saka, depa yg jadi hantu?
AuraSuccess_88
10-02-2014, 10:45 PM
muda2 lagi....
cheagil
10-02-2014, 10:50 PM
Aku tak paham pape.... Ape motif dia bunuh??

P/s : pernah pergi kawasan tu... Huhu
mcmana nak faham, perbicaraan baru bermula..
siri camni bersambung2 tapi bukan daily maupun weekly
lantana
10-02-2014, 10:54 PM
Adoyai korang ni.Byk btl tanya.Tak pasal2 aku plak jadi detektif conan. :p

Setelah kukorek2 sumber2 berita yg lama.Inilah hasilnya.

Zara Eleena ni ex-UKM.Asal Segamat,Johor.Bapak Portugis dan maknya Melayu.Baru 8 bulan mengajar kat

Cybernatics Institute of Technology,Taman Maluri,Cheras.Dipercayai sgt rapat dgn salah seorg suspek,yg jugak

merupakan student dia.Dia pernah buat report polis yg suspek,pernah mengeluarkan wang menggunakan kad ATM nya

tanpa pengetahuan.Motif utama kejadian adalah rompakan,sbb barang kemas,telefon bimbit dan juga kereta Kenari

milik mangsa,hilang.

Moral of the story...If you befriend/in love with a bad guy,sooner or later you will be the victim.

So,berhatilah2 dlm memilih kawan dan/atau bakal pasangan.
ammar_adni
10-02-2014, 11:00 PM
Adoyai korang ni.Byk btl tanya.Tak pasal2 aku plak jadi detektif conan. :p

Setelah kukorek2 sumber2 berita yg lama.Inilah hasilnya.

Zara Eleena ni ex-UKM.Asal Segamat,Johor.Bapak Portugis dan maknya Melayu.Baru 8 bulan mengajar kat

Cybernatics Institute of Technology,Taman Maluri,Cheras.Dipercayai sgt rapat dgn salah seorg suspek,yg jugak

merupakan student dia.Dia pernah buat report polis yg suspek,pernah mengeluarkan wang menggunakan kad ATM nya

tanpa pengetahuan.Motif utama kejadian adalah rompakan,sbb barang kemas,telefon bimbit dan juga kereta Kenari

milik mangsa,hilang.

Moral of the story...If you befriend/in love with a bad guy,sooner or later you will be the victim.

So,berhatilah2 dlm memilih kawan dan/atau bakal pasangan.

haaaa.....baru la jelas berita....ape ke bod0 bdk2 ni nk merompak hasil x seberapa jd pembunuh lak tu.....adoiii....sedih
herokicap
10-02-2014, 11:01 PM
Inilah forumer sejati. Memberikan info2 yg bagus. Tq detektif konin- abang detektif konam. Keep up bro!



Adoyai korang ni.Byk btl tanya.Tak pasal2 aku plak jadi detektif conan. :p

Setelah kukorek2 sumber2 berita yg lama.Inilah hasilnya.

Zara Eleena ni ex-UKM.Asal Segamat,Johor.Bapak Portugis dan maknya Melayu.Baru 8 bulan mengajar kat

Cybernatics Institute of Technology,Taman Maluri,Cheras.Dipercayai sgt rapat dgn salah seorg suspek,yg jugak

merupakan student dia.Dia pernah buat report polis yg suspek,pernah mengeluarkan wang menggunakan kad ATM nya

tanpa pengetahuan.Motif utama kejadian adalah rompakan,sbb barang kemas,telefon bimbit dan juga kereta Kenari

milik mangsa,hilang.

Moral of the story...If you befriend/in love with a bad guy,sooner or later you will be the victim.

So,berhatilah2 dlm memilih kawan dan/atau bakal pasangan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 09:56 PM | Show all posts
Maideen. replied at 30-9-2015 06:39 AM
Actually Dauswq kat Malaysia dah tak pakai juri dah. Depa pi amend Criminal Procedure Code (Kanun  ...

apa guna juri neh


klau ade.........apa kesan die


mne lgi bagos
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 10:01 PM | Show all posts
Mengikut cerita cousin mangsa,suspek ni pernah mintak Zara ni beli motor kat dia dan bila Zara ni tak nak beli,

dia pukul.Dah skit2 mcm cerita member CG kat thread sebelah kan.Mujurla dia tak kena bunuh. :p

Kalau tak,tak sempat nak berforum.
TT
10-02-2014, 11:51 PM
Mengikut cerita cousin mangsa,suspek ni pernah mintak Zara ni beli motor kat dia dan bila Zara ni tak nak beli,

dia pukul.Dah skit2 mcm cerita member CG kat thread sebelah kan.Mujurla dia tak kena bunuh. :p

Kalau tak,tak sempat nak berforum.

adoi ppuan ni pg couple dgn student die wtpela
lantana
10-02-2014, 11:54 PM
serius. bapak kaya

dr bunuh baik bela je. apela pikir pendek

Dia mmg dah bela dah pun.Dgr cerita pernah mintak beli kereta dan motor.Asalnya bapa dia tak tahu,sbb Zara ni

bagitau dia yg nak pakai duit beli kereta semua.So,bila bapak dia tahu,maybe dia nak bincang2 elok2 kot dgn

lelaki ni.Tup2 jadi mcm ni.Diaorg bunuh bapak dia dulu.Si Zara ni mungkin terbunuh sbb nak cover pembunuhan yg pertama.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 10:08 PM | Show all posts
shah ni student sambil2 kerja penarik kereta ke?

ke penarik kereta amik pjj?
AureLia
11-02-2014, 10:59 PM
Aik.. mula2 berita kata nak mengubati Zara.. rupa2nya nak mengubati mak dia. Apasal mudah sgt percaya ada 25 hantu dalam badan, dah jadi macam wayang Kantonis. Mangsa pula begitu mudah membenarkan dan membiarkan so-called teman lelaki dan kawan2 teman lelakinya masuk ke dalam rumah? Aduh... banyak perkara yg sepatutnya boleh dielakkan dari berlaku...
lantana
11-02-2014, 11:06 PM
Actually I have a theory of what really happen.Dan keterangan mak dia hari ni menguatkan lg teori tu.

Anyway,kita tunggu lbh byk keterangan masuk dulu.
zerodecibal
11-02-2014, 11:17 PM
sebab kat cybernatic kut tenaga pengajar dipanggil pensyarah. kalau kat ipta tarafnya mungkin guru sahaja. sbb tugasnya hanya mengajar bahasa inggeris . ia bukan mengajar subject teras fakulti or pusat pengajian. takpelah bab tu. yg peliknya budak2 tu takde pertimbangan waras ke nak bunuh org? tak pikir ke tali gantung? tak pikir ke mak ayah di kampung? xde rasa kesian ke?
lantana
11-02-2014, 11:30 PM
sebab kat cybernatic kut tenaga pengajar dipanggil pensyarah. kalau kat ipta tarafnya mungkin guru sahaja. sbb tugasnya hanya mengajar bahasa inggeris . ia bukan mengajar subject teras fakulti or pusat pengajian. takpelah bab tu. yg peliknya budak2 tu takde pertimbangan waras ke nak bunuh org? tak pikir ke tali gantung? tak pikir ke mak ayah di kampung? xde rasa kesian ke?

Kalau kat IPTA dipanggil pembantu pensyarah.

Tu sbb ko fikir mcm manusia normal.You are not thinking like a criminal.

Kalau semua org berpertimbangan waras,pikir agama,pikir mak bapak semua,maka penjara2 di Malaysia dan di seluruh

dunia akan ditukar menjadi muzium utk pameran spesis penjenayah yg telah pupus. cgrock
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 10:08 PM | Show all posts

Ianya ada kena mengena dengan prisip "dihakimi oleh orang yang setaraf dengan kamu" (being judged by your peers), kalau tak silap.

Di ajar dalam subject jurisprudence, rasanya.

Mungkin peguam yang lebih muda e.g. almondpeacan, noradil atau milo888, nirman, masih ingat...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 10:09 PM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 2-10-2015 10:39 AM
............... oucchhhh .... kak lid mana ada hanak murid .... apatah lagi hanak hikan .... ...

itu la



tolong pegang kaki jek........klau main murderer lainlah.........kalau malam tu die pegi pegang kaki player bola sepak uni die kan x kne gantung

bodoh amat pengikut ni..................asener die tao,psal sume ni

cuma,x sangka kne join skali pembunuhan tu

itu la,habuan dijanji,xpkir panjang terus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2016 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamat kepit tab merah lat ketiak tu mati ke tak ek?

Katenye dia mastermind.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ostaz tu belajar kat Mesir ka
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 10:15 PM | Show all posts
Muntz replied at 29-9-2015 06:23 PM
Sgtlah tak sesuai hukuman mati di zaman skarang nie. Hanya kerana bunuh sorg, maka nyawa 12 orang la ...

disagree
manusia yg dehumanize manusia laen

kite kne balas 1o kali ganda
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 10:17 PM | Show all posts
Muntz replied at 30-9-2015 12:53 PM
At least banduan nie kita boleh buat utk kerja2 kebajikan masyarakat. Contohnya kalau council tak  ...

ade agree point tu,tapi bukan untuk kemasyrakatan

tapi untuk sains.......macam perlu disect brain untuk kaji otak

klau yg kne jail sebab x bayar parking,itu memang patut lh potong rumput masjid.....x pepasal lak belah otak dier
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 23764 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 23348 Replies : 2
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27087 Replies : 60
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 38900 Replies : 33
Barangan peribadi Che Ta bakal dilelong, tarikh sudah ada- peguam MARA
maklukpenggodaBarangan peribadi Che Ta bakal dilelong,
Views : 25719 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 40055 Replies : 260
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275337 Replies : 8022
Fattah Amin sudah jumpa Pengganti dan sedang mengenali seseorang? - Sumber terdekat mengesahkan bakal akhiri zaman duda?
FORUMCARIIIFattah Amin sudah jumpa Pengganti dan se
Views : 54859 Replies : 345
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 96740 Replies : 986
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 22920 Replies : 428

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.079198 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list