|
Post Last Edit by delima at 17-2-2011 17:47
meh aku tepek artikel ni utk bikin panas lagi.....
Showcase Meriahkan Ujibakat Akademi Fantasia 9
Akademi Fantasia kembali lagi menemui peminat setianya. Musim ke-9 ini merupakan musim yang terakhir selepas diumumkan oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi. Meskipun ini yang terakhir, namun pelbagai perubahan telah dijanjikan dalam musim yang pastinya penuh gilang gemilang.
Ujibakat Akademi Fantasia kali ini memecah tradisi apabila diperkenalkan ujibakat melalui online. Untuk ujibakat ini, peserta diminta merakamkan aksi mereka menyanyikan lagu-lagu yang telah disenaraikan dalam laman web Akademi Fantasia (www.akademifantasia.com.my). Peserta yang terpilih akan terus ke peringkat kedua dalam ujibakat lokasi yang diadakan di Sabah dan Kuala Lumpur.
Ketika berlangsungnya ujibakat akademi Fantasia, satu showcase khas telah diadakan berhampiran lokasi ujibakat. Di Sabah, showcase telah diadakan di Palm Square, Center Point, Sabah manakala di Kuala Lumpur, di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil.
Showcase ini telah dijayakan oleh bintang-bintang Akademi Fantasia yang juga artis AF Talent iaitu Shahir, Akim, Aril, Hafiz, Stacy dan Adira. Mereka telah menghiburkan ramai peminat yang datang ke ujibakat dan datang hanya untuk menyaksikan bintang pujaan mereka.
Nantikan Akademi Fantasia musim ke-9 yang bakal menggemparkan anda April ini!
KORANG ADER NAMPAK APIZ TAK DALAM GAMBAR DI ATAS?...KE DIE SENTIASA JADI ORG HALIMUNAN??....  
KALO KITA TANYA DGN ADMIN APER AGAKNYER JAWAPAN DIE EK??....TAK SEMPAT NAK AMBIK LAGI KE?... |
|