CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

[Copy link]
Post time 11-12-2023 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts



.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2023 08:47 AM | Show all posts

PETALING JAYA: Jumlah kes Covid-19 dilaporkan meningkat daripada 3,626 kepada 6,796 kes dalam tempoh seminggu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Radzi Abu Hassan.



Dalam laporan mingguan berakhir 2 Dis lalu, katanya, kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan, termasuk kes disyaki ialah 3.5 orang bagi setiap 100,000 penduduk dan 1.0 orang bagi setiap 100,000 penduduk bagi yang bergejala ringan.



Beliau berkata, walaupun terdapat peningkatan kes Covid-19, tetapi keadaan masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.



“Kementerian Kesihatan akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa dan sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya dalam kenyataan.



Radzi berkata, 72.9% kes daripada varian Omicron, 26.2% varian Delta dan selebihnya kes varian Alpha serta Beta.



“Sehingga kini, tiada varian baharu dikesan di Malaysia dan tiada petunjuk varian yang beredar secara tempatan lebih mudah berjangkit atau menyebabkan penyakit lebih teruk.”



Beliau menasihatkan orang ramai sentiasa mengamalkan langkah pencegahan dan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan.



https://www.freemalaysiatoday.co ... nda-dalam-seminggu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 07:34 PM | Show all posts


KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan berlaku peningkatan kes CCovid-19 di negara ini susulan pergerakan dan perjumpaan ketika
sambutan Hari Krismas dan tahun baharu yang bakal tiba dan semasa musim cuti sekolah yang akan bermula pada 16 Disember 2023.



Sehubungan itu, KKM menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka sekiranya bergejala ketika aktiviti kunjung-mengunjung bagi melindungi keluarga, jiran dan sahabat handai daripada mendapat jangkitan Covid-19.



Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, sebanyak 12,757 kes Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 3 hingga 9 Disember 2023 berbanding 6,796 kes yang dilaporkan pada 26 November hingga 2 Disember lalu.



Secara keseluruhan, peratus kes kematian Covid-19 dari 25 Januari 2020 sehingga 9 Disember 2023 adalah 0.72%.


Dari segi kapasiti hospital pula, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 (termasuk pesakit yang disyaki Covid-19) ke fasiliti kesihatan bagi penggunaan katil bukan kritikal meningkat kepada 1.4 peratus berbanding minggu sebelumnya



Begitu juga dengan penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat kepada 1.4 peratus, dan peratusan pesakit Covid-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) juga meningkat kepada 0.5 peratus.



“Walaupun terdapat peningkatan kes Covid-19, secara keseluruhan keadaan semasa di Malaysia masih dalam keadaan terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 26 varian Omicron baharu dilaporkan yang terdiri daripada 21 kes Variant of Concern (VOC) dan lima kes Variant of Interest (VOI).

Namun sehingga kini, tiada varian baharu yang dikesan di Malaysia, tambahnya.



Varian yang masih menular di Malaysia adalah varian Omicron dengan subvarian XBB.1.16, XBB.1.5 dan EG.5.

Varian ini, walaupun diketahui mempunyai kadar kebolehjangkitan yang tinggi, tetapi ianya tidak menyebabkan kes yang teruk.

Ubat antiviral Paxlovid adalah sejenis ubat antivirus yang telah digunakan untuk merawat jangkitan Covid-19 di fasiliti kesihatan.


Walaupun varian Covid-19 baharu terus muncul, rawatan menggunakan antiviral Paxlovid masih berkesan untuk semua varian Covid-19 yang ada buat masa sekarang.



Rawatan antiviral masih boleh mengurangkan gejala Covid-19 dan mengelakkan penyakit daripada menjadi lebih teruk.

Pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi iaitu individu berusia 60 tahun dan ke atas, mempunyai daya tahan badan yang rendah, mempunyai apa-apa komorbid atau obes, adalah disarankan untuk mendapat rawatan Paxlovid.



Paxlovid berkesan apabila diambil dalam tempoh masa lima hari daripada hari gejala bermula.

Oleh itu, pesakit yang berisiko tinggi disarankan untuk menjalani ujian sebaik sahaja mereka mempunyai gejala.

“Jika ujian Covid-19 didapati positif, sila dapatkan penilaian perubatan awal di fasiliti kesihatan yang berhampiran untuk menentukan kelayakan anda mengambil Paxlovid.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tanggapan bahawa ubat ini tidak berkesan untuk merawat pesakit Covid-19.

Ia mungkin disebabkan ubat ini digunakan oleh golongan bukan berisiko.



Jelas Muhammad Radzi, gejala Covid-19 untuk golongan tidak berisiko pada umumnya adalah ringan, oleh itu, Paxlovid kurang sesuai diberikan untuk golongan ini.

Selain itu, lewat untuk mendapatkan rawatan kerana antiviral paling berkesan sekiranya dimulakan awal dalam tempoh masa lima hari daripada hari gejala bermula.

Sekiranya terdapat kelewatan untuk mendapatkan rawatan, maka keberkesanan ubat akan berkurangan.



Tambahnya, mungkin ada mengambil ubat-ubatan lain untuk penyakit kronik dan sebagainya. Oleh itu, pengambilan ubat-ubat ini perlu diselaraskan semasa menjalani rawatan ubat Paxlovid.



Doktor yang merawat akan memberikan nasihat yang sewajarnya berkaitan pengambilan ubat-ubatan tersebut. – MalaysiaGazette

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 01:32 PM | Show all posts
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mungkin mengeluarkan arahan baharu untuk pengambilan dos penggalak Covid-19 tidak lama lagi, terutama bagi mereka yang lebih rentan terhadap komplikasi jangkitan virus itu.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata, kadar pengambilan dos penggalak kedua vaksin Covid-19 ialah 54%, manakala kadar untuk dos ketiga “agak rendah”.

“Mungkin sedikit waktu lagi KKM akan keluar arahan untuk (ambil) dos penggalak, terutama mereka daripada kumpulan rentan,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan KKM pagi ini.

Dilaporkan semalam jumlah kes Covid-19 meningkat 88% kepada 12,757 minggu lepas, berbanding 6,796 pada minggu sebelumnya.

Dzulkefly juga berkata, stok vaksin mencukupi dan belum tamat tempoh.

“Vaksin yang kita ada masih boleh melindungi orang ramai daripada sebarang varian baharu Covid-19 di luar sana.”

Beliau menasihatkan orang ramai supaya memakai pelitup muka di kawasan sesak dan mengamalkan kuarantin kendiri selama lima hari jika didapati positif Covid-19, terutamanya menjelang musim perayaan.

Dalam kemas kini Covid-19 semalam, Ketua Pengarah kesihatan Dr Radzi Abu Hassan berkata, majoriti daripada 12,757 kes yang dilaporkan sepanjang minggu lepas menunjukkan simptom ringan dan tidak memerlukan kemasukan ke hospital.

Katanya, walaupun jumlah kes meningkat mendadak, ini sejajar dengan trend global pada akhir tahun. Keadaan di Malaysia terkawal dengan kemudahan penjagaan kesihatan beroperasi dalam kemampuan mereka, tambahnya.

Radzi juga berkata, KKM menjangkakan peningkatan kes Covid-19 selepas sambutan Krismas dan Tahun Baharu, selain disebabkan cuti sekolah yang bermula pada Sabtu.

https://www.freemalaysiatoday.co ... alak-tak-lama-lagi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Gejala virus baharu COVID-Omicron XBB adalah seperti berikut:-

      1. Tiada batuk.
      2. Tiada demam.

      Akan ada banyak:-

      3. Sakit sendi.
      4. Sakit kepala.
      5. Sakit leher.
      6. Sakit pinggang   
           atas.
      7. Pneumonia.
      8. Umumnya tiada
           selera makan.

Sudah tentu, COVID-Omicron XBB adalah 5 kali lebih ganas dan mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi daripada varian Delta.

Keadaan ini mengambil masa yang lebih singkat untuk mencapai tahap keterukan yang melampau, kadangkala tanpa gejala yang jelas.

Mari lebih berhati-hati!
Virus jenis ini tidak tinggal di kawasan nasofaring dan secara langsung memberi kesan kepada paru-paru, iaitu "tingkap", dalam masa yang agak singkat.

Beberapa pesakit yang didiagnosis dengan Covid Omicron XBB akhirnya diklasifikasikan sebagai tidak demam, tidak sakit, tetapi hasil X-ray menunjukkan radang paru-paru dada yang ringan.

Ujian swab hidung kerap memberikan keputusan negatif untuk COVID-Omicron XBB, dan kes ujian nasofaring yang memberikan keputusan negatif palsu semakin meningkat.

Ini bermakna virus itu boleh merebak dalam masyarakat dan menjangkiti secara langsung paru-paru, menyebabkan pneumonia virus yang boleh menyebabkan tekanan pernafasan akut.

Ini menjelaskan mengapa Covid-Omicron XBB sangat menular, sangat ganas dan mematikan.

Sila ambil perhatian, elakkan tempat yang sesak, jaga jarak 1.5 m walaupun di kawasan lapang, pakai topeng dua lapis, gunakan topeng yang sesuai, dan basuh tangan anda dengan kerap jika semua orang asimtomatik (bukan batuk atau bersin).

Covid Omicron *"GELOMBANG"* lebih mematikan daripada gelombang pertama Covid-19.  Jadi kita harus berhati-hati dan mengambil semua jenis langkah berjaga-jaga coronavirus.

Juga kekalkan komunikasi yang berhati-hati dengan rakan dan keluarga anda.

Jangan simpan maklumat ini untuk diri sendiri, kongsikan dengan seberapa ramai saudara dan rakan lain, terutamanya keluarga dan rakan anda sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 04:14 AM | Show all posts
seribulan replied at 14-12-2023 03:23 PM
Gejala virus baharu COVID-Omicron XBB adalah seperti berikut:-

      1. Tiada batuk.

terimakasih beri info terbaru tentang Variant XBB ini
sy sekarang sedang down with Flu
jangkit dari seorang pesakit in isolation ward hari tu
dah check Covid test: negatif
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2023 06:40 PM | Show all posts
ipes2 replied at 15-12-2023 03:14 AM
terimakasih beri info terbaru tentang Variant XBB ini
sy sekarang sedang down with Flu
jangkit dar ...


GWS



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 06:54 PM | Show all posts
Tolong Infokan kpd Saudara2, Sahabat kita yg dijangkiti Covid 19 atau yg akan di Swab.
Ini ubat Herba yg Mujarab sekaligus Anugerah dari Allah,  yg mudah didapat dan tersedia di sekitar kita utk Membunuh VIRUS & COVID. 19.

Bahan2nya Sbb :

???? Air KELAPA MUDA (1 biji)

???? Air LIMAU NIPIS (1 biji)

???? GARAM 1/2
Sudu Teh....

???? MADU 2 Sudu

Semuanya dicampur dan diminum Airnya.
1 jam kemudian Virusnya dijamin akan hilang dan Hasil SWAB Test akan kembali Normal dan dinyatakan Negatif....
Mudah-mudahan Semuanya dalam Keadaan Sihat Walafiat.

Note :
Infokan kpd Sahabat & keluarga.
Semoga Bermanfaat

Sudah di cuba kepada Pesakit....

Swab pertama : Hasilnya dinyatakan POSITIF Covid 19....

Sehari selepas itu minum Ramuan ini dan ditest Swab semula.....keputusannya NEGATIF*????????????

VIRALKAN : Agar MALAYSIA NORMAL KEMBALI.

Target : 33.5 Juta Penduduk Malaysia Baca dan Minum - Minuman HERBA Ini Agar Terhindar dari COVID 19....Aamiin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2023 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 04:41 PM | Show all posts
Covid-19 meningkat 20,696 kes

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
17 Disember 2023, 8:07 pm



PETALING JAYA: Jangkitan Covid-19 menyaksikan peningkatan kepada 20,696 kes untuk tempoh 10 hingga 16 Disember lalu.

Melalui hantaran platform X oleh Covid19Place yang dikongsi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, perkembangan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 8,000 kes berbanding minggu sebelumnya.


Pada 3 hingga 9 Disember lalu, sebanyak 12,757 kes dilaporkan di seluruh negara dengan angka kematian 11 kes.

Laporan sama menunjukkan 588 pesakit sedang menerima rawatan di hospital, 22 orang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 14 kes memerlukan penggunaan ventilator.

Dalam pada itu, infografik sama turut menunjukkan jumlah kematian dalam tempoh itu adalah sebanyak 28 kes, dengan tertinggi di Selangor dengan 6,449 kes.

Jumlah kes baharu meningkat dua kali ganda sejak awal bulan ini. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... eningkat-20696-kes/
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru je tengok statistik ada orang share dalam group. Terkejut tengok macam mendadak sangat naik kes tu. Negara lain pun ada peningkatan kes jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2024 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
mungkin faktor cuaca jugak kot, apa pun pakai je la mask
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 12:59 PM | Show all posts
BlackOpium replied at 19-12-2023 08:14 AM
Baru je tengok statistik ada orang share dalam group. Terkejut tengok macam mendadak sangat naik kes ...








COVID-19 CORONAVIRUS PANDEMIC

Last updated: January 08, 2024, 01:05 GMT


Coronavirus Cases:701,192,647


Deaths:6,965,332

Recovered:672,285,411


https://www.worldometers.info/coronavirus/




Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 01:01 PM | Show all posts
meowed replied at 6-1-2024 08:16 PM
mungkin faktor cuaca jugak kot, apa pun pakai je la mask

Hari ni staf opis & operator fon dedua2 kena Covid
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 8-1-2024 01:01 PM
Hari ni staf opis & operator fon dedua2 kena Covid

alamak semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 10:50 AM | Show all posts
meowed replied at 8-1-2024 09:04 PM
alamak semoga cepat sembuh

Berkat doa, hari ni masuk kerja dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2024 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 9-1-2024 10:50 AM
Berkat doa, hari ni masuk kerja dah

hahah alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 07:06 PM | Show all posts








WORLD / COUNTRIES / MALAYSIA

Last updated: January 09, 2024, 01:06 GMT


Malaysia

Coronavirus Cases:5,227,322

Deaths:37,293

Recovered:5,162,135




Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 01:42 PM | Show all posts

'Penyakit X' boleh mencetuskan pandemik seterusnya, menurut WHO setanding Ebola, SARS, atau Nipah. 9 patogen para penyelidik sedang memantau

Mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia yang bakal berlangsung di Davos, Switzerland minggu hadapan mencuri perhatian ramai kerana salah satu sesi pertemuan yang bakal berlangsung menyentuh soal: "Persediaaan menghadapi Penyakit X."

Apakah 'Penyakit X'?

"Penyakit X," menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah " pathogen (mikroorganisma) yang berisiko menjadi pandemik dan wabak bahaya mengancam nyawa manusia".

Malah, ketua organisasi itu Tedros Adhanom Ghebreyesus dilaporkan akan berucap pada majlis itu, selain Michel Demaré iaitu lembaga pengarah kepada AstraZeneca, Menteri Kesihatan Brazil Nisia Trindade Lima, Jamil Edmond Anderlini, ketua editor Politico Europe serta beberapa individu lain.

Berita pertemuan untuk menghadapi pandemik yang bakal berlangsung itu menjadi isu panas pada akhir minggu di platform X dan Google yang dikenali dengan gelaran "Disease X".

Para pemilik akaun media sosial yang berhaluan kanan menyelar sesi perjumpaan yang bakal berlangsung itu, mendakwa para pemimpin dunia akan bersidang bagi membincangkan rancangan mengenakan mandat vaksin, menyekat kebebasan bersuara dan juga merancang pandemik baharu.

Pada hari Khamis, bekas Penolong Setiausaha Hal Ehwal Awam untuk Trump di Jabatan Perbendaharaan A.S. dan penganalisis Fox News, Monica Crowley telah menghantar amaran yang dikatakan tidak berasas mendakwa "globalists yang tidak dilantik secara rasmi akan mengadakan sebuah pertemuan untuk membincangkan pandemik masa hadapan yang 20 kali ganda lebih membawa maut daripada COVID. ”

“Tepat pada masanya untuk pilihan raya (Amerika), penularan baharu yang membolehkan mereka melaksanakan perjanjian baharu bersama WHO dengan melaksanakan lockdown semula, menyekat hak bersuara dan memusnahkan kebebasan awam,” tulisnya.

“Bunyi mengarut? Tapi, lihat sajalah apa yang terjadi pada tahun 2020.”

Dr. Amesh Adalja, seorang pegawai kanan di Pusat Keselamatan Kesihatan Johns Hopkins memberitahu Fortune, mereka yang berada di dalam bidang perubatan dan kesihatan awam "sering menjalankan eksperimen dan latihan sebagai langkah awal menghadapi sebarang pandemik."

"Fungsi penting adalah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan, serta respon yang perlu diperhalusi," katanya.

'Mikroorganisma keutamaan' WHO, selain daripada 'Penyakit X'

WHO menyimpan rekod "patogen utama" yang "berisiko terhadap kesihatan awam yang dikatakan mempunyai potensi menjadi wabak merbahaya samada kecil mahupun yang besar".

Kali terakhir dikemaskini pada 2018 dan laporan baharu dijangka bakal dikeluarkan pada suku pertama tahun 2024.

Walaupun senarai itu masih belum cukup lengkap dan tidak semestinya mengesahkan akan kemungkinan besar terjadinya wabak seterusnya, isu mikroorganisma kini dipantau rapi oleh pegawai kesihatan awam global termasuk "Penyakit X".

https://fortune.com/well/2024/01 ... -pandemic-planning/
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 01:11 PM | Show all posts

Oloh...ada sorang lagi kena Covid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 7.489192 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list