Post time 25-9-2016 10:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by chazey at 25-9-2016 11:05 PM
she replied at 25-9-2016 10:28 PM
Tenkiu tolong tepek...
Kalau heols x salah..kenapa dari awal lagi heols larik sembunyi 5 taon d ...
Tambah kesian mendiang anak tunggal harapan keluarga. Sheol ala2 the sole breadwinner after grad kata papanya kalau ai tak silap. Ai bersyukur ke hadrat Ilahi sangat pembunuh dan perogol kejam yang katanya baik oleh porumer yang katanya kenal bangsat ni dah dijatuhkan hukuman gantung!
Post time 25-9-2016 11:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by chazey at 25-9-2016 11:05 PM
wana89 replied at 25-9-2016 10:56 PM
Ye ke kaka.. Boleh bagi link. Nak tengok juga acong bila jadi lobai taliban.. Wana kat porum xpern ...
Ko try la search nick asal beliau yakni Acong then view post2 beliau. Acong ni fasih Pendidikan Islam Wana. Jangan tatau. Siggy dulu pun ayat Quran or hadis sahih pasal riba. Taliban nak mampus heol dulu.
Post time 26-9-2016 09:17 AMFrom the mobile phone|Show all posts
wana89 replied at 25-9-2016 10:56 PM
Ye ke kaka.. Boleh bagi link. Nak tengok juga acong bila jadi lobai taliban.. Wana kat porum xpern ...
Al quran elohim turunkan untuk semua ummah manusia, motif takut untuk baca? Sah sah dah kena brainwashed oleh setaz setaz sunni supaya ummah sunni kekal bodoh dan supaya senang untuk di kencing oleh para pendita ugama.
Tiada ugama lain yang kitab suci nya di war2 kan tidak boleh di baca supaya tidak terpesong, ianya berlaku dalam ummah sunni jah.
Di Indonesia pon hukuman dilaksanakan dengan tembakan kalau tak silap. Dan di China, selain dari ditembak, hukuman juga dilaksanakan dengan cara injection.
Apabila hukuman mati di jatuhkan, rayuan ke Mahkamah yang lebih Tinggi akan di benerkan. Di Malaysia pon, bagi kes Jenayah, tidak perlu mendapat kebeneran untuk Merayu ke Mahkamah Persekutuan (dari Mahkamah Persekutuan sundri) untuk merayu ke Mahkamah Tertinggi itu - tidak seperti kes Sivil.
Memang perlu kepastiaan di perolehi sebelum menghukum mati seseorang itu.
Banyak kali CI ulang documentari kes Canny Ong ni. dan setiap kali aku tengok pon rasa sedih for her family and friends, terutamanya bila kawan dia describe perwatakan Canny. Dan setiap kali kluar muka si Najib tersengih2, aku rasa macam nak bakar dia hidup2. He's pure evil.
Kat Jepun masih ada hukuman mati. Di timur negra yang tak ada, termasuklah Cambodia, Hong Kong dan Philippines. Kat Philippines katanya President dia nak buat balik.
Kat Malaysia, menerut kawan Maideen orang yang akan digantung selalunya akan ditanya kalau dia nak makan malam apa apa yang istimewa. Selalunya mereka akan mintak Kentucky Fried Chicken.
Tertarik baca persoalan ni tadi sebab tak tau
terus mencari..
jumpa ni
SHAH ALAM 15 Mac - Seorang rakyat Indonesia memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia ternampak bas Ekspres Kiara masuk ke tapak pembinaan perumahan Bukit Tinggi, Klang dan berhenti kira-kira 30 minit berhampiran tempat mayat jurutera Noor Suzaily Mukhtar dijumpai.
Habsa Muhiyah, 45, pemandu forklift berkata, dia berasa hairan kerana sejak bekerja di kawasan itu, belum pernah bas melalui kawasan berkenaan.
Menurut lelaki itu, dalam hatinya timbul tanda tanya apa perlunya bas lalu di kawasan pembinaan tersebut pada pukul 9 pagi, 7 Oktober tahun lalu, sedangkan rumah belum siap dibina dan jalan pun tidak elok.
Habsa memberitahu demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria yang mengendalikan pendakwaan pada perbicaraan pemandu bas, Hanafi Mat Hassan yang dituduh membunuh dan merogol jurutera komputer, Noor Suzaily Mukhtar.
Hanafi, 33, dituduh membunuh Noor Suzaily, 24, antara pukul 8.50 pagi di Lorong Pegaga, Taman Chi Liung dan pukul 9.15 pagi, 7 Oktober tahun lalu di sebatang jalan di kawasan projek pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.
Hanafi juga dituduh merogol Noor Suzaily pada hari, masa dan tempat yang sama.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.
Shenton Maniam dan Srekant Pillai bertindak sebagai peguam bela tertuduh.
Perbicaraan kes itu masuk hari keempat hari ini.
Dalam keterangannya, Habsa berkata, dua rakannya cuba menghampiri bas berkenaan ketika pemandunya berhenti kali pertama tetapi kenderaan tersebut kemudiannya bergerak.
Selepas itu saya nampak bas yang sama berhenti sekali lagi dekat loji kumbahan najis,'' katanya.
Menurut Habsa, kira-kira lima minit kemudian, dia ternampak dua orang rakannya iaitu Frederikus M. Wadri (Edi) dan Marshallinusraga Pius Munggu (Marsel) berkejar ke arah bas tersebut.
Katanya, oleh kerana tiada orang yang boleh menggantikan tugasnya, dia terpaksa terus bekerja walaupun ingin sama melihat apa yang berlaku.
Habsa mengatakan bagaimanapun kira-kira pukul 3 petang hari yang sama, dia ternampak beberapa orang rakannya berlari-lari seolah-olah mengejar sesuatu ketika sedang membersihkan tong pembancuh simen.
Menurut Habsa, seorang rakannya memberitahu bahawa ada mayat dijumpai di situ.
Habsa berkata, dia kemudian turut berlari bersama mereka untuk melihat mayat tersebut.
Ketika berlari, saya terjumpa segumpal kain di tepi longkang tetapi tidak menghiraukannya,'' ujarnya.
Terdahulu, Habsa mengatakan, para pekerja pada mulanya menyangka yang bas tersebut berada di situ kerana polis mungkin akan membuat serbuan terhadap pendatang asing.
Mahkamah turut mendengar keterangan daripada rakan sebilik Noor Suzaily iaitu Rosmaliza Umar, 24, yang bertugas sebagai kerani di Bank Rakyat.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus bersambung esok.
ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 27/04/2002
Oleh: NORAZLITA MOHD. SIES
SHAH ALAM 26 April - Pemandu bas Ekspres Kiara, Hanafi Mat Hassan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh jurutera komputer, Noor Suzaily Mukhtar, dua tahun lalu.