CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lily_lyssa

Kata..........

 Close [Copy link]
Post time 10-10-2007 09:28 AM | Show all posts
dah siap ke karang???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2007 10:05 AM | Show all posts
lily..... nak lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2007 10:19 AM | Show all posts
Bab 48

"Mesti Kak Nurin yang hasut Jiji yang Asila wat kat dia,kan?"Asila menangis sambil menggosok-gosok pipinya yang baru ditampar Azizi.

"Argghh.Aku nak jatuhkan talak 3 ke atas kau!"ujar Azizi.Asila menggeleng tetapi kemudian tersengih,"Takder saksi,mana boleh.Terima jelah,Jiji.Yang you tak boleh lari dari Asila!Takder laki yang boleh meninggalkan Asila.Sumer orang kata Asila to hot and sexy.Attractive..."

Azizi memotong,"And also two faced b***h."Azizi berlalu meninggalkan Asila.Dia langsung tidak berpaling ke belakang.Ketika dia menghidupkan enjin keretanya,dia dapat melihat Asila turut menghidupkan enjin kereta kepunyaannya dengan air mata yang masih belum kering.

Azizi tidak mempedulikan apa yang dilihatnya.Dia hanya memandu dan memandu.Tiba-tiba telefonnya berdering.Dia mengerling nama yang tertera pada skrin telefonnya.

RICKY!Azizi memandang telefon bimbitnya tidak percaya."Hello?"

"Hello,Azizi.Err..Aku ada benda penting nak cakap ni."

"Cakaplah."

"Err...Kak Lin...Ingat tak Kak Lin?"

"Ingat.Doktor hospital gila tu,kan?"

"Kasarlah.Err..Whatever.Macam ni.Jun...Err Jun lari dari hospital.Ke mana pon tak tau.Tapi doktor expect dia cari kau.And...Jun tu...Very dangerous.She could kill people if she want,"jelas Ricky.

"What?Huh...Banyaak masalah ak..."

"Hey,Azizi.Tadi aku nampak...Nampak nurse bawak Asila masuk bilik pembedahan...Looks bad.Come here!!"

"WHat?F**K"Azizi memandu menuju ke arah hospital.Banyaknya masalah,Jun,Asila,hidup aku!!!!Perkahwinan aku...Penyakit aku pon...Bila nak sembuh???Ya Allah,aku,hamba-Mu yang lemah,memohon kepada-Mu agar memberi petunjuk kepada setiap masalah yang telah Kau berikan kepadaku.Ujian ini berat padaku,Ya Allah.Ringankanlah bebanku kerana aku bukanlah di kalangan mereka yang kuat imannya.

*******************************************************************************

Nurin melangkah perlahan-lahan ke arah Azizi yang sedang berada di luar bilik pembedahan.Dia turut membawa sebuah buku nota kecil bersama sebatang pen.Azizi kelihatan pucat dan kakinya dibalut.

Nurin menarik nafas panjang sebelum melabuhkan punggung di sebelah Azizi.Azizi memandangnya dan melemparkan sekuntum senyuman yang...lemah.Nurin membalas senyuman itu dan mengambil pen serta buku notanya.Dia mula menulis.

Kenapa?

Azizi mengeluh."A friend.She is inside cause she wants to save me.Err...kenapa tanya?"

Nurin menggeleng dan menulis lagi.

From your eyes,
I know she isn't just a friend..
Istimewa...Betul?

Azizi mengangguk."Tapi...Dia akan kawin.Dia dah tak cintakan saya."

Nurin menggeleng dan mencoret lagi di atas buku notanya.

Kalau dia tak cintakan awak,
dia mesti tak selamatkan awak.
Jun masih cintakan awak.
Awak tak nampak ke betapa ikhlasnya dia cuba bagitau awak perkara sebenar?

Azizi mengerutkan dahinya."Awak tahu mana dia Jun?"

Jun tu nurse wad saya...
Dia dah takde teman jadi dia luahkan kat saya.
Saya selalu nampak dia pujuk awak tapi awak selamba jer...

Azizi mengangguk."Salah saya."Nurin menggeleng.

Bukan salah awak,
Salah Jun sebab dia selamatkan orang yang tak nak kat dia.
Salah dia sebab tak putus asa memujuk orang yang tak layan dia..
Jadi kalau apa yang saya tulis ni salah,
berbaiklah semula dengan Jun.
Dia baik...
Dia tak layak merasakan peritnya putus cinta.
Saya pernah rasa...

Nurin meninggalkan Azizi dan masuk ke wadnya untuk melepaskan sebak di dada apabila teringatkan hari perkahwinannya.Azizi pula tergamam membaca apa yang ditulis Nurin.Ya,memang benar.Memang benar apa yang ditulis pompuan tu.Aku harus baik semula dengan Jun.Jun cepatlah!Cepatlah sedar!Ya Allah,aku memohon agar Jun bisa diselamatkan.

"Jiji,bad news.Jun selamat tapi...mental terganggu sebab sebelum dia accident tu pressure tinggi,"jelas Doktor Carrie sambil menepuk belakang Azizi sebelum menjelaskan perkara itu kepada keluarga Jun.

Gi...Gila???Ya Allah,benarkah ini salah aku?

"Hey,man.Carrie dah cakap apa yang terjadi.Apa yang terbaik sekarang,kita berdoa je supaya dia sedar balik.Tapi takper...Aku izinkan ko lawat dia kat hospital gila tu.Mesti berteman!"kata Johari pula kepada Azizi yang terpaku di hadapan bilik pembedahan.

Sejak hari itu,Nurin sering melawat Jun bersama Azizi hingga berputiklah cinta kedua di hati Azizi dan tanpa sedar cinta terhadap Azizi mula mengembang di hati Nurin.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 11:54 AM | Show all posts
da post kan.. tp nape x nmpk.. :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 11:57 AM | Show all posts
baru nampak.. nak lagi....nak lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2007 12:51 AM | Show all posts
esok lily post kan episod terakhir sebelum raya....
tapi lom abi lagi....
lp raya kang,Lily tokok tambahkan citer dia.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-10-2007 10:59 AM | Show all posts
Bab 49

"Apa terjadi kat Asila?"tanya Azizi.Azizi bersama Ricky sedang berada di luar bilik pembedahan.

"Accident ngan lori.Lori balak.So aku rasa kau dapat agak...."

"Miza!Macam mana ngan Asila?Dia...Di..Dia okey ke?"Azizi memotong percakapan Ricky sebaik sahaja doktor bedah yang membedah Asila,Miza,keluar dari bilik pembedahan.

"Hmm...Keadaan dia kritikal masa ni.Dia koma.Kalau dalam masa setahun dia ta sedar,I'm afraid yang dia tiada harapan.Oh,ya.Kandungan dia gugur.,"jelas Miza sebelum menuju ke arah bilik pembedahan lain.

Azizi terpempan."Kandungan?"

Miza mengangguk,"Awak tak tau?Tak silap saya,bulan lepas Asila datang hospital nak check pregnancy dia.Lepas korang honeymoon.Baby honeymoonlah kira.Sebulan sekarang tapi...Gugur."

Azizi meraup rambutnya dengan jari jemarinya.Dia benar-benar rasa bersalah dengan apa yang terjadi ke atas Asila.Kerana dia,Asila memandu dalam keadaan yang tidak stabil.Dia terpempan.Salah dia,dia kehilangan darah dagingnya sendiri.

"Aku gi jumpa Farah jap.Nak tanya pasal Asila.Kau balik dulu,"kata Ricky sebelum menuju ke arah seorang jururawat.

Azizi mengangguk dan berlalu.Kata-kata Asila terngiang-ngiang di dalam ruang fikirannya,"Mesti Kak Nurin yang hasut Jiji..."."Arghh!Tak mungkin Nurin.Tak mungkin.Memang betul dia yang buat,"Azizi menafikan kata-kata Asila.Tiba-tiba kakinya menekan brek.

"I...Itu Jun!"Azizi terpempan di tempat duduknya kerana tidak mempercayai apa yang dilihatnya,Jun!Gadis itu sedang melintas jalan dan masih di dalam pakaian pesakit di hospital psikiatri.

Azizi memberhentikan keretanya di bahu jalan.Dia keluar dari perut keretanya.Kakinya mengejar Jun dan tangannya menyentap lengan Jun dengan kasar.

"Aahhh...Eh,eh.Awak!Awak!Macam pernah nampak...Kikkikkik...Satu hospital ngan saya?Waahhh..Awak ada kereta.KERETA!Hebaaatt...Bagi kat saya...Kat saya!"Azizi mendengar setiap patah perkataan yang terluah dari bibir Jun dengan sayu.Matanya berkaca.

Azizi menarik tangan Jun masuk dalam keretanya.Dia memandu keretanya dengan mata yang masih berair.Telinganya terasa pedih mendengar kata-kata Jun.

Akhirnya Azizi berhenti di hadapan sebuah hospital psikiatri.Azizi menarik nafas yang panjang.Perlahan-lahan dia memaksa bibirnya meleret,membentuk suatu senyuman yang kelat.Dia berpaling ke kirinya.

"AHH!!!TAK NAK!!!TAK NAK!!!"Jun menempik.Dia cuba membuka pintu kereta tetapi dihalang Azizi.

"Ni...Ni rumah saya.Awak masuk sini,awak akan dapat kereta ni,"pujuk Azizi.Air matanya hampir menitis.

"WAHH!!!TE...RI...MA...KASIH!!!"kata Jun sebelum mencium pipi Azizi.Azizi membuka pintu kereta untuk Jun.Sebaik sahaja Jun keluar dari situ,beberapa orang jururawat mengelilingi Jun dan membawanya pergi.Air mata Azizi akhirnya merembes.

"ARRGGHHH!!!PENIPU!!!"Azizi dapat mendengar laungan Jun dari dalam hospital.Azizi menyeka air matanya dan menuju ke DEMC.

"Azizi,Asila dalam ICU ni.Err...Baik kau cepat sebelum wartawan datang.Aku dah nampak 2,3 orang kat luar,"kedengaran suara Ricky d corong telefon.

"Aku dah sampai,"kata Azizi sebelum meletakkan telefon bimbitnya di dalam poket seluar jeansnya.

*******************************************************************************

"Asila,Jiji mintak maaf atas apa yang Jiji buat tadi.Maafkan Jiji.Jiji tau Asila dengar sekarang ni,"kata Azizi sambil mengusap perlahan pipi Asila yang baru ditamparnya.

"Asila,naper tak cakap kat Jiji yang Asila pregnant?Kalau Jiji tau,Jiji akan jaga Asila.Baby Jiji tu..."dadanya terasa sebak.Melihat Asila yang tidak sedar,mukanya calar-balar,beberapa anggota badannya berbalut.Azizi mengucup dahi Asila.

"Jiji sebenarnya tak cintakan Asila.Jiji cintakan Nurin.Dua tahun lepas,Jiji ingat,Jiji sukakan Asila tapi....Jiji masih mencintai Nurin.Mesti Asila pelik.Sebenarnya,lapan tahun sebelum kita jumpa,Jiji dok kat hospital sebab sakit.Pesakit Jiji tu belum sembuh lagi,jadi lepas selesaikan masalah kat Malaysia,Jiji akan gi Amerika,wat pembedahan.Masa Jiji kat hospital tu,Jiji jumpa Nurin.Masa tu Nurin pon sakit tapi kami sama-sama beri semangat antara satu sama lain supaya sihat.Huh...Nurin sembuh tapi,Jiji tak.Masa tulah,kitorang jatuh cinta."

Azizi menitiskan air mata,"Maafkan Jiji.Mungkin 9 bulan lepas ni,kita akan jumpa balik tapi...Mungkin bukan sebagai suami isteri.Asila,Jiji sekarang bergantung pada Asila untuk jelaskan semua benda ni kat family Jiji kalau Asila sedar sebelum Jiji sebab family Jiji tak tau pasal ni."

Azizi menarik nafas.Dia mengucup pipi Asila,"Selamat tinggal.Semoga cepat sedar."Azizi berlalu.

Walaupun dalam keadaan koma,air mata Asila masih bisa gugur.Jiji!Tak nak!Jangan tinggalkan Asila!
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2007 11:15 AM | Show all posts
ada banyak lagi ke lily sambungan dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2007 11:33 AM | Show all posts
hmm hebat ceta ni.....
lepas raya nak lagi k
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2007 06:01 PM | Show all posts

Senang-senang abihkan sampai bab 50 pastu sambung lepas raya,k!

Bab 50

"Ricky,aku dah bersedia nak pergi Amerika,"ujar Azizi sambil memandang tepat anak mata Ricky.Ricky memandangnya,"Orang lain tau?Bini pertama kau?"

Keadaan sepi sementara.Azizi masih belum menjawab pertanyaan Ricky.Dia sekadar memandang sepi tingkap rumah Ricky."Jangan kata kat aku yang kau masih belum bagitau saper-saper selama ni,"kata Ricky.Azizi menoleh ke arah Ricky dan mengangguk.Ricky mengeluh.

"Aku nak kau balik bagitau bini kau sekurang-kurangnya.Nanti fikiran kau terganggu,tak elok untuk rawatan,"ujar Ricky berbaur nasihat.Azizi mengangguk dan berlalu.

Ricky menghantar kepergian Azizi dengan lirikan mata.Dia mengeluh apabila Azizi lesap dari pandangan."Azizi peluang kau untuk selamat cuma 50 peratus.Kalau kau terus stress,peluang kau untuk hidup bahagia tanpa peyakit ni akan makin berkurang,"katanya berseorangan.Dia menggeleng.

Asila.Kau dah tau,jadi boleh tak aku mengambil hatimu kembali?Ricky sekali lagi menggeleng.Dia teringat alasannya mengambil jurusan perubatan kerana ingin mendampingi Asila yang turut mengambil jurusan yang sama.Malangnya Asila gagal melanjutkan pelajarannya bermakna Ricky harus menyambung pelajarannya bersama Johari.Namun tidak disangka,setelah beberapa tahun dia bercinta dengan Asila,Azizi bisa merampas hati Asila darinya.Dia tahu yang Azizi tidak tahu dia dan Asila bercina.Kalau dia tahu,masakan dia menikah dengan Asila kerana Azizi seorang yang...Huh,parah!

*******************************************************************************

"Ahm...Ahm nak gi mana?"tanya Nurin dengan lembut apabila melihat Azizi sedang mengisi bagasinya dengan pakaian.Setelah mendengar suara Nurin,Azizi menjadi berat hati ingin meninggalkan Nurin tetapi...Ya,demi kebahagiaan Nurin.

Azizi menarik nafas panjang,"Ria,Ahm nak mintak maaf.Ria ingat lagi tak,Jun,jururawat Ria dulu yang pernah jadi kekasih Ahm?"Nurin mengangguk."Dia masuk hospital gila tapi dia dah sembuh...Err...Dan dia tengah tunggu Ahm kat UK.Ria,Ahm nak cakap sesuatu..."Azizi mencapai lengan Nurin dan menggenggamnya dengan kemas.Dia menatap wajah Nurin yang terpinga-pinga menunggu jawapan dari bibirnya.

Ria,Ahm mungkin takder peluang untuk tengok Ria lepas ni.Tolonglah  jangan nangis.Ahm nak tengok wajah Ria yang sedang senyum...Fikir Azizi.Seolah-olah Nurin dapat membaca fikirannya,bibir Nurin meleret dan membentuk sekuntum senyuman."Apa yang Ahm nak cakap ni?Ria masih tak paham...Jun tunggu Ahm..."air mata menitis dari mata Nurin.Dia makin mengerti sedikit demi sedikit.

"Ahm baru perasan yang Ahm lebih cintakan Jun dari Ria.Maafkan Ahm.Setakat ni jelah,hubungan kita,"kata Azizi tanpa memandang Nurin.Dia tidak tega untuk memandang Nurin.

Nurin mengetapkan giginya.Dia menutup matanya.Ya Allah,ini mimpikah Ya Allah?Baru sebulan kami bersama sejak hari dia menyatakan cintanya padaku dan dia ingin menarik kembali kata-katanya?Jika benar ini mimpi,aku memohon kepada-Mu agar menyedarkan aku.Perlahan-lahan Nurin membuka matanya.Air matanya kian lebat bergenang.Realiti.

Nurin menolak Azizi."Terima kasih sebab bahagiakan Ria selama sebulan ni.Sekarang,Ria akan telefon mama supaya jadi saksi Ahm jatuhkan talak,"kata Nurin tenang setelah menyeka air matanya.

Azizi menghalang tangan Nurin dari menelefon Nurul.Kedua-dua belah tangan Azizi kemudian menggenggam lengan Nurin."Tak perlu jatuhkan talak.Mungkin Ahm pergi nak..."

"Nak kawin ngan Jun?Isteri ketiga?"

"Tak...Err...Mana tau kalau-kalau Ahm dah tak suka kat Jun,jadi Ahm boleh balik sini semula.Bagi Ahm masa,"setiap bait perkataan Azizi seolah pisau yang menoreh hati Nurin.Mata Nurin sudah bekaca."Dia mata Ahm,Ria ni cuma barang?Bila nak,kita ambik,bila tak nak kita biarkan?"

Azizi tergamam.Dia kemudian meneruskan kerjanya."Fikirkanlah apa sahaja yang Ria nak fikirkan.Tolong jaga rumah ni baik-baik,"kata Azizi sebelum berlalu.

Sebaik sahaja Azizi hilang dari pandangan,Nurin mengusap perutnya."Sayang,mungkin sayang lahir dalam keadaan tidak berbapa.Tapi,sayang jangan risau.Mama akan jaga sayang.Mama akan curahkan kasih sayang dari seorang ibu dan bapa."

Ya Allah,kenapa di saat aku ingin mengkhabarkan berita gembira,berita sedih mendahului?Biarlah.Aku tidak rasa yang Azizi layak menjadi bapa kepada benihnya.Tidak layak!

Kandungan di dalam perutnya yang sudah berusia seminggu itu akan dijaganya dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.Dia tidak akan biarkan kandungan itu gugur.

*******************************************************************************

"Jadi bila kita bertolak?"tanya Azizi kepada Ricky.Ricky memandang Azizi."Next week.Kat sana,kita dok kat umah Yvonne,bini doktor kau,Aaron."

Azizi mengangguk mendengar kata-kata Ricky.Entah mengapa di saat itu suatu perasaan aneh menjalar di dalam tubuhnya.Seperti masih ada kerja yang belum diselesaikan.Apa?Asila?Dah.Site?Dah.Jun?Dah.Ria?Dah.Dah takder kerja yang aku tinggal.

Azizi menoleh ke arah Ricky yang sedang kalut."Nak pergi mana?"

Ricky berpaling ke belakang."Kau nak dok kat umah aku,kan?Jadi kau kena biasa yang aku selalu takder kat umah selalu.Sekarang ni ada pesakit.Aku nak selamatkan sebanyak nyawa yang boleh dalam masa seminggu ni."
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 12:41 PM | Show all posts

Reply #25 lily_lyssa's post

cpt2 sambung ea..........
best ar.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 01:04 PM | Show all posts
cuti raya ker...
lamanya...heheh...selamat hari raya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2007 10:08 PM | Show all posts
I'm back!!!!
sori ekk....
pendek jer yg lily dpt sambung mlm ni sbb
cuti raya lama pon,full...Byk sedara yg harus dilawat
open house pon sehari suntuk...
ingat balik dari melawat sedara mara bleyh sambung citer tapi ada plak tetamu lain yg dtg...
hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2007 10:10 PM | Show all posts
Bab 51

"Hello?May I speak to Angie?"kata Nurin melalui corong telefon.

"Pardon me,maybe wrong number,"kedengaran suara wanita.

Nurin mengeluh tetapi menjawab,"Actually,I'm wrong.I want to speak to Mrs. Consour,please."

Setelah beberapa saat,wanita lain yang mengangkat ganggang."Hello?Who's there?"

"Angie?"

"Yes.Wait,only one person call me Angie.Nu...Nurin!"

"Mmm...Akulah tu.Kau macam mana,dah boleh cakap melayu?"

"Boleh.Ex-hubby aku orang Johor.Tapi...Macam mana kau boleh tahu aku kawin ngan Ivan Consour?"

"Aku kenal suara maid dia.Angie..."

"Yeap!Apa aku boleh tolong.Ha!Jangan cakap kat aku yang kau beraduh ngan Haz..."

"Tak!Kau ni ketinggalan zaman betul.Aku dah lama berpisah ngan dia.Aku dengan orang lain,"kata Nurin.Suatu keluhan berat dilepaskan perlahan.

"Manalah aku tahu.Tahun lepas kau call,cuma berbual pasal kau dah boleh bercakap je,"kata Angelique.

"Hmm...Aku ada problem sikit ngan husband aku ni.."

"Had a big row?"duga Angelique.

"Nope.I mean,almost.Err..Yes actually.Dia...Aku ngandung.."

Angelique segera memotong,"Pastu dia kata tak bersedia jadi ayah?Jadi dia suruh kau gugurkan?Macam tu?"

"Bukan.Dia tak tau.Nanti jelah aku citerkan.Yang penting,aku nak bertolak ke Amerika next week and aku nak mintak tolong kau uruskan tempat tinggal aku.Aku nak lahirkan anak aku kat situlah."

"Gila?suami kau tu camner?"

"Dia lari ke UK dengan pompuan lain,"kata Nurin.Air matanya merembes.

"Huh..."Angelique mendengus kemudian menyambung,"Tapi bagus gak kau datang Amerika.Kita boleh shopping sesama.Kau bolehlah tinggal kat sini.Ivan mesti suka.Yelah,kawan lama.Lagipun rumah Ivan ni besar nak mampus.Anak 3 orang jer.Rumah bilik ada 15 buah.Can you imagine?"

Nurin ketawa kecil."Okey.Jadi tempat dah selesai.Aku nak beli tiket pulak.Bye."Nurin meletakkan ganggang telefon rumahnya.

Dia meletakkan tapak tangannya di muka.Ketika itu,seluruh beban dan sebak di dada dikeluarkan bersama cecair jernih yang hangat melalui mata Nurin.Nurin menangis sepuas-puasnya.

*******************************************************************************

"Mama,Isnin ni,Nurin nak gi Amerika,"kata Nurin sambil menghidang dua cawan berisi teh kepada ibu dan ibu mertuanya.

Nurul dan Datin Rubiah berpaling sesama sendiri.Datin Rubiah kemudian menoleh ke arah Nurin."Nurin,maafkan ummi.Ni semua salah ummi sebab paksa Nurin kawin ngan Jiji.Takpelah.Nurin pergilah Amerika,tenangkan fikiran.Ingat,jangan balik melainkan fikiran tu dah tenang.Kalau rindu biar kitorang yang pergi sana.Okey?"

Nurin mengangguk dan melemparkan sekuntum senyuman yang manis."Tempa..."belum sempat Nurul menghabiskan perkataannya,Nurin memotong,"Jangan risau.Mama ingat tak Angelique,kawan Nurin masa kat oversea,dulu?Dia dengan Ivan kawin.Diorang ada rumah kat Amerika."

"Tak menyusahkan ke?"

"Diorang ada hutang ngan Nurin,dulu,"kata Nurin sambil ketawa kecil teringatkan suasana ketika dia,Angelique,Ivan dan Robert berjalan bersama-sama ke kelas.

*******************************************************************************

"Nah,ni tiket kau!"kata Ricky sambil menghulurkan sekeping tiket kapal terbang kepada Azizi.

"Aku?"

"Emm...Kau bertolak ari Isnin ni.Aku bertolak lewat sket.Ari Rabu.However,aku dah call Yvonne supaya antar driver ambik kau,"ujar Ricky sebelum berlalu ke hospital semula.

Azizi memandang tiketnya.Dia meletakkan tiket itu di dalam begnya bersama visa dan pasport.Entah mengapa,Azizi terasa puas dapat bertolak pada hari Isnin.Apa kena mengena?Tiba-tiba gambaran Nurin terlintas di fikirannya.Dia menutup matanya.Betapa dia merindui Nurin.Sebulan bersamanya belum terasa puas.Malah dia terpaksa melukakan hati Nurin pula.Dia turut dapat merasai betapa pedihnya mendengar perkataan-perkataan yang telah diluahkan oleh dirinya sendiri.

Ya Allah,ampunkanlah dosaku.Aku meminta kepada-Mu agar isteriku akan sentiasa selamat.Nampaknya aku tidak berkesempatan untuk menabur benihku di dirinya.Bermakna dia tidak mempunyai teman sekiranya aku pergi.Ya Allah,aku memohon supaya Nurin bisa menerima Hazry kembali ke hidupnya.Amin...

[ Last edited by  lily_lyssa at 18-10-2007 10:14 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 10:47 PM | Show all posts
lily... OoOoOo..
... tq..
nanti smbg lg ek...
smbg pnjg lak ek...
pendek panjang pendek panjang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2007 05:46 PM | Show all posts
Bab 52

Nurin merenung Tia.Tia menggigit bibirnya dan memeluk Nurin.

"Ti...Tia tak tau yang...Maafkan Tia..."kata Tia tersekat-sekat kerana menangis.Nurin mengerutkan dahinya dan meleraikan pelukan Tia.

"Nurin tak paham.Naper Nurin kena maafkan Tia bila Tia tak bersalah?"katanya sambil mengangkat dagu Tia supaya mata mereka bertemu.

"Kak Liz baru cakap kat Tia pasal...Hazry.Tia tak tau yang Hazry yang....Hazry yang Tia suka tu Hazry yang sakitkan hati Nurin.Di..Dia jahat,"kata Tia.

Nurin mengukir senyuman.Dia menyeka air mata Tia dan berkata,"Hmm...Macam mana nak kata ekk...Naper pulak Tia nak mintak maaf kalau Tia sukakan lelaki yang sakitkan hati Nurin?"

"Tia berbaik ngan orang yang Nurin benci.Macam Tia ni...pembelot.Ataupun...Tia rampas orang yang Nurin suka.Lagipun dia jahat...Tia benci dia...Dia sakitkan hati Nurin..."

"Shh...Nurin tak benci Hazry dan Nurin tak suka Hazry.Nurin anggap dia sebaga kawan.Nurin dah kawin.Lagipun Tia tak boleh bencikan kalau sebab dia sakitkan hati Nurin.Dia sakitkan hati Nurin tapi pernah dia sakitkan hati Tia?"

Tia menggeleng.Nurin tersenyum dan menyambung,"Dia jaga hati Tia macam sesuatu barang berharga.Err...Lagipun dia bukan sengaja sakitkan hati Nurin...Dia diguna-guna."

Terbeliak mata Tia mendengar kata-kata Nurin.Tiba-tiba,"TIA!!!"

Nurin Tia berpaling ke arah suara kasar yang memanggil Tia.Nurin tersenyum.Tia pula menunduk.

Nurin memandang Hazry yang pucat.Hazry mendekati Nurin dan berpaling ke arah Tia."Pujuk dia baik-baik.Adek tau Ab da cintakan dia,"bisik Nurin sebelum meninggalkan pasangan kekasih di luar rumahnya.

"Macam mana Haz tau yang Tia ada kat sini?"tanya Tia.

"Kak Liza cakap."

Tia mengangguk.Hazry mengeluh dan melabuhkan punggung di sebelah Tia."Tia...Haz terkejut sangat Tia call dan tiba-tiba cakap Tia nak putuskan pertunangan kita.Haz tak jadi fly sebab nak cari Tia tau,"katanya.

Tia terkejut."Hari ni,kan test untuk Haz?"

Hazry mengangguk,"Haz lebih rela jadi co-pilot jer dari jadi bujang."

Tia menahan bibirnya dari meleret.Dia pun mengangguk.Hazry menarik nafas panjang dan berkata,"Kenapa?Naper Tia nak putuskan pertunangaan ni?"

"Sebab...Haz ngan Nurin...Kak Liza citer,"kata Tia sambil mengalihkan pandangannya.

"Oh,pasal tu.Haz yang suruh Kak Liza citer sebab Haz tak sempat nak cakap kat Tia.Memang Haz masih cintakan Nurin tapi kalau ikut skala 100...Dalam hati Haz ni kira-kira 10 peratus jer Nurin.Tia pulak 40.Kalau tak takkanlah  Haz boleh pucat lepas dengar Tia cakap nak putuskan hubungan yang Haz hargai,"jelas Hazry.

Tia tersenyum."Terima kasih,"katanya dan memandang Hazry."Tunggu!Nurin 10,Tia 40.Mana 50 lagi?"

Hazry tersenyum."Pompuan lain..."

"Haz!!!"Tia mencebikkan bibirnya.Dia berpeluk tubuh.

Hazry ketawa."50 lagi,family Haz and Allah."

Tia mengangguk."Nak tanya boleh?"

Hazry tersenyum,"Boleh tapi kena jawab soalan Haz dulu.Tia nak kawin lagi ke dengan Haz?"

Tia mengangguk."Nak!Nak!"

"Tanyalah,"kata Hazry.

"Nurin kata...Haz kena bomoh.Betul?Saper?"

"Baizura..."

"Baizura?Saper dia?Naper dia ..."

"Dia mak kandung Haz.Sebab apa dia bomoh Haz,Haz tak tau."

Tia memandang Hazry.Wajahnya kelihatan lemah dan pucat.Tia sedar dia telah melakukan kesilapan lalu mengubah topik."Haz,ingat tak janji kita?"

Hazry menoleh ke arah Tia dan tersenyum,"Tak."

"Hish,HAZ!Kita ada janji.Sebelum kawin,mesti bagitau semua rahsia.Tia dah bagitau sumer rahsia Tia kat Haz.Sekarang giliran Haz pulak."

"Okey.Tinggal satu rahsia jer.Sebenarnya..."Hazry berhenti dan merenung tepat anak mata Tia.

Tia menelan air liurnya.Terlalu berdebar-debar.Hazry tersengih dan menyambung,"Haz bukan tinggal test tadi.Haz tengah lunch ngan Kak Ara."

"Hah???Tapi Haz kata Haz tinggal flight demi Tia.Haz ada kata kelmarin yang Haz ada test ari ni."

Hazry mengangguk setelah ketawa melihat reaksi Tia."Memang Haz ader test ari ni tapi petang karang."

"Maksudnya...Haz lebih pentingkan cta-cita dari Tia?"tanya Tia.Wajahnya kelihatan menahan marah.

"Ya kalau Tia ya.Tak kalau Tia tak,"kata Haz.

"Maksudnya?"

"Tia nak tangguhkan perkahwinan kita sebab kerja Tia,kan?Jadi Haz akan pilih Tia lebih dari kerja Haz kalau Tia tak tangguhkan perkahwinan kita.Haz nak kahwin pada tarikh yang kita pilih mula-mula."

"Okey.Jap!Tarikhh yang mula-mula kita pilih?Lusa?Gila ke?"

"Ha,tengoklah tu.Kalau bukan lusa,Haz tak naklah kawin,"rajuk Hazry.

"Bukan.Maksud Tia...Err...Apsal lusa?Naper tak ari ni?"pujuk Tia.

"Sebab ari ni Haz ada test.Esok baru balik Shah Alam,"kata Hazry sambil berdiri.

"Tengoklah tu!Haz kata Tia yang pentingkan kerja tapi Haz lagilah.Haz kena balik malam ni jugak!Kalau tak...Tia kena buat persiapan untuk wedding kita sengsorang,"kata Tia.

"Tia,saper kata Tia kena buat persiapan?"

"Maksudnya?Kita kawin simple ke?Tia nak kawin besar-besaranlah.I mean,my dream wedding!"

"Sebenarnya,lepas Tia cakap Tia nak tangguhkan perkahwinan ni,mama and papa Tia suruh Haz pujuk Tia supaya buat perkahwinan lusa ni jugak.So...Family Haz and your family pon buat persiapan.Ikut diari Tia..."

Tia segera memotong,"Diari Tia???Saper bagi tengok?"

"Your mom.And then,Haz boo..."

Tia memotong lagi,"Naper mama bagi?"

"Yelah.Tia jugak kata.Tia nak buat your dream wedding.Jadi kitorang rancang...Campur idea Haz dengan idea diari Tia."

"Okey.Fine.Korang baca bahagian dream wedding je kan?"

Hazry menahan dirinya dari ketawa."Tak.Haz baca semuanya."Hazry tergelak apabila teringat isi diari Tia.

"Haz!Huuhhh..."

"Okey.Kitorang dah upah wedding planner untuk buat wedding preparation and....Lepas bagitau idea kita,wedding planner tu kata dia kena siapkan sebahagiannya kat tempat dia.Lepas tu baru letakkan kat garden yang worker dia tengah buat.Minggu lepas  garden tu siap and...It is fab I mean,wonderful,fantastic.It's a miracle.A dull empty spot change into such garden."

"Nak tengok garden tu."

"Tak boleh.Benda tu surprise,"kata Hazry sambil menggeleng.

"okeylah."

[ Last edited by  lily_lyssa at 20-10-2007 05:51 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2007 04:55 PM | Show all posts
hmm best.... sambng lagi tak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2007 05:43 PM | Show all posts
Bab 53

Nurin menuju ke tempat yang lebih jauh dari orang ramai di Taman Tiara sebaik sahaja merenjis air mawar kepada pasangan pengantin di taman itu.Dari tempat duduknya,dia merenung Hazry dan Tia yang tersenyum lebar.

"Kak Ara dapat tau apa yang terjadi kata Nurin dari mama Nurin,"kedengaran suatu suara perempuan dari belakangnya.Nurin menoleh.Dia mengukir senyuman melihat Umaira menuju ke arahnya.Tunggu sekejap!Umaira sedang berjalan menuju ke arahnya!Berjalan!

"Kak Ara!Kaki..."

Umaira memotong,"Hmmh..Not proud walking without my beloved ex-husband."Suaranya sayu sahaja.Nurin menggeleng,"Such miracle!You should proud of it!"

"I'm here to talk about Azizi..."

"Yeap.You know!But...Mama tak pernah bagitau sesuatu kat ....stranger...I mean....Umm...Orang yang mama tak kenal,"kata Nurin.

Umaira mengangguk."Kak Ara berhak tahu perkara ni sebagai kakak angkat Azizi,right?"

"Kakak angkat Azizi?"

"Kak Ara sebenarnya sepupu Azizi dan juga Jo.Mak Ayah Kak Ara dah mati.Mula-mula atuk yang jaga Kak Ara tapi...dia tak sihat.Mak Azizi pon jaga atuk ngan Kak Ara."

Nurin mengangguk."Nothing to talk about.It's already over.Over.I guess he really likes Jun.Cuz he left Asila too."

"Tak.Nurin,dengar ni.Ummi nak cakap sesuatu kat Nurin tapi tak sempat.Jadi biar Kak Ara cakap sebelum dia cakap.Dia nak kekalkan hubungan ni.Ada sebab.Tapi not important.Nope,it's important but...Complicated,I guess.Cuz she's crying.Err...Something that Asila knows.Dia nak sangat kekalkan hubungan ni.Jadi...Okey for you?"

"Camner nak kekalkan this marriage that is in tatters?No chance at all.Just ridicolous,"kata Nurin.

"Nurin,please....Fikirkanlah kesihatan ummi.Fikirkanlah umur dia.Buat semua ni demi ummi bukan demi Nurin.Bukan Azizi.Okey?"

Nurin merenung Umaira agak lama kemudian berpaling ke arah pasangan mempelai yang bahagia tadi.Air matanya menitis.Ketiga-tiga perkahwinannya tidak begitu menjadi.Hazry dibomoh,Jo mati dan majlis perkahwinan yang dilakukan secara paksa.

"Nurin?"panggil Umaira.

Nurin berpaling."Kak Ara nak tanya.Nurin mengandung?"tanya Umaira sambil merenung Nurin dari atas ke bawah.

Nurin mengerutkan dahinya."What made you say so?Does I look fat?"

"Nope.You look fab.Like a pregnant woman.Err...Betul ke?"

Nurin memandang Umaira.Setelah beberapa minit membisu,Nurin menggeleng."Tak.Too much pressure.I mean,pressure not bring a child for the woman."

"Salah.MOST woman tak mengandung sebab much pressure.Tapi orang yang Allah sayang,akan diberi peluang.Just wanna say.You look like....Pregnant.Better test."

"Tak.Nurin dah test dan....Bukan,"kata Nurin dengan tenang.Benarkah Alalh menyayangi aku?Aku...Banyak dosa.Err...Semua manusia ada dosa,kan?Uh-huh...Whatever...I'll take care of you,my baby.

*******************************************************************************

"Ricky,tolong jaga anak mak cik kat Amerika tu,"rayu Datin Rubiah kepada Ricky.

Ricky mengangguk-angguk.Datin Rubiah menyambung,"Doktor tu memang expert ke dalam pembedahan macam ni?Berapa peratus peluang Azizi untuk hidup bahagia daripada barah ni?"

Ricky menuju ke arah tingkap di biliknya.Dia menyelukkan kedua-dua tangannya di dalam poket."Peluang Azizi cuma fifty percent.But don't worry the dotor...Saya dah kenal.Dia dah 30 tahun dalam bidang ni.Very expert.Dan banyak alat yang sesuai dalam rawatan Azizi ni di Amerika."

"Kenapa?Kenapa rawatan sepuluh tahun lepas tak jadi?"tanya Datin Rubiah.

Ricky menggeleng."Sepuluh tahun lepas kami tak buat apa-apa pembedahan kat Azizi sebab dia tak nak.Jadi kami cuma buat rawatan supaya melambatkan kesan barah tu.Tapi dah terlalu lama Azizi biarkan.Teruk jadi."

Datin Rubiah mengangguk.Ricky berpaling ke arah Datin Rubiah dan berkata,"Mak cik.Lebih baik mak cik balik dan bertenang.Saya takut mak cik kena serang lagi.Nanti Azizi tak jadi ke Amerika.Keadaan jadi lebih teruk.Mak cik pon harus jaga kesihatan mak cik."

Datin Rubiah mengangguk dan menghadiahkan sebuah senyuman.Dia berlalu.Ricky merenung pemergian Datin Rubiah.Dia mengeluh.Jam di tangan dikerlingnya.Sudah pukul 12.00 tengah hari.Azizi punya flight pukul 5.Hmm...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2007 05:43 PM | Show all posts
da nk abis wooo
uwaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2007 01:20 AM | Show all posts
huh..
da nak hbs ke?
jgn la...
cpt la smbg..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.066461 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list