CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Jenayah] Kita Tunggu Mereka Beratur Minta Maaf Pada PM

[Copy link]
Post time 14-7-2015 04:45 PM | Show all posts
kan dah disahkan akaun2 najib di ambank tu memang wujud.. tapi dah ditutup.

soal duit $700 juta tu memang bukan direct drp 1mdb.. tapi dikata drp petrosaudi
kalau nak kata 1mdb tak terlibat boleh saja sbb duit drp pihak ketiga..
soalnya alasan apa pihak ketiga bagi duit gitu banyak kpd najib.. bagi buta2 gitu jer ke atau ada deal lain yg sebenarnya berkait dgn 1mdb...

menteri saja nak main auta..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2015 02:20 AM | Show all posts
Konspirasi jatuhkan PM: &#8232ihak berwajib perlu bertindak
15 Julai 2015 1:44 AM

KUALA LUMPUR 14 Julai – Dakwaan wujudnya konspirasi bagi melumpuhkan proses demokrasi dan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai sesuatu yang serius dan berbahaya.

Sehubungan itu, kata Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, pihak berwajib perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa juga yang terlibat dalam perkara tersebut.

“Amat jelas bahawa mana-mana pihak dalam negara ini sebenarnya melanggar undang-undang apabila terlibat sama ada merancang atau ingin menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah melalui sistem demokrasi dalam negara ini.

“Jadi apabila menyalahi un-dang-undang, maka pihak berkuasa mesti bertindak segera selaras dengan undang-undang yang ada,” ka-tanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan wujudnya konspirasi tersebut dan menegaskan, perbuatan jenayah itu sangat serius dan meningkatkan implikasi terhadap keselamatan negara.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar meminta pihak yang terlibat mesti dikenakan tindakan segera supaya amalan demokrasi dalam negara ini tidak rosak dan pada masa sama dapat menjamin keluhuran undang-undang negara.

Jelasnya, perkara ini serius dan berat kerana kenyataan sedemikian keluar daripada individu penting dalam soal keselamatan negara.

“Apabila pihak polis sendiri mengeluarkan kenyataan yang tidak menolak kemungkinan konspirasi untuk melumpuhkan proses demokrasi dan menjatuhkan Perdana Menteri, terutama melalui perbuatan jenayah membocorkan dokumen rahsia kepada warga asing, ini amat serius dan perbuatan jenayah yang sangat berbahaya,” katanya.

Menurutnya, ini bukan soal kerajaan Barisan Nasional (BN) bimbang kehilangan kuasa tetapi keselamatan kerana perbuatan tersebut boleh membawa implikasi buruk terhadap negara.

Beliau bimbang perkara itu boleh menjerumuskan negara ini menjadi rosak seperti Mesir, Libya dan sebagainya.

“Walaupun saya yakin dengan kewibawaan Pasukan Tindakan Khas yang dibentuk, sebarang kemungkinan boleh berlaku terutama oleh kakitangan kerajaan yang tidak sealiran dengan kerajaan BN,’’ katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.Djambl56.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2015 02:37 AM | Show all posts
ANALISIS MINGGUAN: BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
12 Julai 2015 12:39 AM
  6  0 Google +1
RAHSIA BANK...
Negara yang hebat kedudukan ekonominya mempunyai undang-undang kerahsiaan bank yang ketat. Tanpa undang-undang kerahsiaan yang tegas,  tiada pelabur akan percaya kepada sistem perbankan dan kewangan negara itu.

Di Amerika Syarikat, undang-undang sedemikian wujud, sentiasa dikuatkuasakan dan menjadi simbol keteguhan ekonomi.

Di Singapura, Awang dapat tahu, jika ada mana-mana bank atau pegawai bank  memecahkan kerahsiaan pelanggan dengan membocorkan maklumat kewangannya, di bawah undang-undang republik itu, individu berkenaan boleh didenda sehingga S$125,000 (RM350,878) atau dipenjara sehingga tiga tahun. Di sana, bank-bank yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda sehingga S$250,000 (RM701,000) bagi setiap kes maklumat yang dibocorkan.

Malaysia turut mempunyai undang-undang seumpama itu yang diliputi di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958, Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 dan Akta Bank Islam 1983. Hukuman di Malaysia untuk kesalahan membocorkan maklumat peribadi dan kewangan agak minimum iaitu hanya setakat denda RM40,000 atau penjara sehingga tiga tahun.

Perkembangan semasa yang berlaku sejak akhir-akhir ini menunjukkan integriti sistem perbankan dan obligasi kerahsiaan bank-bank sedang dicabar oleh sesetengah pegawai bank yang tidak amanah sehingga terjadi kes transaksi dan maklumat perbankan rakyat negara ini disalahgunakan hingga  jatuh ke tangan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam laman web dan akhbar asing.

Awang sangat berharap suatu langkah drastik dan punitif disegerakan bagi menangani isu ini. Bank Negara Malaysia dan pihak-pihak berkuasa wajib menguatkuasakan undang-undang kerahsiaan perbankan yang telah sedia wujud di Malaysia sebelum keyakinan pendeposit, pelabur dan rakyat terhakis.

Ini kerana, sekali orang ramai telah hilang kepercayaan terhadap sifat amanah bank-bank, akan berlaku pengaliran wang keluar dari Malaysia untuk disimpan di bank-bank di seberang laut. Ekonomi negara kita kelak akan menerima tamparan maut daripada perbuatan tidak amanah pegawai-pegawai bank terbabit yang setakat ini nampaknya seolah-olah terlepas tanpa dihukum.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.z4dGmPJK.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2015 02:39 AM | Show all posts
JERAT MENGENA Jerat DAP dan media tertentu antaranya Sarawak Report dan The Edge dalam isu IMDB yang mereka cetuskan awal lagi - sudah mengena.

Setelah isu tersebut panas dan pelbagai dakwaan yang berat dilemparkan sehingga membentuk satu lagi gelombang persepsi untuk menolak kerajaan dan Perdana Menteri, Najib Tun Razak, DAP ubah strategi.

Pemimpin-pemimpin utamanya terutama Tony Pua tidak lagi lantang walaupun ghairah memainkan isu tersebut sebelum ini. Awang sebut gelombang kedua kerana gelombang pertama untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) diterajui Islam dan Melayu pada 2013 gagal meskipun dilimpahi fitnah dan tohmahan.

Mengapa DAP kurang lantang? Pada Awang mudah, Melayu kelihatan sudah berbalah dan saling tidak mempercayai. Najib pula seolah-olah sudah dihukum walaupun belum dibuktikan bersalah.

Malah fakta-fakta yang digunakan dalam dakwaan, berubah-ubah dan makin meragukan. Beberapa demonstrasi jalanan sudah dirancang bermula Aidilfitri ini bagi memercikkan api sentimen kebangkitan rakyat ekoran laporan tuduhan Wall Street Journal (WSJ) ke atas Perdana Menteri. (Najib telah memulakan proses tindakan menyaman WSJ).   

Hakikatnya, daripada agenda parti tertentu dengan bantuan pihak luar kini diterjemahkan kepada gerakan rakyat menolak BN di luar proses demokrasi - ala rampasan kuasa.

Awang dapat tahu konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri melibatkan beberapa pemimpin pembangkang, yang turut bertemu di dua negara jiran bagi mengatur gerakan dengan disertai sama media asing.

Awang percaya sebab itulah Presiden Pas, Hadi Awang tidak ikut rentak DAP.

Sebaliknya beliau mempertahankan Najib yang dikhuatirinya menjadi mangsa konspirasi. Sememangnya, ia dalam kerangka percaturan besar sebagaimana yang membadai negara Islam seperti Iraq, Libya, Syria dan Yaman.

Bangkai gajah masakan bisa ditutup dengan nyiru, lambat-laun lebih banyak akan terbongkar.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.z4dGmPJK.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2015 02:43 AM | Show all posts
ROMBAKAN KABINET?

Spekulasi rombakan Kabinet kembali diperkatakan, kali ini lebih kuat arusnya - selepas Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai versi berlegar dan beberapa menteri dan tokoh dikaitkan.

Antara yang menarik perhatian Awang ialah Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional  (BBNBC), Shahrir Samad. Beliau disebut-sebut bakal dilantik menduduki semula Kabinet ke portfolio kanan.

Shahrir adalah tokoh yang berpengaruh, disegani ramai dan berpengalaman luas yang boleh membantu Kabinet terutama dalam menghadapi situasi politik yang mencabar kebelakangan ini.

Shahrir mungkin tidak selesa nama beliau menjadi mainan spekulasi yang belum pasti kesahihannya tetapi itulah resam dunia politik, yang terdedah kepada apa sahaja.

Tidak terlepas menjadi perhatian Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal yang dijangka bertukar potfolio. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Rahman Dahlan pula disebut-sebut dilantik Menteri Komunikasi dan Multimedia sementara Shabery Cheek akan menerajui kementerian lain.

Dua lagi menteri dijangka digugurkan, salah seorang akan ditawarkan sebagai pengerusi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Jawatan Menteri Sumber Hijau dan Alam Sekitar, G. Palanivel kemungkinan dikosongkan buat sementara sehingga pemilihan semula MIC September depan.

Jika itu terjadi, seorang menteri lain akan memangku jawatan tersebut. Rombakan kali ini juga dijangka menyaksikan setidak-tidaknya dua muka baharu untuk jawatan timbalan menteri.

Awang difahamkan, perubahan akan turut berlaku bagi jawatan tertentu di ibu pejabat UMNO.

Di negara jiran Indonesia, Presidennya, Joko Widodo (Jokowi) juga bertekad mahu merombak Kabinetnya walaupun masih agak baharu.

Jokowi secara terbuka mahukan orang yang setia kepadanya dan berwibawa di kaca mata rakyat, yang beliau akui sesuatu yang sukar dicari calonnya. Biar sesulit mana sekalipun, akhirnya Presiden mahupun Perdana Menteri akan membuat penentuan.

Najib kerap dikritik sebelum ini kerana terlalu menjaga hati orang dan berhati-hati dalam melakukan rombakan Kabinet terutama ke atas menteri yang lesu dan tidak proaktif.

Tetapi itulah pendekatan beliau yang suka memberi peluang menambah baik diri kepada semua anggota Kabinetnya. Kali ini, senario politik berubah, Najib tidak boleh ambil mudah.

Maka beliau perlukan pasukan baharu yang bukan sahaja dinamik malah komited menyokongnya dalam saat-saat yang sukar dan ketika berdepan krisis.

Ia juga mesej jelas kepada semua bahawa beliau mahu bangkit daripada dugaan politik yang dihadapi terutama berkaitan isu 1MDB. Malah kemungkinan Najib membuat perubahan drastik tidak boleh ditolak.

Mana tahu ada kejutan lebih besar, kita tunggu. - See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.z4dGmPJK.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 06:50 AM | Show all posts
tak lama dah PM Najib ni aku ingat.. waktu raya pula adalah masa sanak saudara orang Melayu berkumpul dengan keluarga besar, tak kira parti, tak kira fahaman.. masa tu memang akan cakap dan bincang sakan pasal kes PM Najib ni.. lepas habis raya nanti.. merasa la nasib kau nanti PM Najib.. semoga berjaya la PM Najib, jangan kau ingat jawatan kau tu akan kekal sampai kiamat.. ekonomi Malaysia sekarang tak berapa memberangsangkan sampai kes pasal satu handphone sahaja boleh terus bergegar satu Malaya jadinya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-7-2015 11:21 AM | Show all posts
Justo bertemu pembeli maklumat
20 Julai 2015 3:25 AM



Xavier Andre justo dikawal oleh polis thailand selepas ditahan di negara berkenaan baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 19 Julai – Thailand turut dijadikan sebagai lokasi pertemuan bagi bekas pegawai PetroSaudi International Ltd.(PetroSaudi), Xavier Andre Justo dengan individu berpotensi yang ingin membeli maklumat bagi tujuan mencemari nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut jurucakap Polis Diraja Thailand, Pol. Lt. Jen. Prawuth Thavornsiri, Justo telah menemui individu berkenaan iaitu seorang wanita kelahiran Malaysia yang merupakan seorang penulis blog untuk berunding bagi pembelian maklumat dan data itu.

“Justo telah melakukan pertemuan itu tiga kali dengan wanita berkenaan yang juga sudah berpindah ke Britain,” kata Prawuth dalam laporan sebuah portal berita Thailand, www.nationmultimedia.com yang memetik The Straits Times.

Jelas Prawuth, tiga pertemuan antara Justo dengan wanita berkenaan telah dilakukan di Thailand dan Singapura.

“Kes ini juga perlu dilaporkan di Singapura kerana pengubahan wang haram untuk menyerang Perdana Menteri ini bermula di Singapura.

“Sekiranya pihak polis Singapura inginkan bukti mengikut protokol hal ehwal asing, saya boleh menyerahkannya,” ujarnya.

Justo, 49, ditahan Jabatan Pembanterasan Jenayah (CSD), Polis Thailand di pulau peranginan terkenal Koh Samui, Surathani pada 22 Jun lalu.

Penahanan warga Switzerland itu dibuat selepas PetroSaudi membuat laporan rasmi terhadap kegiatan peras ugut yang membabitkan wang 2.5 juta Swiss Francs (RM10 juta) dan mengancam mendedahkan maklumat sulit perniagaan yang didakwa dicurinya daripada syarikat itu sekiranya permintaannya tidak dipenuhi.

Berikutan daripada cubaan peras ugut itu, beberapa e-mel dan dokumen telah disiarkan oleh blog Sarawak Report sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Deve-lopment Berhad (1MDB).

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.Z6rBXASJ.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2015 11:44 AM | Show all posts
PDRM akan jumpa Justo berhubung pendedahan maklumat sulit - Wan Junaidi
19 Julai 2015 7:22 PM
  53  0 Google +0

KUALA LUMPUR 19 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menemui Xavier Andre Justo selepas mendapat kebenaran polis Thailand atas dakwaan dia telah berjumpa dengan ahli-ahli politik pembangkang dari Malaysia dengan niat untuk menjual maklumat sulit.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata adalah wajar untuk PDRM bertemu dengan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi) itu bagi mendapatkan maklumat secara langsung berhubung pendedahan polis Thailand susulan siasatan terhadap Justo.

"Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan berjumpa dengan Justo sebaik mendapat kebenaran daripada polis Thailand dan barulah siasatan dapat dijalankan termasuk memanggil rakyat Malaysia berhubung pendedahan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sebelum ini, Bernama melaporkan Khalid dipetik sebagai berkata rakyat Malaysia yang terbabit akan dipanggil memberi keterangan berhubung pendedahan terbaru Polis Thailand hasil siasatan terhadap Justo.

Pada Khamis lepas, polis Thailand mengesahkan warga Switzerland itu telah mengadakan pertemuan dengan individu penting dalam pakatan pembangkang Malaysia di sebuah hotel di Singapura sebelum menjual maklumat sulit milik syarikat itu.

Wan Junaidi berkata, PDRM juga seharusnya diberi ruang menyoal siasat Justo sebelum sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Beliau juga percaya rakyat Malaysia yang telah dikenal pasti itu akan memberi kerjasama penuh berhubung pendedahan terbabit.

Menurutnya, kes berkenaan perlu diteliti agar tidak memberi implikasi terhadap rakyat Malaysia termasuk konspirasi untuk melumpuhkan proses demokrasi dan menjatuhkan perdana menteri berikutan perbuatan membocorkan dokumen rahsia kepada warga asing.

Polis Thailand menahan Justo pada 22 Jun atas tuduhan cuba memeras ugut PetroSaudi, sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi, yang menjadi tumpuan dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Susulan penjualan dokumen itu, beberapa e-mel dan dokumen disiarkan oleh portal berita Sarawak Report sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.- BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.fEuioDsw.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2015 12:23 PM | Show all posts
MONDAY, JULY 20, 2015
@tunfaisal : #1MDB, @PDRMsia perlu siasat blogger dan troopers pro Tun M


1. Justo sudah mengaku menjual dokumen dan terlibat di dalam sebuah plot yang bertujuan merosakkan nama Malaysia. Difahamkan bahawa plot tersebut dinamakan "Misi Untuk Menjadikan Najib Razak penjenayah."



2. Persoalannya sekarang, jika plot tersebut wujud, siapa lagi yang terlibat sebagai perencana dan penggerak plot? Bagaimanakah plot ini direka dan dirancang? Apakah dokumen yang dibeli dan dokumen mana yang telah diubah sebegitu rupa, agar plot ini dapat diberikan penceritaan yang berkesan dan menyakinkan.

3. Plot bermula dengan tuduhan "sebanyak RM42 bilion hilang". Tuduhan ini kemudiannya berubah kepada "RM27 bilion yang hilang", seterusnya hanya "USD1 bilion yang hilang" dan akhirnya cuma "USD700 juta sahaja yang lesap".

4. Plot menjadi semakin berbelit dengan tuduhan bahawa pelaburan USD1.83 bilion ke dalam Petrosaudi adalah satu penipuan, dan sebanyak USD700 juta lesap diambil seorang yang bernama Jho Low. Kemudian tuduhan ini beralih kepada Datuk Seri Najib Razak, kononnya USD700 juta wang 1MDB   ini dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau, kemudiannya ia jadi lebih berbelit apabila kononnya RM2 juta dari jumlah USD700 juta ini dimasukkan pula ke dalam akaun peribadi Datin Seri Rosmah Mansor.

5. Petrosaudi telah mengambil langkah yang betul apabila melaporkan penipuan oleh Sarawak Report (SR) ini kepada Jabatan Penipuan dan Jenayah Siber, Polis London. Melalui siasatan yang dibuat, sumber kepada plot ini, iaitu Xavier Andre Justo telah ditahan. Pengakuan Justo kini menjadi asas kepada siasatan susulan ke atas perancang plot atau konspirator yang lain.

6. Justo telah menyatakan bahawa beliau telah menjual data dan dokumen yang asli tanpa diubah. Jadi, jika Petrosaudi mendakwa laporan SR adalah pembohongan, maka terdapat di kalangan perancang plot ini yang telah mengubah dokumen tersebut untuk menjadikannya sebuah cerita yang menarik. Siapa yang mengubah data dan dokumen ini?

7. Dimaklumkan Justo ada bertemu 10 orang perancang plot di Singapura bagi mendapatkan bayaran terhadap pembelian-pembelian dokumen ini. Antara yang dikatakan terlibat adalah
Clare Rewcastle Brown, Tong Kooi Ong, Ho Kay Tat, Tony Pua, Sufi Yusof, Kamal Sadiqque dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

8. Jika Justo tidak mengubah dan memalsukan dokumen, maka berkemungkinan besar 10 orang ini merupakan suspek utama yang mungkin memalsukan dokumen yang diberikan oleh Justo dan yang merangka plot "Misi Menjenayahkan Najib."

9. Jika jumlah yang diminta oleh Justo daripada Petrosaudi sebagai balasan untuk tidak mendedahkan dokumen ini adalah sebanyak USD2.5 juta, berapa banyak agaknya yang dibayar oleh Tony Pua, The Edge; dan/atau 'former key politician' kepada Justo?

10. Polis Thai mendedahkan bahawa kaedah pembayaran yang dibuat kepada Justo adalah sama dengan kaedah 'money laundry'. Dari manakah wang berjuta dollar untuk pembelian dokumen ini diperolehi? Bolehkah 10 orang yang bertemu Justo ini  didakwa di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang atau AMLA?

11. Sedarkah portal berita, blogger dan truper Pro Tun M bahawa mereka terlibat di dalam sebuah plot mengkhianati negara dan mensabotaj ekonomi negara?

12. Justeru, pihak polis wajar segera memulakan siasatan ke atas Malaysiakini, Malaysian Insider, The Edge, Bloghouse, Kelab Che Det dan Saya Sayang Tun Dr Mahathir dan melihat sejauh mana mereka terlibat dalam plot yang jahat ini.

13. Siasatan ini boleh membantu pihak polis mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang bagaimana dokumen ini dibeli, dipalsukan dan diedar di dlm rangkaian yang terlibat. Siasatan polis ini juga dapat menentukan samada mereka boleh didakwa di atas kesalahan menyebar berita palsu dan berkomplot mensabotaj ekonomi negara.

tun faisal dot com: #1MDB: Polis perlu siasat blogger dan truper pro Tun M. @PDRMsia - http://tunfaisal.blogspot.com/20 ... 5241811790502959944
- See more at: http://thekl-chronicle.blogspot. ... thash.1vXSOmPK.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2015 12:26 PM | Show all posts
SATURDAY, JULY 18, 2015
Now Justo Names Ten Persons who Bought His Documents to Attack PM @NajibRazak


Thai police said Swiss national Xavier Andre Justo, who is in custody and expected to be charged with blackmailing his former employer, PetroSaudi, has given a full confession and identified about 10 people who bought documents from him to use to attack Malaysian Prime Minister Najib Razak.



"He has confessed everything. He has given us very good cooperation... every document, even from inside his phone,'' police spokesman Prawuth Thavornsiri told The Straits Times.

Justo sold the data he had taken from PetroSaudi to the group, which included media figures and a person from the Prime Minister's own party, according to Lieutenant-General Prawuth. Among them was a Malaysia-born woman who had moved to Britain.

"She has a news blog," he added.

Asked if the blog was the Sarawak Report website, he said: "Maybe. I didn't name it, you named it.''

He said the website "usually gives bad news about Malaysia".

"The website tampered with the data to discredit the PM,'' he added.

Lt-Gen Prawuth said he could not mention names. But he confirmed that Justo met with "many people, about 10, from the media and from political circles, even from the same party as the PM (Datuk Seri Najib)''. Justo met the Malaysia-born woman three times in Thailand, and also in Singapore, for "negotiation", said Lt-Gen Prawuth.

In the last stage of the negotiations, once the group had verified that Justo's files contained the information they wanted, they discussed how to pay him.

The evidence from Justo included a full transcript of all the Whatsapp chats he had with the group during their negotiations and discussions on how he would be paid. Some meetings are said to have been held in Singapore.

"The way they paid was the same way money-laundering gangs pay, Lt-Gen Prawuth said.

"They talked to each other many times by Whatsapp, we have the evidence; they talked about paying like this and like that, to pretend to buy and sell.''

These details "should be useful" to Malaysian police, he added.

The spokesman also offered to share information with the Singapore police. "This case should be reported in Singapore because the money laundering to attack the PM started in Singapore," he said.

"If the Singapore police ask me for evidence (through) the foreign affairs protocol, I can send it."

Thai police arrested Justo at his plush home on the resort island of Koh Samui on June 22.

The tattooed 49-year-old had worked for PetroSaudi from 2010 to 2011, Lt-Gen Prawuth said.

"The CEO of that company was Xavier's close friend. I don't know what conflict they had; he (Justo) walked out and requested money from the company," he said.

"The company paid him about four million Swiss francs at the time he walked out.

"After two years Xavier called the CEO again and asked for some money again. Before he left, he had copied every e-mail of the company from the server. It was in 2013 that he called the company and said I know all your secrets, and I want US$2.5 million."

When PetroSaudi turned down his demand, Justo then approached the other group, said Lt-Gen Prawuth, who took care not to mention Malaysia by name.

Justo would be charged with blackmail, Lt-Gen Prawuth told The Straits Times. "The blackmail happened in Thailand, so we only have scope for that," he added.

On July 3, the Wall Street Journal and Sarawak Report claimed that US$700 million (S$957 million) linked to 1Malaysia Development Berhad was deposited into Mr Najib's private bank accounts over the past two years.

The beleaguered Prime Minister, who is facing calls for his resignation led by influential former premier Mahathir Mohamad, has denied ever using state funds for "personal gain".

Mr Najib has accused Tun Dr Mahathir, who was Malaysia's prime minister for 22 years until 2003, of conspiring with international media to topple his government via "political sabotage".

1MDB's recent struggle to meet financing obligations, as it seeks to pare down RM42 billion (S$15 billion) in debt it racked up in its first five years of operation, has been a lightning rod for criticism against Mr Najib's leadership.

The state investment agency is now the subject of multiple probes by the Malaysian authorities.

Malaysian police have asked their Thai counterparts for access to Justo but have yet to interview the Swiss national.
- See more at: http://thekl-chronicle.blogspot. ... thash.jYQxdur6.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 12:36 PM | Show all posts
apa la bang an ni.. takyah spin spin

najib sendiri dah ngaku dia tak guna duit tuh..makna duit tu memang masuk akaun dia..laa ni dah tutup

tutup ke apa ke tu soal lain..

isu nya bab integriti..apa jadah duit tu dok situ? nak  bawak bibik ros sopping ka?

lojik nya duit tu nak beli undi ketua2 amano or sesapa aje yang bertuhankan duit

dia dok kabo dr mahathir CASH IS KING

kat situ je dah kantoi anak razak nih so toksah pusing2 lain laaaa..

toksah perbodohkan oang.. tak baik tau haaaa

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2015 12:44 PM | Show all posts
Lim Kit Siang ahli silap mata yang terdesak-Rahman Dahlan


Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai seorang ahli silap mata terdesak apabila bertindak menyelar bekas editor Sarawak Report, Lester Melanyi selepas beliau mendedahkan perbuatan bekas majikannya dalam konspirasi memburukkan Perdana Menteri.

Abdul Rahman berkata, ahli silap mata sememangnya pakar dalam pembohongan sebab itu Kit Siang dengan pantas mengelarkan Melanyi sebagai ‘sampah bumi’ selepas bekas wartawan itu membuat pendedahan melalui video mengenai dakwaan mengenai pengendali Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan beberapa pemimpin pembangkang dalam usaha memburukkan BN serta Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kit Siang sepatutnya menerima pengakuan dan seterusnya meminta polis untuk melakukan siasatan, malangnya Kit Siang memilih untuk tidak menghiraukannya sebaliknya mencerca dan memburukkan pengutus mesej itu.

“Mungkin Kit Siang yang berusia 74 tahun itu mempunyai ingatan lemah, biar saya iring apa yang telah berlaku,” katanya dalam catatan di laman Facebook miliknya hari ini.

Jelas Abdul Rahman, lelaki berkenaan mendakwa beliau merupakan bekas pekerja Brown dan telah mendedahkan Sarawak Report telah memalsukan dokumen selain menerima arahan daripada beberapa pemimpin pembangkang bagi memfitnah Perdana Menteri dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Tanpa menyisihkan kata-katanya, malah beliau (Melanyi) juga menamakan individu yang terlibat, dakwaan Melanyi amat serius. Jika perkara ini benar, kesemua individu yang berkomplot dengan Brown dan Sarawak Report yang terlibat untuk menjatuhkan kerajaan melalui fakta palsu perlu disiasat segera,” tegasnya.

Sehubungan itu, Abdul Rahman memberitahu, secara jelas pendedahan itu membuatkan Kit Siang termasuk pemimpin DAP gelisah sehinggakan penasihat parti itu terdesak dengan mengelarkan Melanyi ‘sampah dunia’

“Secara peribadi saya tidak mengenali Melanyi, tetapi apabila digelar sebagai ‘sampah’ mungkin sebab itu Brown memilih untuk mengambil dia (Melanyi) bekerja khusus untuk memburukkan pemimpin Sarawak bertahun-tahun dan sekarang Perdana Menteri. Lagipun, ia memerlukan ‘sampah’ untuk mengenali ‘sampah’ lain.

“Sementara Brown dan Sarawak Report berterusan menjadi ‘sampah’, Melanyi mengambil keputusan untuk tarik diri, dia tidak mahu terus untuk memfitnah Perdana Menteri. `Sampah dunia’ inilah yang akhirnya telah menemui jalan tuhan dan kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Katanya, secara jujur bukan mudah untuk membuat pengakuan video apatah lagi melibatkan nama-nama penting.

“Semua ini memerlukan keberanian walaupun bagi seorang ‘sampah’. Ramai yang suka menuduh tetapi tidak mahu mendedahkan nama, tetapi bukan Melanyi kerana dia berani memberikan nama kepada umum.

“Saya juga gembira untuk memaklumkan bahawa polis sudah memulakan siasatan terhadap dakwaan mengejut Melanyi, dia juga telah memberikan kerjasama penuh kepada polis, biarkan kebenaran mengatasi segalanya,” ujarnya.

Baru-baru ini, Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mendedahkan video Melanyi yang dikatakan pernah berkhidmat dengan portal berita Sarawak Report bahawa bekas majikannya iaitu pengarang Brown memalsukan bukti bagi menyokong siri pendedahan mengenai skandal syarikat 1MDB.

Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 12:55 PM | Show all posts
yang wall street journal tu plak bila nak belasah bang AN

anggap ler sarawak repot seme tu palsu..untuk kepuasan najib

now apa cite pasal wall street dakwa duit masyukkk akaun ajib?

bila nak saman wall street? bila nak kata report wall st dapat seme tu palsu?

anggap ler seme tu palsu..tadak hal ponyaaa..kasik ajib epi macam beruk

dah tu pasai pa MDB tertangguh2 nak bayaq bunga sampai mintak zeti tolong tangguhkan?

pasai pa bunga 2 ribu pun terkial2..walo dabik dada kata rete mdb cecah 50 biliun woooo

dah tu pinjaman sampai 42 billiun tu natang apa? apa bisnes ko buat? bila nak hasil ? apa hasil?

apa jadah jv kendian kasik duit berbiliyun peh tu kensel jv duit tak dapat balik..mana pi duit?

oooo lepak di bank singapore.. memula tunai jadi unit peh tu jadi taik cicak kut hahahaha

yang ni je jawap dulu..takyah kona2 bang AN..saya pun poi sekolah cam bibik ros dan laki dia

mana hasil siasat pac man?  mana hasil siasat bank negara ag ketua polis seme tuh?

yang kita nampak depa2 yang dok siasat seolah macam di RASUAH sesuatu untuk bela oang salah..btui dak?

rasuah jawatan menteri ada, rasuah timbalan menteri, rasuah masuk kabinet baru

tapi bodoh tetap bodoh.. tu yang cilako nya bang AN
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 01:08 PM | Show all posts
Dan, saya pun nak tahu gak, dari mana modal USD29 juta anak Rosmah
si Rizal Azez dapagt, buat filem WOLF OF WALL STREET..................?????
Takkan dengan tersebarnya cerita kepalsuan berita Sarawak Report ni,
terus Najib & Rosmah jadi suci murni sedangkan banyak menda masih jadi
tanda tanya termasok boros berblenja majlis kawen anaknya sampai beli fresh
flowe pun jejal RM 3 juta. Macam senang je buang duit sebab bukan hasil titik peloh
sendiri, kan.

Dan satu lagi, apasal sekarang sume IPP yang 1MDB beli dengan rega RM42 BILLION,
kunun nak kurangkan beban hidup bill letrik rakyat, diamikalih pulak oleh TNB...........???????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2015 01:08 PM | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 20-7-2015 12:55 PM
yang wall street journal tu plak bila nak belasah bang AN

anggap ler sarawak repot seme tu palsu. ...

Aji...janji tuhan tu mesti terlaksana juga nanti..tak hari ni besok, tak besok, lusa..doa org yg teraniaya ni aji..tuhan akan makbulkan.

bagi saya mudah je Aji...yg benar itu benar, yg salah tu salah....isu ni satu hari pasti kita tahu apa penyudahnya...kalau najib bersalah...nama baik Najib dan UMNO menjadi taruhannya...dan kalau Tun M bersalah...sama juga...nama baik Tun akan tercemar juga...so...sama2 kita tunggu episod seterusnya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 01:44 PM | Show all posts
dapat cuma  47% undian dah boleh jadi kerajaan,ini sistem yg x adil dan main busuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2015 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah banyaknya dosaku pada najib. Ya allah, sesungguhnya aku malu dengan dosa ini. Ya allah, kini ku sudah tahu bahawasanya najib adalah sebaik-baik pemimpin di dunia nan fana ini. Ya allah ya tuhanku, aku tidak tahu lagi bagaimana hendakku pohon maaf dari najib. Sesungguhnya telah terlalu banyak dosaku pada najib. Ya allah.........
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 04:18 PM | Show all posts
Katanya arinih Claire and the gang forged document dalam usaha memfitnah pak jib... boleh pakai ke artikel ni? pegawai bank nak takut hape dituduh memecah rahsia kalau tidak benar?

ke hulu ke hilir jah artikel demi nak pertahankan benang nan basah. heh.

Di Singapura, Awang dapat tahu, jika ada mana-mana bank atau pegawai bank memecahkan kerahsiaan pelanggan dengan membocorkan maklumat kewangannya, di bawah undang-undang republik itu, individu berkenaan boleh didenda sehingga S$125,000 (RM350,878) atau dipenjara sehingga tiga tahun. Di sana, bank-bank yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda sehingga S$250,000 (RM701,000) bagi setiap kes maklumat yang dibocorkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2015 09:09 PM | Show all posts
Lester dedahkan bagaimana dokumen diubah dlm youtube.

Monday, July 20, 2015
Agenda Jahat Sarawak Report (Part 2) : James Steward Ubah Dokumen Petrosaudi
Berikut bahagian kedua pendedahan oleh Lester Melanyi bekas perunding editorial Sarawak Report dan pengendali Radio Free Sarawak.

Sungguhpun rakaman wawancara ini dibuat minggu lalu, Lester mengesahkan kenyataan Polis Thai semalam bahawa Justo tidak mengubah dokumen Petrosaudi yang dijualnya.

Sebaliknya Sarawak Report menggunakan seorang pereka grafik (graphic designer) bernama James Steward untuk mengubah dokumen.



Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa najib wajib minta maaf kat rakyat mslaysia. Sekian!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.742202 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list