|
UMRAH VI, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
2297# sunsuria3
Hehehehehe.....
Kakak pulak beli yang saiz besar tu dapat lebih murah lagi, 6.50 Riyal sehelai.
Jangan marah ye tuan rumah..
sebab harga-harga yang disebutkan ni boleh dibuat panduan bila membeli belah di sana kelak... |
|
|
|
|
|
|
|
2301# Rosputih
betul betul betul.....pokoknya beli kat mana2 pun make sure tawar habis2an..kalau kat madinah dari hotel tu jalan terus sampai jumpa satu mall bawah tanah...kat situ lah barang2 murah...ketua rombongan saya siap beli beg luggage lagi 2 biji siap dgn sarung nya sekali..anak saya kata jubah kat situ paling murah...2x dia ajak pi..dha pi sekali dia survey mall lain situ gak murah dan bagus..saya beli gak sehelai 35 riyal bila pakai semua puji dan terkejut dgr harga..siap tanya sana bukan mahal ke ratus2 harga...anak saya beli jubah 6 helai... |
|
|
|
|
|
|
|
2300# HasMK
ada contact number tak? dah jadi ketagih minum air zam2 air lain jadi tak best he he ewah ewah...dah nak habis dah ni..aduhai...soh husband cari kat abu dhabi puas merata dia pergi dgn drivernya tak jumpa..tapi driver nya kata penah ternampak dulu tapi lupa...alamak ai ... |
|
|
|
|
|
|
|
2306# sunsuria3
Insya'Allah nanti saya tengokkan ya .. kat Giant Kota Damansara ni pun husband pernah nampak iklannya .. nanti saya check lagi ya .. |
|
|
|
|
|
|
|
2300# HasMK
ada contact number tak? dah jadi ketagih minum air zam2 air lain jadi tak best he he ewah ewah...dah nak habis dah ni..aduhai...soh husband cari kat abu dhabi puas merata dia pergi dg ...
sunsuria3 Post at 29-9-2009 20:19
bukan iklan sekadarberkongsi
500ml: RM10.
1.5L: RM25
10L: RM120
Diambil terus dari Pusat
Pengagihan Air Zam Zam Mekkah.
Hubungi Hasnal: 019-3326610 |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HUSSAINTAHIR at 30-9-2009 11:52
Assalamualaikum. Disini saya menyediakan khidmat jualan air zam-zam dan penghantaran dari rumah ke rumah. Satu botol berisi 10 liter. penhantaran terhad di kawasan KL dan Selangor sahaja. Harga RM 90.00. kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi no 013-9765870(ust abd aziz) untuk pesanan. Air zam-zam akan di hantar terus ke rumah anda.
bukan iklan saya....
i take it from a website... |
|
|
|
|
|
|
|
Di lokasi yang sama seperti di atas. Di akhir-akhir Ramadan kelihatan jambatan yang menjadi laluan untuk ke tempat saie di tingkat satu menjadi tempat gantungan atau tempat menyimpan bag pakaian/bag plastik bagi jemaah yang datang secara bermusafir |
|
|
|
|
|
|
|
Laluan masuk melalui Babul Fath yang mana di kiri dan kanannya kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kawasan lapang bersebelahan dengan dataran Babus Salam yang dipisahkan dengan bangunan tandas lelaki dan wanita yang belum siap sepenuhnya dan masih dipenuhi dengan habuk-habuk binaan. Walaupun begitu ia tetap dipenuhi dengan jemaah untuk bersolat terutama di akhir-akhir Ramadan . |
|
|
|
|
|
|
|
Wah kak, cuci mata tengok pic terkini d mekkah.....insa allah kami sekeluarga akan pergie sekali lagi tahun depan nie(7)....walaupun lum tempah mana2 package umrah pun... hehhehe saja nak sedap kan hatie.... |
|
|
|
|
|
|
|
thanks to all...bg info pasal air zam2...thanks to k ros gambar2 terkini terbayang2 je..menggamit rindu betul...wah sofiera..bagus simpan angan2 tu..saya pun simpan gak angan2 nak pegi tahun depan insyallah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Beribadah dengan tenang dan yakin
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
HANIZA TAHIR menerangkan mengenai pek Poise untuk jemaah haji wanita.
HANIZA TAHIR menerangkan mengenai pek Poise untuk jemaah haji wanita.
MASALAH lemah kawalan kencing lebih cenderung berlaku di kalangan wanita berbanding kaum lelaki. Menurut kajian, satu daripada empat wanita berumur 35 tahun ke atas mengalami kegagalan mengawal kencing iaitu 'terkucil'.
Sesetengah wanita mungkin terkucil beberapa titik air kencing semasa bersin, batuk, ketawa atau bersenam dan ada yang mengalami perasaan ingin terkencing yang mendesak sebelum terkucil secara tiba-tiba.
Ramai wanita mendendamkan perasaan malu mereka lalu tidak membincangkannya dengan orang lain dan menjejaskan keseronokan bersama keluarga dan kawan-kawan.
Wanita mengalami masalah lemah kawalan kencing dua kali ganda lebih kerap berbanding lelaki. Antara faktor yang penyebab ialah kehamilan, bersalin, menopaus dan struktur saluran kencing wanita.
Keadaan lemah kawalan kencing terjadi apabila terdapat masalah pada otot dan saraf yang mengawal dan membebaskan air kencing. Tubuh menyimpan air kencing iaitu cecair dan sisa buangan yang dikumuhkan oleh buah pinggang di dalam pundi kencing, organ yang berbentuk belon. Pundi kencing bersambung ke urethra, tiub di mana air kencing dikumuhkan daripada tubuh.
Masalah kebasahan ini berlaku kerana otot lantai pelvis menjadi lemah (umumnya disebabkan oleh kelahiran anak) dan kini tidak cukup kuat untuk mengawal air kencing dari terkeluar. Kelemahan otot lantai pelvis mungkin juga disebabkan oleh kelemahan kesihatan, obesiti, sembelit, pelbagai ubat-ubatan dan menopaus.
Kegagalan kawalan kencing ini juga sering menjadi masalah bagi wanita Islam yang telah berusia dalam melakukan ibadah.
Ini kerana air kencing adalah najis mutawassitah ia perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum mengerjakan solat dan apa-apa ibadah lain terutama ketika melakukan umrah atau haji.
Kegagalan mengawal kencing sudah tentu akan mengganggu kelancaran ibadah. Sebagai contoh, jika seseorang jemaah haji atau umrah yang menghadapi masalah tersebut ingin berada lama di Masjidilharam bagi melakukan ibadah tawaf dan solat mereka perlu mengambil kira perkara ini supaya ibadahnya sah dan diterima.
Adalah tidak praktikal bagi jemaah tersebut untuk pulang ke hotel semata-mata untuk menyalin pakaian yang terkena najis akibat terkucil.
Sehubungan itu, menurut pendakwah dan penceramah bebas, Ustazah Datuk Siti Norbayah Mahamood, pemakaian tuala wanita adalah disarankan jika langkah itu dapat mengelak najis terkena pakaian sekali gus melancarkan ibadah yang dilakukan.
"Dengan cara ini mereka tidak perlu kembali ke hotel yang mungkin terletak jauh dari masjid untuk menukar pakaian.
"Sebaliknya mereka hanya perlu ke tandas bagi membuang tuala wanita tersebut dan menggantikan yang baru sebelum mengambil semula wuduk untuk meneruskan ibadah yang dilakukan. Secara tidak langsung jemaah wanita itu dapat mengerjakan haji dengan lebih sempurna,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika membincangkan mengenai masalah terkucil di kalangan jemaah haji atau umrah wanita di forum media anjuran Kimberly-Clark Malaysia, pengeluar tuala wanita jenama Poise-Up, baru-baru ini.
Sementara itu, Pengurus Pemasaran Malaysia/Singpura Kimberly-Clark Trading (M) Sdn. Bhd., Haniza Tahir memberitahu, Poise didatangkan dalam tiga ketebalan iaitu liner, slim dan maxi yang menyerap cairan antara 25 mililiter hingga 300 mililiter.
"Pihak Kimberly-Clark telah mula mengedarkan sampel percuma Poise kepada jemaah haji pada tahun lalu dan pada musim haji tahun ini sebanyak 18,000 hingga 20,000 keping tuala wanita akan diedarkan menerusi Tabung Haji.
"Kini dengan adanya Poise, masalah terkucil ketika mengerjakan ibadah boleh ditangani,'' katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
yes a good solution for women..
how abt man
due to problem in prostate ...some old man do have the same problem..
beberapa pakcik pernah highlight kt saya this problem..
i am so sorry i dont have other solution selain tukar pakaian yg bersih
i think we should be discussing some of the problem face during our pilgrimage for others to use some of the experience |
|
|
|
|
|
|
| |
|