|
UMRAH VI, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
2309# HUSSAINTAHIR
saya sms dah ust ni dari siang tadi but no reply.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam buat semua, teruja tgok gambar2 terbaru kat sini. Hari ini suami akak ada buat call ke travel agency (kawan lama gak) tanya pasal nak wat umrah bulan december or next year. Masyaallah terkejut akak dengar mahal betul sekarang nie ye!!! dalam RM7000 sorang, tambah sikit lagi dah boleh gi 1 bulan ramadan . Ada sape2 boleh rekomen kat akak harga yang berpatutan. terima kasih kpd yg sudi membantu. |
|
|
|
|
|
|
|
mahalnya.. masa cak pegi dulu, baru RM4800.. cuba tanya UTAS.. dulu cak pg dgn UTAS.. sangat puas hati |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HUSSAINTAHIR at 30-9-2009 23:26
salam buat semua, teruja tgok gambar2 terbaru kat sini. Hari ini suami akak ada buat call ke travel agency (kawan lama gak) tanya pasal nak wat umrah bulan december or next year. Masyaallah terkejut a ...
jellybee Post at 30-9-2009 21:54
tiram travel
UMRAH CUTI SEKOLAH DIS '09
19 & 21 DISEMBER | 13H & 15H | RM 5,790 |
CAWANGAN KUALA LUMPUR
No. C3A-G, Ground Floor,Block C, Jalan Salaman 1,
Dataran Palma, 58000 Ampang,Kuala Lumpur.
Tel : 03-42703511
Faks : 03-42707459
Email : [email protected] |
|
|
|
|
|
|
|
VISA-ZIARAH-DIS-09 [Nota]
Disember - Umrah, Madain Salleh & Taif -
BILIK BER 4 BILIK BER 3 BILIK BER 2 PESAWAT
15-12-2009 27/28-12-2009 14H/12M - 6490.00 6690.00 6990.00 SAUDI ---
24-12-2009 04/05-01-2010 13H/11M - 6290.00 6490.00 6790.00 SAUDI ---
31-12-2009 11/12-01-2010 13H/11M - 6290.00 6490.00 6790.00 SAUDI ---
Disember - Umrah & Taif -
22-12-2009 01/01-01-2010 13H/11M - 5890.00 6090.00 6390.00 SAUDI ---
28-12-2009 09/10-01-2010 14H/12M - 5890.00 6090.00 6390.00 SAUDI ---
31-12-2009 11/12-01-2010 13H/11M - 5890.00 6090.00 6390.00 SAUDI ---
Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.
No.9, Wisma Andalusia,
Jalan Belangkas Off Jalan Kampung Pandan,
Taman Maluri,
Kuala Lumpur
55100
Malaysia
holidays@andalusia2u.
03-9283 1588/ 03-9285 4530
03-9283 7566
Waktu Urusan
Isnin - Jumaat 09:00 a.m. - 06:00 p.m.
Sabtu & Ahad 09.00 a.m. - 01.00 p.m. |
|
|
|
|
|
|
|
2309# HUSSAINTAHIR
saya sms dah ust ni dari siang tadi but no reply..
sunsuria3 Post at 30-9-2009 21:05
akak andalusia pun ada jual air zam zam
kt mydin pun ada |
|
|
|
|
|
|
|
kak sun... terima kasih atas maklumat itu. Saya pun tak tahu ustaz zahazan sudahpun ada company sendiri. Hasrat nak bukak agensi haji/umrah tu pun timbul semasa pengurusan kuota haji utk tahun ni dgn rakan2 baru2 ni. Baru perbualan je, belum perbincangan secara serius lagi. Nama ustaz zahazan timbul kerana kita nak naikkan seorang ustaz muda sebagai ikon keagamaan muda. Kita dapati belia2 lebih senang terpengaruh dgn ikon2. Menggunakan ikon2 lebih senang utk membuka hati golongan 45 ke bawah ini utk melakukan ibadah umrah & haji. Sejak saya join forum ni sejak 2005 ni pun saya pun dapati dari forum ini jugak dapat membuka hati ramai golongan muda buat umrah & haji. Alhamdulillah. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rosputih at 1-10-2009 09:02
2278# Hanni
Assalamualaikum hanni dan semua,
Memang betul kata-kata hanni tu. Selagi ada peluang dan kesempatan kita terus belajar dan menimba ilmu kerana bidang ilmu untuk mengerjakan haji dan umrah ini terlalu luas dan mencakupi pelbagai perkara samada besar atau perkara-perkara kecil yang kita anggap remeh.Walaunpun kita telah pergi mengerjakan umrah atau haji berulang kali, namun ibu rasa kita semua masih mahu dan rasa seronok untuk belajar lagi bagi mempertingkatkan pengetahuan kita semua.
Petang semalam group yang ibu ikuti tempoh hari telah selamat sampai ke tanah air dan kami telah mula berhubungan bertanya khabar. Semalaman ibu tak dapat tidur lena mengenangkan mereka semua.
Hanni,
Sebenarnya tiada pengalaman pahit sebenarnya selain dari 'drama sebabak' yang group kami lalui ketika hari pertama dan kedua ketika ketibaan kami di Makkah berkaitan tempat penginapan yang kisanya mendebar hati dan melucukan jugak. Kisah ini akan ibu ceritakan bila ada kesempatan bertemu dengan rakan-rakan dan tak mungkin diceritakan di sini.
Selain dari hal di atas, hal-hal kecil yang turut mendukacitakan kami semua seperti kehilangan bag pakaian 2 orang jemaah ketika di Jeddah Airport. Bag besar kepunyaan seorang jemaah lelaki yangmana bagnya sudah diambil dan diletakkan di atas troly telah hilang walaupun puas dicari hingga aduan dibuat ke pihak pengurusan airport. Ketika di Madinah kami menghulurkan bantuan mengikut kemampuan kerana ia tinggal sehelai sepinggang je ketika itu. Hingga kesudahannya bag itu tidak dijumpai semula.
Manakala kehilangan 2 bag pakaian jemaah wanita yang berada di atas troly dan telah dibawa keluar bersama lain-lain bag kami semua ketika menunggu bas. Kehilangannya disedari ketika ingin memuatkannnya ke dalam bas. Kami menunggu agak lama juga kerana beberapa jemaah lelaki pergi mencarinya semula di sekitar kawasan airport tetapi tidak juga menjumpainya.
Menurut kakak ini beliau redha dengan kehilangan bagnya. Bayangkan beliau hanya memakai baju yang sama sejak dua hari lalu sejak dari Malaysia lagi kerana kami transit di Colombo. Menurutnya cucunya terlupa memasukkan pakaian spare dalam hand luggagenya padahal ia tahu kami akan transit dan bermalam di Colombo. Namun, syukur Alhamdullillah, kehilangan bagnya tak lama. Bag pakaian kakak ini dijumpai semula ketika kami berhenti untuk makan malam. Salah seorang dari jemaah kami bersolat di masjid berhampiran tempat makan ini bertemu dengan sekumpulan kecil jemaah dari Kelantan yang bertanyakan sama kami ada kehilangan bagi. Ianyanya bagai diatur-atur, kena pada masa dan tempatnya. 2 buah bag pakaian jemaah wanita ini hanya hilang dalam tempoh lebih kurang sejam sahaja dan dijumpai semula. Pemandu bag ini terpaksa bersusah payah menurunkan 2 buah bag dar atas bumbung van yang telah diikat bersama lain-lain bag. Bayangkanlah kesukaran yang bakal kita alami kalau kita kehilangan bag yang berisi pakaian dan barang-barang keperluanperibadi dan mungkin juga ada diselitkan wang ringgit di dalamnya.
Selain dari itu ketika pulang dari dari Bukit Magnet bas kami singgah agak lama di sebuah bengkel kenderaan. Sangkaan kami pemandunya ingin ke tandas. Tunggu punya tunggu, hampir sejam lamanya kami menunggu di dalam bas,rupanya tayar bas kami pancit dan kerja-kerja menukar tayar sedang dijalankan hinggakan kami terlepas peluang untuk ke Masjid Qiblatain kerana mengejar waktu bimbang terlepas peluang untuk bersolat jemaah untuk mencukupkan 40 waktu di Masjid Nabawi.
Kisah kehilangan wang hampir 6000 Riyal salah seorang jemaah wanita di salah sebuah bilik dan berlaku tuduh menuduh di antara rakan sebiliknya yang jugak kehilangan wang, tidak kurang juga menimbulkan cerita yang kurang enak didengar.
Sifat semula jadi manusia, samada sifat baik dan sifat buruk memang sukar untuk dikikis atau di kawal, walaupun ketika kita berada di tanah suci. Tambahan pula kalau kita tinggal bersama dalam tempoh waktu yang agak lama. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya dan kepadaNya jua kami semua mohon keampunan.
Sebenarnya tadi hanni, sempena kepulangan mereka semalam, ibu ingin menceitakan tentang kegigihan dan semangat kental dalam beribadat kakak-kakak warga emas rakan sebilik ibu yang boleh dijadikan contoh dan iktbar, termasuk untuk diri ibu sendiri, tapi dah jauh melencong pulak.
Apa yang ibu paparkan secara umum ini tidak berniatmemburukkan sesiapa, tetapi untuk dijadikan panduan dan iktibar.
Di mana-mana saja terutama di airport, kita kena peka danpastikan barang-barang atau bag-bag kepunyaan kita sendiri dahulu,barulah kita turut membantu yang lain kerana ada berlaku jemaah yang bersusah payah menguruskan bag-bag jemaah lain sedangkanbagnya sendiri hampir ketinggalan.
Sekiranya perjalanan kita ke Jedah ada transit dan bermalam, sediakanpakaian spare untuk sehari termasuk keperluan peribadi yang lain supaya tidak menimbulkan ketidak keselesaan dalam perjalanan seterusnya.
Sebolehnya janganlah kita membawa terlalu banyak wang tunai bersama kitakerana bila berlaku kehilangan, sudah pasti sebanyak sedikit akanmengganggu ibadah kita. Banyak alternaf lain sekiranya kita inginberbelanja lebih atau mengeluarkan wang ketika di Makkah atau Madinah.
Selebihnya hanni,
selama berada di tanah suci, semuanya
meninggalkan kesan dan kenangan yang indah-indahbelaka.
Ada kesempatan nanti ibu sambung cerita lagi ye kalau tak jemu nak membacanya... |
|
|
|
|
|
|
|
2328# Rosputih
semua jemaah ada pengalaman tersendiri ya k ros..teruskan menulis buat panduan kita semua....masa di mekah seorang jemaah hilang 6000 riyal gak..entah2 orang yg sama apa? bukan dari group kami tapi kisahnya dia buka wallet di perkarangan masjidil haram tu nak beri pada ahli keluarga dia duit sikit..then si pencopet nampak duit tebal2 tu memang jadi mangsalah...
sorang lagi tu handfon kena copet...dah pakai baju melayu poket banyak tu dia boh handfon dlm poket baju melayu senang orang nak selak dan tarik...
dlm group kami kan flight ni tergesa2 dari kl ke doha, transit tak mcm transit sbb berlari2 nak masuk dlm plane dah tunggu...flight dari kl dah lewat sejam so sampai aja berlari2 lah terus ke connecting plane...so sorang jemaah tu tertinggal beg dlm plane dari kl..dia ingat guna plane yg sama..ketua rombongan pun tak ingatkan jemaah angkat semua beg jgn tinggal kat plane ni...dlm beg tu ada duit pulak tu...dah sampai kat mekah baru dia dpt semula beg tu..
saya duit simpan dlm beg luggage dlm bilik..beg tu pun berkunci..alhamdulillah roomate semua boleh dipercayai..pekerja hotel tak masuk bilik selagi kita tak suruh dia kemas bilik...roommate saya pun duit kira sepah2 je dlm laci..bawah bantal pun ada... |
|
|
|
|
|
|
|
2326# HUSSAINTAHIR
saya gi mydin kajang je tak ada. andalusia pun dah called tak ada....tak ada stock katanya... |
|
|
|
|
|
|
|
2326# HUSSAINTAHIR
saya gi mydin kajang je tak ada. andalusia pun dah called tak ada....tak ada stock katanya...
sunsuria3 Post at 1-10-2009 09:02
MYDIN MASJID INDIA ADA... |
|
|
|
|
|
|
|
2327# ustaz
Assalmualaikum Ustaz..
Dah dapat ke contact Ustaz Zahazan..
Sorry lambat reply sms Ustaz..
Tahun lepas Ustaz Zahazan ada jugak ajak pi Umrah sama dgn Rombongan dia..
Tapi masa tu dah terikat dgn Tabung Haji..
Best jugak kalau dapat pi dgn orang yang berilmu..
Saya suka sangat dengar Ceramah Ustaz Zahazan ni..
Tak miss Tafsir Quran 6.30 am Radio IKIM Ustaz Zahazan..
Juga sesekali Program Tanyalah Ustaz TV9..
Alhamdulillah.. |
|
|
|
|
|
|
|
2328# Rosputih
Assalamualaikum Kak Ros..
Teringin nak jumpa Kak Ros..
Nak dengar Cerita Umrah sebulan Ramadan Akak..
Mesti banyak cerita suka duka..manis pahit Akak..
Insyallah kita jumpa lagi ye..kat KL.. |
|
|
|
|
|
|
|
MYDIN MASJID INDIA ADA...
HUSSAINTAHIR Post at 1-10-2009 10:33
Hari tu sebelum puasa pi MYDIN Kota Raya pun ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semua,
Walaupun dah kira lewat, saya nak ucapkan selamat hari raya kat semua ahli forum terutama kat Tuan rumah, ayahjoe, AM Hussain, Ustaz, Ibu Ros, Acikjie, Kak IDB, lemon, Irbuda ...
adikzarif Post at 26-9-2009 07:17
Dah Lama tak singgah rumah ayah joe ni..
Selamat hari raya juga dari saya., maaf zahir batin juga kepada semua
Selamat kembali ibu.. Syukur semuanya selamat |
|
|
|
|
|
|
|
makkah smlm
|
|
|
|
|
|
|
|
TAHNIAH BUAT LUTFI SEKELUARGA
sebab dapat balik mekah....tempat yg paling bermakna dan sangat istimewa
kalaulah aku ditakdirkan untuk bekerja disana pastikan ku itnggalkan hiruk pikuk kota ini untuk mencapai ketenangan disana..
how i really wish i can spend the rest of my life over there.....
|
|
|
|
|
|
|
|
2332# aziefa
saya pun tak miss tazkirah ust ni...sampai beli kitab tafsir yg dia sarankan tu...tapi memang ada perbezaan lah cara dia dgn ust lain..contoh bab puasa 6 aja lah..baru ni dia keluar tv kata dibolehkan niat 2 in 1 bagi ibu2 yg menghadapi kesukaran nak puasa sunat 6 syawal...tapi rata2 ust2 lain dan ustazah2 lain tak setuju niat 2 in 1... |
|
|
|
|
|
|
|
2328# Rosputih
takpe ibu.. kalo ibu sudi berkongsi citer, hanni dan rakan2 lain lagilah sudi membacanya!!
Seriau hanni baca berkenaan jemaah yg kehilangan beg pakaian tu.. sbb sblom ni, hanni x pernah terpikir pun kes2 mcm ni, walaupun kebarangkalian berlaku pasti ada. Sib baik makcik tu berjumpa semula dgn beg dia.. Kalo tak, mesti terganggu jugak dia nk beribadat sebulan di Tanah Suci. |
|
|
|
|
|
|
| |
|