CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: theflash

[KOLEKSI] Kisah Seram dari Buku 555 Penulis oleh theflash-thread sudah tamat-

[Copy link]
Post time 8-1-2013 10:26 PM | Show all posts
lambat la plak ko updated cite..
k.la ak bookmark sini jela..
esok ngan lusa ak ade exam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2013 02:44 AM | Show all posts
cepat lah citer..kebosanan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 08:18 AM | Show all posts
theflash posted on 8-1-2013 07:46 PM
it la dia!!

beso kalau sorrang duduk

tak dpat aku bayang cmner ko lari dr asrama smpai ke pondok tu sambil2 melihat pocong2 berselerak kt situ..

klau aku jadi ko, tgah2 nak lari tu aku pengsan smpai esok pagi...

tp pelik,apesal time cuti sekolah, guard takde?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 08:22 AM | Show all posts
----malam la pulak. ada repot perlu di taip. hehe-----

dah pagi dah ni flash oiiiiii..mane cite nye??
Puas aku menunggu,tp hampe belake
Pah cerohhhh aku tunggu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 08:27 AM | Show all posts
tp pelik,apesal time cuti sekolah, guard takde?

Tu lah pasal,aku pun kepelikkan membace tang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 08:30 AM | Show all posts
theflash posted on 8-1-2013 07:33 AM
ko duk asrama ke?

aku form 6 ke kat chulan


Aku x duk asrama, tapi geng2 aku most of them bdak2 asrama.. Aku rasa port yg paling angker kat chulan ialah kat depan bilik pengetua tu, kat kolam yang ade pokok besar tu... Kat situ ade mcm2 cerita.... Aku sampai form 5 je, cos aku form 6 dpt kat anderson, chulan mane ade science stream.. Last edited by d_rynna on 9-1-2013 07:32 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-1-2013 09:19 AM | Show all posts
sakitleher posted on 9-1-2013 08:27 AM
Tu lah pasal,aku pun kepelikkan membace tang tu..

memang takde pak gard nye.

cuti.
sebab takde. kami pun tak pasan. sebab balik dari stadium ikut pintu belakang

(sekolah ada pintu belakang)

mungkin pak gad tu balik umah ke. kuar beli bekfes ke
tapi entah
memang tak de pun pak gad

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
theflash posted on 9-1-2013 09:19 AM
memang takde pak gard nye.

cuti.

Ke pak guard dah cabot dulu sebab nampak pocong bergelimpangan kat padang.. haha =b
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2013 09:52 AM | Show all posts
Kejadian Cikgu Abas hendak mengambil dokumen.

nota kaki.- diceritakan oleh cikgu abas ( CA) cikgu bahasa melayu merangkap ketua panitia BM sekolah.
                 INI KISAH BELIAU
                 ( die cerita masa relief kelas aku. hahaha)




Alamak.!
aku menepuk dahi.
tertinggal surat untuk di bawa ke PPD.
aku tidak boleh membuat repot. kerana semua laporan dan minit mesyuarat di dalam sampul
dan aku letaakn di atas meja di pejabat sekolah!!!

Mana sempat aku nak buat pagi esok.
esok jam 10 harus ke PPD Anderson.
mana sempat aku nak menaip semua.
dan kerja ini memerlukan teliti.
bayangkan.
kejadian sepanjang tahun perlu di lapor kan

masak aku kena marah dengan Puan Pengetua.
tak boleh jadi. aku kena bersiap dan pegi ambil
jam menunjjukan 1030 malam
silap aku sendiri. sepatutnya aku melihat di dalam beg sebaik sahaja pulang dari sekolah
ini tidak.
aku menonton berita dan melayan beberapa drama melayu ( GERAK KHAS, kata CA)
jarak dari sekolah
kira2 20m minit menaiki kereta

aku masuk ke kereta.bertolak
hanya berkain pelekat dan berbaju t shirt kolar.
lebih kurang kira2 5km hendak ke sekolah
jalan raya sesak
hampir 20minit macam tu aku terperangkap. rupanya ada eksiden di persimpangan Pejabat Tanah dan Galian.berhadapan sekolah STAR.

agak teruk. kereta terbalik
mintak2 tiada kemalangan jiwa.
sedar tak sedar. sudah 1120 ketika itu!
ahh. sudah lewat
bukan kerana aku takut mengantuk.
sememnag aku memang tidur lewat
dan aku boleh buat kerja ini selepas subuh

tapi mengenangkan hendak masuk ke kwasan sekolah malam2..
bukan sebab aku takut pak gad tak bagi masuk
aku cikgu di situ. dan pak gad tu kenal aku!
tapi sebab. suasana sekolah itu.
aku boleh di katakan cikgu senior. sudah 10 tahun mengajar di sekolah itu.

sampai di sekolah. 1140.
melambai tangan ke pak gad."nak amik barang" sapa aku
pak gad hanya mengannguk.
aku mmeletakkan kenderaan di Dataran Perhimpunan.
sebelum itu
aku ada menelefon kerani sekolah semasa di rumah
di sudah meletakkan dokumen itu di kaunter berhdapan bilik pengetua.
sememangnya dokumen itu perlu di cop dan di sain oleh Pengetua.
tetapi laporan nya harus ada dan aku harus buat laporan itu!!

di sebabkan aku KETUA PANITIA BM
jadinya kunci2 penting di sekolah. aku ada.
segugus kunci aku keluarkan dari dashboard.
berjalan. lupa aku membawa lampu suluh.
gelap.
lampu koridor rosak.
sememnagnya aku tahu perkara ini
sudah 2 3 hari berlarutan.sejak kejadian kilat kuat.
wiring sekolah seidkit terganggu. maklumlah .sekolah lama.
kadang2 ada suis di dalam pejabat tak boleh di petik.nanti blackout satu sekolah.!

kedengaran bunyi air dari kolam
(di hadapan bilik masuk pejabat pengetua.ada kolam)
jarak nya dengan pintu masuk hanya 2 langkah sahaja.dipisahkan dengan longkang kecik.

aku mencari2 kunci. mengharapkan cahaya bulan
"mana satu la kunci ni..adui.."
jumpa. namun aku ada 3 mangga padlock perlu di buka

satu. dua. tiga. lengkap!


aku masuk. dan terus ke kaunter.
"yes. ada pun sampul tu" kata aku dalam hati.

tergerak ati aku hendak ke bilik ku.
berjalan aku perlahan tanpa membuka lampu
di sebabkan aku dah hafal ruang2 di dalam tempat tu.jadinya mudah. dah biasa
lagipun tidaklah gelap sangat.

aku ke bilik aku.
ambil beg dan memasukan ke dalam beg dokumen itu dan membawa pulang beberpa barang lain.kertas. pen. dan alat2 tulis yang lain sebabesok aku tak masuk pejabat.terus ke PPD

selesai.
aku perlahan berjalan.
tiba di pintu keluar

LANGKAH KU TERHENTI!
KELIHATAN DIA TEPI KOLAM. BERHADAPAN DENGAN AKU
ADA SATU KELIBAT BERBAJU PUTIHH SEDANG BERTENGGONG!
BADAN NYA AGAK BESAR.
TIDAK DAPAT KULIHAT MUKA NYA
TETAPI!
RAMBUT NYA PANJANG DAN SERTA MERTA
BAU BUSUK MENUSUK HIDUNG

JADINYA INILAH LEGENDA YANG DI SEBUT2 OLEH CIKGU2 OTAI DI SEKOLAH.
PONTIANAK.LANSGUIR. NAMAKAN APA SAHAJA .AKU TAK KISAH
KERANA KETIKA ITU AKU TAKUT!!
INI KALI PERTAMA AKU BERHADAPAN. (ca ni dah berumur,LEBIH KURANG 40AN CMTU)

KELIHATAN BENDA ITU HANA BERTENGGEK.
SEPERTI MELIHAT AKU.
AKU TEHENTI. YA ALLAH
TAKKAN AKU NAK KELUAR TANPA MENUTUP PINTU.!
NANTI ADE PENCURI PULAK YANG MASUK
( DI PAHAMKAN ADA PETI BESI .hehehehe)

AKU MEMBERANIKAN DIRI.LANTAS AKU PERLAHAN KELUAR.
DAN KEDENGARAN. BENDA ITU SEMACAM BERBISIK DENGAN SESUATU. TAK DENGAR
KERANA DI SELANG SELI DENGAN BUNYI AIR DARI KOLAM.
TIBA TIBA!!
KEDENGARAN BENDA ITU SEPERIT MENYANYI. TAPI HUMMING.
RENTAK NYA SEPERTI LAGU LAMA2. TAPI KURANG JELAS.SUARA NYA GARAU DAN KASAR...

TERKETAR2 AKU MENUTUP PINTU UTAMA.... SAMBIL MULUT MEMBACA AYAT QURAN.
AKU TARIK PINTU... TARIK GRILL PINTU.
MEMANG TAK TERDAYA RASANYA HENDAK MENARIK.
KAKI RASA LEMAH. RASA MAHU PITAM ( ca ada lemah jantung selamat la dia tak pengsan malam tu)
terasa tengkuk ku tegang. darah aku naik kot.? getus aku di dalam hati

selesai aku menutup. aku mula memangga dan mengunci2 pintu pejabat
1. 2 3. selesai
kemudian
hampir 10 saat aku berdiri. memikirkan ap nak buat
sambil telinga mendengar.
senyap.
mungkin dah takda!! perlahan2
AKU MEMALINGKAN BADAN KE ARAH KIRI. MENUJU KE KERETA.
MEMANG TIADA .SEMPAT AKU JELING DENGAN EKOR MATA..AKU JALAN TUNDUK KE BAWAH
KIRA2 5 LANGKAH HENDAK SAMPAI KE KERETA. KELIHATAN BENDA ITU TADI!


BETUL2 DI HADAPAN PINTU MASUK KERETA!!!!
BERDIRI TERPACUL!!
TINGGI MAKHLUKNYA.
DAN BARU AKU DAPAT LIHAT
RAMBUT NYA MEMANG MENCECAH LANTAI!

"bismillahirahmanirahim......" AKU MULA MEMBACA AYAT KURSI.

PERLAHAN AKU MENUJU KE KERETA.
SEAKAN DI BERDIRI BETUL2 DI PINTU TEMPAT PEMANDU.

"AH SUDAH. MACAM MANA?" TANYA AKU DALAM HATI

AKU MENGELUARKAN KUNCI..
PERLAHAN..

AKU BERHENTI DI HADAPAN MAKHLUK ITU.AKU TNDUK KE BAWAH.
DAN TAK HENTI MEMBACA AYAT KURSI.

DAN KELIHATAN MAKHLUK ITU SEAKAN BERGANJAK KE KIRI.
SEAKAN MEMBERI LALUAN..
PERLAHAN AKU MEBUKA PINTU. DAN MASUK KE DALAM KERETA
JANTUNG AKU SEAKAN MAHU PECAH.
KERANA SEBAIK AKU MASUK.
MAKHLUK ITU MENGADAP AKU!!!

BERDIRI DI SITU. MELIHAT AKU!!
DARI LUAR.

VROMMMMMM!VROOM!! SEGERA AKU MEMBUKA ENJIN DAN BERLALU PERGI!!
SECARA TERGESA!! MEMANG AKU MENEKAN PEDAL DAN MEMBUAT PUSINGAN U DI DEPAN NYA
( dataran perhimpuan,lapang)

SEBAIK AKU MEMBUAT PUSINGAN U.
MAKHLUK ITU MASIH DI SITU!!!

VROOOOOOOOOOOOOOOM!
AKU MEMCUT KE PINTU KELUAR.
DAN KELIHATAN PAK GAD DI HADAPAN POS PENGAWAL
AKU TAK MEMBUKA TINGKAP
TERUS AKU KELUAR TANPA MEMBERI APA2 ISYARAT PUN!!

tiba di rmah jam 1230.
aku mengambil wuduk dan memakan ubat hospital.
esok subuhnya baru aku membuat laporan
selamat sempat siap!!

dan lusa. aku bercerita dengan staf2 dan cikgu
rupanya.!
ada yang pernah mengalami benda yang sama dan ada yang lagi menakutkan berbandig pengalaman aku!!!!!


AKAN BERSAMBUNG

*DENGAN PENGALAMAN CIKGU2 LAIN..heehehhehe*


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 10:25 AM | Show all posts
kalau dapat pengalaman dari guard2 mesti lagi dasyat.. diorang kan syif malam selalu, mesti jumpa macam2.. haha..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 10:26 AM | Show all posts
theflash posted on 9-1-2013 09:52 AM
Kejadian Cikgu Abas hendak mengambil dokumen.

nota kaki.- diceritakan oleh cikgu abas ( CA) cikgu ...

Eeeerrrrrrrkkk!!!!..seb baik cikgu xkena skt jntg....hehe9
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 10:40 AM | Show all posts
theflash posted on 9-1-2013 09:19 AM
memang takde pak gard nye.

cuti.

Aku rase kan,mesti pak gat tu da cha alip boot..hahaha..
Entah2,die dah kene dulu sebelom korang kene kot..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 10:53 AM | Show all posts
Uuuiiii..dapst aku bayangkan kejadian tu..
Boleh pilok cikgu ko wat2 xnampak kan..kan..
Punye lah nak kene hadap time nak tutup pintu,dah le 3 biji pad lock..xabis tu,nak hadapkat kete lagik..
Kalu aku lah,kompem aku ajak pak gat temankan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2013 11:12 AM | Show all posts
SambalBelimbing posted on 9-1-2013 10:25 AM
kalau dapat pengalaman dari guard2 mesti lagi dasyat.. diorang kan syif malam selalu, mesti jumpa ma ...

ADAAAAAAAAAAAAAA!!

PAK GAD NYE KISAH PUN ADA SAYA TULIS

SAYA SELALU BERSEMBANG DENGAN PAK GAD TU.

NANTI LA SAYA TULISKAN

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 11:17 AM | Show all posts
theflash posted on 9-1-2013 11:12 AM
ADAAAAAAAAAAAAAA!!

PAK GAD NYE KISAH PUN ADA SAYA TULIS

waaaahhhhhhh....terbaekkk la flash...
dah memang bole jadi wartawan/penulis buku himpunan kisah2 seram *based on true story* ni...waaa...
sila buat plan untuk terbitkan buku.. or tulis blog or something... boleh generate income tu...

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 11:21 AM | Show all posts
wah...Pak Guard pn kena Kacau???

Kakak Cik pernah cerita kalau orang yang keje beruniform ni kalau time keje tak pakai full uniform kena kacau lah..
Contoh kakak cik staff Nurse kat Hospital..kalau keje malam nak baring2 kejap atau nak lelap kejap pon kena pakai full.
kalau bukak kasut atau cap bersiap sedia la....hehehehehe

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2013 11:30 AM | Show all posts
oni313 posted on 8-1-2013 04:26 PM
cam aku janjikan  , aku sempat snap2 skit gambor.skolah ko ni, betul2 belakang umah mak ngah  ...

adoi awat mama rasa angker ek???
nampak suram la...
tapi Oni...you really done a hell of a good job, rasa feel keseramannya yg memuncak muncak!!!

cayalah depa lari accross the padang dgn cikgu sekali!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2013 11:37 AM | Show all posts
Kisah dari Pengawal Keselamatan Sekolah ( kejadian 1 )

nota kaki- banyak kejadian hantu di sekolah. datangnya dari Pakcik Guard ni. terima kasih atas pengalaman Tuan
                INI CERITA DARI BELIAU

*bekas POLIS pangkat SARJAN.*



Malam itu aku membuat rondaan duty.
setiap jam memang aku akan membuat rondaan.
memang aku seorang je pun yang menjawat jawatan Pengawal KEselamatan ( untuk shift malam) ( PK)
bagi aku. menjaga kawasan sekolah mudah
sangat la mudah dan kurang risiko nya
kalau di bank atau di kedai emas. mungkin mati di tembak.!
wallahualam.

malam itu tepat jam 1am. aku meronda
kawasan sekolah agak besar.
jadi sememangnya aku menggunakan basikal.
padahal aku ke kerja membawa motor.sengaja aku guna basikal
mana tahu ada pencuri. mesti dia tak sedar aku datang sebab naik basikal.
takde bunyi enjin
lagipun. ini je lah cara aku untuk berpeluh di waktu usia emas
basikal mountain bike. ada lampu brek dan lampu headlight. di hadiakan oleh anak sulung aku

aku memulakan rondaan duty jam 1 pagi.
aku berkayuh menuju ke arah blok asrama. dahulu
berbekal kan cota dan torch lite size besar.dan wisel di bahu
aku berkayuh.berhenti di blok asrama
ketika itu ada pelajar.
dari atas
"pakcik.. sini clear!" terdengar dari anjung kaki lima tingkat 3.

"haish. tak tidur lagi ke korang.sok sekolah yob" bals aku
budak asrama. memag ada menjadi burung jampuk
berjaga di waktu malam
oleh kerana ada penghuni.
hanya 5 minit sahaja aku meronda.
banyaknya di kawasan dewan makan.

kemudian aku beralih ke blok kelas.

ada 3 blok perlu di ronda.
2 blok yang mempunyai 3 tingkat.
aku menaikki blok A

sejurus aku tiba di tingkat 1 blok A
angin malam menyapa muka ku.
sejuk.
memang kawasan sekolah ini
malam2 begini memang begini angin nya.

aku membukak torchlite.berjalan.
lalu di hadapan library. aku menjenguk2 di celah2 cermin..
naik ke tingkat dua.
aku memerikasa kelas2
ada kelas yg tidak di kunci
hal ini akan aku beritahu Guru DIsiplin
septonya.kelas2 ini di kunci
untuk elak kecurian.
aku menutup2 pintu2 kelas yg sengja di biakan melopong.

perlahan2 aku menaiki tingkap tiga.

TIBA TIBA KELIHATAN!!! DARI HUJUNG KORIDOR!!
KELIHATAN SEPERTI ADA ORANG BERDIRI!!!


SEGERA AKU MENYULUH!!!!

HAAAA! BERPAKAIN SERAGAM SEKOLAH!
BERSELUAR HIJAU!
CEPAT AKU BERLARI2 ANAK!

KERANA ORANG ITU SEAKAN SEDAR AKU MENYEDARI KEHADIRANNYA!
ORANG ITU MULA MENGINJAK KE BELAKANG.SEDIKIT DEMI SDIKIT!

CEPAT2 AKU MENERPA.
DALAM JARAK 10LANGKAH
AKU TERHENTI!
KERANA

ITU BUKAN ORANG..
SEBALIKNYA SYAITAN

KERANA SEMASA AKU BERLARI MENUJU
SEMPAT AKU MEYULUH MUKA ORANG ITU

KELIHATAN KEPALANYA SOMPEK SEBELAH
BERDARAH DAN KELIHATAN OTAK!!

AKU TERHENTI SETELAH MELIHAT PEMANDANGAN SEBEGITU
DAN TIDAK SEMENA

'ORANG ' ITU MENGADAP AKU

KETAWA SEKUAT MUNGKIN!!

"HAAAAAAAAAAAAHAHAHAHAHAAAAAAAAAAAAAAAAAA!'

MEMANG KUAT.
DAN!!!

ZASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!

TERJUN!!
YA. BENDA ITU TERJUN DARI TINGKAT TIGA!!!

SEMPAT AKU LIHAT DI BAWAH!!!!
AKU SULUH DAN KELIHATAN 'ORANG ' ITU TERBARING DI BAWAH!!

KELIHATAN SEPERTI KEPALANYA PECAH.
NAMPAK DARAH MENGALIR DI SISINYA.!!

DAN!!! TIBA TIBA DIA BANGUN
DAN SEPANTAS KILAT BERLARI DAN HILANG DARI PANDANGAN!!


aku segera beristighfar.
YA ALLAH.
kau ampunkan la dosa si mati.

*itulah adalah kes terpencil di sekolah. pelajar bunuh diri kecewa SPM hancur*

aku masih ingat lagi kes itu.

segera aku balik ke pos pengawal
bagi aku. rondaan jam 2 am 3 am tidak perlu aku  buat

aku memerlukan masa untuk mencerna apa yang aku lihat tadi!!



AKAN BERSAMBUNG

heheeheh






Last edited by theflash on 9-1-2013 11:38 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 11:39 AM | Show all posts
mamaezah posted on 9-1-2013 11:30 AM
adoi awat mama rasa angker ek???
nampak suram la...
tapi Oni...you really done a hell of a good  ...

mamaezah, biasala skolah2 ada aserama ni, mesti ada benda angker....kbetulan, skolah flash ni blkang umah mak ngah sy, so sempat la snap2 skit, keliling skolah tu sy drive smbil amik gambar...



Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 11:44 AM | Show all posts
theflash posted on 8-1-2013 07:46 PM
it la dia!!

beso kalau sorrang duduk

yang mama heran, awat hampa lari dok dalam pondok pak guard, awat yg tak lari naik keta cikgu dan rempet keluaq dari situ, blah dari situ danpi ke balai polis berhampiran!! gtau ja kat pak polisi tu hantukacau, suh peronda mai ushar..janji hampa out from there....ahakssssss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.898489 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list