|
UMRAH VI, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
2398# Rosputih
Mengenai peminta sedekah ni, samada mereka sindiket atau tidak, setiap kali kita memberi, kita akan dapat pahala. Di tanah haram segala kebaikan yg kita lakukan akan dilipatgandakan. Samada mereka menipu atau tidak, hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu. Kalau kita bagi burung atau kucing makan pun kita akan dapat ganjaran yg besar. InsyaAllah.
Ibu saya pernah bercerita dgn saya dulu... ada jemaah ni, dia musykil di manakah peminta2 ini tinggal. Suatu hari, jemaah ni mengekori peminta2 sedekah ini sampai tempat tinggal mereka. Dia terkejut apabila sampai ke rumah itu. Cukup mewah!
Kekadang tu saya ternampak mereka pakai telefon bimbit yg saya rasa lebih mahal dan canggih dari telefon saya. Teringat balik kepada cerita ibu saya tu.
Andaikata ada tabung masjid di Masjidilharam dan segala sedekah utk diuruskan orang pengurusan masjid. Saya rasa kejap je tabung tu penuh, kan? |
|
|
|
|
|
|
|
masa di jabal ramai peminta sedekah ni bukan kanak2 je orang lelaki dewasa pun yg semua nya tangan dah kudung sekerat sampai siku...anak saya kata entah2 dia orang dah kena hukum hudud potong tangan kut..sama je paten dia..lelaki muda lagi lak tu..lelaki saya tak berkenan nak bagi sedekah..kaki ada lagi tangan tangan je kudung tak mau usaha...
tapi kat depan hotel royal sutan tu tiap malam blk dari isyak/terawih ada je satu perempaun arab duduk kat tangga minta sedekah..kalau waktu subuh sepanjang perjalanan ke masjid budak2 kulit hitam disusun ibu dia soh minta sedekah si ibu duduk kat satu penjuru tengok dari jauh... |
|
|
|
|
|
|
|
2401# ustaz
Betul kata ustaz tu, Kalau ada tabung di kedua-dua masjid tu, sekejapan saja pasti tabung tu dah penuh...
Ketika di Makkah dan Madinah baru-baru ini kakak lebih menumpukan memberi sedekah kepada pekerja pembersihan di dalam Masjid Nabawi dan Masjidil Haram kerana teringatkan pesanan rakan-rakan di forum ini suatu masa dulu supaya lebih elok memberi sedekah kepada pekerja-pekerja di dalam masjid. Hanya dua atau tiga kali sahaja kakak memberi sedekah kepada ibu-ibu yang mengendung anak kecil di jalanan. Itupun setelah melihat keliling tiada yang lain, kerana tak mahu atau takut ramai yang berlari-lari mengerumumi dan menarik-narik kita kalau di antara mereka nampak kita menghulurkan wang. Kerumunan seperti ini menakutkan jugak.
Bila ustaz menyebut tentang kucing dan burung, kakak terkenang-kenang pulak tentang hal kucing dan burung merpati ini. Masih terbayang-bayang dalam ingatan, ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan melihat seekor kucing yang kehausan sedang berdiri menadah mulutnya untuk minum air dari titisan air penghawa dingin. Suatu pandangan yang sungguh indah untuk dilhat dan dihayati.
Berkaitan burung pula, ketika di Makkah, kakak berjanji dengan diri kakak sendiri, sebelum kembali ke tanah air, perkara terakhir yang kakak ingin berbakti kepada makhluk Allah ialah memberi makan kepada burung-burung merpati yang selalu berkumpul di laluan ke Masjidil Haram. Seronok memerhatikan burung-burung merpati yang jinak-jinak belaka. Tiga hari sebelum kakak kembali ke tanah air, bertepatan pada hari lahir kakak yang ke 57 pada 17 Sept bersamaan 27 Ramadan, setiap pagi ketika dalam perjalanan ke masjid, terasa satu kepuasan ketika menabur bijirin kepada sekumpulan burung-burung merpati yang sangat jinak di situ. Ianya seumpama sebuah pembebasan dan suatu perasaan kepuasan yang tersendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
2403# Rosputih
ibu happy belated birthday...
betulkan ibu mana tahu malaikat menyerupai burung...menyaksikan kita mensedekahkan rezeki kita... |
|
|
|
|
|
|
|
Sabtu & Ahad baru ni kursus perdana haji kan.... apa cerita ayahjoe dan sahabat2 lain yang kan mengerjakan haji nanti ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
Sabtu & Ahad baru ni kursus perdana haji kan.... apa cerita ayahjoe dan sahabat2 lain yang kan mengerjakan haji nanti ni.....
bayangan_rindu Post at 5-10-2009 08:46
Assalamualaikum semua.....saya tak menghadiri Kursus Haji Perdana sbb saya pergi dgn visa Kerajaan Saudi maka pihak TH tak akan menghantar jemputan pada kami yg mendapat visa sebegini. Saya telah berhubung dgn pihak TH dan mereka mengesahkan bhw jemputan utk Kursus Haji Perdana adalah utk semua jemaah di bawah kuota TH....so maaf lah takder cerita utk dikongsi dari saya.... |
|
|
|
|
|
|
|
KISAH RUMAH TERBUKA
Entah kenapa dalam kesibukan menghabiskan kebanyakan kerja yg due date esok...
nak jugak menulis kat sini
kisah lawak jenaka untuk memberi pedoman
Hari Raya telah hampir dua mingu kita sambut..pelbagai kementerian jabatan, pejabat, syarikat, taman, surau masjid dan sebagainya membuat rumah terbuka..
pelbagai hidangan disediakan..pakaian beraneka warna..hiasan beraneka rupa...juadah..yg berbagai-bagai..
jemputan juga diedarkan, melalui kad jemputan, sms,,,telefon...email..facebook...forum ..banner..kain rentang...website...
kita semua seronok untuk menghadirinya..
Ada suatu rumah juga membuat rumah terbuka..terbuka bagi muslimin dan muslimat...sentiasa terbuka.....
juadahnya juga dahsyat...hebat...pasti menitis air mata...pasti sejuk hati....keindahan rumah itu bisa mengegarkan jantung dan sanubari...
sungguh hebat rumah itu...
dijemput sendiri oleh pemiliknya...melalui utusannya ..melalui kitabnya...melalui panggilan terus ke hati....ini sangat berbeza dengan rumah-rumah lain...
tetapi maaf pakaian disana ihram dan seharunya menutup aurat..maaf tiada lagu..tapi bacaan quran dari profesional quran recitor....
amalannya sangat mulia disana...makanan bukan secara fizikal tapi secara batin..
kepuasan disana bukan dengan kekenyangan perut..tapi kelaparan iman...
di rumah itu..sentiasa terbuka.....pengunjungnya disunatkan bertalbiah...
rumah itu sangat Agung...yang menziarahinya..tidak putus putus...
tiada had..kaya..miskin...muda..tua...hitam..putih...lelaki..wanita...bertongkat..kurang upaya...semuanya dijemput
sekiranya menerima jemputan hadirlah..kerana ANDA INSAN BERTUAH..DIJEMPUT OLEH ALLAH YANG MAHA ESA...mintalah pada ALLAH sekiranya berkeinginan untuk berkunjung...
pasti akan disambut oleh TUAN rumah itu dengan ketenangan yang abadi...
Hussain
16 syawal |
|
|
|
|
|
|
|
RUMAH TERBUKA
|
|
|
|
|
|
|
|
2407# HUSSAINTAHIR
Seronok membaca 'rumah terbuka' yang diceritakan hussain ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
seronoknyerrrrr dapat tgk forumer share pengalaman..harap2 dpt sampai ke sana satu hari nanti..teringin jugak.... |
|
|
|
|
|
|
|
2405# bayangan_rindu
alhamdulillah saya berpeluang menghadiri kursus perdana. walopun ramai orang & kemudahan terhad tapi memang pengalaman yg menyeronokkan. kami ni first timer, so mmg excited & ambik peluang utk belajar sebanyak yg boleh. dapat jemputan haji pun selepas rayuan so kursus yg awal2 spt kursus intensif tak berpeluang nak hadir.
kursus di kelantan dirasmikan oleh TG menteri besar selepas mengimamkan solat isyak dgn lebih kurang 4 ribu jemaah. antara pesanan beliau, semasa melakukan ibadat haji/umrah, reflect semula sejarah kerana di tempat yg samalah para anbia menyeru manusia mentaati suruhan Allah. juga pesan beliau, berdoalah dlm bahasa melayu (rather than try to 'read' semua doa2 yg diberi), of course jika tahu semua doa2 tu dlm bahasa arab lebih baikla kan.
wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
2325# HUSSAINTAHIR
Assalamualaikum. terime kasih hussaintahir dgn info2 diberikan. Akak dah lama tak join forum maklumlah sibuk. Insyaallah nnt kami akan cuba hubungi mereka2 yg berkenaan. Letih jugak akak di buatnya nak kejar treat ni bukan main laju lagi ye. Nak2 dh nak masuk musim hj lagi lah laju |
|
|
|
|
|
|
|
2399# HUSSAINTAHIR
Masyaallah. Canggih betul mekah karang ni ye. Siap ada Starbuck lagi!!! Arus kemodenan terlalu advance. Hilang ciri2 keaslian dan tempat2 sejarah dah mula hilang dgn kerakusan manusia. Dunia akhir zaman. |
|
|
|
|
|
|
|
2416# dranne
tahniah dranne ....
dah dapat tarikh berlepas ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
tapak bekas hospital ajyad yg telah clean and clear
|
|
|
|
|
|
|
| |
|