|
Sofea Raihana…
Andai ada kasih, akan aku berikan hati
Andai ada rindu, akan aku berikan jiwa
Andai ada sayang, akan aku berikan cinta
Andai ada sudi, berikanlah aku tanda….
Fifi memejamkan mata. Dia cuba untuk tidak menangis tetapi, air matanya tetap turun perlahan-lahan.
Ya Allah, aku ini insan yang lemah. Pada-Mu aku bermohon, Kau berikanlah aku kekuatan untuk aku perbetulkan segala kesilapan laluku. Hanya pada-Mu aku meminta Ya Allah, hanya pada-Mu aku mengadu. Kerana aku yakin, Kau maha pengampun dan maha pendengar. Kerana aku yakin, Kau maha pengasih dan maha penyayang. Kerana aku yakin, Kau pasti mengerti, apa yang ada dalam hati ini. Ya Allah, kasihku pada dia tak mampu aku padamkan. Serendah-rendah hati ini aku meminta, Kau tautkanlah kembali cinta kami. Kau suburkanlah kembali kasih kami. Andai masih ada kasih dalam hatinya, andai masih ada rindu dalam hatinya, andai masih ada cinta dalam hatinya…
*******
…Dan andai dia memang milikku Ya Allah, Kau kembalikanlah dia padaku suatu hari nanti….
Fandi meraup wajah sebelum memejamkan mata.
Last edited by Nicki_Meow on 20-8-2014 09:20 AM
|
|