Post Last Edit by solstice at 20-7-2012 11:26
Reply 2449# Eadead2009
utusan
Mahu Harumkan Nama Negara
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOR
Pakaian oleh Aaron VON JOLLY www.shavalvonjolly.com (019-8829268)
Yvonne Lee yang mudah didekati.
KALAU ada kategori mengenai 'ratu berdikari' (Miss Independent) dalam pertandingan, Ratu Cantik Malaysia/Dunia, Yvonne Lee, 23, selayaknya menjuarai kategori tersebut.
Temu janji tanpa terlewat walau sesaat siap dengan solekan dan dandanan yang dilakukan sendiri menunjukkan si Ratu Cantik Dunia/Malaysia 2012 ini memang seorang yang amat berdikari tanpa pembantu mahupun pengurus peribadi.
Justeru, tidak perlu dipersoalkan kenapa si cantik ini dinobatkan sebagai juara pada pertandingan yang berlangsung di Kuala Lumpur itu, baru-baru ini. Apatah lagi keyakinan yang tinggi ketika menjawab setiap soalan dengan riak wajah tenang telah menambat hati para juri, sekali gus bakal mewakili negara dalam pertandingan Ratu Cantik Dunia 2012 di Mongolia bermula 17 Julai (semalam).
Yvonne yang fasih berbahasa Melayu dibesarkan dalam keluarga sederhana namun bahagia di sebuah daerah di Klang, Selangor.
Betapa berdikarinya gadis ini diakui ibunya sendiri. Mengimbau zaman kanak-kanaknya, sejak memasuki darjah satu, Yvonne sudah menyisir dan mendandan rambutnya sendiri.
Bukan tidak mahu dibuat si ibu, tapi anak bongsu daripada tiga beradik ini memahami tugasan ibunya sebagai suri rumah dan seboleh-bolehnya dia tidak mahu menambah kesusahan ibunya.
"Saya bukan saja mengikat dengan cara biasa seperti ponytail, setiap hari saya menghasilkan satu cara ikatan baru mengikut cara saya. Saya memang sukakan sesuatu yang berlainan dari kebiasaan.
"Apabila umur masuk lapan tahun pula, saya sudah boleh menggosok baju sekolah sendiri. Saya memang suka memerhatikan apa yang ibu buat dan ikut. Dari situ saya pandai menggosok baju dan ibu juga berpuas hati dengan hasil gosokan saya," cerita Yvonne ketika sesi temu bual di studio Utusan Malaysia, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menjelang usia remaja, Yvonne, seperti anak gadis lain, sudah mula mengikuti perkembangan fesyen menerusi majalah dan televisyen. Minatnya terhadap kecantikan dikongsi bersama kakaknya yang juga dianggap Yvonne sebagai teman rapat.
Mengimbas kembali zaman remaja, Yvonne mengakui dia dan seluruh ahli keluarga pasti tidak akan melepaskan peluang menonton pertandingan Miss Universe atau Miss World yang ditayangkan di kaca televisyen setiap tahun.
"Memang ketika itu tidak pernah saya membayangkan untuk memasuki sebarang pertandingan ratu cantik dan tiada siapa pun pernah mencadangkan kepada saya berbuat demikian.
"Segalanya bermula ketika saya melanjutkan pelajaran di Kolej Damansara Utama (KDU) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Pengkhususan Perhubungan Awam.
"Suatu hari pihak kampus menganjurkan pencarian gadis untuk satu produk membuang bulu roma di kaki. Tanpa niat untuk menang, saya menyertainya sekadar suka-suka tetapi tak sangka jadi juara.
"Bermula dari situ saya mula dikenali dalam bidang modeling dan memulakan sesi penggambaran pertama dengan sebuah majalah berbahasa Inggeris," cerita Yvonne.
Kali pertama berhadapan dengan lensa kamera, Yvonne akui amat kaku dan hampir membuatkan jurukamera bosan.
Sejak itu Yvonne berjanji pada dirinya akan berusaha belajar sendiri hingga dia mampu mempesonakan setiap lensa kamera yang merakam gerak-gerinya. "Semuanya saya belajar sendiri dari majalah dan Internet. Saya tidak pernah menyertai kelas modeling atau catwalk, malah solekan juga saya pelajari sendiri menerusi YouTube.
"Solekan dan dandanan rambut saya untuk hari ini juga saya buat sendiri, kerana sudah biasa jadi semuanya mudah saja bagi saya," jelas Yvonne yang turut mencabar dirinya dalam bidang pengacaraan.
Kehidupan kampus yang mencabar turut membuatkan Yvonne membuka perniagaan pakaian wanita dalam taliannya sendiri.
Biarpun mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Yvonne tidak mahu menyusahkan ibu bapanya untuk wang saku tambahan. |