ladyFinger12 posted on 20-8-2014 12:59 PM
Insya Allah. la guna hp susah skit. Ptg2 satgi iols buat ulang kaji na?
@sellie003
Iols ubah. Camni, ok tak?
Sofea Raihana atau Fifi, gadis periang dan manja. Satu-satunya anakgadis Tan Sri Yusuf, ahli korporat ternama di Malaysia dan ditatang bagai minyak yang penuh. Hidupnya berubah kelam setelah kecundang cinta pertama.Lebih malang lagi apabila dia ternoda dan berbadan dua. Mahu menutup malu, TanSri Yusuf menikahkan Sofea Raihana dengan Fandi, pemuda yang dikenalinya secara tiba-tiba.
“Saya dah terlanjur. Saya mengandung anak luar nikah. Saya tak layak, nak kahwin dengan lelaki macam awak.” - SOFEA RAIHANA
“Awak anggap aje saya ni macam kawan awak. Tak pun, macam abang-abang awak.’’ - FANDI
Fandi, menikahi Fifi dengan agenda tersendiri. Ganjaran wang sebanyak seratus ribu ringgit dan tawaran bantuan untuk mencari adiknya yang hilang menyebabkan Fandi bersetuju.Fifi dinikahi walau tanpa rasa cinta. Syarat-syarat di dalam kontrak dipatuhi dengan rela. Tanpa sedar, simpati yang dirasa ketika awal perkahwinan mula bertukar menjadi sayang.
“Kalau awak sudi, izinkan saya temankanawak dalam terang ataupun dalam gelap.” - FANDI
“Saya perlukan masa untuk melupakan kisah silam saya. Saya perlukanmasa untuk sembuhkan luka dalam hati saya. Saya perlukan masa untuk maafkandiri saya. Saya perlukan masa untuk yakinkan diri saya, yang saya masih layakuntuk hidup bahagia macam orang lain. Saya perlukan masa…untuk benar-benarmencintai awak.” SOFEA RAIHANA
Kehadiran Shahyang mahukan Fifi kembali kepadanya dan juga Alya, bekas teman wanita Fandimenjadi penyebab kepada pasang-surut hubungan mereka. Di saat kuntuman cinta berbunga, rahsia tersingkap tanpa sengaja. Pertengkaran besar berlaku. Kasih sayang dan keikhlasan kini benar-benar teruji.
“Memang mula-mula saya kahwin dengan awak sebab upah. Saya mengaku pasal tu. Tapi semakin lama saya kenal awak, saya tak dapat nafikan yang sayaada perasaan sayang pada awak. Saya suka tengok senyum awak, ketawa awak, caraawak bercakap, semuanya tentang awak.”- FANDI
“Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Saya bukan perempuan yang baik untuk awak dan awak cuma lelaki yang suka ambil kesempatan! Mata duitan!” – SOFEA RAIHANA
Situasi menjadi semakin sukar apabila identiti sebenar Shah terbongkar.
Mampukah mereka bertahan, dalam badai yang melanda?
Hati Sofea Raihana sebenarnya milik siapa?
“Maafkan aku, sayang. Pergi ku ini bukan keranabenci, tetapi aku pergi kerana aku tak mampu mencintai… jika kau juga tidak mencintai aku…”- FANDI
Last edited by Nicki_Meow on 20-8-2014 04:18 PM
|