CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: homer_simpson

[MERGED] Sejarah Muzik Rock Di Malaysia

[Copy link]
Post time 26-12-2009 02:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2010 12:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 28-3-2010 12:50

Muzik Rock Tahun 60an...


Garage Rock & Pop Beat (Pop Yeh Yeh) Moyang Kepada Punk Rock / Skinhead


Garage rock is a raw form of rock and roll that was first popular in the United States and Canada from about 1963 to 1967.During the 1960s, it was not recognized as a separate music genre and had no specific name. In the early 1970s, some rock critics retroactively labelled it as punk rock. However, the music style was later referred to as garage rock, protopunk, or 60s punk to avoid confusion with the music of late-1970s punk rock bands such as the The Ramones, Sex Pistols and The Clash.





http://www.youtube.com/watch?v=_2u-NcFAML8




http://www.youtube.com/watch?v=e3JSnHUdk1Y




http://www.youtube.com/watch?v=LPlMx4mYSRg




http://www.youtube.com/watch?v=6SFs7LI3Mmo




http://www.youtube.com/watch?v=524VAyiSMkU




http://www.youtube.com/watch?v=VxrksszqKU0




http://www.youtube.com/watch?v=7r9uScfPqJU


Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2010 10:19 AM | Show all posts
Fesyen Rock Kapak







Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 01:28 PM | Show all posts
Gila kasut Aliph



Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB

2010/06/13


IA cuma satu jenama kasut. Namun, hanya kerana tidak lagi dikeluarkan dan pernah menjadi satu jenama kasut tempatan popular di negara ini satu ketika dulu, ia kini menjadi buruan segelintir individu sebagai satu koleksi barangan yang sukar diperoleh.
Itulah yang berlaku pada jenama kasut Aliph, iaitu rangkaian kasut jenama tempatan paling diminati di kalangan remaja sekolah serta kumpulan muzik aliran ‘ rock kapak ’ sekitar 1980-an hingga 1990-an.

Walaupun kini ada kalangan generasi muda yang langsung tidak mengenali, jauh sekali mendengar nama kasut berkenaan, bagi ‘peminatnya’ ia satu nostalgia, sekali gus mengimbas kembali zaman kebangkitan ‘irama’ rock selari dengan munculnya pelbagai kumpulan rock tanah air ketika itu.

Pengumpul koleksi kasut Aliph, Mohd Nazari Ibrahim, 37, berkata koleksi kasut Aliph sememangnya popular sekitar tahun berkenaan berikutan corak serta potongan bentuk kasut adalah paling terkini ketika itu.

Disebabkan itu juga, kasut terbabit memberi kesan kepada kebanyakan pelajar sekolah lewat tahun berkenaan, termasuk remaja yang terbabit dalam bidang muzik.

“ Dulu tidak ada permainan video seperti kini dan kebanyakan masa dihabiskan dengan mendengar radio. Jadi disebabkan itu, muzik turut mewarnai kehidupan pada waktu itu.

IA cuma satu jenama kasut. Namun, hanya kerana tidak lagi dikeluarkan dan pernah menjadi satu jenama kasut tempatan popular di negara ini satu ketika dulu, ia kini menjadi buruan segelintir individu sebagai satu koleksi barangan yang sukar diperoleh.
Itulah yang berlaku pada jenama kasut Aliph, iaitu rangkaian kasut jenama tempatan paling diminati di kalangan remaja sekolah serta kumpulan muzik aliran ‘ rock kapak ’ sekitar 1980-an hingga 1990-an.

Walaupun kini ada kalangan generasi muda yang langsung tidak mengenali, jauh sekali mendengar nama kasut berkenaan, bagi ‘ peminatnya ’ ia satu nostalgia, sekali gus mengimbas kembali zaman kebangkitan ‘ irama ’ rock selari dengan munculnya pelbagai kumpulan rock tanah air ketika itu.

Pengumpul koleksi kasut Aliph, Mohd Nazari Ibrahim, 37, berkata koleksi kasut Aliph sememangnya popular sekitar tahun berkenaan berikutan corak serta potongan bentuk kasut adalah paling terkini ketika itu.

Disebabkan itu juga, kasut terbabit memberi kesan kepada kebanyakan pelajar sekolah lewat tahun berkenaan, termasuk remaja yang terbabit dalam bidang muzik.

“ Dulu tidak ada permainan video seperti kini dan kebanyakan masa dihabiskan dengan mendengar radio. Jadi disebabkan itu, muzik turut mewarnai kehidupan pada waktu itu.

“ Oleh kerana muzik aliran rock kapak sangat popular dan pelbagai kumpulan rock mula tumbuh macam cendawan lepas hujan, semua orang termasuk remaja yang bersekolah mahu jadi rock dan ‘ beridentiti ’ rock, ” katanya.

Menurutnya, kebanyakan remaja kampung sepertinya ketika itu selalu duduk menghabiskan masa dengan bermain gitar di tepi jalan mengikut rentak lagu kumpulan yang wujud seperti Search, SYJ dan Lefthanded.

Malah, disebabkan itu juga kebanyakan mereka mengikut pemakaian kumpulan rock ketika itu.

“ Dulu, kalau tak simpan rambut panjang, pakai kemeja T dengan seluar jeans ketat memang tak sah.

“ Jadi, disebabkan banyak kumpulan rock ketika itu memakai kasut Aliph, secara tidak langsung remaja ketika itu turut mengikut trend memakainya, ” katanya.

Menurut Mohd Nazari, hobi mengumpul kasut Aliph tersemai sejak 10 tahun lalu apabila dia terbabit dalam satu forum bagi mengenal pasti peralatan serta perkakasan yang digunakan kebanyakan kumpulan rock sekitar 1980-an dan 1990-an, sekali gus mengenali identiti ‘rock’ itu sendiri.

Setiap jenama serta fesyen pemakaian serta peralatan muzik digunakan kumpulan muzik lewat tahun berkenaan dikaji hinggalah timbulnya isu pemakaian kasut Aliph yang digunakan kebanyakan kumpulan muzik rock.

“ Dulu kasut Aliph memang popular sama ada di kalangan orang dewasa mahupun pelajar sekolah. Sebabnya potongan serta bentuknya memang paling terkini dan mengikut cita rasa seperti seseorang yang berimej rock.

“ Saya masih ingat lagi ketika zaman remaja, saya turut memiliki sepasang kasut Aliph jenis Hi-Cut. Kerana pengaruh penggunaannya ketika itu dan nostalgia yang masih belum pudar membuatkan saya mencari dan mengumpul kembali jenama berkenaan, ” katanya.

Demi mencari serta mengumpul koleksi berkenaan, dia yang berasal dari Tanjung Malim, Perak, mengakui ia memerlukan sedikit kesabaran dan penelitian selain perlu rajin bertanya.

Katanya, ada antara koleksi berkenaan sebenarnya mudah diperoleh di Internet berikutan ada pihak menjualnya, namun seseorang itu perlu pandai dan bijak untuk tawar menawar dan membuat perbezaan harga.

“ Kalau di Internet, kadangkala harganya mencecah hingga puluhan ribu ringgit dan ini paling menguji seseorang itu.

“ Seperti saya, kasut demikian tidak akan saya beli berikutan terlalu mahal dan cabaran bagi saya apabila mendapatkannya di kedai kasut yang wujud di pekan lama dengan harga jauh lebih murah,” katanya yang memiliki koleksi 10 pasang kasut Aliph pelbagai jenis, termasuk tiga jenis Teni yang dikeluarkan khusus untuk wanita.

Sementara itu, bagi Azizul Azmi Azhar, 29, yang berasal dari Batu Gajah, Perak, mengumpul koleksi kasut Aliph memberi kepuasan kepada dirinya berikutan faktor kesukaran mencarinya.

Katanya, sebagai pengumpul koleksi kasut Aliph, pantang baginya melihat atau mendengar jenama kasut berkenaan.

“ Kalau saya berjalan ke mana-mana, perkara pertama yang selalu saya perhatikan adalah papan tanda kedai. Jika ada tertulis jenama Aliph, pasti saya berhenti dan tanya pemilik kedai sama ada mereka menyimpannya atau tidak.

“ Malah, pernah satu ketika kerana teruja melihat papan tanda Aliph di sebuah kedai di Muar, Johor saya terus masuk dan meminta pemiliknya menyelongkar stor bagi mencari jika masih ada tersimpan. Sudahnya saya dihalau selepas terus mendesak pemilik kedai itu mencarinya, ” katanya.

Mempunyai pendapat sama seperti Mohd Nazari, Azizul Azmi mengakui tidak membeli kasut berkenaan dari mana-mana portal di Internet berikutan harganya yang kebiasaan berkali ganda lebih tinggi.

“ Walaupun minat, tapi jika harganya tidak munasabah, saya tidak beli. Saya lebih suka mencarinya di pelusuk kedai lama sekitar pekan lama kerana cabaran untuk mencarinya membuatkan saya lebih puas.

“ Kadangkala kasut ini juga terselit di kedai bundle tapi jarang jumpa kerana kebanyakan penjual bundle kini tahu kasut Aliph sangat sukar dijumpai dan mereka kebiasaannya turut meletakkan harga tinggi, ” katanya.

Menurutnya, kebanyakan pengumpul kasut Aliph sepertinya tidak memakai kasut berkenaan dan hanya menyimpannya sebagai koleksi peribadi.

“ Kebanyakan kasut yang dibeli disimpan sebagai satu koleksi dan jarang ada pengumpul memakainya.

“ Kalau ada pun, ia dipakai untuk tujuan tertentu dan dalam tempoh singkat saja kerana khuatir ia rosak, ” katanya.


- Harian Metro -


Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 02:39 PM | Show all posts
suker rock dulu2..tk jerit2 sgt, dan kemerduan serta bahasa2 yg jiwang2 gitu,..wpun..rambut dowang....tebun pun tk hingin nk hinggap..he..he..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2010 10:38 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2010 01:50 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 01:05 PM | Show all posts


Persatuan Peminat Kasut ALIPH SeMalaysia

http://www.facebook.com/group.php?gid=262791610974


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2010 05:32 AM | Show all posts
kalu sekarang nih orang duk kejar kasut nike ler adidas ler tapi aliph nih cukup sinonim ngan rockers..gua ade simpan sepasang jer tuu pun dah kecik..tapi tetap disimpan bikin pusaka aku
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2011 01:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 20-1-2011 14:58

Earthshaker - Tada Kanashiku (1984)






http://www.youtube.com/watch?v=yRxOhrM4uc0



Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2011 03:00 PM | Show all posts
Earthshaker - T-O-K-Y-O (1984)






http://www.youtube.com/watch?v=iF9OCscCcDE



Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 11:16 AM | Show all posts
"itu tandanya kita mempunyai hati yg lembut" dr kenyataan nik2121.

sy stju 200/100!

yeaha!
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 01:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 02:25 PM | Show all posts
Reply 253# HangPC2


ni yg tahun bile ek?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 04:10 PM | Show all posts
Reply  HangPC2


ni yg tahun bile ek?
manuskrip_lama Post at 22-6-2011 14:25



24 Julai 2011
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 04:48 PM | Show all posts
Reply 255# HangPC2


    uih,
legend ni,

tp band2 jepun kebanyakkannye mmg beh giler.

envy, mono dll.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2012 01:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2014 07:57 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 01:58 AM | Show all posts
Band Rock Wanita Jepun pernah popular di Malaysia


Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 10:20 AM | Show all posts
Search dan Wings : ‘ Halal ’ selepas dipotong.



Pada 22 Februari 1992, Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Mohamed Rahmat telah mengumumkan artis lelaki yang berambut panjang melepasi paras bahu diharamkan dari membuat persembahan atau muncul di kaca televisyen nasional. Tindakan ini menyebabkan ramai artis lelaki akur dan mengorbankan rambut mereka bagi meneruskan perjuangan seni mereka, namun berbeza pula pendirian dua kumpulan rock gergasi di Malaysia pada ketika itu, Search dan Wings. Kedua kumpulan ini enggan menuruti syarat yang dikenakan dan rela tidak muncul di kaca televisyen dan hanya bergantung pada persembahan pentas yang pada ketika itu tidak kurang lumayannya. Tambahan pula, imej berambut panjang sudah sebati dengan penampilan mereka sejak sekian lama serta bersesuaian dengan genre muzik rock yang mereka bawakan.

Namun segalanya berakhir pada tanggal 1 November 1992, apabila anggota kumpulan Search dan Wings bersetuju mengorbankan rambut panjang mereka sebagai syarat untuk muncul di televisyen dan radio nasional. Pada hari berkenaan, upacara simbolik ‘memotong rambut’ bagi anggota Search dan Wings telah dilakukan oleh Datuk Mohamed Rahmat sendiri. Upacara yang disiarkan secara langsung melalui slot rancangan ‘ Selamat Pagi Malaysia ’ itu menyaksikan Amy (Search) dan Awie (Wings) telah dipotong rambut mereka sebagai simbolik mewakili anggota kumpulan yang lain. Tindakan ‘mengalah’ ini adalah bagi mengekalkan populariti dan kekal dimata dan hati peminat, kumpulan Search sebagai contoh mendapati penjualan album ‘ Rampage ’ mereka yang terbit pada ketika itu menunjukkan prestasi jualan yang agak perlahan selepas melepasi angka jualan 100,000 unit (NST, 29 Disember 1992). Peristiwa ini bukan sahaja mendapat liputan media tempatan, tetapi juga media luar negara.


Sumber :


Haircut ends rock group band (2 November 1992), Times Daily.

Long and short of it is, the ban’s over (2 November 1992), Saratossa Herald-tribune

Malaysian official to cut rockers’ hair (16 October 1992), Spartanburg Herald-Journal.

R.S Murthi (29 Dicember 1992). Predictable strain in Malaysian music, New Straits Times.

Rock star gets hair cuts (17 October 1992), The Tuscaloosa News.

Rockers to get clipped on live tv. (16 October 1992), Sun Journal.

Rockers to get trim. (16 October 1992), Lodi News-Sentinel.

Short haired rock idol (2 November 1992), Lodi News-Sentinel.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.241191 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list