CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Budaya] Seni Masakan/Resepi

[Copy link]
 Author| Post time 13-6-2022 09:25 AM | Show all posts
Nasi beriani dgn daging masak beriani

1. Beras Basmathi jasmine parboil 1.2 kg( direndam 40 minit)
2. Daun Pandan 3 helai
3. Daun sup + daun ketumbar
4. Rempah 4 sekawan
5. Garam kasar 1/2 cwn
6. Daun bay 3 helai
7. Air ( tengelam beras)
8. Air mawar 1/2 botol
9. Pewarna kuning 2 sb

Cara membuatnya:
Panaskan air hingga mendidih masukkan semua bahan no.1 hingga no. 7 di atas (hingga betul- betul mendidih baru masukkan beras) rebus beras dlm 7 ke 8 minit hingga 90 % beras masak. Angkat dan toskan..masukkan dlm periuk balik. Lepas tu masukkan kuah atau minyak beriani ke dlm nasi...air mawar dan pewarna. Stimkan dlm 10 ke 15 minit lagi...kacau dan balik2kan nasi tutup dlm 5 minit lagi...siap.

Daging beriani
1. Daging 1kg + 3kg tulang gearbox
2. Bahan tumis
- minyak sapi 5 sb
- minyak masak 1 senduk kecil
- rempah 4 sekawan
3. Bahan kisar halus
- bawang holland 3 biji
- bawang putih 10 ulas
- halia 3 inci
- cili hijau besar 7 biji
4. Gula
5. Daun sup + pudina
6. Kismis 2 kotak kecil
7. Tomato puri/ tomato sup 1/2 tin
8. Buah tomato 3 biji ( dikisar)
9. Susu cair 1/2 tin
10. Madu 5 sb
11. Rempah beriani faezah 8 sb
12. Cili sos 6 sb
13. Bawang goreng 1 cwn

Cara membuatnya:
Panaskan kuali...masukkan minyak dan minyak sapi..tumis rempah 4 skwn...bila naik bau..masukkan bahan kisar halus..tumis sampai wangi..masukkan gula..daun sup...daun pudina dan air..masukkan daging dan tulang gearbox ( masak 1 ke 1 1/2 jam atau hingga daging empuk) kemudian masukkan kismis..tomato puri..susu cair..madu...tomato kisar..tutup lg dlm 15 minit. Lpas tu masukkan rempah beriani..kacau..masuk sos cili dan bawang goreng dan masukkan minyak masak yg panas dlm gulai beriani (tujuannya supaya gulai nmpak cantik)...perasakan dgn bahan perasa dan garam ...siap.

* boleh mkn dgn papadom dan buat acar mentah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2022 09:28 AM | Show all posts
SOS BLACK PEPPER VIRAL

1 sd bsr marjerin planta
1 ulas bwg putih - diracik halus
2 tin sos spageti keju
1 sd bsr serbuk keju - ad jual dikedai bakeri
1 sd bsr kicap lemak manis
2 sd bsr serbuk lada hitam kasar
1 sd bsr gula - letak swdikit demi sedikit

1. Panaskan 1 sd bsr planta dlm kuali api kecil sahaja.
2. Masukkan bwg putih yg telah diracik halus, tumis hingga naik bau, kecil sahaja.
3. Masukkan 1 tin sos spageti keju, kalau pekat sgt boleh tambahkan air.
*dari 1 tin sahaja sebelum ini, cikgu Afy tambah jadi 2 tin.
*kacau dahulu sehingga sos dan air sebati. Jika nampak masih pekat boleh tambah lagi sedikit air.
4. Masukkan 1 sd bsr serbuk keju. Kalau tkde tkpe..kacau rata.
5. Tambahkan 1 sudu kicap jalen lemak manis.
*boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap.
6. Masukkan serbuk lada hitam kisar.
7. Juga masukkan 1 sd bsr gula (boleh masuk sikit-sikit utk langkah selamat). Kacau sebati.
8. Tutup api setelah semuanya sebati boleh dihidang bersama ayam, daging dan kambing panggang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2022 09:41 AM | Show all posts
Ungkep Ayam

Bahan kisar:
1/2 ekor ayam
20 biji cili padi (nak pedas lebihkan)
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu biji ketumbar
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 inci kunyit
Bahan lain:
Serai (titik)
Asam keping

Cara:
1. Tumis bahan blnd smpy pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan serai bersama dengan sedikit air.
3. Masak dengan api kecil (tutup dengan tudung periuk). Kemudian, masuk sekali asam keping.
4. Perasakan dengan gula dan garam. Boleh letak daun limau purut untuk naikkan aroma.
5. Masak hingga kering. Kalau nak berkuah, lebih kan air. Siap.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2022 10:37 AM | Show all posts
ROTI GORENG SOSEJ CHEESE LELEH

Bahan-bahan:
1 bungkus roti sandwic
Sosej secukupnya
Keju cheddar
2 biji telur – lebihkan jika nak buat banyak

Cara-cara:
1. Mula-mula sediakan 2 keping roti.
2. Letakkan keju di atas roti diikuti sosej yang dipotong kecil.
3. Letakkan sekeping lagi keju diatas hirisan sosej diikuti dengan sekeping lagi roti.
4. Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan pukul sedikit.
5. Celupkan roti tadi ke dalam bancuhan telur hingga rata.
6. Panaskan kuali dan goreng roti hingga keperangan.
7. Siap!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 01:02 PM | Show all posts
Bihun Goreng Singapura


Bahan-Bahan:
  • 1 bungkus bihun (400g)
  • sedikit minyak, untuk menumis
  • 1 mangkuk kecil isi udang
  • 1 mangkuk kecil isi ayam, potong dadu
  • 3 batang fish cake, potong dadu
  • 1 kiub ikan bilis
  • 2 biji telur
  • kobis, cincang kasar
  • karot, potong mancis
  • sawi
  • taugeh
  • lada sulah (jika suka)
  • garan dan gula secukup rasa
  • bawang goreng dan daun bawang untuk hiasan
  • Bahan-bahan tumbuk halus:
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu besar lada hitam

Cara Penyediaan:
  • Rendam atau celur bihun sehingga lembut. Tapis dan ketepikan.
  • Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk halus sehingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan isi udang, isi ayam dan fish cake.
  • Masukkan pula kiub ikan bilis dan pecahkan telur. Kacau seketika.
  • Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran seperti karot, kobis, sawi dan teruskan kacau sehingga bihun lembut dan sebati.
  • Tabur sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Taugeh ditambah pada saat akhir supaya tidak terlalu layu.
  • Angkat dan hiaskan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang. Hidangkan bersama sambal kicap dan telur dadar

Tips:
  • Jika bihun masih keras ketika digoreng, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bihun menjadi lembut. Jangan terlebih masukkan air kerana bihun akan menjadi lembik.


Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 01:05 PM | Show all posts
Ayam Masak Merah


Bahan bahan:

1/2 ekor ayam - potong 6

3 sudu besar cili kisar - ikut suka pedas
1 sudu kecil garam

1 sudu besar gula

2 sudu besar sos cili Maggi atau secukup

2 sudu besar sos cili tomato atau secukupnya


1/2 biji bawang besar Holland - hiris
Daun sup/daun bawang - tabur



Bahan kisar:

1 1/2 biji bawang besar

4 ulas bawang putih




Cara cara:

Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian digoreng hingga masak. Jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.




Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar hingga masak.




Masukkan cili kisar dan tumis lagi dengan api perlahan sehingga cili masak. Masukkan gula dan garam. Kacau rata.




Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau rata. Masukkan sedikit air. Kacau lagi.




Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris. Kacau sehingga bawang separuh layu, masukkan ayam goreng.




Kacau sebati sehingga bawang besar layu. Sesuaikan rasa. Bolehlah angkat dan dihidangkan. Jika ada, boleh tabur daun sup atau daun bawang.








Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2022 01:07 PM | Show all posts
Ayam Masak Halia


Bahan-Bahan:
  • 500 gram ayam, potong kecil
  • 4 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 cm halia, dihiris halus memanjang
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
  • 1 biji cili merah, hiris nipis
  • 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • minyak masak, untuk goreng ayam
  • sedikit lada sulah atau lada hitam
  • sedikit garam dan kunyit
  • garam dan gula, secukup rasa

Cara Penyediaan:
  • Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  • Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
  • Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
  • Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
  • Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

Tips:
  • Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.


Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 01:10 PM | Show all posts
Sup Cendawan Ala Pizza Hut


BAHAN-BAHAN :
  • 300ml air
  • 500ml susu segar
  • 1-2 kiub ayam
  • 1/2 sudu teh daun parsley
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu makan mentega
  • 1 tin cendawan butang | potong hiris @ cincang)
  • Sedikit serbuk perasa | jika suka
CARA MEMASAK :



  • Masukkan air dan susu segar dalam periuk. Masak hingga mendidih
  • Kemudian masukkan kiub ayam.
  • Kacau 2 hingga 3 minit dan masukkan lada hitam dan cendawan, kacau lagi dalam 15 minit.
  • Masukkan daun parsli, mentega, garam dan kacau lagi dalam 10 minit.
  • Tepung dibancuh dengan air dan kacau supaya tidak berketul , kemudian tapiskan dalam periuk.
  • Kacau sebati sup sampai menjadi pekat, reneh agak lama supaya masak sempurna.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2022 01:11 PM | Show all posts
GARLIC BREAD





BAHAN-BAHAN :
  • Roti Perancis | dihiris (boleh juga guna roti biasa)
  • 2 sudu makan mentega
  • Secubit daun parsli
  • 1 ulas bawang putih bakar sekejap | ditumbuk halus
CARA MEMASAK :
  • Campur semua bahan dan sapukan atas roti.Letak atas kuali leper masak hingga garing dan keperangan.
  • Hidangkan bersama sup cendawan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2022 01:51 PM | Show all posts
TELUR AIR ASAM

• Rebus telur dalam 5minit (buat separuh masak lagi sedap)
• Hiris bawang dan lada cili
• Buat air asam jawa
• Letak sikit gula n garam dan aji(kalau suka)
• Pastu tuang atas telur rebus yg dah dibelah dua
• Biarkan dalam 5-10minit supaya kuah tu serap dalam telur
Makan dengan nasi panas2

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2022 01:54 PM | Show all posts
Roti telor cheese

2 keping roti gardenia - potong 3 bahagian
2 keping cheddar cheese - potong 3 bahagian
Sosej - rebus dan hiris nipis
2 biji telor - campurkan dengan dry oregano dan lada sulah

Lapiskan roti-cheese-sosej-cheese-roti
Celupkan dalam bancuhan telor+oregano+lada sulah
Masak atas non stick pan hingga garing dan cheese meleleh..
Makan panas-panas...yummy...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 02:18 PM | Show all posts
Telur Bistik


Bahan-Bahan:
  • 1/2 biji bawang besar, potong dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 biji cili merah, potong dadu kecil
  • 1 mangkuk kecil isi ayam
  • 1 mangkuk kecil sayur campur
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit air
  • daun bawang, hiris nipis
  • Bahan-bahan untuk telur goreng:
    • 3 biji telur
    • 2 sudu besar mayonis
    • 1/2 sudu kecil lada hitam
    • 1/2 sudu kecil garam
Cara Penyediaan:
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak.
  • Masukkan bawang besar, bawang putih dan kacau sehingga kekuningan.
  • Masukkan cili merah kemudian diikuti sayur campur, sos cili, sos tomato, sos tiram dan garam. Kacau seketika.
  • Masukkan sedikit air supaya menjadi berkuah. Masak sehingga kuah mendidih.
  • Tuang ke dalam mangkuk dan ketepikan.
  • Cara-cara untuk telur goreng:
    • Panaskan minyak di dalam kuali dalam anggaran 1 mangkuk.
    • Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan mayonis, serbuk lada hitam dan garam.
    • Kacau adunan telur dengan garfu sehingga sebati dan berbuih.
    • Tuang ke dalam kuali dan goreng kedua-dua belah bahagian sehingga garing..
    • Angkat telur ke dalam pinggan dan tuang kuah tadi ke atas telur. Tabur dengan hirisan daun bawang.


Tips:
  • Kalau tak ada sayur campur atau mixed vege frozen boleh juga digantikan dengan sayur lain. Kalau boleh masukkan sayur yang berlainan warna supaya nampak menarik dan berkhasiat.






Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 02:27 PM | Show all posts
Sup Tauhu Telur Chinese Style


Bahan-bahan:
  • Tauhu telur
  • Tepung jagung
  • 2-3 ulas bawang putih
  • Minyak bijan/minyak masak
  • Air secukupnya
  • Sebiji telur
  • Sayur pilihan (karot, baby pakchoy, sawi, bebola ikan, cendawan, brokoli dll)
  • Gula
  • Garam
Cara-cara:
1. Potong tauhu telur seperti dalam gambar. Kemudian celup dalam tepung jagung dan goreng sehingga bertukar warna. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih yang sudah dicincang sehingga bertukar warna. Kemudian baru masukkan air dan biarkan ia mendidih.
3. Sediakan sebiji telur dalam mangkuk dan pukul sebati. Bila air tadi sudah mendidih, baru masukkan telur dan kacau sebati untuk dapatkan tekstur telur yang cantik.
4. Masukkan apa jua sayur kesukaan seperti karot, baby pakchoy, sawi, bebola ikan, cendawan, brokoli dan lain-lain. Boleh juga letakkan isi ketam yang sudah dicarikkan.
5. Masukkan tauhu telur yang digoreng tadi. Perasakan dengan gula, garam atau serbuk perasa secukupnya.
6. Biarkan menggelegak sedikit dan sediakan bancuhan air tepung jagung. Masukkan 2 hingga 3 sudu makan air tepung jagung. Masak seketika, bila dah nampak pekat sedikit boleh tutup api.




Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 02:30 PM | Show all posts
Sup Tulang
Bahan-Bahan:
  • 500g Tulang
  • Bahan untuk rempah tumis:
    • kayu manis
    • buah pelaga
    • bunga lawang
    • 2-3 tangkai cengkih
  • Bahan untuk dikisar:
    • 3 ulas bawang putih
    • 3 ulas bawang merah
    • 3 biji buah keras
    • 1 sudu kecil jintan manis
    • 1 sudu besar lada hitam
    • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
    • 1 sudu kecil jintan putih
  • Bahan untuk dipotong dadu besar:
    • 1/2 batang lobak merah
    • 2 biji kentang sederhana besar
    • tomato (potong 4)


Cara Penyediaan:
  • Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk
  • Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak
  • Masukkan tuilang,kacau dan biar sebentar
  • Masukkan air, lebih kurang 3 cawan.
  • Bila sup sudah mula mendidih,masukkan lobak merah dan kentang.Masak sehingga empuk.
  • Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa
  • Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2022 02:31 PM | Show all posts
Nasi Dagang Kelantan

Nasi
-sekilo beras nasi dagang
-2genggam beras pulut
-1kotak kecil santan kara+tambah air 1cawan
-8ulas bawang merah dimayang halus
-2ulas bawang putih dihiris
-3inci halia dimayang halus
-1helai daun pandan
-2sudu kecil halba
-1sudu gula
-1sudu kecil garam

*cuci bersih beras pulut&beras nasi dagang dan rendam lebih kurang 4jam(semalaman pun boleh)
*masak santan bersama bawang merah,bawang putih,halia,halba,daun pandan garam dan gula hingga mendidih
*toskan beras nasi dagang dan kukus lebih kurang 20minit@hingga naik wap
*angkat dan gaul bersama santan yang dimasak dan kukus sekali lagi hingga nasi betul2 masak
*angkat dan gemburkan nasi pakai garfu

Gulai Ikan Tongkol
-seekor ikan tongkol direbus(nak lagi sedap rebus dan biarkan semalaman)
-ikan tongkol di rebus bersama garam dan asam keping
*bahan kisar
-7ulas bawang merah
-2ulas bawang putih
-2inci kunyit hidup
-2inci lengkuas
-1senduk cili giling@cili kisar
-1/2sudu kecil lada hitam

*kisar hingga halus

-Santan secukup nya
-1/2sudu kecil halba
-1keping asam keping
-gula garam secukup rasa

*tumis sekejap bahan kisar bersama sedikit minyak dan masukkan santan dan halba,asam keping
*masak hingga mendidih kacau supaya santan tak berketul dan masukkan ikan tongkol perasakan gula garam
*masak hingga sedikit pekat

Sambal Nyor@sambal Ikan
-1biji kelapa parut digoreng hingga perang
-3batang serai dihiris halus
-6ulas bawang merah dihiris
-1inci halia
-sedikit lada hitam
-ikan rebus@ikan bakar 4-5ekor asingkan tulang
-gula melaka(dihiris halus)
-garam
*kisar@tumbuk kelapa parut bersama isi ikan bawang merah,serai,halia,lada hitam
*masukkan gula melaka dan garam
*nina sangai@goreng lagi sekali lepas kisar sambal ikan ni nak bagi tahan lama

Acar Timun
-2biji timun
-sedikit kubis dihiris
-carrot hiris
-cili padi dihiris
-bawang besar 2biji dihiris
-sedikit pewarna kuning(optional je)
-cuka 1senduk kecil
-gula
-garam
-sedikit air

*campurkan semua bahan gaul sebati

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2022 02:35 PM | Show all posts
KUIH LEPAT KACANG HIJAU

150gm tepung beras
50gm tepung jagung
1 cawan gula merah
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir (ikut kemanisan)
1 1/2 cawan santan kotak
1 cawan kacang hijau (direbus dulu)
1/2 sudu kecil garam

1. Satukan tepung beras, tepung jagung, santan dan air dalam 1 mangkuk, gaul hingga sebati.
2. Tapiskan ke dalam periuk dan buka api perlahan. Masukkan gula, gula merah dan garam.
3. Kacau sampai pekat likat dan jangan berhenti kacau. Bila adunan sudah sedikit pekat masukkan kacang hijau.
4. Biarkan adunan sejuk sikit baru masukkan ke dalam daun pisang dan bungkus kemas.
5. Kukus kuih lepat kacang hijau hingga masak kemudian sejukkan dalam peti sejuk sebelum dinikmati.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2022 02:37 PM | Show all posts
MEE JAWA

Resepi:
~1 kg daging...rebus hiris nipis..
~2 kg keledek...rebus..blend
~200 gm..udang kering *
~100 gm..udang pepai @ geragau kering..*
~2 labu bawang besar*
~10 ulas bawang putih*
~2 btg serai...hiris nipis*
~1 inci halia*
* semua blend
~2 senduk nasi cili blend..
~1 senduk nasi rempah kari..
~Gula melaka 2 ketul..
~Garam
~Minyak tuk menumis

Caranya:
1. Tumis bhn yg dah di blend...
2. Tambah cili blend..
3..Buh serbuk kari dg....biar hgg naik minyak..
4. Buh dg yg dah rebus...gaul bg mesra...dgn rempah dan cili..
5. Buh air rebusan dg..
6. Cincang gula melaka buh dlm
7.blend keledek rebus tuang dlm piuk hgg hbs..
8. Tambah garam..
Biar didih hgga minyak naik...siap

Hidang bersama:
Mee kuning
Tahu goreng
Taugeh x yah celur
Telor rebus
Daun bawang
Cili hijau
Bawang goreng

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2022 02:38 PM | Show all posts
KERABU SUHUN

Bahan-bahan
1 paket suhun diredam
6 ekor udang segar
2 ekor sotong
Ayam
1 biji cili merah *
1 ulas bawang besar Holland *
Gula
sedikit sos ikan
sedikit sos sotong
2-3 labu bawang putih jeruk
2 biji limau & boleh guna jus limau yg dijual dlm botol
seikat daun bawang
Daun ketumbar
1 bili tomato
1 bj lobak
1 btg serai
1 biji tomato
3 biji cili api
Kacang panjang

Cara-cara:
Rebus sotong, ayam dan udang sehingga masak dan potong²kan.
Potong dadu bawang merah, cili merah, daun bawang, bawang jeruk dan tomato, lobak, timun.
Masukkan suhun, Kemudian masukkan sos ikan, sos sotong, jus limau, ajinomoto dan air bawang jerut.
Gaul semua bahan tadi sehingga sebati.
Sedia dihidangkan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2022 02:43 PM | Show all posts
KuihTepungTalam

BAHAN2nya..

BahanUntukLapisanBawah..
1cwn gula merah..
Stengah cwn gula..
2cwn air..

Caranya..
Satukan semua bahan pastu masak bg mendidih..dah mendidih tutup api tapis bagi sejuk..ketepikan..
1cwn tepung beras..
1sb tepung jagung..
Skit kapur sirih..

Caranya..
Satukan semua bahan dgn air gula td..pastu blend. ..pastu tuang dlm periuk..bukak api yg pelahan kacau..jgn tinggai na..sekejab ja..agak2 suam2 kuku dah boleh tuang dlm acuan..pastu kukus selama 20 minit..kukus dgn api sederhana ja..bila dah siap angkat n sejukkan..klu ada air atas kuih tu buang ja..jom kita tengok bahan untuk lapisan atas pulak..lupa pulak nak gtau.pastikan lapisan bawah betul2 sejuk baru tuang lapisan atas ya..sbb nak pastikan antara lapisan akan melekat..

BahanUntukLapisanAtas..
2cwn santan..klu nak lemak guna yg pekat
4sb tepung beras..jgn membukit ya
1sb tepung jagung..
Skit garam..nak lemakkan kuih

Caranya..
Satukan semua bahan pastu blend..kemudian tuang dlm periuk masak agak2 suam2 kuku ja..api yg pelahan ya..kacau jgn tinggai..dah siap tuang atas lapisan bawah td..kukus selama 30 minit..siap..sejuk dah boleh potong..klu nak potongan kuih yg cantik potong dengan benang ya..insyaallah cantik ja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2022 02:45 PM | Show all posts
KARIPAP PUSING

Bahan doh minyak :
2 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak - dipanaskan
Secubit garam
Air secukupnya (air suhu biasa)

Bahan doh marjerin :
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan shortening
1/2 cawan marjerin atau lebih

1. Doh minyak : satukan semua bahan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak lekat di tangan.
2. Doh marjerin : satukan semua bahan dan sebatikan hingga jadi doh.
3. Bulat2kan doh minyak dan doh marjerin. Pastikan bilangannya sama banyak.
4. Ambil 1 doh minyak leperkan, masukkan doh marjerin di dalamnya.
5. Tutup doh bulatkan dengan sempurna sehingga jadi bulatkan doh. Rehatkan doh 5 minit.
6. Ambil 1 doh dan canaikan.
7. Kemudian sapu sedikit air dipermukaan doh. Jangan banyak nanti doh lembik. Cukup sekadar calit2 sahaja.
8. Gulung doh tadi dan letak memanjang kemudian canai memanjang doh yang digulung tadi.
9. Gulung doh sekali lagi. Potong doh guna pisau anggaran 1/2 inci tebal atau lebih sedikit.
10. Ambil sekeping doh dan canai. Jangan nipis. Jika tebal tidak mengapa.
11. Terbalikkan doh. Isikan inti pada bahagian bawah doh yang dicanai tadi (bukan bahagian atas). Kelim doh dengan kemas. Inti boleh ikut citarasa memasing.
12. Panaskan minyak dan goreng karipap guna api sederhana hingga keperangan.
13. Siap untuk dinikmati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 1.243677 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list