lavapanes posted on 20-9-2012 02:37 PM
abis kalau cuti cam depavali ke,,,dapat ambik anak???
keputusan mahkamah
Diputuskan
MAHKAMAH setelah meneliti dan berpuashati dengan Penyata Tuntutan Pindaan Plaintif (saya) bertarikh 25 April 2012, Penyata Pembelaan Defenden bertarikh 22 Mei 2012, Jawapan pembelaan Plaintif (saya) bertarikh 5 Julai 2012 DAN Hujah Peguam Plaintif (saya) bertarikh 7 Ogos 2012, Hujahan Peguam Defenden (ex-wife) bertarikh 30 Ogos 2012 SERTA sokongan eksibit-eksibit dan autoriti-autoriti yang di kemukakan, MAKA DENGAN INI MEMUTUSKAN DAN MEMERINTAHKAN seperti berikut:
- . Mahkamah memerintahkan bahawa hak jagaan anak yang bernama #### #### ##### Binti ####
######, My Kid No : ######-##-#### (selepas
ini disebut anak tersebut) diserahkan kepada Defenden (ibu).
2. Mahkamah memerintahkan Plaintif (bapa) diberikan hak lawatan dan bermalam bersama anak tersebut
pada minggu pertama, ketiga dan kelima ( sekiranya wujud minggu kelima dalam
bulan tersebut) setiap bulan dengan diambil pada hari jumaat mulai jam 6:00
petang dan dipulangkan pada Ahad sebelum jam 6:00 petang.
3. Mahkamah memerintahkan hak bersama dan bermalam dengan anak tersebut pada hari perayaan
hendaklah dipraktiskan secara bergilir-gilir setiap tahun seperti berikut ;
a. Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2013, Plaintif (bapa)
diberikan hak bersama & bermalam dengan anak tersebut selama 3 hari dengan
di ambil pada jam 8.00 pagi seharisebelum dan dipulangkan pada Hari raya Kedua
jam 2:00 petang. Manakala bagi Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2014, Plaintif
(bapa) di benarkan mengambil anak tersebut mulai jam 2:00 petang Hari Raya
Kedua dan dipulangkan jam 6:00 petang Hari Raya Keempat.
b. Hari Raya Aidiladha bagi tahun 2012, Plaintif (bapa)
diberikan hak bersama & bermalam dengan anak tersebut sepenuhnya. Manakala Hari
Raya Aidiladha bagi tahun 2013, hak tersebut diberikan diberikan kepada
Defenden (ibu) sepenuhnya.
4. Mahkamah memerintahkan segala perbelanjaan dan kos yang terhasil dari
jagaan semasa anak tersebut bersama mana-mana pihak adalah di tanggung oleh
pihak-pihak tersebut.
5. Mahkamah memerintahkan Defenden dan Plaintif hendaklah memaklumkan kepada
pihak satu lagi sekiranya berlaku sebarang musibah atau sakit ke atas anak
tersebut semasa dalam jagaan mana-mana pihak.
6. Mahkamah memerintahkan Plaintif dan defenden di berikan hak bersama dan
bermalam bersama-sama anak tersebut pada cuti am dan persekolahan ( jika anak
tersebut telah bersekolah) secara sama rata.
7. Mahkamah memerintahkan lokasi pengambilan dan penyerahan anak tersebut
hendaklah di buat di Balai Polis yang berhampiran dengan tempat tinggal Defenden
atau lokasi lain dengan persetujuan kedua-dua pihak.
8. Mahkamah memerintahkan Plaintif atau Defenden dan/atau wakilnya adalah
dilarang dan ditegah daripada menceroboh atau menggangu Plaintif atau Defenden
semasa proses bersama dan bermalam dengan anak.
9. Mahkamah memerintahkan Plaintif dan Defenden adalah ditegah daripada
meracuni fikiran anak seperti memburuk-burukkan perangai Plaintif atau Defenden
dan menakut-nakutkan anak dengan tujuan membangkitkan kebencian pada diri anak
tersebut.
10. Kos bagi kes ini ditanggung oleh
masing-masing
|