CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 4-1-2015 04:49 AM From the mobile phone | Show all posts

Bab 24

Edited by elia201 at 9-5-2015 11:46 AM

Lebih 2 minggu kekecohan dimajlis hari jadi Rayyan berlalu. Selama itu jugalah Rayyan separuh nanar memujuk tunangnya. Jie langsung tidak mempedulikan segala panggilan maupun menjawab pesanan ringkas yang dihantar. Kerapkali Rayyan menebalkan muka pergi ke rumah Jie menanti Jie keluar menemuinya namun Jie tega membiarkan dirinya menunggu tanpa sudi menunjuk muka. Viana juga tidak mampu memujuk. Hati Jie keras seperti batu. Rayyan tiada jalan lain. Terpaksa dia menebalkan muka kali ini meminta pertolongan dari Maznah.

"Please Aunty!" Rayyan tahu Jie tetap tidak akan turun menemuinya. Malah gadis itu kini sedang mengurung diri didalam bilik.Sengaja mengelak diri dari menemuinya.

Maznah serba salah. Walaupun pada mulanya hati merasa marah dengan Tengku Safiah kerana mengasari Jie namun sedikit sebanyak hatinya belas melihat keadaan Rayyan. Anak muda itu tampak kusut. Tidak terurus dan serabut.

Maznah mengarahkan pembantu rumahnya untuk mengambil kunci pendua bilik yang dihuni Jie. Pembantu rumahnya akur lantas menyerahkan segugus kunci kepada Maznah. Kunci bertukar tangan. Maznah memberi isyarat kepada Rayyan supaya menuruti langkahnya.

Sesampainya didepan pintu bilik Jie, Maznah cuba membuka dengan kunci pendua. Usahanya berjaya. Rayyan mengambil peluang ini untuk masuk menemui Jie.



Jie yang sedang asyik mendengar lagu tidak perasan kehadiran Rayyan. Earphone terpasang ditelinga. Dalam masa yang sama Jie sibuk membaca novel bertajuk Psst..I love you.

Rayyan terpaksa merentap earphone yang melekap ditelinga Jie untuk menarik perhatian gadis itu. Jie terkejut melihat Rayyan berada dalam biliknya.

"Macam mana you masuk?! Mommy!!" Jie menjerit memanggil Mommynya. Maznah yang berada diluar bilik segera masuk mendengar jeritan Jie.

"Kenapa ni Jie? Ray?" Maznah mula cemas . Wajah Rayyan dan Jie ditenung silih berganti.

"Tak ada apa Aunty. Just leave us alone. Ray takkan apa apa kan anak Aunty. Trust me! " Rayyan cuma ingin berbincang. Dia tak nampak cara lain untuk membuat Jie bertemunya selain daripada menceroboh bilik gadis itu.

Maznah akur kehendak Rayyan. Lelaki itu dan anak gadisnya perlukan ruang untuk berbincang.

"I rasa kita tak ada apa apa lagi nak cakap. You baliklah ." Tubuh sasa itu ditolak. Rayyan tidak berganjak. Takkan mengalah walaupun dihalau gadis itu.

"Sayang please. We need to talk ! Either you ikut I keluar sekarang, atau I akan stay sini tunggu sampai you sudi keluar dengan I.You decide sayang !" Rayyan memberi kata dua. Dia tak kisah menunggu berapa lama sekalipun asal Jie sudi keluar berbincang dengannya.

"Ok fine ! I naik kereta I, I follow kereta you dari belakang." Kunci keretanya dicapai. Handbag yang sememangnya ada atas meja disangkut ke bahu.

Rayyan tahu Jie mungkin menggunakan itu sebagai helah untuk melarikan diri dari berbincang spontan merampas kunci kereta dari genggaman Jie. "Nope. You naik kereta I."

Jie tiada pilihan lain. Terpaksa akur kehendak Rayyan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2015 05:37 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 11:22 AM

Agak lama suasana sepi melingkari mereka. Rayyan tahu Jie masih marahkannya. Riak gadis itu seperti endah tak endah sejak dari dalam kereta lagi.

"Sayang.. Rayyan memula bicara. I minta maaf sebab biarkan Mama buat macam tu dekat you." Masih lagi tiada respon dari Jie. " I promise it won't happen again."

"I percayakan you sayang ! I tahu you tak tolak Zeeta malam itu.  Please sayang jangan layan I macam ni ! I sanggup buat apa saja asalkan you maafkan I." Rayyan tidak sanggup lagi melihat hubungan mereka yang semakin renggang sejak dari peristiwa malam sambutan hari lahirnya.

"Betul you sanggup buat apa saja?" Jie menyoal balik. Wajah kacak tunangnya ditenung. Jujur dia rindukan Rayyan ! Tetapi memikirkan Tengku Safiah yang tak pernah restui dirinya sebagai pilihan Rayyan rindunya hilang dibawa angin lalu. Sengaja hati dikeraskan supaya tak mudah tunduk dengan pujukan Rayyan.

"Yup. Anything for you sayang ! Asalkan hubungan kita back to normal." Rayyan cuba meyakinkan Jie tentang kesungguhannya.

"Please let me go. Kita putus Ray. I pun tak nak you bertelagah dengan Mama you lagi. You ikutlah kehendak Mama you. Just kahwin dengan Zeeta." Walau pun berat namun itulah yang terbaik buat masa ini. Anggap saja jodoh mereka tiada.

"What?!  Rayyan rasa seperti ingin mati saat ini. " Kenapa you tak suruh I mati aja sayang? Nope ! I takkan lepaskan you walau apa pun jadi. Kalau you nak sangat putus dengan I, you tunggu sampai I mati ! Sebab selagi I hidup,  jangan harap I lepaskan you ! Never !" Tidak terduga Jie sanggup berkata begitu.

"Entahlah you ! I dah tak nampak jalan lain lagi." Jie sendiri buntu.

" Please sayang ! You dah janji you takkan tinggalkan I hari tu. Kita cuba cari jalan untuk fix semua ini." Jari jemari gadis itu digenggam erat. "You still mine right? You takkan lari dari I kan sayang?"Rayyan inginkan kepastian. Wajah gadis itu ditenung mencari jawapan.

Jie hanya mengangguk. Tak sampai hati pula untuk menghampakan permintaan lelaki itu.

" Thanks sayang !" Hanya itu yang terluah dibibir. Rayyan berjanji takkan sia siakan peluang kedua yang dimililikinya kali ini.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 09:14 AM | Show all posts
elia201 replied at 3-1-2015 05:35 PM
Bosan mula dirasakan Jie. Nampaknya Rayyan sibuk melayan tetamu tetamu yang hadir untuk meraikan har ...

bagus Jie. Takyah sgt berebut jantan. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 09:14 AM | Show all posts
Edited by Esmiria at 4-1-2015 01:17 AM

Dable………………
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 09:26 AM | Show all posts
elia201 replied at 3-1-2015 09:37 PM
Agak lama suasana sepi melingkari mereka. Rayyan tahu Jie masih marahkannya. Riak gadis itu seperti  ...

Aku harap diorang putus.ngee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2015 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts

Bab 24

Edited by elia201 at 5-1-2015 10:54 PM

Tan Sri Isa tidak pernah terlintas untuk mencampuri urusan hidup anak anaknya. Baik Rayyan maupun Khalid. Keduanya sudah besar panjang untuk mencorak hidup sendiri. Namun teguran keras Dato Hanafi memaksanya mengambil keputusan mencampuri urusan Rayyan dan Jie. Sahabat karibnya tampak emosi dan mengugut untuk meleraikan tali pertunangan anak mereka.

Tan Isa faham. Sesiapapun ditempat Dato Hanafi akan berasa marah apabila mendapat tahu anak yang ditatang bagai minyak yang penuh dikasari. Bahkan dimalukan dihadapan tetamu.

Tan Sri Isa tidak menyedari kehadiran anaknya. Dia cuma menyedari anaknya sudah mengambil tempat duduk dihadapannya. Satu keluhan dilepaskan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-1-2015 05:42 PM | Show all posts

"Ada apa Papa ajak Ray jumpa ni? Sampai tak sempat jumpa dekat rumah?" Rayyan hairan dengan sikap Papa yang mengajak jumpa secara mendadak.

"Ray dengan Najiha  macam mana?" Tan Sri Isa ingin tahu sama ada pasangan itu sudah berbaik.

"Alhamdulillah Pa! Kami ok. Kenapa Papa tanya macam tu?"

" Daddy Najiha jumpa Papa semalam. Katanya kalau Ray sendiri tak boleh nak pertahankan anak dia, dia sanggup putuskan pertunangan kamu berdua. Papa tak nak bebankan Ray. Ray fikirlah sendiri macam mana nak yakinkan Daddy Najiha yang Ray mampu jaga Najiha." Sebagai orang yang lebih tua dia hanya mampu menasihat.

"Ray akan cuba settlekan cara baik Pa. Ray memang sayangkan Najiha. Nantilah Ray jumpa Uncle Hanafi."  Satu lagi masalah menimpa. Kalaulah Dato Hanafi betul betul melaksanakan hajat  untuk memutuskan pertunangan mereka hancurlah segala harapannya untuk hidup bersama Jie.

" Ingat ! Ray kena bijak ! Umpama menarik rambut dalam tepung. Tepung tak berselerak rambut pun tak putus."Bahu anaknya ditepuk. Memberi semangat. Tan Sri Isa yakin Rayyan mampu mengatasi permasalahan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 05:55 PM | Show all posts
elia201 replied at 4-1-2015 09:42 AM
"Ada apa Papa ajak Ray jumpa ni? Sampai tak sempat jumpa dekat rumah?" Rayyan hairan dengan sikap  ...

Sudahlah Rayyan! hmmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2015 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts

Bab 25

Edited by elia201 at 5-1-2015 10:56 PM

Tak sampai 3 bulan lagi mereka akan disatukan. Segala persiapan sudah dimulakan. Rayyan bersyukur Dato Hanafi sudi memberi kepercayaan kepadanya untuk meneruskan hasrat menyunting anak bongsunya sebagai isteri. Namun satu syarat tegas diberikan. Dato Hanafi tidak mahu Jie disakiti sekali lagi !  Seumur hidupnya Dato Hanafi tak pernah menjentik apatah lagi naik tangan ke atas anaknya.

Rayyan sudah  berjanji dihadapan lelaki itu takkan sesekali membiarkan Jie disakiti lagi oleh sesiapapun hatta Mamanya sendiri. Mujur Dato Hanafi menyakini kesungguhannya.

Pandangannya jatuh ke arah Jie yang cantik memakai gaun putih. Jurusolek sibuk menatarias wajah tunangnya. Di satu sudut , jurugambar yang bertugas untuk mengambil gambar 'pre wedding' mereka sibuk mencari 'angle'yang sesuai.

Pelbagai pose romantik yang digayakan Rayyan dan Jie. Cinta jelas terpancar dimata mereka. Tak sangka mereka bakal melayari hidup berdua. Hanya menanti saat ijab dan kabul terlafaz. Kegembiraan makin dirasakan oleh pasangan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 07:08 PM | Show all posts
elia201 replied at 4-1-2015 10:22 AM
Tak sampai 3 bulan lagi mereka akan disatukan. Segala persiapan sudah dimulakan. Rayyan bersyukur Da ...

Molek sgt lah tu-prewedding. Dasar ikut cara barat. eh?hahaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2015 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 4-1-2015 07:08 PM
Molek sgt lah tu-prewedding. Dasar ikut cara barat. eh?hahaaa

Urban la cik es..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 08:01 PM | Show all posts

tahu.saja nak fefeling suci. Haha..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 11:50 PM | Show all posts
Rayyan ni kena tegas sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 09:34 AM | Show all posts
boleh dijadikan novel citer ni..bahasa sedap sangat..citer pun menarik..

err..boleh contact akak kalau nak terbitkan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2015 11:46 AM | Show all posts
nallepooh replied at 4-1-2015 11:50 PM
Rayyan ni kena tegas sikit..

tau takpe
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 02:31 PM | Show all posts

entri mana entri?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2015 06:19 PM | Show all posts

Bab 26

Edited by elia201 at 9-5-2015 11:49 AM

Tayar kereta Golf GTI M7  kesayangannya menjadi mangsa sepakan Jie. Geram ! Entah dajal mana yang memancitkan kesemua tayar keretannya. Hati menyumpah seranah. Sudahlah dia ada temu janji dengan wedding planner yang diupah untuk menguruskan urusan perkahwinannya. Kalaulah dia suruh saja wedding planner datang ke rumah Mommy tentu dia tak akan berdepan dengan keadaan ini.

Tapi bila difikir balik salah dia juga. Ternampak Watson tepi jalan, teringat pula losyen dan krim muka yang hampir habis dirumah. Tanpa  fikir panjang Jie memarkir kereta sesuka hati dipinggir jalan. Mungkin ada orang yang marahkan tindakannya parking kereta sesuka hati.  Padan muka aku ! Jie mengutuk diri sendiri. Pantas telefon bimbit dicapai. Niat hati nak mengadu pada tunang tersayang.

Dari arah bertentangan pula seorang lelaki yang sedang memandu kereta terpandang seorang gadis berambut keperangan sedang memegang telefon dipinggir jalan. Pemanduan diperlahankan, mencuri pandang ke arah gadis itu. Malangnya gadis itu menghadap ke tempat lain dan wajahnya tidak dapat dilihat. Dari gaya dan bentuk badan rasa dia macam kenal saja..

"Lah, Najiha ke. " Ku Iz menegur. Tak sangka dapat bertemu lagi.

Jie dilihat tidak memberikan sebarang respon.  Hanya merenung kosong ke arahnya."Katalah you tak cam I lagi?" Ada nada rajuk didalam suaranya. Sekilas wajah cantik dihadapannya direnung.

Jie tenggelam dalam lamunan. Otak menerawang jauh memikir Rayyan yang tidak mengangkat panggilannya. Viana pun sama. Tension ! Nak call Mommy,  takut kena bebel pula. Mana taknya dia sendiri yang lalai parking sesuka hati ! Daddy pula macam tau tau saja Jie nak 'call' minta tolong terus nombor berada diluar kawasan perkhidmatan.

"Nur Najiha !"  Sekali lagi Ku Iz menegur. Kali ini nada suara meninggi. Pekak ke? Sayang muka cantik tapi pekak ! Hatinya berbisik mengutuk Jie secara tak sedar.

"Eh, Ku Iz? Lama ke you dah ada dekat sini?" Rasa macam bodoh soalan yang ditanya padahal dia sudah lama perasan kewujudan lelaki itu sedari tadi. Cuma entah kenapa responnya lambat.  'Blur' mungkin!

"I dah lama jadi 'statue' depan you. Anyway kenapa dengan you?" Gadis itu dilihat seperti ada masalah.

"Tu." Jie menunjuk tayar keretanya yang kempis. Mukanya masam seperti cuka.

Ku Iz tergelak. "La, I ingat masalah negara apa. Spare tyre ada tak? I tolong you tukar." Spontan bantuan ditawarkan.

"Masalahnya you, spare tyre ada satu saja. Mana you nak I cekau lagi tiga?" Jie membidas balik. Lainlah kalau ada pam tayar. Kalau ada stesen petrol berdekatan boleh jugalah tolak kereta ke sana pam kejap.

Ku Iz menggaru kepala yang tak gatal. "You call insurance provider untuk 'tow' kereta youlah. Then, you naik kereta I. Boleh kita lepak sekali."

Jie rasa hanya itu penyelesaian terbaik buat masa ini. Pantas dia mendail satu nombor. Dalam masa yang sama jari mencapai beg tangannya. Rasa menyesal pula bertindak ikut suka hati tadi. Nasib baik keretanya tidak dicalarkan.




Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 06:57 PM | Show all posts
elia201 replied at 5-1-2015 10:19 AM
Tayar kereta Golf GTI M7  kesayangannya menjadi mangsa sepakan Jie. Geram ! Entah dajal mana yang me ...

Ni.bab berapa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2015 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 4-2-2015 09:58 PM

Kedatangan Zeeta dan Tengku Safiah membuat fokus Rayyan pada kerja terganggu. Tak ada angin tak ada ribut dua wanita itu muncul mengajak makan tengah hari bersama. Puas dia menolak tapi Tengku Safiah pandai memujuk sehingga Rayyan tiada alasan lagi untuk berkata tidak. Dia hanya mampu mengikut kehendak Mama walau hati memprotes.

Lenguh mula dirasakan. Usai makan tengah hari, Mama dan Zeeta mengheret dirinya sekali untuk menemani mereka membeli belah. Kini, tangannya sarat dengan beg kertas dari pelbagai jenama. Jadi tukang pegang barang yang dibeli Mama serta Zeeta. Kalau tahu dari tadi mereka akan membeli belah sakan, Rayyan pasti berkeras menolak. Terlajak perahu boleh diundur tetapi dalam kes Rayyan terlajak teman Mama shopping inilah padahnya. Terasa masa terbazir sia sia menghadap semua ini. Nak marah Mama sendiri. Zeeta pun satu! Tak ada hari lain ke nak ajak Mama shopping. Dia mendengar gadis itu yang memberi cadangan kepada Tengku Safiah untuk bershopping tadi.

Dalam keadaan dia memprotes tindakan Zeeta dan Mama dalam hati,  secara tak sengaja mata Rayyan terarah pada dua wajah yang berjalan dari arah parking kereta bawah.Jie dengan Iz? Mereka kelihatan berbual mesra. Api cemburu mula terbit. Apatah lagi mengingatkan sepupunya itu pernah menjadi 'hero' mempertahankan Jie dari menjadi mangsa tamparan Mama buat kali kedua. Rayyan memutuskan untuk menjadi pemerhati saja dari jauh.

Satu kejadian tidak diduga berlaku. Kelihatan seseorang yang bertopeng muncul mengacu pisau ke leher Jie. Keadaan kelam kabut disitu. Seorang lagi yang juga memakai topeng  mengugut Ku Iz supaya tidak cuba untuk melakukan sebarang tindakan untuk menyelamatkan Jie. Rayyan tidak dapat mengecam jantina penyerang sama ada lelaki atau perempuan. Berdasarkan bentuk badan ada kemungkinan kedua duanya lelaki. Rayyan bergegas berlari untuk ke bawah menuju ke arah mereka.

Jie cuba mencari peluang untuk melepaskan diri. Pantas perut lelaki yang sedang menghunus pisau dilehernya disiku, sekuat hati., Penyerang yang tidak menduga tindakan Jie tunduk menahan kesakitan diperut. Cengkaman terhadap Jie terlerai. Jie mengambil kesempatan berpaling sambil menghadiahkan satu sepakan kepada penyerangnya.

Kali ini penyerang terduduk menahan kesakitan. Ngilu terasa dibahagian sulit. Pisau tercampak.

Melihat Jie sudah berada dalam keadaan selamat , Ku Iz terus mencekak leher lelaki dihadapannya. Satu tumbukan diacu tepat mengenai halkum lelaki dihadapannya.  

Penyerang Jie yang  tidak menyangka menerima habuan dari seorang perempuan cuba bangun. Jie terus mencapai pisau dan mengacu ke arah penyerangnya. Rambut penyerang itu ditarik supaya berdiri sambil ketingnya disepak supaya berada dalam keadaan melutut. Penyerangnya menjerit kesakitan. Sebelah lagi tangan menarik topeng yang dipakai lelaki itu.

" Siapa kau?!"  Jie menyoal sambil menarik rambut lelaki sehingga terdongak wajah. Wajah itu tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

Ku Iz juga dilihat berjaya menjatuhkan lawannya. Topeng muka ditanggalkan. Wajah itu juga asing dipandangan mata. Rayyan yang sudah berada disitu membantu menarik kedua dua penyerang  yang  terpaksa mengesot itu ke tepi. Kedua duanya melutut bersebelahan. Sempat polis dihubungi.

" Siapa upah kau?! Apa permusuhan kau dengan Najiha?!" Ku Iz menyoal keras. Leher lelaki dihadapanya dicengkam kuat. Tetap diam membisu. Satu tumbukan diacu tepat ke muka.Darah meleleh keluar dari bibir dan hidung. Ku Iz seperti dirasuk. Kaki dan tangannya bertindak menumbuk dan menyepak sepuas hati. Bersilih ganti antara  kedua dua penyerang sehingga mereka lembik tidak bermaya.

"Stop it Ku Iz !" Jie menarik Ku Iz yang dilihatnya tidak berhenti membelasah dari tadi. " Kita serahkan mereka pada polis." Jie tahu kedua dua penyerang upahan itu adalah amatur. Mungkin sekadar untuk 'menguji' dirinya. Tak mungkin penyerang professional akan menyerangnya membabi buta. Siang pula itu ! Ditambah lagi Ku Iz ada disisinya.

Ku Iz hanya mendengus kasar, tanda tak puas hati tindakannya dihalang. Jie cuma menepuk bahu Ku Iz meminta dia bertenang. Ku Iz hanya menurut. Hatinya lega tiada kecederaan menimpa Jie. Entah kenapa perasaan marahnya tak dapat dibendung melihat gadis dihadapannya diancam bahaya.  Spontan dia bertindak ganas.

Kekecohan tadi menarik perhatian beberapa orang awam yang kebetulan lalu disitu. Mereka membantu memantau keadaan sementara menunggu polis sampai.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhh... elia dh tukar jd novel laaa..

Suka! Suka!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.097561 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list