CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nanacinta

CINTA SUAMI ORANG

[Copy link]
Post time 9-2-2014 04:56 PM | Show all posts
nanacinta posted on 9-2-2014 04:52 PM
ramai tak kawan2 gingolok yang berskandal...ape yang mereka mahukan?

sejujurnya pada pendapat saya lelaki esp suami org yg berskandal ni dia orang mahu satu perkara aje:SEX.. ada peluang rembat dia orang rembat lah..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2014 04:59 PM | Show all posts
gingolok posted on 9-2-2014 04:56 PM
sejujurnya pada pendapat saya lelaki esp suami org yg berskandal ni dia orang mahu satu perkara aj ...

yer mungkin...tapi kalau yang jenis cinta sejati ni? apa pendapat gingolok...suami orang dan gf yang benar2 jatuh cinta....

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 05:15 PM | Show all posts
nanacinta posted on 9-2-2014 04:59 PM
yer mungkin...tapi kalau yang jenis cinta sejati ni? apa pendapat gingolok...suami orang dan gf ya ...

Saya tak leh jawab. Kita tanya orang berkenaan. Rasanya yg lelaki tu bukannya cinta sejati pada mula cuma nk firt2 saja. Pas tu terperangkap dgn mainan cinta. Terus dilema. Padahal isteri sendiri tak ada problem pun. dah terlekat nk buang payah ooo..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2014 05:17 PM | Show all posts
gingolok posted on 9-2-2014 05:15 PM
Saya tak leh jawab. Kita tanya orang berkenaan. Rasanya yg lelaki tu bukannya cinta sejati pada mu ...

oh...takpe la...tapi kenapa gingolok tak nak jawab...bro code yer.......takpe, saya faham...

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 05:34 PM | Show all posts
nanacinta posted on 9-2-2014 05:17 PM
oh...takpe la...tapi kenapa gingolok tak nak jawab...bro code yer.......takpe, saya faham...

tak leh jawab sbb sy tk pernah buat mcm tu huhu..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2014 05:37 PM | Show all posts
gingolok posted on 9-2-2014 05:34 PM
tak leh jawab sbb sy tk pernah buat mcm tu huhu..

gingolok pernah tak merasa bosan menjadi suami...yer la jadi suami ni bebanan dia besar...mungkin gingolok mau merasa alam bercinta semula...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2014 07:33 PM | Show all posts
nanacinta posted on 9-2-2014 05:37 PM
gingolok pernah tak merasa bosan menjadi suami...yer la jadi suami ni bebanan dia besar...mungkin  ...

Sentiasa romantis dgn isteri. Tak pernah rasa bosan. Selalu gurau senda. Make life lively. Kita yg buat dia bukan dia yg buat kita. Masa belum kawin dulu dah puas dah sbb ramai girlfren. Bila dh kawin tutup buku lama. Selalu ceriakan hari anda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2014 10:34 PM | Show all posts
gingolok posted on 9-2-2014 07:33 PM
Sentiasa romantis dgn isteri. Tak pernah rasa bosan. Selalu gurau senda. Make life lively. Kita yg ...

boleh tak saya kata lelaki yang tiada pengalaman cinta sewaktu di sekolah paling ramai berskandal selepas kawin...huhu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2014 01:18 AM | Show all posts
Aku pernah terjebak bercinta dengan suami orang waktu umur aku 18 tahun. Aku tak tau dia dah kawin. Kitorang sama sama atlit sukan, jumpa dalam tournament negeri. Dia atlit kebangsaan wakil negeri dan aku main dgn pasukan negeri. So kitorang jatuh cinta. Aku jatuh cinta kat dia time tu lebih pada tarikan fizikal dan sebab budi bahasa dia macam baik aje. Lagipun time tu hidup aku memang banyak habis dalam latihan sukan dan memang tak jumpa orang lain dah. Tu yang senang fell in love tu. Oleh sebab kitorang duduk berlainan daerah so aku tak tau latar belakang dia, memang dia tak pernah cakap dia dah kawin. Kalau tengok fizikal memang tak nampaklah dah kawin, nampak macam orang bujang aje. Mungkin sebab dia atlit. Rupanya dah anak dua kau..

Satu hari lepas hampir setahun bercinta ada orang call aku bagitau dia dah kawin. Mula2 aku tak percaya tapi bila kawan-kawan suruh tanya dia sendiri, aku pun tanya and dia mengaku. Maka start laa hubungan kami tak keruan. Waktu tu macam2 lah drama. Aku suruh dia cerai bini dia laa (very stupid kalau ingat balik). Kawan-kawan nasihat aku tapi aku malas nak dengar, dan dia pun takdelah burukkan bini dia cuma dia kata dia dah jatuh cinta dgn aku, dia tak boleh tarik balik perasaan tu. Aku pun time tu memang tak tau macamana cara supaya "tak cintakan dia". Soal perasaan ni bukan mudah kita nak handle. Orang senanglah cakap "tinggalkan dia" tapi dalam umur sangat muda 18 tahun, kau takkan paham makna mengalah dan redha. Itu umur manusia tengah nak fighting dan sahut segala cabaran. Tambah-tambah pulak ada sport spirit dalam jiwa, pantang mengalah .  Tapi bila dah nak dekat dua tahun bercinta, entah macamana satu hari tu aku terpikir, takkan aku nak share orang yang aku sayang dengan orang lain. Dan aku realized dia tak tinggalkan bini dia pun, betul ke dia cintakan aku? Agaknya dah memang Allah nak permudahkan jalan sebab aku selalu bertanya dengan diri sendiri dan berkat kawan kawan baik aku yang sentiasa tak jemu memujuk dan bagi nasihat. Bila aku dapat offer sambung study maka itulah peluangnya, aku cakap kat dia aku nak tumpu pada study dan kita tengok apa jadi hubungan ni bila aku dah habis study. Waktu tu hati sebenarnya hancur rapuh nak pecah tapi aku paksa diri sebab aku pulak memang nak sambung study sebab aku ada cita cita jugaklah. Dia tak bagi and kelam kabut ajak aku kawin, tapi aku kuatkan hati. Hari last jumpa sebelum aku cakap kita break, aku memang menangis macam orang gila dalam bilik. Aku yang ajak putus tapi aku yang merana.

Mula-mula sambung study kitorang masih contact each other. Macam tak break up pun. Waktu tu aku terpikir agaknya ni jodoh aku kot dengan dia sebab susah nak lupa walaupun dah cuba. Tapi bila aku start kenal ramai orang baru tau hidup ni luas lagi dan lebih ramai pilihan terbaik selain daripada nak pi kacau rumah tangga orang. Walaupun banyak sweet memories dengan dia sebab kitorang banyak kenangan di gelanggang sukan, tapi lama lama semua tinggal kenangan saja. Bila kita dah matang banyak pertimbangan lain dalam hidup selain cinta. Takdir tu memanglah takdir tapi kita berhak dapatkan hidup yang lebih bahagia sebab bercinta dengan laki orang takkan bahagianya. Kalau berkahwin sedialah makan hati. So akhirnya dalam masa setahun pertama sambung study aku dah dapat lupakan dia dan perasaan tu pun dah hilang. Kalau ingat sekarang pun aku seriau, dan hairan kenapalah singkat sangat fikiran waktu tu sampai nak suruh suruh orang tu ceraikan bini dia.

Aku malas nak nasihatkan orang yang terjebak cinta laki orang kalau dorang tak minta nasihat, sebab dorang takkan terima punya. Aku pernah mengalami dulu so aku pahamlah. Kita akan rasa kita aje betul dan bini orang tu yg bermasalah. Suami orang ni biasanya memang sweet talker dan romantik gila, sebab dia dah nampak apa yang perlu dia buat untuk dapatkan cinta perempuan. Dengan isteri dia maybe perasaan cinta tu dah hilang, atau tak sempat ada sebab waktu bercinta dengan bini dia tak tau skill romancing lagi. Jadi sebab dia masih nak merasa cinta dalam hati, rindu nak meluahkan cinta maka dia practice dengan perempuan lain. Cinta tu permainan mulut saja. So pasal tu dengan bini muda memang lelaki lagi romantik. Tapi dengan isteri pertama rasa tanggungjawab tu tinggi tambah tambah kalau ada anak.  So kalau sanggup nak kawin dengan laki orang, bersedialah untuk dapat CINTA saja, TANGGUNGJAWAB belum tentu. Silap silap engkau yang kena pau. Sebab kadang kadang lelaki cari bini kedua dari kalangan wanita stabil, so dia tak payah risau pasal kewangan, just bagi CINTA saja. Kalau sanggup hadap, silakanlah.
Last edited by MissLibra on 10-2-2014 01:37 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2014 01:29 AM | Show all posts
MissLibra posted on 10-2-2014 01:18 AM
Saya pernah bercinta dengan suami orang waktu umur saya 18 tahun. Tapi kes saya ni kes terjebak. Say ...

isteri dia tahu ke pasal ni? dan sewaktu misslibra study, suami orang tu ade x hubungi u?

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 01:40 AM | Show all posts
nanacinta posted on 10-2-2014 01:29 AM
isteri dia tahu ke pasal ni? dan sewaktu misslibra study, suami orang tu ade x hubungi u?

nanacinta I ada edit tadi ada penambahan sikit luahan perasaan perenggan terakhir nanti nana baca balik .
Aku pun tak sure isteri dia tau ke tak. Cuma panggilan telefon yang diterima tu rasanya sama ada isteri dia atau someone yang related dengan isteri dia. Waktu study kitorang masih berhubung, sebab bukan senang nak lupa terus. Tapi macam yang dok cerita dalam bahagian penambahan tu laa, lama lama hati jadi tawar sendiri sebab jarak jauh dan kenal ramai orang. So lama lama kitorang terus senyap, dan putus hubungan begitu saja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2014 01:43 AM | Show all posts
MissLibra posted on 10-2-2014 01:40 AM
nanacinta I ada edit tadi ada penambahan sikit luahan perasaan perenggan terakhir nanti nana baca  ...

thanks misslibra...cerita2 dalam ni banyak membuka mata saya...saya harap misslibra akan sentiasa bahagia dengan orang tersayang...kalau ade lagi luahan boleh datang sini...bercerita lagi...huhuhu...

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 01:48 AM | Show all posts
nanacinta posted on 10-2-2014 01:43 AM
thanks misslibra...cerita2 dalam ni banyak membuka mata saya...saya harap misslibra akan sentiasa  ...

no worries. Alhamdulillah sekarang ni kira happy lah walaupun tak lah sempurna mana. Ada ajelah up & down dengan suami tapi itu lumrah hidup. Kita pun tak tau apa akan jadi di masa akan datang. Cuma dalam apa saja keputusan kita nak ambik kita pilih yang terbaik untuk hidup kita supaya di masa depan kita tak sesali satu saat pun.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 02:11 PM | Show all posts
nanacinta posted on 7-2-2014 10:19 PM
6 Famous Lies of a Married Man

1. I wish I would have met you first because I never would have ma ...

haaaa sangat setuju nana..inilah alasan2 huby i kat pompuan2 yang dia kenal.....sebijik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2014 02:24 PM | Show all posts
iera870 posted on 10-2-2014 02:11 PM
haaaa sangat setuju nana..inilah alasan2 huby i kat pompuan2 yang dia kenal.....sebijik

macam mane dengan problem iera, dah selesai ke? jadi ke bercerai dengan suami?

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 02:29 PM | Show all posts
nanacinta posted on 10-2-2014 02:24 PM
macam mane dengan problem iera, dah selesai ke? jadi ke bercerai dengan suami?

bercerai tetap bercerai dah pun nana...dia dah lafaz pun kan..cuma skrg ni iera tgh pregnant kan..so kena tunggu sampai habis pantang la...iera dah ok..dah boleh terima kenyataan..its ok..mmg kami dah takder jodoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2014 02:32 PM | Show all posts
iera870 posted on 10-2-2014 02:29 PM
bercerai tetap bercerai dah pun nana...dia dah lafaz pun kan..cuma skrg ni iera tgh pregnant kan.. ...

sabar yer iera...setiap orang ade kisah sedih masing2...biarkan dia dengan dunia dia...kita cari bahagia kita...dah jadi janda nanti ingat la dugaan yang akan tiba...huhu...

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 02:40 PM | Show all posts
nanacinta posted on 10-2-2014 02:32 PM
sabar yer iera...setiap orang ade kisah sedih masing2...biarkan dia dengan dunia dia...kita cari b ...

insyaallah..nana cbe share serba sedikit dugaan apa yang perlu kita tempuhi bila kita berpegang title "J" nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2014 02:45 PM | Show all posts
iera870 posted on 10-2-2014 02:40 PM
insyaallah..nana cbe share serba sedikit dugaan apa yang perlu kita tempuhi bila kita berpegang ti ...

dugaan terbesar bila suami orang akan hadir kononnya nak dengar masalah kita...percayala cakap saya...saya lebih suka bersendirian untuk sembuhkan hati kita...tulis sebuah diary dan curahkan segala2 nya...buat masa ni iera jangan dekat pada lelaki, tak kira la bujang atau suami orang...takut kita rasa dia adalah penyelamat kita...bersendirian dulu sambil fikir rancangan masa depan kita...itu cara saya la...

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 03:03 PM | Show all posts
pening la kot bercinta dengan hak orang lain nih

uncertainty , takde hala tuju, sorok sorok,

tapi for sure  takkan lupa wife dia.. yang lain semua fling saje

stay jek la dengan wife and husband masing masing. baik buruk da janji sama sama kan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.053629 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list