Ketika berpisah, kami membuat perjanjian bertulis iaitu anak sulung di bawah jagaan saya, manakala anak kedua diberikan kepada bekas isteri. Setiap minggu, hak penjagaan anak akan bertukar. Semuanya berjalan dengan baik hingga apabila saya ditakdirkan bertemu jodoh dengan Hanez pada 14 Mac lalu. Malangnya ada beberapa perkara yang tidak dipatuhi Nurliyana menyebabkan saya tawar hati untuk melepaskan hak penjagaan anak di bawah tangannya.
Selama ini masyarakat hanya mendengar cerita sebelah pihak. Saya pula memilih untuk tidak bersuara kerana tidak mahu mengaibkan wanita yang pernah memberikan saya zuriat. Saya tidak kisah jika ego saya dicabar dan diperkotak-katikkan oleh Nurliyana. Tetapi apabila membabitkan anak, saya tidak mampu mendiamkan diri.
Ketika anak kedua di bawah jagaan bekas isteri, saya terkejut apabila diberitahu anak sulung yang adiknya sudah masuk sekolah. Saya tidak mempertikai tindakan Nurliyana itu, tetapi apa perasaan apabila berjumpa anak dalam keadaan tidak terurus dan calar balar?
Lebih membuatkan saya terkejut apabila anak kedua menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut tetapi tidak diberikan rawatan segera oleh ibunya. Mengapa perkara itu tidak diceritkan kepada umum? Saya terpaksa mengambil Rayqarl dan membawanya mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.
Sebelum ini saya pernah menawarkan kepada Nurliyana pembantu rumah bagi menjaga Rayqarl tetapi ditolak. Jika Nurliyana mendakwa dia ibu yang bertanggungjawab, mengapa sanggup memperjudikan kesihatan Rayqarl?
Sebelum bernikah dengan Hanez, semuanya berjalan baik tetapi sebaik saja kami menjadi suami isteri, Nurliyana terus menghilangkan diri. Dia langsung tidak bertanya khabar mengenai anak. Memang Nurliyana pernah menghubungi saya untuk bercakap dengan anak sulung dan memberikan ucapan selamat ulangtahun kelahiran. Tetapi ketika itu saya sedang bekerja dan memintanya kembali menelefon di waktu malam. Tidak pula dia menghubungi.
Mengapa baru kini membangkitkan isu saya menghalangnya bertemu anak-anak? Ketika terserempak baru-baru ini, saya tidak keberatan jika Nurliyana meminta diberikan sedikit masa untuk bersama anak-anak tetapi dia langsung tidak bercakap apa-apa. Sudahnya nama saya dan Hanez diberukkan seolah-olah kami mangsa keadaa. Takkan selepas putus cinta, baru teringat anak-anak? Pesan saya kepadanya cukup-cukuplah menabur kebencian orang luar kepada kami kerana mereka tidak pernah tahu perkara sebenar.
Hanez tidak pernah campur tangan dalam urusan kami berdua. Sebaliknya, saya yang memberi arahan kepadanya supaya menjaga anak kai kerana mereka berada di bawah tanggungjawab asya. tidak timbul soal saya menghalang. Jika betul saya berbuat demikian, saya akan menghalaunya ketika kami tererempak tempoh hari. Tetapi saya tidak sekejam itu
Saya tidak tahu mengapa Nurliyana terus mengasak kami. Dia patut bersyukur kerana Hanez dan keluarganya menjaga anak kami dengan baik walaupun bukan darah daging mereka. Saya bersyukur dipertemukan dengan wanita yang tidak hanya ikhlas menerima baik dan buruk saya, tetapi turut bersedia menerima kehadiran anak saya.
Nurliyana tidak sepatutnya berterusan mencari alasan untuk menimbulkan kemarahan masyarakat kepadanya. Dulu saya berdiam diri dan membiarkan saja bekas isteri memberi kenyataan kerana Hanez belum sah menjadi milik saya. Tetapi kini dia isteri saya dan saya perlu melindunginya daripada terus dikecam masyarakat yang hanya mendengar cerita sebelah pihak.
Cukuplah menjadikan media sebagai tempat untuk mengaibkan saya. Dulu saya pernah dilempar fitnah sebagai suami yang tidak mengendahkan rumah tangga, mengabaikan tanggungjawab dan tidak memberika nafkah tetapi mengapa apabila ke mahkamah, isu itu tidak pernah dibangkitkan? Mengapa apabila bertemu media massa, Nurliyana bercerita sebaliknya.
Saya tidak takut kerana saya masih simpan segala bukti yang direkodkan di mahkamah ketika prosiding penceraian dulu. Saya tahu masyarakat menyebelahi Nurliyana apabila dia kononnya langsung tidak menuntut apa-apa ketika kami berpisah.
Bukan mahu mengungkit, tetapi masyarakat perlu tahu saya sudah sediakan segala-galanya untuk keselesaannya. Saya sudah siapkan wang ringgit, aset dan keperluan hidup bukan hanya untuk Nurliyana, tetapi juga bekas ibu mentua. Mereka hidup selesa atas hak saya etapi saya langsung tidak mengungkit perkara itu. Tetapi kenapa Nurliyana berterusan memburukkan saya?
Saya pernah berbuat silap sebelum ini kerana mempertahankan Hanez dalam satu sidang media yang mencetuskan kontroversi. saya tahu tiada guna saya beria-ria mempertahankan diri kerana masyarakat sudah dikaburi dengan permainan emosi Nurliyana. Sekalipun saya berada di pihak yang benar, masyarakat tidak akan percaya. Merka akan terus meletakkan kesalahan di bahu kami.
Tetapi kini saya tidak mampu berdiam diri lagi, terutama apabila membabitkan anak-anak. Saya perlu melindungi hanez kerana dia isteri dan berada di bawah tanggungjawab saya. Saya perlu mempertahankan maruahnya. Jika benar Nurliyana menganggap saya beralah, buktikan saya di mahkamah setiap kesilapan itu.
Dia (Nurliyana) pernah bercakap, saya tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri. Jika Nurliyana berasakan dirinya berada di tempat yang benar, saya cabar untuk bersemuka di mahkamah. Tiada guna menjaja segala ketidakpuasan hati di media sosial atau bertemu media masaa untuk mendapat pembelaan kerana ia tidak akan menyelesaikan apa-apa.
Jalan penyelesaian terbaik adalah membawa kes ini ke muka pengadilan kerana negara kita mempunyai undang-undang. Jika dia yakin dirinya berada di pihak yang benar, buktikan nanti di mahkamah yang saya bersalah. Cukuplah jangan terus menikam dan mencabar kebancian masyakarat kepada saya dan Hanez. Apa tujuan sebenarnya?