CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Budaya] Seni Masakan/Resepi

[Copy link]
Post time 12-11-2024 10:14 PM | Show all posts
1. Resepi Ayam Sambal Berserai







Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak resepi ayam sambal berserai adalah seperti berikut.







  • Separuh ayam yang digoreng separuh masak
  • 10 -15 biji cili kering (ditambah jika mahu lebih pedas)
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 batang serai (*dihiris dan dikisar halus)
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat
  • 2 batang serai (dimasukkan apabila masakan hampir masak)







Cara memasak resepi ayam sambal berserai adalah seperti berikut.







  • Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau
  • Masukkan ayam
  • Masukkan air dan kacau
  • Masukkan garam, serbuk kunyit, sedikit air asam jawa, tomato dihiris jika mahu
  • Siap dan sedia untuk dimakan dengan nasi.


















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2024 10:14 PM | Show all posts
Edited by mamanoni at 12-11-2024 10:15 PM

Resepi Asam Rebus Ikan Nenas


Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak resepi asam rebus ikan nenas adalah seperti berikut.

3 biji lada merah besar
4 biji lada merah kecil
1 labu sedang bawang besar
1 biji bawang putih.
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
bawang, halia dan kunyit dikisar halus.
1 keping asam keping.
suku biji nenas dipotong kecil
Daun kesum
garam
sedikit gula
5 ekor ikan
Cara memasak resepi resepi asam rebus ikan nenas adalah seperti berikut.

Masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk, tambahkan air sebanyak mana yg kita suka, masukkan garam, gula, asam keping, dan nenas.
Masak dengan api yang sedang sehingga kuah mendidih.
Cukupkan rasa kuah
Kemudian masukkan ikan dan daun kesum.
Masak sehingga ikan tu masak.
Kredit: As As



Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 10:17 PM | Show all posts
Resepi Ayam Masak Merah



Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ayam masak merah adalah seperti berikut.

1/2 ekor ayam yang digaul garam dan kunyit dan digoreng sehingga masak
5 sudu makan cili kering kisar
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 biji bawang besar yang dimayang bulat
1 biji cili merah yang diambil kulitnya dan dihiris memanjang
1 batang serai yang diketuk
Bahan-bahan untuk ditumbuk lumat:

1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Cara memasak resepi ayam masak merah adalah seperti berikut.

Panaskan sedikit minyak, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.
Masukkan bahan tumbuk dan serai, tumis sehingga wangi.
Masukkan cili kering kisar, tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau sehingga rata.
Masukkan bawang besar, cili merah dan ayam goreng. Kacau rata dan masak sehingga bawang besar dan cili layu.
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 10:17 PM | Show all posts
Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak









Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ikan patin masak tempoyak adalah seperti berikut.







  • 4 keping ikan patin
  • 10 tangkai cili api yang ditumbuk
  • Sedikit kunyit hidup yang ditumbuk
  • Sedikit tempoyak
  • Sedikit daun kunyit dan kesom
  • Garam dan gula







Cara memasak resepi ikan patin masak tempoyak adalah seperti berikut.







  • Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali ikan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  • Kemudian, masukkan ikan patin, daun kesom dan daun kunyit
  • Angkat apabila ikan telah pun masak.







Sumber resepi: Wanita Idaman








Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 10:18 PM | Show all posts
Edited by mamanoni at 12-11-2024 10:21 PM

Resepi Ayam Masak Lemon







Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ayam masak lemon untuk hidangan 3-4 orang adalah seperti berikut





  • 2 dada ayam yang telah dibersihkan dan dikeringkan




Bahan-bahan untuk perap:

  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • sedikit pepper
  • 1 biji telur





Bahan-bahan untuk salut:

  • 5 sudu besar tepung
  • 5 sudu besar breadcrumbs




Bahan-bahan untuk sos:

  • 1 sudu besar sos plum
  • 3 1/2 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu besar cuka
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu teh tepung jagung
  • minyak secukupnya





























































































































































































Cara-cara memasak resepi ayam lemon adalah seperti berikut.



  • Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam atau semalaman.
  • Salut ngan bahan salut dan gorengkan ayam eshingga garing dan kekuningan.
  • Potong-potong ayam dan letakkan atas pinggan hidangan.
  • Campurkan semua bahan sos, dan didihkan sehingga pekat.
  • Curahkan sos atas ayam tadi dan hidangkan.















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by yangsemb at 13-11-2024 05:38 PM

- - - - - -
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2024 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Emmm…naper jadi problem nak tempeks resipi sini
Help @Tashu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 11:13 PM | Show all posts



Resepi Udang Sambal Petai








Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak udang sambal petai adalah seperti berikut.







  • Segenggam cili kering (direbus, dikisar dan dimasak)
  • 20 ekor udang size XL
  • Hirisan bawang besar
  • 3 papan petai (bijinya dipotong dua)
  • Sedikit air asam jawa
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa







Bahan-bahan untuk ditumbuk:







  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 tangkai serai
  • Secubit belacan







Cara-cara memasak resepi udang sambal petai:







  • Tumiskan bahan ditumbuk sehingga wangi. Teruskan kacau sehingga pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa dan kacau sehingga cili sedikit garing dan pekat.
  • Masukkan hirisan bawang besar dan juga petai. Kacau sebati (kepekatan ikut cita rasa)
  • Masukkan udang. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau dan sedia untuk dihidangkan

















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2024 11:14 PM | Show all posts

Resepi Ayam Harum Thai








Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak resepi ayam harum Thai:







  • 1/2 ekor ayam yang dipotong kecil dan ikut suka serta dibersihkan
  • 2 batang serai yang dititik
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 biji lada benggala yang dibelah 4
  • sedikit gula dan garam secukup rasa
  • 4 sudu besar minyak untuk menumis







Bahan A (untuk dihiris nipis/ditumbuk):







  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia







Bahan B (untuk dicampur dan jadikan sos):







  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 biji limau nipis diambil jusnya
  • daun sup dihiris halus-halus







Cara memasak resepi ayam harum Thai:







  • Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng sekejep separuh masak je. Angkat dan ketepikan.
  • Tumiskan bahan A sampai wangi.
  • Masukkan bahan B dan kacau rata dan naik bau wangi
  • Masukkan ayam, serai dan daun limau purut.
  • Masak dengan api perlahan dan gaul sekata.
  • Masukkan lada benggala dan bila ayam telah masak, dan tutup api.
  • Hidangkan dengan nasi putih

















Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 11:15 PM | Show all posts
Resepi Ayam Masak Hijau








Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ayam masak hijau:







  • 1/2 ekor ayam yang dibasuh dan dibersihkan
  • 1 paket santan pekat boleh digantikan dengan susu cair
  • 1 keping asam keping yang kecil
  • 2 biji ubi kentang yang dipotong empat
  • minyak masak
  • garam dan gula







Bahan-bahan yang dikisar (A):







  • 15 tangkai cili hijau
  • 6 ulas bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 2 sudu besar rempah kari Babas







Bahan-bahan kisar (B):







  • 3 helai daun limau purut
  • 1 atau 2 batang saderi
  • 5 tangkai daun bawang
  • beberapa helai daun selasih







Bahan-bahan penumis:







  • Bunga lawang
  • kulit kayu manis
  • buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari







Cara-cara masak resepi ayam masak hijau:







  • Panaskan minyak masak tumiskan bahan penumis dan terus masukkan bahan kisar A, (kalau boleh kurangkan air ketika mengisar biar pekat)
  • Masak sehingga pecah minyak
  • Masukkan pula bahan kisar B, kacau rata hingga naik bau
  • Masukkan ayam dan ubi kentang kacau sekejap dan terus masukkan santan (kalau pekat sangat boleh masukkan sedikit air).
  • Akhir sekali bila kentang dah empuk, ayam dah masak perasakan dgn garam dan gula serta masukkan asam keping
  • Apabila dah mendidih dan asam keping mula kembang boleh matikan api.







Kredit: Owner resepi
















Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 11:17 PM | Show all posts

Resepi Asam Pedas Ikan Merah








Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi asam pedas ikan merah:







  • 1 ekor ikan merah
  • 10 tangkai cili kering yang dikisar
  • 5 biji bawang merah yang dikisar
  • 5 ulas bawang putih yang dikisar
  • 5 batang serai yang dikisar
  • 10 gram belacan
  • 3 sudu air asam jawa
  • Beberapa tangkai daun kesum
  • sayuran, bendi, terong, tomato jika suka
  • Sedikit garam







Cara resepi asam pedas ikan merah:







  • Tumiskan bahan yang telah dikisar hingga garing.
  • Setelah itu masukkan belacan dan kacau sebati.
  • Masukkan air asam jawa dan biarkan sedikit mendidih.
  • Masukkan sedikit air bersama ikan merah yang telah dibersihkan ke dalam bahan tadi.
  • Biarkan seketika.
  • Masukkan sayur kegemaran. Ikan tidak perlu digaul sangat takut isinya hancur.
  • Akhir sekali taburkan garam secukup rasa dan daun kesum ke dalamnya.
  • Sedia untuk dihidangkan.








Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 11:19 PM | Show all posts

Resepi Gulai Kuning Ikan Tongkol
Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak resepi gulai kuning ikan tongkol untuk 5/6 orang makan:







  • 1 ekor ikan tongkol (potong ikut kehendak)
  • Santan daripada sebiji kelapa
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 lada besar
  • 1/2 inci lengkuas dihiris
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sudu pes cili kering
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 5-6 biji cili padi*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • Garam, gula dan perasa







Cara-cara memasak resepi gulai kuning ikan tongkol:







  • Ikan dibersihkan dan direbus bersama dengan 2 atau 3 keping asam keping, sedikit lengkuas yang dihiris dan sedikit garam. Rebus ikan sehingga airnya agak kering dan ketepikan.
  • Tumbuk bahan-bahan yang bertanda * sehingga hampir lumat.
  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk, hirisan lengkuas dan pes cili kering sehingga terbit minyak.
  • Masukkan santan, biarkan hingga mendidih. Jangan lupa untuk selalu mengacau masakan agar kuahnya tidak berketul.
  • Apabila mendidih, masukkan ikan, asam keping, serbuk ketumbar, lada besar garam, gula dan perasa secukupnya.
  • Biarkan mendidih dan kuahnya agak pekat bolehlah diangkat dan dihidangkan








Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 01:05 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 01:06 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 01:06 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 01:07 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2024 01:08 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
???????? 5 delicious Homemade Dressings ????????

Ingredients:
Lemon and Basil Dressing:
- 1/4 cup of fresh lemon juice
- 1/2 cup of olive oil
- 2 tablespoons of chopped fresh basil
- 1 clove minced garlic
- Salt and pepper to taste

Honey Mustard Dressing:
- 2 tablespoons of Dijon mustard
- 2 tablespoons of honey
- 1/4 cup white wine vinegar
- 1/2 cup of olive oil
- Salt and pepper to taste
Ginger and Soy Dressing:
- 2 tablespoons of soy sauce
- 1 tablespoon of rice vinegar
- 1 teaspoon of freshly grated ginger
- 1 teaspoon of honey
- 1/4 cup sesame oil.
- Salt and pepper to taste

Avocado and Lemon Dressing:
- 1 ripe avocado
- 1/4 cup of fresh chopped cilantro
- 2 tablespoons of lemon juice
- 1 clove minced garlic
- 1/4 cup of olive oil
- Salt and pepper to taste

Mint and Yogurt Dressing:
- 1 cup of natural yogurt
- 2 tablespoons of fresh mint
- 2 tablespoons of lemon juice
- 1 clove minced garlic
- Salt and pepper to taste

Instructions:
1. In a small container, combine all the ingredients of the selected dressing until well combined.
2. Taste and adjust the flavour to your preference, adding more salt, pepper or lemon if needed.
3. Refrigerate the dressing for at least 30 minutes before serving to allow the flavours to mix properly.
4. Serve over your favourite salads and enjoy these delicious homemade dressings.l ????

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
KEK PISANG SENANG SANGAT!!
by : zlaila hashim

1 1/2 cwn tepung
1 sk sodium bikarbonat
1sk baking powder.
1 cwn pisang
1 cwn minyak
1 bijik telor
1 cwn gula halus

CARA - CARA

-blend telor & gula smp kembang.
-masukkan minyak ngan pisang.
-masukkan tepung
-gaul sehingga sebati
-kukus selama 45minit..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Resepi Nasi Ulam

Resepi Turun temurun dari Arwah ibu saya
Hjh Rahmah Bt Puteh Mak Mah

Bahan-bahan:
Nasi putih
Ikan talang masin
Kerisik Buat sendiri sangai kelapa parut sampai garing dan kisar halus
Bunga kantan hiris halus
Ikan kembung bakar ambil isinya
Lada hitam
Bawang merah kecik dihiris halus
Serai dihiris halus
Lengkuas racik halus
Halia racik halus
Ulam-ulaman daun selom, daun kunyit, ulam raja, tenggek burung, daun kesom, pucuk mengkudu, bunga kantan, daun kaduk, pucuk gajus, daun limau purut, daun pegaga dan macam-macam lagi daun ulam-ulaman lain yang boleh didapati)

Cara penyediaan:
1. Cuci daun-daun ulam, keringkan dan potong sehalus mungkin.
2. Bakar ikan talang masin tadi dan hancurkan.
3. Potong halus-halus bawang, bunga kantan, lengkuas, halia dan serai.
4. Tumbuk halus lada hitam bersama ikan kembung yg dah dibakar ( ambil isinya)
5. Kemudian, semua ulam-ulaman daun-daun digaul dahulu dengan ikan talang masin, dan sedikit garam halus.
6. Selepas sebati, baru digaul dengan nasi putih.
Selamat mencuba. Saya halal kan resepi yg diajar dari arwah ibu saya. Ilmu yg manfaat utk dipanjang2kan dibulan keberkatan ini semoga sama² kita semua dapat merasa.

Kredit Resepi : eyta omar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.146265 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list