CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: THERE IS A LIGHT THAT NEVER GOES OUT

 Close [Copy link]
Post time 29-11-2024 11:33 AM | Show all posts
tunjuk je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2024 11:33 AM | Show all posts
lepas tu kena simpan balik
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 11:34 AM | Show all posts
hoarder betul mak iolss
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 11:38 AM | Show all posts
@nuki12 rumah baru dah ada lah
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 11:47 AM | Show all posts
check in rumah baru

thanks tashu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 11:47 AM | Show all posts
nona84 replied at 29-11-2024 11:38 AM
@nuki12 rumah baru dah ada lah

baru sudah masuk check in
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2024 11:49 AM | Show all posts
Kelantan terus dilanda hujan lebat, paras air 7 sungai melepasi tahap bahaya




Paras air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja semakin meningkat melepas tahap bahaya susulan hujan lebat berterusan. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR



KOTA BHARU: Hujan lebat berterusan di Kelantan menyebabkan paras air di tujuh sungai terus melepasi tahap bahaya.
Sungai terbabit ialah Sungai Melor di Jambatan Melor, Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Sungai Golok di Rantau Panjang, Sungai Semerak di Pasir Putteh.
Selain itu, Sungai Kelantan di Kusial, Sungai Golok di Kuala Jambu dan Sungai Kelantan di Kusial Baru.
Sementara itu, paras air di tiga sungai pula melepasi tahap amaran, iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Gakas di Chegar Lapan dan Sungai Pahi di Kampung Pahi.

Pada masa sama, paras air tujuh sungai mencatat bacaan melepasi tahap berjaga-jaga.
Setakat jam 10.30 pagi ini, hujan lebat masih berterusan di Kelantan.





https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1330315/kelantan-terus-dilanda-hujan-lebat-paras-air-7-sungai-melepasi-tahap


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 11:50 AM | Show all posts
Ibu bapa Zayn Rayyan hantar representasi mohon semak, tarik pertuduhan




Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, Zaim Ikhwan Zahari (kiri) dan Ismanira Abdul Manaf sudah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menyemak dan menarik balik tuduhan mengabaikan anak. - Foto NSTP





KUALA LUMPUR: Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin sudah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menyemak dan menarik balik tuduhan mengabaikan anak.
Menurut peguam bela pasangan itu, Fahmi Abd Moin ketika dihubungi pemberita, pihaknya sudah menghantar representasi berkenaan pada 19 November lalu.
Melalui prosiding di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sebelum ini, Fahmi yang mewakili Zaim Ikhwan Zahari, 29, dan Ismanira Abdul Manaf, 29, memberitahu mahkamah, pihaknya akan menghantar representasi bagi menyemak tuduhan ke atas anak guamnya.
Hakim Mahkamah Sesyen, Dr Syahliza Warnoh sehubungan itu menetapkan 6 Disember ini bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung representasi berkenaan.
Pada 13 Jun lalu, pasangan suami isteri itu, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan bersama-sama, sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, sudah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar Jalan PJU Damansara Damai, di sini, pada jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 hingga keesokannya pada jam 9.55 malam.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ia berserta tambahan kepada apa-apa hukuman yang dinyatakan dalam subseksyen (1), memerintahkan supaya orang yang disabitkan atas kesalahan di bawah subseksyen itu menyempurnakan bon dengan penjamin berkelakuan baik selama apa-apa tempoh dan dengan apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh mahkamah serta melaksanakan khidmat masyarakat.



https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/11/1330327/ibu-bapa-zayn-rayyan-hantar-representasi-mohon-semak-tarik-pertuduhan









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2024 11:52 AM | Show all posts
Banjir: Lebih 30 rumah hanya tinggal nampak bumbung di Kampung Mial


Keadaan banjir buruk yang melanda Kampung Mial di Kuala Krai. - Foto ihsan penduduk





bhnews@@bh.com.my
KUALA KRAI: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya - itu keadaan yang dialami hampir 200 penduduk Kampung Mial, di sini, apabila sekurang-kurang 37 rumah telah ditenggelami banjir hingga paras bumbung.
Setakat ini, kampung berkenaan sudah dinaiki air mencecah lebih lima meter (m) susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.
Penduduk, Hanapi Ali, 64, berkata lebih-lebih lagi kampung berkenaan dikelilingi sungai menyebabkan limpahan airnya memenuhi kawasan penempatan itu.


Katanya, hasil tinjauan dilakukan penduduk sendiri mendapati 37 daripada 60 kediaman di kampung itu hanya tinggal nampak bumbung, setakat pagi semalam.
Malah, beliau berkata, penduduk di beberapa perkampungan juga terputus hubungan selepas jambatan yang menjadi laluan utama untuk ke Bandar Kuala Krai ditenggelami banjir.
"Situasi banjir kali ini adalah di luar jangkaan. Penduduk berharap hujan segera reda kerana bimbang kejadian bencana sama 10 tahun lalu kembali berulang," katanya.
Hanapi memaklumkan, rumahnya ialah antara kediaman yang ditenggelami banjir hingga ke paras bumbung, dan beliau sekeluarga kini berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPD) Balai Raya Kampung Mial.
"Bagaimanapun, kami sekeluarga reda dengan ujian daripada Allah SWT dan berharap keadaan kembali seperti biasa dalam masa terdekat," katanya.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1330325/banjir-lebih-30-rumah-hanya-tinggal-nampak-bumbung-di-kampung-mial


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 11:54 AM | Show all posts
Kempen 'Kita Gempur' usaha strategik cegah ketirisan barang kawalan dan subsidi






Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Armizan Mohd Ali (tengah) turun padang bagi menggerakkan inisiatif Kita Gempur bersama-sama anggota penguat kuasa KPDN.




KUALA LUMPURL Pemerkasaan penguatkuasaan inisiatif 'Kita Gempur' adalah langkah kerajaan untuk membina gerakan massa dalam menangani isu ketirisan barang kawalan dan bersubsidi.
Inisiatif ini selaras dengan Gerakan Membanteras Manipulasi dan Ketirisan (GEMPUR) yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Oktober 2024 di Kota Kinabalu, Sabah.
Inisiatif 'Kita Gempur' menyasarkan kepada kebersamaan pelbagai pemegang taruh meliputi agensi Kerajaan (K), pemain industri (I), pematuhan Tatakelola (T) dan partisipasi Awam (A).
Ini kerana ketirisan barang kawalan dan bersubsidi di Malaysia terus menjadi isu kritikal yang memberi kesan besar terhadap kesejahteraan rakyat, dan kestabilan ekonomi negara.

Barangan seperti petrol, minyak masak paket 1 kilogram, dan gula sering menjadi sasaran penyeludupan ke negara jiran, terutama Thailand dan Indonesia, disebabkan perbezaan harga yang ketara.
Aktiviti ini bukan sahaja merugikan kewangan negara, malah menyukarkan rakyat untuk menikmati manfaat subsidi sepenuhnya.
Pakar ekonomi, Prof Datuk Dr Azali Mohamed, berkata sumber dan kakitangan yang terhad dalam agensi penguatkuasaan menyukarkan usaha membanteras kebocoran subsidi secara meluas.
"Sesetengah perniagaan dan individu menyalahgunakan skim subsidi dengan memalsukan kelayakan, seperti menuntut subsidi minyak masak untuk tujuan industri dan sebagainya.
"Di negara seperti Nigeria dan India, subsidi sering gagal sampai kepada penerima yang sepatutnya, akibat rasuah dan ketidak- cekapan," katanya kepada BH.
Azali yang juga Naib Canselor Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia, berkata kebocoran barangan subsidi mengurangkan ketersediaan item bersubsidi, menyebabkan kekurangan dan harga yang lebih tinggi di pasaran tempatan.
"Selain itu, dana yang sepatutnya untuk subsidi dibazirkan kepada penerima tidak layak, mengehadkan sumber untuk perkhidmatan awam lain.
"Penyelewengan itu juga memperluaskan jurang antara golongan kaya dan miskin kerana golongan kaya sering mendapat manfaat secara tidak adil daripada ketirisan program subsidi," katanya.
Didik rakyat salur maklumat
Azali berkata, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan kempen 'Kita Gempur' yang bertujuan memperkuat mekanisme penguatkuasaan dan meningkatkan kesedaran komuniti.
"Kempen seluruh negara dijalankan untuk mendidik rakyat untuk tampil menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti ketirisan dan manipulasi barang subsidi atau barang kawalan dalam aktiviti perniagaan kepada pihak berkuasa.
Tambah beliau, agihan subsidi boleh dilaksanakan melalui kaedah digital seperti e-dompet atau kad pintar yang dikaitkan dengan kelayakan pendapatan dengan contoh seperti sistem subsidi berasaskan Aadhaar di India terbukti berkesan dalam mengurangkan rasuah dan kebocoran.
"Selain itu, kerajaan sentiasa memperkuat kawalan sempadan dan bekerjasama dengan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia untuk membanteras aktiviti penyeludupan.
"Pemantauan pada peringkat akar umbi boleh dilakukan dengan menubuhkan kumpulan pemantauan komuniti untuk melaporkan aktiviti mencurigakan seperti penimbunan atau penjualan haram barangan bersubsidi.
"Orang ramai juga boleh menggunakan aplikasi mudah alih atau talian hotline yang disediakan oleh KPDN untuk melaporkan sebarang pelanggaran," katanya.
Tambah beliau, orang ramai boleh menuntut ketelusan dalam agihan subsidi dengan meminta audit dan laporan awam secara berkala.
"Orang ramai juga boleh mendidik mereka yang terdekat seperti jiran dan rakan mengenai kepentingan melaporkan penyelewengan subsidi.
"Selain digalakkan mengutamakan pembelian barangan daripada peruncit dipercayai dan mematuhi undang-undang untuk menghalang perdagangan pasaran gelap," katanya.
Katanya, orang ramai juga boleh menghadiri bengkel atau acara program advokasi yang dianjurkan di bawah 'Kita Gempur' untuk mendapatkan pemahaman lebih mendalam mengenai pembanterasan kebocoran subsidi dan menjadi rakan kerjasama aktif dengan kerajaan.
Sementara itu, Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, menegaskan ketirisan subsidi, termasuk penyeludupan barangan bersubsidi seperti bahan api, memberi kesan besar terhadap kos sara hidup rakyat dan pembangunan negara.

Katanya, penyelewengan berkenaan berlaku disebabkan insentif untuk mendapatkan keuntungan besar akibat perbezaan harga ketara antara Malaysia dan negara jiran.
"Harga barangan bersubsidi di Malaysia, seperti petrol RON95, jauh lebih rendah berbanding negara lain. Perbezaan ini mendorong aktiviti penyeludupan yang memberikan pulangan lumayan kepada penyeludup.
"Ketirisan subsidi menyebabkan dana kerajaan yang sepatutnya memberi manfaat kepada rakyat dialihkan kepada pihak tidak bertanggungjawab.
"Kerugian akibat ketirisan ini adalah satu kos melepas kepada negara. Prasarana yang sepatutnya dibangunkan tidak dapat direalisasikan, sekali gus menjejaskan taraf hidup rakyat," katanya.
Beliau percaya, usaha memerangi aktiviti penyeludupan sentiasa diperhebatkan KPDN melalui kerjasama erat bersama agensi penguat kuasa kerajaan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain.
"Kempen seperti 'Kita Gempur' boleh dilaksana berdasarkan maklumat risikan yang dimiliki pihak berkuasa melalui intipan dan aduan orang ramai.
"Tindakan tegas berdasarkan undang-undang sedia ada perlu diambil untuk membanteras isu terbabit," katanya.
Beliau berkata, rakyat juga wajar untuk meningkatkan literasi kewangan masing-masing.
"Pendidikan memainkan peranan penting dalam membangunkan taraf hidup rakyat.
"Kerajaan sentiasa menitikberatkan akses pendidikan berkualiti kepada anak-anak kerana ia adalah asas untuk pekerjaan atau perniagaan yang baik pada masa hadapan. Ekosistem ini penting untuk memajukan ekonomi negara secara menyeluruh," katanya.
Komitmen kerajaan
Sementara itu, Pegawai Pemasaran, Muhamad Azwan A Aziz, berkata inisiatif berkenaan menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan keadilan sosial, mengekang amalan tidak beretika, dan melindungi sumber negara.
"Langkah ini juga dapat memupuk keyakinan rakyat terhadap integriti dan ketelusan kerajaan.

Azwan berkata, sebagai rakyat Malaysia, kita mempunyai tanggungjawab bersama dalam menyokong usaha terbabit sekiranya mempunyai maklumat penyelewengan subsidi, ia perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa seperti KPDN.
"Elakkan diri daripada terbabit dalam pembelian atau penjualan barangan bersubsidi secara tidak sah juga boleh dilakukan," katanya.

Pegawai Khidmat Pelanggan, Aidil Izzahar, berkata mana-mana pihak atau sesuatu organisasi boleh menjalinkan kerjasama strategik dengan KPDN untuk menyokong kempen kesedaran awam mengenai aktiviti manipulasi dan ketirisan subsidi melalui program pendidikan, seminar atau aktiviti komuniti.
Katanya, pihak KPDN menyediakan platform untuk aduan bagi memudahkan rakyat melapor secara selamat menerusi saluran aduan disediakan: WhatsApp (019-848 8000), talian aduan (03-8882 6088/03-8882 6245) dan www.mycc.gov.my/bm/e-aduan.

"Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab rakyat untuk melaporkan sebarang salah laku yang dikesan di persekitaran mereka kepada pihak berkuasa, khususnya kepada KPDN.
"Tindakan ini bukan sahaja membantu mengekang aktiviti haram, tetapi juga memastikan manfaat subsidi disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, sekali gus mengukuhkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan." katanya.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1330314/kempen-kita-gempur-usaha-strategik-cegah-ketirisan-barang-kawalan


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 11:56 AM | Show all posts
Wani Kayrie belum terfikir cari cinta


Wani memberi tumpuan kepada keluarga dan karier sebelum memikirkan soal hati. - Foto NSTP Nabila Adlina Azahari




KUALA LUMPUR: Sedekad bertapak dalam dunia muzik, diakui, bukan mudah hendak mempertahankan kedudukan. Tidak hairanlah, Syazwani Syafirah Abdullah atau nama komersial, Wani Kayrie, 24, terpaksa menepis soal cinta dan hidup sendirian.
Pernah digosip menjalin hubungan dengan pelakon dan penyanyi, Afieq Shazwan, kisah mereka kembali 'hangat' apabila jejaka itu dilapor konon sanggup menunggunya sampai bila-bila.
Mengulas perkara itu, Wani mendakwa tidak tahu menahu mengenai kenyataan yang dikata dikeluarkan Afieq.
"Afieq adalah kawan baik saya, kami berkawan dari kecil. Setakat ini, saya tidak tahu bagaimana perjalanan kami. Doakan sahaja yang baik-baik buat kami.

"Hendak kata ada hubungan, kami berdua sangat rapat. Jika orang tengok seolah-olah ada apa-apa antara kami, saya mohon lihatlah dari sudut yang baik dan doakan sahaja.
"Belum masanya saya fikir ke arah itu. Saya mahu fokus kepada keluarga terutama emak yang kurang sihat.


"Saya juga mahu fokus kepada diri dan peminat yang menantikan karya saya," katanya ditemui selepas majlis pelancaran single dan video muzik Aiman Tino di ibu negara, baru-baru ini.
Mengulas mengenai persiapan Konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku di Zepp Kuala Lumpur, Sabtu ini, Wani sudah menyiapkan hampir semua keperluan bagi acara itu.
"Alhamdulillah, sudah siap 90 peratus. Saya buat persiapan awal kerana pada masa sama, saya sibuk mempromosikan single Aiman Tino.
"Sudah lebih setahun saya tiada lagu baharu. Jadi, kenalah beri fokus yang lebih kepada lagu itu.
"Semestinya lagu Aiman Tino akan saya bawa pada malam itu kelak. Insya-Allah saya akan selitkan kelainan dalam persembahan saya," katanya.





https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/11/1330242/wani-kayrie-belum-terfikir-cari-cinta


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 11:57 AM | Show all posts
3 pekerja ladang kelaparan, kesejukan diselamatkan, terperangkap banjir sejak Selasa


Operasi mencari dan menyelamat tiga pekerja ladang di Chalil, Gua Musang. - Foto JBPM





GUA MUSANG: Tiga pekerja ladang berdepan detik cemas apabila terperangkap di dalam kawasan ladang kerana tidak sempat menyelamatkan diri dalam kejadian banjir di ladang sawit Chalil, di sini, sejak tiga hari lalu.
Ketiga-tiga mangsa yang ditemukan dalam keadaan kesejukan dan kelaparan berjaya diselamatkan penduduk kampung yang turut serta dalam operasi menyelamatkan semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Nor Azizi Che Noh, berkata kejadian banjir pada Selasa lalu itu menyebabkan enam pekerja terperangkap.
Katanya, namun tiga daripadanya berjaya keluar dan menyelamat diri keesokan harinya untuk meminta bantuan.

"Ahli keluarga membuat laporan di Balai Polis Paloh pada Rabu lalu apabila mangsa tidak pulang ke rumah. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan bersama pihak Polis, Bomba dan Angakatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan turut disertai penduduk kampung.
"Tiga daripada enam pekerja yang terperangkap berjaya keluar pada pagi keesokannya dengan cara bergayut dan menggunakan batang kayu merendah arus sungai yang deras serta berjalan kaki sejauh lebih enam kilometer (km) untuk mendapatkan bantuan.
"Sementara itu, tiga lagi rakan mereka tidak turut serta disebabkan seorang dari mereka mengalami deman dan tidak mampu untuk berenang," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Nor Azizi berkata, sebelum ketibaan pasukan penyelamat, sebuah bot milik penduduk kampung berusaha menyelamatkan mangsa namun menghadapi kesukaran kerana perlu mengangkat bot dan berjalan kaki.
Katanya, pasukan SAR juga mengalami kesukaran jika menggunakan bot kerana tersekat oleh jalan ladang dan anggota penyelamat terpaksa berenang mengharungi arus deras namun terpaksa menangguh operasi berikutan hari yang semakin gelap.
"Usaha SAR diteruskan dengan menggunakan alternatif jalan dari ladang Koperasi Kerjasama semalam untuk mengambil mangsa.
"Selepas berenang dan berjalan kaki sejauh lebih dua km dari sungai Chalil ke lokasi mangsa, akhirnya pasukan penyelamat menemui lori sawit dan motosikal pekerja terbabit serta pondok yang bina.
"Tetapi tiada kelibat mereka di tempat terbabit kerana dipercayai mereka baru sahaja dibawa keluar dengan bot penduduk kampung yang masuk mencari sejak semalam dengan menggunakan laluan berbeza daripada pasukan SAR," katanya.





https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1330283/3-pekerja-ladang-kelaparan-kesejukan-diselamatkan-terperangkap


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 11:58 AM | Show all posts
"Whatever we believe about ourselves and our ability comes true for us." — Susan L. Taylor
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 11:58 AM | Show all posts
"People who say it cannot be done should not interrupt those who are doing it." — George Bernard Shaw
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 11:58 AM | Show all posts
"He who would learn to fly one day must first learn to stand and walk and run and climb and dance; one cannot fly into flying." — Nietzsche
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 11:59 AM | Show all posts
"The harder the conflict, the more glorious the triumph." — Thomas Paine, American Founding Father
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2024 11:59 AM | Show all posts
"Never be limited by other people’s limited imaginations." — Dr. Mae Jemison
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 11:59 AM | Show all posts
"Start where you are. Use what you have. Do what you can." — Arthur Ashe
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 12:00 PM | Show all posts
“You can do what you have to do, and sometimes you can do it even better than you think you can.” - Jimmy Carter
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 12:00 PM | Show all posts
“It's hard to beat a person who never gives up.”— Babe Ruth
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.492378 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list