Edited by lkick2113 at 29-9-2015 06:03 PM
Hadithini tidak boleh digunakan dalam mentahqiq hukum secara qat’i (putus) mahupunDzanni (sangkaan) kerana kesahihan hadith tertolak kerana: Hadisini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam kitabnya Sunan Abu Daud, jld 4, ms 521, no:3945. Berkata Abu Daud: Hadis ini mursal, Khalid bin Duraik belum pernahmenemui A’isyah radiallahu ‘anha. Dalamnya juga terdapat Sa‘id bin Basyir AbuAburrahaman al-Bashari, tamu Damsyik, maula Bani Nashr, tidak seorang yangmembincangkannya. Dalamhadis terdapat dua kelemahan, pertama kerana salah seorang perawinya (orangyang mendengar hadith) iaitu Khalid bin Duraik ternyata tidak pernah menemuiA’isyah radiallahu ‘anha. Kedua Sa‘id bin Basyir adalah seorang perawi yangdaif.[3] Hadis ini juga dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Syu‘aib al-Iman, jld6, ms 165, no: 7796 dan Sunan al-Kubra, jld 7, ms 138, no 13496 melalui jalanyang sama.
Akantetapi semakan lanjut mendapati hadis ini memiliki beberapa penguat yang lain.Pertama, hadis yang dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, no:13497, al-Thabarani dalam Mu’jam al-Ausath, jld 6, ms 169, no: 8394 dan Mu’jamal-Kabir, jld 24, ms 142, no: 378 melalui jalan isnad yang lain dengan maksudyang sedikit berbeza, iaitu ketika menunjuk ke tangannya, Rasulullah sallallahu‘alaihi wasallam menarik lengan baju sehingga tidak ternampak kecuali jari-jaritangan.Berkataal-Baihaqi selepas mengemukakan riwayat kedua ini: Isnadnya daif. Kedaifanisnad tersebut disebabkan oleh dua perawi, sebagaimana yang diterangkan olehMahmud Hasan Ismail, penyemak Mu’jam al-Ausath, iaitu: [1]Ibn Luhai‘ah: Dia jujur tetapi terdapat campur aduk dalam riwayat yangdisampaikannya. [2]‘Iyadh bin ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Rahim: Dia longgar, yakni tidak mantap dalammeriwayatkan hadis. Tanpamenafikkan bahwa ada kemungkinan memang Nabi telah bersabda seperti tersebut diatas, fakta bahwa Nabi tidak mengumumkan secara luas mengenai aturan berpakaianmenunjukkan bahwa Nabi memang tidak ingin mengatur. Bila Nabi berketetapanuntuk menerapkan peraturan berpakaian seperti dalam hadis di atas sebagai“peraturan awam” yang mengikat, mengapa beliau tidak mengumumkannya, sepertiketika beliau mencontohkan solat dengan begitu terperinci?
|