|
Reply #341 jojoba_beads's post
kecihan utk H@i je ke?
Xkesian kat akooo neh?
Owang nak main btol2 la aritu :cry: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #342 gepren's post
yola tu.. kekdang beria jer.. tp ajak tak mo..
kalu ko tul2 nk main.. ako on jer..
ajak la hai skali.. or sesapa ler..
semalam main cm so-so jer..
masih mencari teknik n skill yang bagus... huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #343 jojoba_beads's post
Lor.. arituh sy kan ade mintak nomot hp.. tak bg pon! :cry:
owang kena cari la kwn neman.. kalo sesat.. sesat bersama2.. hehe!
Smlm main kat mana?
~sabtu lps main 5games.. teruk gile score.. tetiba tak dpt 100~ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #344 gepren's post
scp ler... teruk ler.. tak pro lagi ni.. baru sebulan lebh main.. hmm.. sedih jer.. tp kena sabo ler.
huhu.. kt kl ada sale..jom g... CK, MNG n victoria secret.. haha... saje inform.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #345 jojoba_beads's post
Berapa score?
Main spinner kah?
ala xpe la.. main ramai2 pon bley?
Behsanya.. dak2 CARI.. sape yg main skali?
~uiks suke shoping ke? owang tak minat shopping aa.. ekekek!~ |
|
|
|
|
|
|
|
jom main... nak main petang ni ke sok ptg... jom jojo n gepren.. kalo x dpt arini kita main sok ptg... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #347 h@i's post
Korang.. main kat mana ni?
SCP ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #348 gepren's post
tak ajak pong! --
kalau main kat ampang point or
flamingo saya nak gi --
tapi saya main macam kambing --
tak la pandai sangat -
ada la jatuh 3-4 pin tu --
boleh ikut ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Easther dapat ganjaran lumayan RM198,333
Oleh Ahmad Khawari Isa
LAKARAN gemilang dua emas dan tiga pingat perak yang diraihnya di Doha, Disember lalu menjelmakan pengiktirafan lumayan buat ratu baru bowling negara, Esther Cheah yang muncul selaku penerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan tertinggi.
Esther, menang emas acara perseorangan dan berpasukan ketika temasya Sukan Asia lalu, meraih wang hadiah berjumlah RM198,333 yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada majlis khas meraikan pencapaian atlit negara, malam tadi.
Hampir RM7 juta - jumlah paling besar pernah dikeluarkan untuk ganjaran atlit - disampaikan kepada atlit yang menyumbang pingat di Sukan Asia Doha dan Sukan Orang Kurang Upaya Asia Pasific (Fespic), Disember lalu.
Dua emas itu membolehkannya menerima RM95,000 manakala tiga perak - menerusi All-Events, Masters dan trio - menjelmakan RM93,333 buatnya. Habuan RM10,000 untuk rekod baru acara perseorangan, 1,444 jatuhan pin, melengkapkan jumlah wang ganjaran untuknya.
Empat atlit negara yang memenangi emas individu pada temasya sama - Rufina Tan, Chai Fong Ying, Ong Beng Hee dan Nicol David - masing-masing menerima ganjaran berjumlah RM80,000.
Lima atlit kurang upaya yang menyerlah ketika temasya Sukan Fespic, November lalu - Lee Seng Chow, Faridul Masri, Zainab Mohd Ashari, Cheah Liek Hou dan Mohd Nizam Niam Abdullah - turut mencuri tumpuan pada majlis sama hasil kejayaan beroleh ganjaran melebihi RM100,000 untuk setiap seorang.
Seng Chow memenangi dua emas dan satu perak dalam acara olahraga untuk membolehkannya menerima ganjaran berjumlah RM190,000. Faridul pula meraih RM145,000 hasil gapaian dua emas dan satu perak manakala Zainab meraih RM115,000 selepas memenangi dua emas, tiga perak dan satu gangsa menerusi acara individu serta berpasukan.
Liek Hou pula mengungguli dua emas dan satu gangsa untuk meraih RM104,000 manakala Mohd Nizam melengkapkan penerima pada jumlah RM100,000 selepas memenangi satu emas dan dua perak dalam temasya sama.
Jumlah wang hadiah untuk setiap pingat temasya Sukan Fespic itu berbeza kerana mengambil kira faktor jumlah negara bertanding. Namun ia juga adalah satu bentuk pengiktirafan kerana kali pertama atlit kurang upaya dalam temasya sebegitu mendapat penghormatan sama nilai dengan atlit lain.
Seramai 62 atlit yang menjelmakan pencapaian lapan emas, 17 perak dan 17 gangsa ketika Sukan Asia di Doha itu menerima ganjaran masing-masing yang berjumlah keseluruhan RM2,246,000.
Pencapaian terbaik kontinjen negara menerusi pungutan 44 emas, 59 perak dan 71 gangsa ketika temasya Sukan Fespic lalu pula menyaksikan ganjaran keseluruhan berjumlah RM4,704,800 diagihkan kepada 129 atlit daripada 11 jenis sukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #349 dexa's post
Ait.. this week blom main lg!
Port sy mmg flamingo.. dolu2 seminggu 2 3x gi.
Skang seminggu sekali.
InsyaAllah next week ek? ;)
~woh.. mcm la sy terer sgt.. score pon mmg xpenah lebih 130! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #350 dexa's post
Wah.. kaya aa Esther.. best ah dia,
mcm nak jd pemain negara je! |
|
|
|
|
|
|
sekfarok This user has been deleted
|
wah sapa sapa boleh ajar saya main boling. saya berminat gak nak jadi terer |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #353 sekfarok's post
oooo abg tak terer lg ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #354 gepren's post
tak terer laaa tuh..
ckp laa kat dia kalo nak blaja kena sediakan pulut kuning ngn ayam kari sepinggan hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #351 gepren's post
boleh la !! --
bila??
saya cuma boleh main -
weekend nite
sunday nite okay juga
or next week ka -
post kat sini ye beri tarikh dan masa -
kalau lepas maghrib or isyak pun okay -
sebab flamingo tu dekat aje dengan rumah -
reuk nak ikut? |
|
|
|
|
|
|
|
Ujian getir menanti Alex
KUALA LUMPUR - Pemain boling nombor satu negara, Alex Liew menghadapi laluan getir pada kejohanan Tenpin Masters Dunia di Barnsley, England April ini apabila bakal menentang juara Piala Dunia 2005, Michael Schidmt dari Kanada seawal pusingan pertama.
Alex, yang masih segar dengan kejayaan menjuarai Grand Final Jelajah Asia 2006 akan beraksi buat kali kedua pada kejohanan jemputan yang berlangsung di Barnsley Metrodome dari 20-22 April itu.
Dalam penampilan pertama tahun lalu, Alex, berjaya melangkah ke separuh akhir sebelum tumpas kepada juara kejohanan, Chris Barnes dari Amerika Syarikat dengan 419 pin berbalas 515.
Barnes pula akan memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan bertemu pemenang tiga pingat emas Kejohanan Dunia 2003, Zara Glover dari England, yang juga juara Masters Wanita Eropah 2005.
Alex, 30, mempamer aksi cemerlang ketika mengharungi perlawanan pembukaan tahun lalu apabila mengalahkan juara tiga kali dari Norway, Tore Torgerson 491-403.
Juara Terbuka Malaysia, Terbuka Indonesia serta Jelajah Asia Indonesia itu kemudian mengetepikan pemain Australia, Jason Belmonte 513-373 di peringkat suku akhir.
Dalam undian yang dikeluarkan semalam, naib juara tahun lalu, Paul Moor dari England pula akan bertemu juara Masters Lelaki Dunia, Biboy Rivera dari Filipina di peringkat awal.
Torgerson akan berdepan pemain utama Singapura, Remy Ong, yang kini menduduki ranking nombor satu Asia.
Turut beraksi pada Tenpin Masters Dunia - kejohanan unik yang menemukan pemain boling lelaki dengan wanita terbaik dunia adalah Pemain Lelaki Terbaik Dunia dan penyandang juara Piala Dunia, Osku Palermaa dari Finland.
Palermaa akan memulakan kempen dengan menentang Guy Caminsky dari Afrika Selatan, manakala Pemain Wanita Terbaik Dunia, Diandra Asbaty dari Amerika Syarikat bertemu Dominic Barratt dari England.
Tenpin Masters Dunia 2007 menawarkan hadiah lumayan AS$70,000 (RM246,600), jumlah tertinggi dalam sejarah kejohanan.
Juara akan membawa pulang AS$30,000 (RM105,600), manakala naib juara AS$10,000 (RM52,000).
Pemain yang tewas di separuh akhir akan menerima AS$5,000 (RM26,000), manakala pemain yang kalah di suku akhir membawa pulang.
Hadiah turut diberikan kepada pemain yang kalah di suku akhir dan pusingan pertama dengan masing-masing meraih AS$2,000 (RM7,040) dan AS$1,500 (RM5,280). |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #354 gepren's post
wah gepren.. g memboling dah tak ajak kitorg ek.,,
wuawua... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #355 ReuK's post
Slh tu reuk.. kanda farok tu terer gile main boling,
sj je dia tu ngengada.... dia tu mmg nak kena belasah tu!
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #356 dexa's post
ooo blh main weekend je ke?
Weeknite xbley ke?
Sbb sy sgt2 jarang main weekday sbb weekday layan futsal.. huhu!
~behsanya kitorg main rabu or friday~ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #358 jojoba_beads's post
La, bilakala pulak sy gi memboling ni?
Last week xjd main.. summer kwn2 asyik bz je!
InsyaAllah kalo xde aral.. mggu ni la kut.. jom le join! |
|
|
|
|
|
|
| |
|