CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cantthinkofany

Pertandingan Pantun Ria Warga FD

 Close [Copy link]
Post time 27-7-2007 07:02 PM | Show all posts
Originally posted by cantthinkofany at 27-7-2007 06:48 PM


tak tau la lu jual atau tak....
MT di block dan juga dipinda
tanpa dipinta tanpa diminta
membuatkan hatiku semakin kecewa
mengapa berkecai hati mu kanda
banyak lagi bunga yang lebih indah dan mekar beratur meminta....
hanya menanti kanda memula bicara jiwa....


Beli jugak...

Pecahkan ruyung dapatlah sagu,
Dahan yang besar dibuat titi,
Biar beribu mawar menunggu,
Dinda seorang yang bertahta dihati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2007 12:28 AM | Show all posts
Originally posted by Madiey at 27-7-2007 07:02 PM


Beli jugak...

Pecahkan ruyung dapatlah sagu,
Dahan yang besar dibuat titi,
Biar beribu mawar menunggu,
Dinda seorang yang bertahta dihati


gua beliiiiiiiiiiii........

sampai kedinihari gua masih menanti
MT masih tidak dapat ku tembusi
hiba dan sedih rasa dihati
coretan RPK sentiasa menjadi penghibur hati
janganlah kanda kering hati
juga jangan kanda berhalusinasi
beribu mawar yang mekar menjadi penanti
kalau diteliti pasti ada satu yang berkenan dihati.....

[ Last edited by  cantthinkofany at 28-7-2007 01:02 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2007 10:44 AM | Show all posts
Originally posted by adek-adek at 27-7-2007 02:06 PM


adek membeli yerr SM..

RMK9 dilancar penuh pengharapan
momentum ekonomi dijana berterusan
rakyat marhain sering dipinggirkan
agenda tersembunyi golongan atasan  


juai yea..

kerajaan timbang nak bagi bonus
CUPECS bilang tak apalah baru je naik gaji
kenaikkan gaji itu tandanya bagus
mungkinkah kadar inflasi mencanak lagi?..

...


aku beli
kadar inflasi memang akan meningkat tinggi
sebab peniaga fikir untung sahaja
mereka lupa bukan semua naik gaji
kasihan yang papa dan yang tak cukup duit belanja

aku jual

ku cedok kuah ikan untuk makan laksa
waduh pedasnya mulut ku tergigit cabai
mak ayah sibuk senantiasa
adakah anak anak nasibnya terabai
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2007 10:49 AM | Show all posts
Originally posted by Madiey at 27-7-2007 05:59 PM
Hendak mendaki Gunungnya Tahan,
Hajat tak sampai kerana lesu,
Andai Kanda bukan pilihan,
Mengapa Dinda tetap membisu?

beli..........

walaupun kanda bukan pilihan di hati
kerana keluarga dinda lebih menyayangi kanda dari anak sendiri
apakan daya, kan dinda terima dengan sepenuh hati
anggaplah pengorbanan dinda pada kanda yang bernama suami

jualllllll

teringin benar  nak makan emping  padi
pergi membajak di tepi sawah
teringin di hati ku ingin mengetahui
mengapa isteri bermake up di luar tapi serabai di rumah?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2007 11:06 AM | Show all posts
Originally posted by Madiey at 27-7-2007 11:56 AM


I beli yer....

Pagi - pagi menonton kartun,
Hingga terlupa pergi ke pasar,
Ramai yang ingin turut berpantun,
Tapi banyak yang telah tersasar.

Jual yer....

Negara pernah dilanda tsunami,
Negeri terjejas sebelah utara,
Bukankah derhaka pada suami,
Bila isteri tinggikan suara?  


aku beli

perasaan sayang itu tak boleh dipaksa
anggaplah sayang itu satu sedekah
dinda sedar meninggi suara itu berdosa
didiklah dinda agar jadi isteri solehah

jual

terkenang dahulu sewaktu bermain roda
kenangan lalu menggamit nostalgia
mengapa dipandang serong pada yang bergelar janda
sedangkan mereka juga insan biasa mahu hidup bahagia

aish... sakan aku berpantun di pagi ahad ni

ecewaaaaaaaah, cak pung cak pung!!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

darsitaSial This user has been deleted
Post time 29-7-2007 07:05 PM | Show all posts
**** kalo lu de personal problemo dengan dar apa pun..pi settle gentleman laa..apasal la sana sini kaco idup orang lain..hidup bukan lama mana pung..yer dok?**********

[ Last edited by  ajinomotonosuga at 30-7-2007 07:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-7-2007 10:22 AM | Show all posts
Originally posted by wardatulhamra at 29-7-2007 11:06 AM


jual

terkenang dahulu sewaktu bermain roda
kenangan lalu menggamit nostalgia
mengapa dipandang serong pada yang bergelar janda
sedangkan mereka juga insan biasa mahu hidup bahagia
...


gua beli yer...

berhari-hari mencuba akhirnya MT sudah dapat ku tembusi
alangkah gembiranya rasa dihati setelah lawang beberapa hari
pandangan serong pada janda memang tak dapat ditangkisi
kerana memang terdapat segelintir dari mereka yang membuat onak duri...

gua jual yer...

sawadikap menjadi pembuka kata masyarakat Siam
semakin menjadi pembuka kata masyarakat Malaysia
jika hidup sentiasa dibelengu masa yang silam
bagaimanakah caranya untuk kembali bahagia...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 10:44 AM | Show all posts
Originally posted by cantthinkofany at 30-7-2007 10:22 AM
gua jual yer...

sawadikap menjadi pembuka kata masyarakat Siam
semakin menjadi pembuka kata masyarakat Malaysia
jika hidup sentiasa dibelengu masa yang silam
bagaimanakah caranya untuk kembali bahagia...



Gua beli....

Sehari menjahit selembar benang,
Mesti sempurna dihari selasa,
Kisah yang silam jangan dikenang,
Banyakkan berdoa pada yang Esa.

Akaun Jualan....

Takkan ku lupa rupanya bulan,
Bila sang suria menyucuk mata,
Bila anak dah pandai berjalan,
Gembira atau susah hatikah kita?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2007 11:06 AM | Show all posts
Aku beli...









































berapa ko jual? (aku lupa nak tanya harga)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2007 11:12 AM | Show all posts
Originally posted by supermod at 30-7-2007 11:06 AM
Aku beli...









































berapa ko jual? (aku lupa nak tanya harga)


amende la lu bro...kasi gua panic jer...gua ingatkan ada ayat tak kuar sebab server slow ker...rupanya...memang tak de....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 11:12 AM | Show all posts
Originally posted by Madiey at 30-7-2007 10:44 AM
Takkan ku lupa rupanya bulan,
Bila sang suria menyucuk mata,
Bila anak dah pandai berjalan,
Gembira atau susah hatikah kita?



beli
Di malam hari sinarnya bulan
Menerangi malam yang gelap gelita
Bila anakanda pandai berjalan
Gembiralah ayah dan bonda tercinta

Jual

Anak menteri ke taman memetik seroja
Untuk dibuat hiasan sanggul puteri
bila dekat sering bertelingkah sahaja
bila jauh mengapa rindu tak terperi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2007 11:15 AM | Show all posts
Originally posted by Madiey at 30-7-2007 10:44 AM


Akaun Jualan....

Takkan ku lupa rupanya bulan,
Bila sang suria menyucuk mata,
Bila anak dah pandai berjalan,
Gembira atau susah hatikah kita? ...


gua beli....

supermod bermain cak cak sembunyi mengada
buat gua panic tak tahu nak kata haru birunya
bukan main lagi kanda mengayat dinda
rupanya sudah mempunyai anak dah besar rupanya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2007 11:24 AM | Show all posts
gua jual...

ruangan gosip forum sentiasa menjadi pujaan hati
ditatap direnungi hampir forumer satu dunia
dari gosip gembira ke gosip menusuk hati
mengapa janda tidak ghairah mencari pengganti
tetapi sang duda, masih merah tanah kuburnya
rombongan merisik dah mula mencari ganti...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 11:28 AM | Show all posts
Originally posted by magdalina at 30-7-2007 11:12 AM

Jual

Anak menteri ke taman memetik seroja
Untuk dibuat hiasan sanggul puteri
bila dekat sering bertelingkah sahaja
bila jauh mengapa rindu tak terperi



Beli yer....

Ke Kuala Kedah menjamu laksa,
Jangan dilupa airnya nira,
Bertelingkah sekadar sembunyi rasa,
Cinta yang mendalam tidak terkira.

Jual.....

Pergi ke pasar membawa raga,
Raga diisi dengan halba,
Perlukah insurans untuk keluarga,
Bagaimana pendapat tuan hamba?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 11:30 AM | Show all posts
Originally posted by cantthinkofany at 30-7-2007 11:15 AM

gua beli....

supermod bermain cak cak sembunyi mengada
buat gua panic tak tahu nak kata haru birunya
bukan main lagi kanda mengayat dinda
rupanya sudah mempunyai anak dah besar rupanya... .


Beli....

Masih seorang di kata dua,
Kesana kesini habis dijaja,
Ini ruangan untuk semua,
Kanda menyoal secara umum sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 11:35 AM | Show all posts
Originally posted by cantthinkofany at 30-7-2007 11:24 AM
gua jual...

ruangan gosip forum sentiasa menjadi pujaan hati
ditatap direnungi hampir forumer satu dunia
dari gosip gembira ke gosip menusuk hati
mengapa janda tidak ghairah mencari pengganti
tetapi sang duda, masih merah tanah kuburnya
rombongan merisik dah mula mencari ganti.


Beli jugakkk...

Tersembur cili matanya pedih,
Tergigit hempedu mulutnya bisu,
Bukan tak setia bukan tak sedih,
Tetapi, kesiankan anak yang masih menyusu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2007 11:57 AM | Show all posts
Originally posted by Madiey at 30-7-2007 11:28 AM


Jual.....

Pergi ke pasar membawa raga,
Raga diisi dengan halba,
Perlukah insurans untuk keluarga,
Bagaimana pendapat tuan hamba?...


beli....

perang cyber dikatakan telah bermula
manusia mula dipanggil monyet dan kera
insurans dah menjadi keperluan utama
kalau tak de tak lepas pintu kecemasan la jawabnya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2007 12:07 PM | Show all posts
alamak lupa lak nak jual....

alangkah gembira hati pemandu kereta di malaysia
mendengar berita penurunan harga minyak sedunia
kisah membunuh sesama ahli keluarga semakin berleluasa
apakah yang diperlukan untuk menghentikannya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 12:56 PM | Show all posts
Originally posted by cantthinkofany at 30-7-2007 12:07 PM
alamak lupa lak nak jual....

alangkah gembira hati pemandu kereta di malaysia
mendengar berita penurunan harga minyak sedunia
kisah membunuh sesama ahli keluarga semakin berleluasa
apakah y ...


Mod, saya beli yer

Bulan terang buka jendela
Arang dibakar menjadi bara
Membunuh dalam keluarga bermaharajalela
kasih sayang, didikan agama pertingkatkan segera

Ni pantun yang nak dijual, entah laku entah tidak:


Tinggi sungguh gunung Tahan
Mari didaki perlahan-lahan
Anak ku sayang dijemput Tuhan
Hati ku redha, tapi air mata bagaimana nak tahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 01:09 PM | Show all posts
Originally posted by haniman at 30-7-2007 12:56 PM


Ni pantun yang nak dijual, entah laku entah tidak:


Tinggi sungguh gunung Tahan
Mari didaki perlahan-lahan
Anak ku sayang dijemput Tuhan
Hati ku redha, tapi air mata bagaimana nak tahan

kanda beli ye hani...

Pergi ke kedai bersama Suharti
Suharti tak jadi pegi sebab tengah makan nasi
kuatkan iman, cekalkan hati
insyaAllah kesedihan dapat diatasi


kanda jual ye...

Pergi ke kedai bersama Manak
Manak tak jadi pegi sebab dia kata "pergilah dulu"
kalau dinda sayangkan anak
mengapa anak didera, dipukul dan dipalu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.484609 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list