CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: masarju

[Makanan & Minuman] ★MENU/MAKANAN ANDA & RESIPINYA★

[Copy link]
Post time 27-6-2018 02:30 AM | Show all posts
Ikan Kembung Rebus Air Asam Belacan
-----------------------------------------------
Bahan-bahan :-
ikan kembung yg telah dibersihkan
air (ikut berapa byk kita nak kuah dia)
garam, perasa
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
1 biji lada besar - hiris halus
Cili api - hiris halus - ikut nak pedas mana
1/2 cawan asam jawa
2 sudu besar gula
sedikit belacan
asam limau (optional) aku suka letak ni, lebih wangi :-)

Cara-caranya :-
Rebus ikan dengan air sehingga masak.
Masukkan belacan & asam jawa, garam & perasa.
Satukan kesemua bahan hirisan ke atas ikan..Perahkan asam limau
Tunggu masak, siap..makan dgn nasi putih..wallahhhh
Boleh juga di satukan kesemua bahan2 dan di kukus sampai masak.

*TIPS : jangan masak lama kulit limau, nanti akan keluar rasa pahit. So, selalunya, akan perah limau dan letak limau ni bila api dah dipadamkan.. sekadar nak mencantikkan hidangan kita


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2018 02:31 AM | Show all posts
ASAM REBUS BATANG KELADI
--------------------------------------
Bahan-Bahan
3 pokok keladi- disiat kulitnya dan potong2,ambil sekali buahnya
1/2 cwn jus asam jawa, boleh juga guna asam keping
2 tangkai daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Bahan Kisar
5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi merah
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cwn ikan bilis-buang kotoran, cuci dan toskan
1 inci kunyit hidup
sedikit belacan
Cara Memasak
Siang batang keladi, cuci dan toskan. Rebus keladi dan batangnya hingga empuk.
Setelah empuk, tutup api dan toskan airnya. Ketepikan dulu.
Dalam periuk masukkan bahan2 kisar. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih.
Tambahkan air secukupnya. Masukkan batang keladi tadi, jus asam jawa, gula dan garam.
Masukkan daun kesum dan perasakan.
Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah tutupkan api dan hidangkan bersama lauk kegemaran.


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 02:32 AM | Show all posts
Resipi Katok Serai Ceria (Singgang sotong)
---------------------------------------------------
Bahan-bahannya:
250 gram Sotong (lebih pun tak apa)
2 batang Serai diketuk
3 biji Bawang merah
3 biji cili api
3 ulas Bawang Putih
1 sudu makan Serbuk lada hitam
2 batang Cili Merah
1 inci halia
1 liter air tapis


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 02:32 AM | Show all posts
SIAKAP STIM LEMON
--------------------------
1 ekor siakap
3 sudu besar jus lemon
1 batang serai dititik
Daun bawang
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar tepung jagung
1/2 biji tomato, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris nipis
Bahan hiris halus:
2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah

Cara Penyediaan:

Bersihkan ikan dan kelar di kedua belah bahagian.

Di dalam loyang, sapukan ikan dengan sedikit garam dan taburkan dengan halia, bawang kecil dan bawang putih.

Perahkan jus lemon, anggaran 3 sudu besar di atas ikan.

Masukkan serai, kemudian tuang sedikit air ke dalam loyang bersama bancuhan tepung jagung dan sedikit gula.

Tuang sos ikan dan kukus selama 15 minit.
Buka tudung pengukus dan taburkan tomato, cili merah, daun bawang dan sedikit hirisan lemon.

Kukus kembali selama 5 minit.
Angkat dan hidangkan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 01:18 AM | Show all posts
PUDING JAGUNG

Bahan-bahan

* 1 cawan tepung kastad
* 1 cawan jagung manis
* 3/4 cawan gula
* 3 cawan air
* 1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara

1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
3. Tambahkan satu sudu makan marjerin setelah adunan pekat.
4. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.


Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 01:21 AM | Show all posts
CADBURY ROLL TART 4 BAHAN  

250g mentega/marjerin (sy guna buttercup)
1 sk minyak sapi
3 1/4 cawan tepung gandum (disangai sehingga ringan dan diayak)
Coklat Cadbury (sy guna cadbury dairy milk yg dlm telap 100pcs)
Acuan tart (sy pkai yg plastic)
Kuning telur (sebagai hiasan topping)

CARANYA:

Campurkan semua bhn2 di atas satu persatu mengikut urutan kcuali coklat..pakai spatula shj ye..lembut2 je mixkn hingga menjadi doh yg x terlalu lembik x terlalu keras..rehatkan doh dlm chiller 5-10 mnit sebelum diterap...
Masukkn doh dlm acuan tart, terapkan ke atas dulang (klu doh x pecah or x melekat di dulang masa gulung tu it's perfect!!)
Ambil sebiji coklat dan gulungkn bersama doh yg dah diterap atas dulang tadi secomel2nya..
Akhir sekali, sapukan kuning telur di atas tart dan sedia utk di bakar 160'c api atas bwh, selama 15-20 minit (mengikut oven masing2).

TIPS : Utk mndptkn kesan topping kuning telur yg cntik brkilat, cmpurkan kuning telur dgn pewarna kuning dan juga setitis dua susu cair

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2018 01:21 AM | Show all posts
RESEPI WAJIK (PULUT MANIS)  

BAHAN - BAHANNYA

Pulut 500 gram (gm)
Santan 400 gm (1 bungkus sederhana)
Gula kabung 2 buku
Daun pandan
Gula pasir (gula putih)

CARA - CARA MEMBUATNYA :

1. Pulut 500 gm ditanak biasa. *pulut tu nak kukus pun boleh

2. Masukkan santan 400gm + daun pandan 2 helai + gula putih 1 cawan + gula kabung 2 buku ke dalam kuali. Kemudian kacau sehingga sebati semua.

*Pasang api kecik sahaja semasa kacau ni.
*Daun pandan sebagai pewangi.

3. Apabila telah sebati semua, masukkan pulut yang telah ditanak tadi ke dalam adunan sebati tersebut.

*Sebelum masukkan pulut, boleh rasa adunan tersebut manis ke tidak. Jika kurang manis, boleh tambah gula kabung & gula putih lagi ke dalam adunan tersebut & kacau sehingga sebati.

4. Kemudian kacau sehingga sebati, likat dan pekat.

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 01:23 AM | Show all posts
Resipi Labu Goreng Ranggup


Labu di buang kulit..di buang biji dan di hiris nipis ( tak perlu rebus )
cara cara nya

1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 sdk baking powder
sedikit kunyit serbuk
sedikit garam

Gaul semua dan campur air bancuhan nya sederhana pekat
Bolehla celuk labu yg di hiris nipis tadi
Goreng seperti biasa

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2018 01:24 AM | Show all posts
RESEPI POPIA BASAH

Resepi utk kulit:
- 1 kg tepung gandum
- 41/2 cwn air
- 1 biji putih telur
- 7 sudu mkn myk msk
- 5 sudu teh garam
- 2 sudu mkn tepung ubi

p/s:semua tu sy satukan uli smpai tgn x melekit....perap 5 jam

Resepi untuk sosnya:
- 3 kg cili boh (guna separuh jer).
- 1kg gula.
- 10 biji bwg besar.(blender)
- 2 gengam udg Ggeragau.(blender)
- 3 labu bwg putih.(blender)
- garam lia ikut suka hati lia x sukat pulak masa buat tu sama gak mak ajinomoto
- masak sos ini dlm api kecik tp lama dlm 6 jam....(tahan lama )

Resepi untuk inti
- parutkan sengkuang, carot  
- kacang goreng(tumbuk)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 03:47 AM | Show all posts
CORNFLAKES MADU

Masa:
Penyediaan: 10 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 25 minit
Jumlah Hidangan : 60

Bahan-Bahan:
5 cawan Cornflakes
1/4 cawan madu
1/4 cawan mentega
1 1/2 sudu besar gula kastor
ceri atau taburan manik, untuk hiasan
paper cup, secukupnya
Cara Penyediaan:

Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.
Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik.
Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius.

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 03:48 AM | Show all posts
Ayam Buttermilk  


Bahan-bahan:
2 keping ayam boneless – di potong kecil
beberapa keping cheese
2 sudu besar butter
2 sudu besar cili padi – di cincang
1 sudu besar cili merah – di cincang
230 ml susu cair
1 pelepah daun kari
secubit serbuk perasa ayam knorr
serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Serbuk kari jika perlu

Bahan perap:
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur

Cara masak ayam butter:
Mula-mula perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam.
Masak ayam yang sudah di perap sehingga kekuningan
Tumis cili, serbuk kari dan daun kari dengan butter hingga naik bau.
Masukkan susu cair dan masak hingga mendidih.
Lepas tu masukkan cheese, serbuk perasa ayam knorr, serbuk lada hitam, garam dan gula.
Masukkan ayam dan masak dalam 2,3minit shj

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 03:49 AM | Show all posts
Resepi Sup Tulang  

Bahan bahan:
1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 labu bawang besar - di hiris
1 peket kecil rempah sup - anggaran 2 sudu besar
Air rebusan tulang secukupnya
1 batang lobak merah ~ dadu
2 biji kentang ~ dadu
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
1 biji tomato - potong dadu
1 batang celery - hiris
Daun sup dan daun bawang ~ hiris
3-4 biji cili padi - hiris
Bawang goreng - tabur

Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 batang lobak merah
1 batang celery
1 batang leek

Cara cara:
Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.

Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing.

Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.

Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.

Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.

Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.

Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 03:51 AM | Show all posts
Udang Galah Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahannye :
Udang galah
Cili api
Kunyit hidup
Santan
Sedikit air asam jawa
Daun kunyit (dihiris)
Serai (diketuk)

Cara-caranye:
1. Tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga lumat
2. Masukkan bahan yg telah ditumbuk ke dalam periuk yg telah dipanaskan
3. Tunggu hingga cili masak kemudian masukkan santan cair
4. Setelah mendidih, masukkan sedikit air jawa, santan pekat dan serai
5. Tunggu hingga mendidih sekali lagi, kemudian masukkan udang galah dan akhir sekali hirisan daun kunyit
6. Masukkan sedikit garam sebagai bahan perasa
7. Setelah masak, siap utk dihidangkan

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 03:52 AM | Show all posts
Rendang Ayam Cili Api  
.
Bahan-Bahan:
.
8 ketul ayam
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit*
3 batang serai*
20 biji cili padi* (ni ikut citarasa yek.. nak berapi, letak lebih laa cili tu)
kisar bahan bertanda *
1/2 sudu ketumbar (disangai dan tumbuk)
1/2 sudu jintan manis (disangai dan tumbuk)
santan dari sebiji kelapa
daun kunyit (hiris halus)
1 sudu kecil kerisik
gula melaka
garam
air asam jawa
.
Cara Memasak:
.
1. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan ketumbar dan jintan. Kacau sebati.
.
2. masukkan santan, daun kunyit dan ayam.
.
3. Setelah separuh kering, masukkan kerisik. Perasakan dgn garam, gula dan asam jawa.
.
4. Tunggu hingga kuah kering dan bolehlah dihidangkan. (Kalau ayam belum masak leh tambah air dan biarkan kering semula. Tambah garam secukup rasa)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by icha80 at 29-6-2018 09:01 PM

Sambal tempoyak ikan bilis petai.



Bahan-bahan:
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih seulas
Cili hidup 1 tangkai
Cili api (ikut suka)
Petai yg telah dihiris
Ikan bilis segenggam
Tempoyak 1 sudu besar

Cara-cara:

1. Goreng ikan bilis dan ketepikan.

2. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili hidup dan cili api. (Iols guna chopper lg cepat). Kalau blend jgn letak air banyak2..

3. Tumiskan bahan2 yg ditumbuk/diblend tadi.

4. Masukkan petai yg telah dihiris tadi sampai agak layu sedikit.

5. Masukkan tempoyak. Kalau nak berkuah skt blh masukkan sedikit air.

6. Masukkan ikan bilis yg digoreng tadi. Perasakan dengan garam dan gula. Siap!

Dah bosan dgn menu raya boleh buat ni makan dengan nasi kosong panas2..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by icha80 at 29-6-2018 09:22 PM

Masak Halia Kupang


Bahan-Bahan:

Setengah kilo kupang segar dibasuh bersih
1 tangkai serai
2 sudu sos tiram (sesedap rasa)
Garam
Gula

Bahan2 tumbuk/blend:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Cili api ikut suka

Cara-cara:

1. Tumis bahan2 yg telah diblend/tumbuk hingga naik bau dan pecah minyak.

2. Masukkan serai yang telah diketuk.

3. Masukkan sos tiram, garam dan gula.

4. Masukkan kupang yang telah dibersihkan. Kacau sehingga rata.

5. Masak sehingga kulit kupang terbuka. Angkat dan hidang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2018 03:45 AM | Show all posts
Ayam Kukus Halia


1. Ayam - di potong2
♧Bahan2 Perap♧
1. 3 cm Halia - hiris kecil2
2. 2 ulas Bawang Putih - cincang
3. Kicap Cair - 1/2 sd mkn
4. Sedikit Garam
5. Serbuk lada putih - jika suka
6. Minyak Bijan -1/2 sd mkn
7. Daun bawang - di hiris

☆☆Cara Masak☆☆
♡perap ayam dgn bahan2 perap selama 30min
♡kukus 10min -15min
*kukus bergantung kpd brp byk ayam korang masak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 03:47 AM | Show all posts
Cornflakes coklat

Bahan-bahan :
250g coklat masakan apa2 brand pun blh
Sekotak cornflakes
2 sudu butter
Papercup

Cara-cara
Cairkan coklat dan butter
Tuang coklat ke dalam cornflakes
Gaul rata
Masuk dalam papercup
Hias ikut citarasa masing2
Tunggu coklat keras baru masuk bekas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 03:48 AM | Show all posts
JUS KASTURI

Bahan-bahan
1 biji oren sunkist
1 biji epal hijau
5 biji limau kasturi (jusnya shj)
4 biji limau kasturi (dibuang biji dan dikisar bersama kulit)
gula ikut kesukaan
4 biji asam boi
Ais

Cara-cara

1. kisar 5 bahan pertama sehingga halus
2. tambahkan asam boi dan ais sebelum dihidang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 03:49 AM | Show all posts
PUDING JAGUNG

Bahan-bahan  

* 1 cawan tepung kastad
* 1 cawan jagung manis
* 3/4 cawan gula
* 3 cawan air
* 1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara

1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
3. Tambahkan satu sudu makan marjerin setelah adunan pekat.
4. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.468240 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list