Edited by rorygilmore at 25-8-2017 09:24 AM
Pergilah…..
Kenapa kau masih ada lagi
sedangkan ini yang kau mahu kan
Aku tak marah, jauh sekali membenci
hati aku sakit hancur berkecai
walau di cantum
berdarah kembali
walau di jahit
terbuka balik..
Ingat….
Kita tak pernah janji apa-apa
Bahagia tu cuma sekejap aje
Rasa yang tak pernah kita halang
Malah tak pernah kita akui
Semuanya sia-sia
Hanya yang ada kata-kata bodoh
Yang kita sendiri tak fahami
Pergilah….
Biarkan aku cari bahagia aku disini
Jangan dikejar, jangan dicari apa yang sudah milik orang
Kisah kita telah lama berakhir
Tak ada apa lagi yang tinggal untuk kau disini
Hanya ini yang aku mahu,
Pergilah….
semoga kau berbahagia bersama orang yang kau sayang
Jangan pernah cari aku lagi
jika ini takdirku……
aku pasrah..
maafkan aku…
|