CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Clover_Hill

[SERAM BEST] MACAM-MACAM ADA...LATEST UPDATE:22/2/16

[Copy link]
Post time 27-12-2015 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah Man Otai dan Hantu2nya.

Bunyi tajuk cam kelakau kan. Tapi inilah yang jadi sebenarnya. Man ni one of budak nakal kat sekolah. Semua benda dia buat. Sapa tak kenal Man. Dengan muka ada parut sikit tu, buat tambah2 dak2 ni tak berani cari pasal.

Masa camping di Chamang, dia ikut sekali. Steady je muka. Budak otai katakan. Haha pada malam kejadian kena duk dalam hutan, dia dikatakan duduk di tempat yang paling disukai oleh jin2 ni. Dan dia pun tak kisah sebab dia cakap dia tak takut. Tapi sebenarnya dia dah dikacau baik punya kat tempat tu.
Nak dijadikan cerita, habis program tu kitorang ada supper dan saya lepak dengan dia. Tanya amcam duk hutan. Okay tak. Dia jawab 'humm. Okay'. Haih. Pelik. Pastu dia cakap lagi ' kalah saya cerita akak caya tak?' saya pun angguk. Dia pun mulakan cerita. Masa dia duk kat kawasan tu, dia nampak ada satu cahaya mcm kelip2 tapi jenis laju. Jap2 ke kiri. Jap2 ke kanan. Dia duk perhati je. Pastu dia pun sound ' woi, jangan main2. Mehlah sini. Bawak kawan2 kau. Kita main kad' betapa hati keringnya mamat ni. Tak lama tu, cahaya tu hilang. As we know, cahaya tu adalah pelesit kan. Pastu tak lama tu, ada benda cuit2 dia plak. Cuit kanan, cuit kiri. Puas si Man ni tepis2. Benda tu nak juga main cuit2. Man naik geram, disoundnya lagi benda tu 'kau jangan main2 dengan aku. Nak main cuit2 plak. Kalau berani, kau tunjuk lah muka kau. Kau ingat aku takut ke?' Haaa benda tu terus tak kacau. Man pun lega sebab benda2 tu tak kacau dah. Tapi yang ni paling skeri. Sebabkan Man dah suh tunjuk muka, tak lama kendiannn ada benda atas kepala dia. Dia ni botak. Jadi pelik, hapa kebenda daun kayu atas kepala dia - pada anggapan dia. Makin lama benda tu makin menurun ke sampai ke bahu. Dia pegang, aik sejak bila aku ada rambut - kata Man. Bila dia pandang je ke atas, elok je si cik Pon sengih dekat dia. Haaa apa lagi terus Man baca semua doa dia ingat. Cik Pon gelak kemain atas pokok tu dan terus melayang depan Man. Man dah tutup mata sambil baca doa. Tak lama kendian, cikgu pun datang amek dia. Terus dia berdesup bangun nak balik cepat. itu lah cerita Man dengan hantu2nya. Tulah saya nasihatkan dia 'Man, make sure jangan berani sangat dengan benda2 ni. Dorang unpredictable. Kan dah kena kacau dah. Nak buat lagi ke pasni?' Terus dia geleng2 sambil makan biskut celup milo suam tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2015 08:56 PM | Show all posts
noddyFARHANA replied at 27-12-2015 12:03 PM
Hehehe besh baca cerita soram2 uols2 no.

Kakak clober pun bz haaa. Kita lagi lahhh. Lama betul ta ...

Bizi dek..dah namanya cuti kheenn...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2015 09:02 PM | Show all posts
Makaseh bebanyak pada sahabat sahabiah sekalian yang sudi menyumbang cerita sementara ambe berhibernasi seketika..coti laa katakan...

Sementara tunggu kabhi kushi kabhi gam stat..di sini ambe share kan satu cerita.....


Tajuknya...Bukit Tujuh punya ceritera.


Pada sapa-sapa yang rajin pegi Kelantan dari KL, sebelum lebuhraya kat felda kerchau siap, memang takkan ada laluan lain yang boleh dilalui, wajib lalu Bukit Tujuh ni. Kot kalian masih ingat tragedi maut pertama melibatkan bas express Mutiara dengan sebuah bas kilang tahun 98/99 gitulah, haa..kat area-area Bukit Tujuh ni lah tragedi tu berlaku. Cuma area tu berlaku kat Chegar Perah, kira dah dekat dah dengan Bukit Tujuh tu.

Tapi bukan cerita bas tu yang aku nak story mory pun.

Apa yang aku nak bagitau di sini, pengalaman benar abang long aku sendiri dengan seorang rakan aku. Orang yang berlainan, tapi sebab dua-dua degil so dua-dua hadap cerita yang hampir sama.

Kita mula dengan abang long aku. Dia ni aku boleh kategorikan sebagai makhluk Allah yang kalau dia cakap A, maka A lah. Anak sulung, tahulah macam mana ragamnya. Cakap dia jer yang betulnya. So, apa yang berlaku?

Tarikh dan masa yang exactlynya memang aku takleh nak cerita sebab abang long aku sendiri pun tak bagitau tarikh yang betul benar. Kang buat kata aku cakap tahun sekian-sekian, masa sekian-sekian, tu dah kira fabricate the story. Originalitynya dah hilang. Tak mo camtu.

Yang nyata, time dia cerita tu adalah masa aku nak balik Kelantan baru-baru ni. Dia ni kan, aku tak tahulah apa motif dia; apakah saja nak menakutkan aku or memang dia nak aku berhati-hati.
Kita amek yang positif, sebagai abang sulung mestilah dia nak yang terbaik untuk adik dia kan? So kita bersangka baik sudah.


"Hati-hati kat Bukit Tujuh tu, lagi-lagi kalu mung drive memalam. Along keno dowh situ. Drive sorang-sorang balik tengah malam dalam pukul 2 pagi gitu, sampai situ along nampak ada orang usung keranda melintas jalan. Nyaris tak masuk gaung along masa tuh.."


Tu ayat dia lebih kurang. Kalau membongak dia, membongak lah aku. Tapi aku tak rasa abang long aku saja-saja nak menakutkan adik dia yang dah sedia pengecut ini. Dia just nak aku berhati-hati. Positif tak aku?

Tapi yang tang usung keranda..tengah-tengah malam..errrrr..tang ni tak bule nak positif mana! Mengancam nyawa tuuu..!Hish.

Ok itu kisah pertama.


Kisah keduanya..pun dekat-dekat area situ jugak tapi happened pada kawan aku.

Next i story you.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2015 09:27 PM | Show all posts
Kisah kedua pulak, it was happened to one of my colleagues masa sama-sama belajar kat Bangi dulu. Ni kira kisah yang agak lama jugaklah, few years back tapi kisahnya boleh diambil ingatan.

Member aku ni tak penah lagi pegi Kelantan. Kira tu first time dialah nak jengah negeri Cik wan kembang. Aku fine jerk bila dia cakap nak melawat negeri kita kan..Tapi yang aku tak berapa nak suka bila dia kata dia nak balik hari jerk pegi Kelantan, which means, dia and the geng yang seramai 4 ketul tu akan terus balik KL semula lepas sampai dari Kelantan.

Aku dah warning dorang "korang jangan buat keje gila, bule? Bahaya!" Memang keja gila pun pegi Kelantan balik hari. Lainlah Klate tu macam Nilai-Seremban jerk yang kau buleh nak ulang-alik. Ini kalau takde 500 km tak sampai kau dowh kelantan tuh. Jauh, beb!

Masa aku cakap camtu, takde la pulak aku further explain 'bahaya' tu yang macam mana. Yelah, memandu dalam keadaan badan dah letih pun bahaya jugak. Tapi yang lebih aku nak expresskan bahaya di situ adalah, jalan-jalan situ especially area Gua Musang lepas Merapoh tu sume, memang laluan maut. Dan banyak dah kisah-kisah yang susah- nak- percaya- tapi- tak- mustahil berlaku kat area-area situ. But maybe dorang ni yelah kan..orang bandor..mana nak caya sangat kisah-kisah mistik ni. Dah rasa sendiri esok tahulah kene lempang tu sakit..kaaan..?Dah korang degil jugak, gasak. Apa-apa hal, senirik mau ingat.

Lepas dorang balik dari Kelantan, nothing weird happened. Aku besalah..mestilah nak tanya kabar apa cerita pegi Kelantan aritu..best ke tidak..ok ke tak sepanjang jalan. Member prihatin la katakan. Tapi bila dia macam nak lari-lari gitu. terasa gak aku..ko ni pehal..ada short wayar kah?

At last, barulah terbukak cerita. Tu pun lepas salah sorang ahli jemaah tu terlepas cakap.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2015 09:47 PM | Show all posts
"Hang tau dak..aritu masa kitorang balik dari Kelantan, kitorang kene kejaq tau" Member yang terlepas cakap tu budak Kedah. So kita jadik oghang kedah sat.

"Hang kene kejaq dengan pa? Anjing itam..?hahahaa.." Saja aku nak melawak.
"Dak..dak..bukan anjin.."
"Dah tu..cik ponti kah..??" Aku saja serkap jarang sambil gelak-gelak. Berubah muka member tu.
" Betul la no tang tempat yang hang cakap tu betui-betui ada pontianak. Aku tak sure lah ponti ke apa, tapi pesen dia lebei kughang cam ponti la jugak"  Dah time ni aku pulak yang berubah muka.

Then tanpa aku tanya, dia sendiri bercerita. Dorang sampai kelantan agak tengahari dalam pukul 11 gitu sebab dari KL dorang gerak awal pagi. Belum subuh lagi dah dok atas highway. Aku budget mesti budak-budak ni keluar dalam pukul 1 or 2 pagi gitulah tu pasal sampai kelantan pukul 10 atau 11 tengahari. Lepas pi ronda-ronda KB shopping baju la tudung la apa pastu mana lagi ntah dorang pegi rewang aku pun tak tanya sangat, lepas maghrib gitu baru dorang gerak dari KB.

Masa dengar member tu cakap gerak dari KB lepas maghrib aku dah kentap gigi. Osah degil betul budak-budak ni. Aku dah pesan kalau agak-agak dah lewat, janganlah balik KL. Carik jer hotel budget kat KB tu berlambak tido semalaman dulu. Esok awal-awal belum lalat bangun lagi korang buleh blah. Ni dak..eeee..sakit ati betul aku. Dah la empat-empat ketul sumenya perempuan takde sorang pun jantan buat teman. Buatnya kereta meragam ke tengah-tengah hutan banat tu sapa nak nulun?

By the time dorang sampai Gua Musang, jam dah pukul 10 malam. Time tu mata masing-masing dah layu. Tinggal member aku (yang nak lari-lari tadi tuh) saja yang tahan daulat lagi. Dah awak pun driver, kenelah menahan mengantuk. Member sebelah dia (tukang cerita kat aku ni) even dah agak lali-lali tapi buat-buat keras mata sebab nak temankan si driver ni sembang. Yang lagi dua kat belakang tu dah berkeroh tak ingat donia lagi dah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2015 09:48 PM | Show all posts
Sampai kat area Bukit Tujuh tu la..masa tu dah 12 lebih dekat pukul 1, yang member dok sebelah ni tiba-tiba pi tegur "eh hang nampak tu tak..ada bende putih melintaih laaa.." Aku dalam hati, tak syak lagi budak ni memang mulut berus. Cakap tak tengok tempat. No wonder abeh cerita takleh disimpan jadik rahsia.

Yang si driver tu agaknya panik la kot, tak tahu nak buat apa terus main langgar jelah 'benda' yang melintas tu.

Masa budak kedah tu cerita, dapat aku bayang macam mana riotnya suasana dalam kereta bila pertama, kau dah langgar benda-benda, siap ada bunyi 'deguk' lagi tu..Kedua, buatnya benda tu adalah betul-betul manusia..haaaa...panjang ceritanya tuuu dik! Ketiga, malam pun dah tak berapa nak muda, apa kau hilang akal nak berentikan kereta dan turun tengok apa bendekah yang dirempuh tadi..? And keempat, of koslah..nak minta tolong sapa tengah-tengah hutan gelap gulita tu..?

Haru-biru, kompem!

Dalam pada dok berbelah bagi nak berhenti-tak-berhenti-tak ni, member yang drive tu telah mengambil tindakan yang aku kira amat bijaklah dalam situasi seperti itu. Dia tak berhenti, sebaliknya terus tekan pedal minyak. Kot aku pun, takde deee aku nak stop kereta berhenti tepi jalan pastu turun kereta pegi check apa benda yang kene hentam tadi. Nasib kaulah kat situ. Sapa suruh main tengah-tengah jalan..tengah-tengah malam plak tuh.

But guess what, masa tengah memecut tu, member aku ni bule terperasan macam ada bende melekat cantekkk jerk kat side mirror belah dia tu. Dia kata dia tak pandang, tapi jeling-jeling tu adalah. Dalam pada jeling tu, nampak la jugak muka benda tu melepet kat cermin tingkap. Ntah tengah sengih ke tengah menangis ke wallahu'alam..member tu takleh nak describe. Tapi memang terasa benda tu ada sebelah dia. Abeh ayatla dua ketul tu baca, mana ingat penuh baca penuh. Mana yang ingat separuh, yang separuh tu jelah yang dibaca. CD quran pun kemain up lagi volume sampai yang dua ketul kat belakang yang asyik lena beradu tu pun bule terjaga.



Dah macam dalam cerita Kuntilanak Balik Kampung kan? Takleh aku bayang macam mana bergegarnya kereta kancil depa tu masa kene kejar dengan natang tuh. Tapi macam mana bergegarnya jantung, hati dan pedal mereka tu, itu aku dapat bayang. Hahahaa..lawoks betul budak-budak ni. Sampai kat mana ntah baru kereta tu rasa ringan dan bende tu pun dah takde. Nasibla bende tu tak follow sampai ke KL. Buat kata dia nak tumpang sampai KL central, tak rabak mulut kau nak menjerit?

So, lain kali..morale of the storynya..nasihat orang tua sesekala kena dengar juga. Orang cakap jangan balik malam-malam..janganlah. JANGAN is makna JANGAN. Bukan bila orang kata JANGAN tu, kita still ketegaq keras kepala "ehhh takpeeeee..ok jerk..takde apelaaah..."

Dah jadi macam tu, degil ke mana apa ke mana.

Lepas kejadian tu, member tu dah buat confession dah "Tu first dan last lah aku pegi kelantan. No more self-driving after this, especially at late night"

Tahu takpe.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2015 08:50 AM | Show all posts
huuhuhu... ketegaq punya pasal mendapat yer...

tapi seramm.. kalau kena kat haku mau asik pandang2 jeling2 jee mende alah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 09:10 AM | Show all posts
SAlam

TT..minta izin kongsi citer.
Lokasi Area bukit tujuh gak kut
tak sure sbb ni citer adik aku
DIa duk KL..so perangai dia biasa la kalau dioa rasa nak balik Kota Bharu. dia balik je la tak kira masa
So that day, dia lepas abis kerja (terus shoot balik dgn adik sorang lagi yg tgh blajar kat satu kolej kat KL
Time dia balik tu bukan peak time so jalan mmg lengang la so sedap la mendrift jalan clean n clear
kalau balik time cuti panjang, haha..ngadap la ko jem 10-12 jam atas jalan...huhu
So masa sedap2 mendrift ni..tetiba dia terperasan
terpandang dari cermin pdg belakang tu ada satu makhluk Allah ni tetiba tatau time bila masa mana elok je duk kat kusi blkg
FYI, dia bawak myvi..dan dia n adik tu je yg naik keta tu dari KL..so adik tu jadi copilot tapi masa kejadian elok je duk berdengkur sebelah dia..
so belakang mmg kosong takde apa la beg pun sumbat dlm boot.
Adik aku cakap mmg luruh jantung la sbb ni firts time 'rezeki' dia sejak bertahun2 duk ulang alik KL-KB
DIA cakap benda tu lelaki tua, pakai songkok, muka tak sure mcmn sbb dia tak citer..n mcm pakai kain pelekar sbb dia kerling ke bawah kut selama benda tu ada dlm keta tu
DIa cakap mmg jantung luruh abis la, terketar2 bawak keta n mcm2 baca..dia pandanggggg depan je masa drive tu
YG copilot lak mmg tak sedar apa2
LAst2 dia sampai RnR Gua Musang dia cek dah takde dah atuk tu
Bila masa dan di mana dia check out tatau la
Dia kata sib baik la benda tu tumpang je dan takde nak berbasa basi nk berbual dgn dia dan lagi satu bukan species pompuan punya..huhu

KAt bukit 7 ni jugak kawan adik aku excident jatuh gaung sbb ngantuk. . DIa merangkak naik ke jalan nak minta bantuan tgh2 gelap buta. 4 org dlm keta - dia, mak dia, adik dia n boyfriend. Yg selamat dia n mak dia je. Adik kecik dia n boyfriend arwah kat situ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2015 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Seram citer kau CH dah lah malam ni husband aku kerja
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 03:33 PM | Show all posts
Seram best.. Thanks sudi share cite yup tt.. mohon dan harapan moge tt rajin2 selalu mengepost cite thorbaikkk..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 04:02 PM | Show all posts
kaka @Clover_Hill cerita sis mmg terbaik!! keep it up sista!
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 04:44 PM | Show all posts

semua cerita seram melampau..
pastu iols setuju dgn kaka clover; kegilaan apakah balik arini dari kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mekasih sis clover.. sementara nk tnggu sis clover tepek crita baru, sy nk tepek crita sy yang tak brape nak seram.. cme pelik je.. hehehe.. plus xpndai sgt pn nk brcerita..

Klu iktkan sy ni senang sgt nampak benda ni.. semangat lemah.. dri kecik lg ade makcik entah dari mana datang berubatkan sy.. siap mandikan lagi.. katanya mudah benda nk keluar masok.. last sy berubat mase umur 20tahun.. kira pendinding n tutup hijab terus bak  kata pak kiai tu..

Oke.. tak yah merapu lagi.. benda ni jadi awal bulan baru ni.. macam biasa shift malam.. sy kebiasaannya akan tidur lepas pesakit sy tidur.. itu pun dlm pukul 3,4 pagi baru lelap sekejap..

Mase hari kejadian sy ni lapar sesangat.. mujur la ade bawak roti coklat time tu.. so bedal la.. da bedal nk pergi la buang sampah kt dapur.. dapur ni memang tutup lampu kalau tak digunakan.. lampu hall je yang terang benderang..

*rumah pesakit sy ni rumah teres.. klu dri pintu utama bole la nmpak terus jalan ke dinning hall n lorong ke dapur.. lagi satu uncle ni still guna tv muntot besar 2.. so kalau tak on tv 2 segala bayang boleh nmpak.. tak mcm tv skng ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
So bila da bangun nak pergi buang sampah tu cuma tawakal jela nampak pape ke kan kat dapur tu.. sebab memang sentiasa rase seram je tengok area dinning hall n dapur dia 2.. lagi pula ada satu bilik dekat dinning hall yang  dia jadikan stor.. lagi ase seram je tgk bilik 2..

Oke berbalik pd cerita tadi... bila  dah selamat buang sampah tu nak patah balik la melepek dekat sofa.. dah kenyang kan.. ape lagi.. hahaha

Mase pusing badan nk ke hall mata ni pulak boleh trpandang dekat tv.. memang bederau darah ni.. kembang rasa kepala.. sy tak nampak bayang sy dlm tv.. yg sy nmpak dlm tv 2 bayang kain putih.. tggi.. bila da nmpak mcm tu sy pejam sekejap mata.. yakin tak yakin apa sy nampak tu...

Bila dongak kepala tengok pd tv tu baru la sy nampak bayang sy.. baju hijau n seluat jeans.. padahal yang mula sy nampak tadi 2 full putih kot.. lepas tu da tak bnyak cerita dah terus je landing dekat sofa.. pejam mata xnk bukak da..

Lg 1 kes.. mse sy baring nk lelapkan mata, tak lena pn lagi.. cuma pejam mata je.. mengeliat la dekat sofa 2 sambil tangan ni luruskan tuk mncapai kepuasan mengeliat.. tau ape yg sy sentuh?? Sy terasa ada kain ujung tangan sy.. trsentak skjp duk pkir rasanya sofa ni jauh dari perabot lain kot.. macam mana ada kain ujong sofa.. serious sy cakap, sy xbkk mata dah lepas tu.. tak sanggup ooo klu dia aucak dari ats kepala sy mau berlari keluar mcm dlm cerita hantu kak limah balik rumah.. ngeeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2015 12:33 PM | Show all posts
Haniesarian replied at 28-12-2015 09:06 PM
So bila da bangun nak pergi buang sampah tu cuma tawakal jela nampak pape ke kan kat dapur tu.. seba ...



Camneeee lah tuan rumah tu bule aman-aman aja duduk umah tu ye..?
Keee..itu saka dia..?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 02:14 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 29-12-2015 12:33 PM
Camneeee lah tuan rumah tu bule aman-aman aja duduk umah tu ye..?
Keee..itu ...

ni rumah patient cina tu ke @haniesarian..


kalau cina da saka jgk ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2015 02:47 PM | Show all posts
peachRose replied at 28-12-2015 09:10 AM
SAlam

TT..minta izin kongsi citer.

bahaya eh jalan tu... nampak atok pun takut gak tu... kalo pompuan double triple takutnye... suma takut laahh....
drive time ngantok pun bahaya...
al fatihah utk arwah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh kak @Clover_Hill ni. Saspen mak baca malam2 gini.

Cerita Hanie punggg serammm. Dah lah nak tiduq ni

Tapi kes highway tu memang ingat lagi jadi kat Merapoh. Tak lama kendian ada je kes naik kat area situ. Mcm sekarang lah kes kat LPT 2. Jalan lurus tapi kerap eksiden maut.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau masih ingat, kejadian 10.10.2010 kat Highway Plus Arah Selatan : Pedas Linggi ke Simpang Ampat. Ada bas terbabas ke jalan bertentangan.

Masa kejadian berlaku, saya ada kat situ. Baru 15min terjadi. Sudahnya stuck kat situ almost 3 hrs. Bila polis and ambulan dah settle, dapat lalu jalan tu, jalan dia memang cantik. Bagi saya lurus lah gak.

Dulu selalu ulang alik balik JB KL, kadang drive sendiri. Kadang naik bas. Masa lepas kejadian ni, naik bas lagi lah. Driver bas tu siap cerita kenapa bas tu boleh terbabas kat area situ. Dia kata area tu memang keras. Nampak lurus tapi kebanyakan driver bas memang dah alert jalan tu tak boleh lepa sikit.
Sejak dia cakap camtu, asal drive sendiri je mesti terang hati bila dah masuk pedas linggi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 07:52 AM | Show all posts
noddyFARHANA replied at 30-12-2015 12:31 AM
Kalau masih ingat, kejadian 10.10.2010 kat Highway Plus Arah Selatan : Pedas Linggi ke Simpang Ampat ...

KM233 kalau tak silap aku..
sbb aku mcm hafal tempat tu sejak kejadian tu
dan byk kes exsiden berlaku dekat2 kawasan tu
mmg jalan lurus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.214315 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list