CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: ilhamumaira

Cite cite lawok dalam kehidupang FD

[Copy link]
Post time 13-4-2007 06:19 PM | Show all posts
my SIL kalau marah kat anak2 dia, suka sangat cakap ha pg melokop (melingkup) la.. kira marah2 manja la.. bila anak dia x nak dengar kata.. tu yg dok buat pelat2 tu.. then one day, hubby dia ni curi2 merokok kat luar.. takut SIL tahu.. dia dok terendap2 la kat luar tu... dia x tau plak anak dh nampak kelaku dia tu.. so bila SIL panggil, hubby dia x jawab, dia dok mencari lah.. si anak plak boleh menawar diri tanya apa yg si ibu cari... bila ibu dia kasitau tgh cari pak dia, terus dia cakap "ibu, bak kan dia pg melokop kat luar..." selambe jek... bulat mata SIL mendengar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2007 10:54 PM | Show all posts
Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand.
Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah
meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh
jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur
isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi,
tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua
minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan
beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat
cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada
siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya
sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau
telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga
rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat
tumbuh......"
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 09:50 AM | Show all posts
Kisah hubby kak sampai sekarang tak boleh kak lupa...
Hubby selalu solat kat surau opis time masuk waktu...so masa tu mesti ramai jemaah...selalunya dia orang yg terawal dtg ke surau...tapi hari itu, entah macammana dia sakit perut...so masuk bilik air dulu, selesai keperluanlaa....bila selesai terus dia masuk surau dan sangkut seluar kat dinding...dan masa tu kelam kabut coz nak cepat ikut imam...dia bukak jugak seluar kecik letak dalam poket seluar dia...dan dia terus solat....lepas selesai solat...kebiasaan hubby kak dia akan solat sunat dulu....dan masa dia tengah kusyuk solat, terdengar ada seorang jemaah jerit..." heiii seluar kecik siapa ada dalam poket seluar saya ni?"....hubby masa tu tak leh kusyuk dah...coz dia perasan tadi dia terkecoh2 masukkan spender dalam poket seluar..(dia tak perasan itu bukan seluar dia..kerana masa itu banyak warna sama tergantung kat dinding..selesai solat hubby buat selamba aje...dan of cos dia tak pakaila spender...

....Bila hubby pasti tak ada orang dalam surau...barulah dia pi ambik.. ...sempat saya usik...seluar tu tak koyakke?....

[ Last edited by  smallmama at 17-4-2007 09:54 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 04:25 PM | Show all posts

Reply #23 smallmama's post

hahhaa..
kelakor sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2007 05:22 PM | Show all posts
putu....tulaa....sampai sekarang bila kak ingat kak akan gelak...tapi kalau hubby tahu kak cerita kak sini, sure dia cubit pipi kak..hehhee
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2007 08:02 PM | Show all posts
AKU ABANG DIA!!!!!

Inilah al-kisahnya...

Pada satu hari, di tengah-hari yang panas terik dek mentari...ada sepasang
suami isteri yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya...
Si suami seorang yang panas baran sehingga tak tertahan2 barannya kalau
marah, walhal yang si isteri pulak seorang yang amat penyabar dan lemah
lembut...
Setelah 20 minit berlalu,keadaan kesesakan jalan raya masih belum surut
membuatkan si suami tadi mula naik darah dan melenting2, bagaikan nak
terkeluar stereng kereta dihempap2nya..

suami: hish,marah betul aku! diorang ni,kalau
nak betulkan jalan pun,buat la waktu
lain,ini tak...masa ni jugak terhegeh2
nak buat!
isteri: sabarlah bang...tengok tu,kan ramai
orang kat depan tu,accident kot..
suami: arrrgghh..kau diam! orang perempuan
mana tahu hal2 macam ni!
oooo,accident ye?!
Dengan perasaan marah,si suami tadi keluar dan menghempap pintu kereta
sehingga terperanjat isterinya yang ada penyakit lelah itu..

isteri: eh,abang!nak ke mana tu?
suami:kau jangan banyak tanya!duduk aja
dalam keta ni,aku taula apa nak buat!

Dengan marah yang masih meluap2,si suami tadi berjalan dengan angkuhnya
menuju ke arah orang ramai yang mengerumuni sesuatu tidak jauh dari
situ...tiba2,si suami tadi menarik nafas dalam2 dan menjerit sekuat...

suami: TEPI..T! EPI...AKU ABANG DIA!
AKU ABANG DIAAAA..!

mendengarkan si suami tadi terjerit2 begitu, secara automatik semua orang
beri laluan kepadanya. si suami tersenyum2 dan memuji dalam hati 'menjadi
jugak taktik aku'.
apabila si suami sampai saja di tempat kejadian,bagaikan nak terkeluar biji
matanya melihat 'adiknya' yang terlantar tak bernyawa... mana
tidaknya,'adiknya' itu SEEKOR MONYET! kesiaaann...
Reply

Use magic Report

Follow Us
12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.610708 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list