CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

Daging landak....... (dan berkenaan lain-lain haiwan)

[Copy link]
Post time 15-4-2008 03:30 PM | Show all posts

Reply #20 kupia's post

Yang liar tu makan buah buahan dan tumbuh tumbuhan liar tu yang buat sedap tu. Yang pelihara semua makan makanan yang diprosess secara biotech tu yang hampeh rasa daging dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2008 03:41 PM | Show all posts
tenggiling halal jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 04:02 PM | Show all posts

Reply #22 ibnur's post

Kalau takdak cara untuk mengharamkan dia, maka halal lah tenggiling itu hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 04:43 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 15-4-2008 03:17 PM
landak, pelanduk, ayam hutan dah susah nak jumpa sekarang, dah pupus.  Ada yang orang bela tapi tak seenak yang liar dalam hutan nu...


Mana lak sama landak dengan pelanduk atau ayam hutan. Landak tu spesis rodent yang sama dengan tikus, hamster,tupai,capybara dsbnya.

"Common rodents include mice, rats, squirrels, chipmunks, gophers, porcupines, beavers, hamsters, gerbils, and guinea pigs."

Kalau landak hang boleh makan try lah pulak makan tikus ker atau cencorot ker atau hamster ker yang senang dapat. Masak asam pedas atau masak lomak cili api tentu sodap.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 04:48 PM | Show all posts
Originally posted by st.yeepi at 15-4-2008 04:02 PM
Kalau takdak cara untuk mengharamkan dia, maka halal lah tenggiling itu hehehe


Satu kaedah untuk menghalalkan makanan iaitu selagi tidak ada dalil yang mengharamkan ia maka makanan tersebut adalah halal.
Sepatutnya sambung lagi.....dan selagi tidak ada yang menghalalkan ia maka ia adalah haram.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 06:04 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 15-4-2008 04:43 PM


Mana lak sama landak dengan pelanduk atau ayam hutan. Landak tu spesis rodent yang sama dengan tikus, hamster,tupai,capybara dsbnya.

"Common rodents include mice, rats, squirrels, chipmun ...


landak ngan arnab lebih kurang jo, tapi landak lagi sodap...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2008 12:12 PM | Show all posts
Salam. konpius dah nih! Bg yg mengatakan landak tu halal, boleh tak nyatakan hujahnya?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 01:12 PM | Show all posts
Originally posted by HOTlips at 16-4-2008 12:12 PM
Salam. konpius dah nih! Bg yg mengatakan landak tu halal, boleh tak nyatakan hujahnya?


Tak susah....selagi tak ada dalil yang mengatakan haram maka jadilah ia sebagai halal macam tenggiling,tupai,ulaq,keluang dsbnya. Jika ada hadis pun kalau Sheikh Albani kata daif maka tak boleh ikut jugalah hadis tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2008 01:28 PM | Show all posts
Hukum makan landak....

Pendapat pertama: Haram. Ini pendapat mazhab Hambali.

Dalilnya: Nabi berkata:


خبيثة من الخبائث


Maksudnya: Ianya salah satu daripada benda2 yg keji.(HR Ahmad dan Abu Daud)

Pendapat kedua: Makruh. Ini pendapat Imam Malik dan Imam Abu hanifah.

Pendapat ketiga: Halal. Ini pendapat Mazhab Syafie, Abu Thaur dan Al-LAith.

Dalilnya: Asal kepada makanan adlah Halal selagi mana tidak dalil yg mengharamkan. Hadis diatas dikatakan sebagai lemah sanadnya.

Kesimpulan: Landak adalah halal dalam mazhab Syafie dan diharamkan oleh sebahagian mazhab lain.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 09:38 PM | Show all posts

Reply #30 zerozone's post

sebab sodap, maka terpaksa lah aku ikut pendapat Syafiee didalam hal landak nie
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 01:02 AM | Show all posts

Reply #30 st.yeepi's post

cam hukum makan telur penyu aarr..... In pun ikut pendapat syafiee gak.... huhuu

kalo pi pakistan/india, kena hempuk ar mamam telur penyu neh... depa biar jek melata kt pantai tuh... huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 05:00 AM | Show all posts
Originally posted by st.yeepi at 16-4-2008 09:38 PM
sebab sodap, maka terpaksa lah aku ikut pendapat Syafiee didalam hal landak nie


Ni mazhab mana pulak ni? Nanti ada yang kata 'mazhab ikut sedap'

* ko ni tak bermazhab ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 05:03 AM | Show all posts

Reply #31 indah1285's post

Bab makan ni, mazhab syafi'i ringan sikit berbanding bab lain (rasa-rasanya la)

Macam Udang, mazhab Hanafi makruh


Belangkas pula apa hukumnya? Masa dulu2 pernah dengar (kat Malaysia) ada orang makan belangkas, ada kes mati sebab kena racun...

pelik jugak... penyu tidak boleh dimakan tapi telurnya boleh...hmmm

ayam dan telur ayam boleh dimakan pula...hmmm

[ Last edited by  mnm77 at 17-4-2008 05:05 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 07:10 AM | Show all posts

Reply #33 mnm77's post

belangkas memang boleh makan... sbelah perlis ada jual neh...

telur buaya leh makan tak....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 09:56 AM | Show all posts
BINATANG YANG HALAL DAN HARAM
Oleh: Abd. Rasyid Bin Idris @ Adir
Dewan Pengajian Ibn Qayyim al-Jauziyyah


Pendahuluan:

Risalah ini adalah jawapan kepada suatusoalan yang dikemukakan kepada penulis di Surau Taman Pauh Jaya, Seberang Perai. Ia mengandungi beberapa dalil yang digunakan oleh para ulama bagi menyokong pendirian mereka berhubung halal atau haram memakan benda-benda tertentu khususnya yang berkaitan dengan jenis haiwan. Ia hanya disebut secara ringkas dan tidak dibuat nota kaki berhubung sumber-sumber rujukan. Tujuannya ialah untuk mengelakkan dari risalah ini menjadi terlalu panjang.

Sesuatu yang telah disepakati oleh para ulama ialah: asal hukum dalam semua perkara kecuali ibadah yang mempunyai kaedah lain- adalah harus hingga datang dalil yang menunjukkan kepada haram.Ini berdasarkan kaedah: الأصل في كل شيء الإباحة. Perkara yang haram ialah apayang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya manakala apa yang didiamkan daripadanya adalah suatu yang dimaafkan.

Sungguhpun begitu al-Quran telah memberikan panduan tentang makanan yang bagaimanakah yang perlu dan boleh dimakan.

i- Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِيالأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُلَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ {168}

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu
" (al-Baqarah:168)

ii- Firman Allah SWT:

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُعَلَيْهِمُ الْخَبَآئِثَ

Dia menghalalkan bagi mereka segala yangbaik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk (al-A'raf:157)

Al-Quran telah menegaskan bahawa makananyang dihalalkan oleh Allah ialah yang baik-baik sahaja. Justeru itu makananyang memudaratkan agama dan kesihatan adalah haram dan termasuk di dalam al-khbai'th.

Perkara-perkara yang diharamkan:

1) Bangkai. Ini berdasarkan firman AllahSWT:

قُل لاَّ أَجِدُ فِي مَا أُوْحِيَ إِلَيَّمُحَرَّمًا عَلَى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلاَّ أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًامَّسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِاللّهِ بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلاَ عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌرَّحِيمٌ {145}

Katakanlah: "Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, karena sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-An'am:145)

Termasuk di dalam kategori bangkai ialahhaiwan:

i-  yang mati tercekik atau dicekik.
ii- yang mati kerana dipukul samada dengan kayu atau dihempap dengan sesuatu atau dikejutkan.
iii- yang mati kerana terjatuh atau dijatuhkan dari tempat tinggi, termasuk juga yang dicampak ke dalam perigi dan seumpamanya.
iv- yang mati kerana ditanduk oleh binatang lain.
v- yang mati kerana dimakan binatang lain, sekalipun anjing pemburu yang terlatih.

Dalilnya ialah firman Allah SWT:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالْدَّمُوَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُوَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُإِلاَّ مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُواْبِالأَزْلاَمِ ذَلِكُمْ فِسْقٌ .

Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah,daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anakpanah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. (al-Mai'dah:3)

Ayat 3 surah al-Maidah ini mengecualikan mana-mana yang tersebut yang sempat disembelih secara syar'ie selagi ia belum mati.

2) Darah yang mengalir. Dalilnya ialahayat-ayat di atas.
Ibn Abbas r.a telah ditanya tentang limpa, lalu beliau menjawab: "makanlah", lalu mereka berkata: "ia adalah darah", jawab beliau: "yang diharamkan kepada kamu hanyalah darah yang mengalir".

3) Babi. Dalilnya ialah ayat-ayat di atas.
Ayat-ayat tersebut hanya menyebut daging, ini menyebabkab segelintir manusia menyangka selain dari daging babi seperti tulang dan lemaknya adalah halal. Sedangkan yang sahih ialah: setiap yang berasal darinya adalah haram dan hanya daging yang disebut kerana kebiasaannya daging itu yang dimakan.

->bersambung

[ Last edited by  kupia at 17-4-2008 10:04 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 09:57 AM | Show all posts
4) Sembelihan untuk selain daripada Allah.Dalilnya ialah ayat-ayat di atas.

Maksudnya ialah binatang disebutkan nama selain dari Allah semasa penyembelihan itu (ما أهل لغير الله به). Begitu juga sembelihan yang ditujukan kepada selain daripada Allah (وما ذبح على النصب),samada disebut namanya atau tidak semasa penyembelihan, bahkan sekalipun dibacakan bismillah. Menurut pengarang Fath al-Majid fi Syarh Kitab al-Tawhid: "Inikerana sembelihan untuk berhala (an-Nusb) menunjukkan pengagungan untuk taghut sekalipun tidak dilafazkan namanya. Maka ia sama dengan sembelihan yang disebut nama selain Allah. Jika diharamkan kerana disebut: "dengan nama al-Masih" dan sebagainya, maka memaksudnya adalah lebih aula untukdiharamkan. Sebabnya, ibadat kepada selain dari Allah adalah lebih besar kekufurannya berbanding yang memohon kepada selain Allah. Oleh yang demikian, jika haiwan itu disembelih untuk selain dari Allah sebagai ibadah (taqarrub), hukumnya haram sekalipun disebut bismillah.

5) Semua binatang buas (as-Siba') yang bertaring.

Kata Ibn al-Athir: "iaitu binatang pemangsa yang memakan secara menerkam seperti: singa, harimau, serigala dan seumpamanya. Sabda Nabi SAW:

كل ذي ناب من السباع فأكله حرام

"Setiap yang memiliki taring dari kalangan pemangsa, maka memakannya adalah haram". (Riwayat Malik, Muslimdan lain-lain dari hadith Abi Tha'labah al-Khusyani).

Al-Syafi'e berpandangan bahawa as-siba' yang diharamkan ialah yang menyerang manusia seperti singa, harimau dan serigala. Oleh itu dubuk dan musang adalah halal. Abu Hanifah pula berpendapat bahawa karnivor adalah as-sabu' di antaranya: gajah, dubuk dan kucing. Semuanya haram disisinya.

Hujah al-Syafi'e berhubung dengan dubuk:

i- ia tiada taring, sebaliknya semua giginya memang sama tajam.
ii- Andai kata diterima bahawa ia memiliki taring, ia bukan dari kategori as-siba' yang disebut di dalam hadith. Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn al-Qayyim.
iii- Hadith Jabir. Beliau ditanya tentang dubuk: Adakah dubuk binatang buruan? Jawabnya: ya. Beliau ditanya lagi: adakah ini disabdakan oleh nabi SAW? Jawabnya: ya. (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan disahihkannya serta an-Nasa-i dan Ibn Majah. Disahihkan juga oleh al-Hakim).

6) Semua jenis burung berkuku tajam dan menyambar.

Dalilnya ialah hadith Ibn Abbas, katanya:

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن كل ذيناب من السباع، وكل ذي مخلب من الطير

"Rasulullah SAW melarang (memakan)setiap yang bertaring dari binatang buas dan setiap yang berkuku (claw) dari burung." (Riwayat Muslim)

Adapun yang dimaksudkan dengan burung yang mempunyai kuku ialah: yang kukunya tajam digunakan untuk menangkap dan melukakan serta mengoyak mangsa. Contohnya: helang, enggang, gagak dan layang-layang. Dikecualikan daripadanya: merpati dan burung-burung kecil; kerana ia termasuk dalam al-mustatob (perkara yang dipandang baik).

7) Keldai peliharaan.

Di antara perkara yang diharamkan oleh Nabi SAW dalam peperangan Khaibar ialah keldai peliharaan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kata al-'Allamah Siddiq hasan Khan: "Ramai dikalangan umat Arab yang memiliki naluri yang sejahtera mengharamkannya dan dia melihat syaitan." Sabda Nabi SAW:

إذا سمعتم نهيق الحمار، فتعوذوا بالله منالشيطان؛ فإنه يرى شيطانا

"Apabila kamu mendengar suara keldai, maka mohonlah perlindungan Allah dari syaitan; sesungguhnya dia melihat syaitan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Para ulama sepakat tentang halalnya keldai liar -dan kuda belang dan seladang-. Nabi SAW telah dihadiahkan dengan keldai liar lalu baginda memakannya. (Riwayat al-Bukhari dari hadith Abi Qatadah).

Al-Jallalah (Binatang yang memakan kotoran).

Iaitu binatang yang memakan kotoran dan sesuatu yang menjijikkan. Ibn Hazm menghadkannya hanya kepada yang berkaki empat sedangkan Ibn Hajar menyatakan ianya umum. Dalilnya:

i- Hadith Ibn Umar:

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن أكلالجلالة وألبانها

Rasulullah SAW melarang dari memakan al-jallalah dan meminum susunya. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah danat-Tirmizi yang mensahihkannya).

ii- Hadith Ibn Abbas:

النهي عن أكل الجلالة وشرب لبنها

Larangan itu ialah tentang memakan al-jallalah dan meminum susunya. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi,an-Nasa-i, Ibn Majah, al-Hakim. At-Tirmizi mensahihkannya). Kata al-Hafiz dalamal-Fath: ia adalah yang paling sahih dalam bab ini.

Kata al-Albani: zahir hadith memihak kepada Ibn Hazm lantaran disebut tentang susunya. Sungguhpun begitu, para ulama meluaskannya kepada yang lebih umum sebagaimana yang disebut oleh Ibn Hajar.
Kata al-Baghawi: "kemudian hukum tentang binatang yang memakan kotoran, hendaklah dilihat: jika ia hanya memakannya kadang-kadang, maka ia bukan al-jallalah; justeru tidak haram dimakan seperti ayam dan sebagainya". Kata Ibn Hazm: "telah sahihbahawa Abu Musa mengurung ayam (bertujuan membersihkan makanannya), jika didapati memakan kotoran".

-> bersambung...

[ Last edited by  kupia at 17-4-2008 10:10 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2008 09:58 AM | Show all posts
Berhubung hal ini para ulama berbeza pendapat:

i- Ahmad, ath-Thauri dan al-Syafi'iyyah berpendapat memakan al-jallalah adalah haram. Inilah yang ditegaskan oleh Ibn Daqiq al-'Eid.
ii- Sebahagian yang lain menyatakanhukumnya adalah makruh sahaja.

Hukum memakan haiwan halal yang memakan bahan dari daging babi.

i- Pendapat Malik dan sebahagian ulama:daging dan telurnya harus dimakan; kerana makanan yang najis itu dapat disucikan dengan istihalah (seperti mengurungnya).
ii- Pendapat sebahagian yang lain sepertiath-Thauri, al-Syafi'e dan Ahmad: haram memakan daging, telur dan susunya.
iii- Pendapat yang lain: jika kebanyakan makanannya adalah najis, maka dia adalah jallalah dan tidak boleh dimakan.Sebaliknya jika kebanyakan makanannya bukan najis, ia boleh dimakan.

- Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan FatwaArab Saudi mentarjihkan pendapat yang mendetailkan keadaan.

'Illah bagi keharaman al-jallalah ialah kenajisan. 'Illah itulah yang mengubah daging dan susunya dari halal kepada haram. Jadi apabila 'illat itu hilang dengan cara mengurungnya atau yang seumpama itu, hilanglah hukumnya berdasarkan kaedah: (إذا زالت العلة زال الحكم). Oleh demikian, tiada lagi ruang untuk mengharamkannya kerana ia adalah halal asalnya dan diharamkan lantaran halangan (najis). Apabila hilang najis, hilang haram.

Pendapat inilah yang sahih seperti mana yang dijelaskan oleh al-Hafiz dalam al-Fath dan al-Albani. Namun tiada satu had yang ditentukan dalam mengurung/membersihkan binatang itu sekalipun memang sahih bahawa Umar mengurung ayam al-jallalah selama 3 hari. Kata Siddiq Hasan Khan:"barangsiapa yang mendakwa bahawa najis itu masih kekal, sedangkan namadan sifatnya sudah pergi, hendaklah memberikan dalil".

9) Anjing dan kucing.

Hampir tiada khilaf di kalangan ulama tentang pengharaman anjing melainkan satu riwayat pandangan Malik yang menyatakannya sebagai halal. Sungguhpun begitu, sebahagian ulama Malikiyyah (khususnya yang mutaakhkhirin) menyanggahi pandangannya itu. Pengharaman anjing datang dengan beberapa faktor:

i- ia adalah najis menurut jumhur ulama; lantaran arahan nabi SAW supaya bekas yang dijilat oleh anjing hendaklah dibasuh 7 kali yang pertama dengan air tanah. (Riwayat Muslim).
ii- ia termasuk di dalam al-mustakhbath (yang dipandang jijik); ia memakan kotoran.
iii- larangan nabi SAW daripada memakan harga anjing dan kucing. (Riwayat as-sahih).

Dalil keharaman kucing pula disebut didalam hadith Jabir:

أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن أكل الهروأكل ثمنها

Bahawasanya nabi SAW telah melarang dari memakan kucing dan harganya. (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibn Majah, dalamisnad hadith ini Muhammad Bin Zaid - dhaif).
Sungguh pun begitu, ia dikuatkan dengan dalil yang sama tentang keharaman anjing di atas.
Menurut ulama, tiada beza hukum di antara kucing liar ataupun jinak, melainkan salah satu pandangan al-Syafi'yyah yang menyatakan halal kucing liar.

10) Semua jenis binatang yang menjijikkan.

Firman Allah SWT:

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُعَلَيْهِمُ الْخَبَآئِثَ

"dan Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk (al-A'raf:157)

Kebanyakan ulama memberikan garis panduandalam hal ini seperi berikut:

i- Apa yang dipandang jijik dan kotor oleh manusia (yang murni fitrahnya) dari jenis haiwan - bukan kerana sesuatu 'illahatau kerana tidak biasa
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 09:58 AM | Show all posts
12) Binatang beracun samada yang ikan atau selainnya, diburu atau dijumpai mati. Ini adalah jelas kerana Islam melarang al-khabai'th. Juga dengan umum ayat:

وَأَنفِقُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَتُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوَاْ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّالْمُحْسِنِينَ {195}

" -Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (al-Baqarah:195)

13) Haiwan 2 alam:

Kata al-Qadi Ibn al-'Arabi: Pendapat yangsahih berhubung haiwan yang hidup di darat dan air ialah dilarang; kerana terdapat percanggahan dalil halal dan haram. Lalu kami memenangkan dalil haram sebagai langkah berhati-hati (ihtiyat).
Sementara sebilangan ulama pula berpandangan bahawa semua haiwan yang memang hidup di laut adalah halal sekalipun ia mungkinboleh hidup di daratan kecuali katak kerana ada dalil lain berhubungnya.

14) Binatang yang tidak disebutkan statusnya:

Berdasarkan sabda nabi SAW:

ما أحل الله في كتابه فهو حلال، وما حرم فهوحرام، وما سكت عنه فهو عفو...

Apa yang Allah halalkan di dalam kitab-Nya, maka ia halal. Apa yang Allah haramkan, maka ia haram. Apa yang Allah diamkan tentangnya, maka ia adalah dimaafkan. (Riwayat al-Bazzar dan katanya: sanadnyasahih, juga disahihkan oleh al-Hakim).

15) Contoh-contoh binatang yang diperselisihkan hukumnya:

a) landak:
- yang mengharamkannya: Abu Hanifah danAhmad
- yang menghalalkannya: Malik dan Syafi'e
Dalil yang mengharamkannya, ialah hadith dari Ibn Umar dalam riwayat Ahmad dan Abu Daud. Namun isnadnya dhaif. Oleh itu yang rajih ialah: halal.

b) katak:
- yang menghalalkannya: Malik

Dalilnya:
Umum ayat Allah:

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُمَتَاعًا لَّكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ

Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lezat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan (al-Maidah:96)

ii- Umum hadith tentang air dan bangkaihaiwan di lautan.

هوالطهور ماؤه، الحلّ ميتته

Dia (laut) suci airnya dan halal bangkainya. (Riwayat Malik, al-Syafi'e dan imam yang empat).

Kedua-dua dalil ini umum tentang hidupan/haiwan di laut (air), lalu ia mencakupi katak; kerana katak termasuk dalam kategori soidul bahr.

- yang mengharamkannya: Ahmad

Dalilnya:

Hadith Abd. Rahman Bin 'Uthman tentang seorang doctor bertanya kepada nabi SAW tentang hukum menjadikan katak sebagaiubat (untuk dimakan), lalu nabi SAW melarang dari membunuhnya. (Riwayat disahihkan oleh al-Hakim. Dalam sanadnya ada Sa'id Bin Khalid al-Qurtubi: didhaifkan oleh an-Nasai tetapi dithiqahkan oleh Ibn Hibban serta kataad-Daraqutni: dia Madaniyy yang boleh dibuat hujah dengannya).
Justeru itu, jika nabi melarang dari dibunuh katak sedangkan tujuannya adalah untuk suatu yang penting seperti dijadikan ubat, tentulah ia tidak boleh dimakan sebarangan. Larangan makannya pula tentulah kerana ia memang haram dimakan. Ini kerana nabi SAW jika melarang dari membunuh sesuatu haiwan, maka ia mungkin kerana kehormatannya seperti manusia atau kerana haram dimakan seperti katak.

Asy-Syawkani pula seakan-akan tidak bersetuju dengan kaedah binatang yang dilarang bunuh bererti haram dimakan; lantaran baginya ia tidak jelas. Namun yang rajih ialah: katak haram dimakan.

c) buaya:

- yang menghalalkannya: Malik, Syafi'e dan sebahagian yang lain. Ini kerana ia termasuk di dalam soidul bahr. Oleh itu tentulah ia terkandung di dalam ayat surah al-Maidah:96 tersebut.
- yang mengharamkannya: Abu Hanifah dan sebahagian lain. Ini kerana ia termasuk di dalam binatang buas, lalu termasukdi dalam kategori bintang buas bertaring.
Kata Ibn Baz: masalah ini adalah ijtihadiyyah dan perbahasannya luas, namun yang lebih ahwat (berhati-hati) ialah meninggalkan daripada memakannya; mengambil kira khilaf yang wujud disamping langkah berjaga-jaga mengelakkan larangan.

d) dubuk: telah dibincangkan sebelum ini.

Penutup:

Ini adalah yang dapat diusahakan berhubung persoalan halal dan haramnya binatang-binatang yang mempunyai berbagai-bagaispesis. Pendetailan tajuk boleh dirujuk di dalam kitab-kitab tafsir dan hadith ahkam serta buku-buku Fiqh.

وصلى الله على حبيبنا محمد وعلى آله وصحبهأجمعين.



The end...

[ Last edited by  kupia at 17-4-2008 10:23 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 10:49 AM | Show all posts

Reply #38 kupia's post

Buaya,dubuk,musang kalo ikut syafie halal dimakan....baru tau..

mcm mana dgn tenggiling,tupai,ikan belacak? ada org mkn jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 11:26 AM | Show all posts

Reply #39 cak!'s post

ikan belacak tu camne ek...  ikan tembakul ker....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.081507 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list