|
Post Last Edit by gitarmahogani at 22-5-2011 22:08
Pontianak dalam tandas hospital
Oct 1st 2009
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 533
Seorang wanita melawat kawannya yang dimasukkan ke hosptal kerana demam panas.Oleh kerana mereka sama-sama merantau,maka kebajikan sesama mereka sangat dititikberatkan.Maklumlah sakit demam siapa nak ambil berat kalau bukan kawan-kawan yang paling dekat.
Wanita tersebut menemani kawannya itu pada 1 malam oleh kerana mendapat kelepasan kilang mereka bekerja.Sebaik saja kawannya yang sakit itu tertidur,wanita tersebut berhajat kecil.Tandas pula terletak dikawasan yang agak jauh dari wad tempat kawannya itu ditempatkan.
Wanita itu memberanikan diri juga pergi.Sampai ditandas,wanita itu melakukan apa yang dihajatkan.Entah macam mana terasa ada orang lain yang turut sama berada di dalam keadaan yang sunyi itu.
Cahaya agak malap didalam tandas.Hujan rintik-rintik menambahkan lagi kegusaran dalam hati.
Kedengaran pili air ditandas sebelah dibuka.Sedang tidak pula kedengaran derap tapak kasut memasuki tandas.Dibiarkan saja oleh kerana tidak mahu menakut-nakutkan diri sendiri.Selesai menunaikan hajat,pada waktu yang sama pili air disebelah ditutup.
Pintu tandas segera dibuka oleh kerana perasaan ingin tahu siapa sebenarnya yang turut berada bersama.Didapati pintu tandas sebelah serentak terbuka.
Tiada sesiapa dalam tandas tersebut.......Dan serentak terdengar hilai tawa yang garau bergema dalam tandas tersebut.
Oleh kerana ketakutan,wanita tersebut terus berlari kepejabat hospital.Sampai disana,jururawat bertugas seolah sudah memahami apa yang terjadi.Wanita itu ditenangkan.
Diterangkan dalam tandas tersebut pernah seorang perempuan bukan Melayu mati bersalin didalamnya,namun tidak disedari sesiapa.Entah kenapa boleh begitu.
Sejak itu dikatakan wujud pontianak dalam tandas tersebut,menyakat sesiapa sahaja yang memasuki tandas tersebut.Kawasan tandas itu sendiri perlu melalui kawasan wad yang sengaja dikosongkan,jadi jarang-jarang orang yang menggunakan tandas tersebut.
Setelah keadaan tenang,wanita tersebut dipimpin ke wad kawannya.Serik mahu ketandas berseorangan lagi.Dibawa kawan lain menemankan bersama.
Kejadian terjadi pada hujung tahun 70 an.Wanita yang diceritakan diatas adalah ibu penulis sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
HANTU SEKOLAH TEKNIK
Jan 2nd 2009
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 603
Aku dok dorm B6,level atas.tiap blok ada 2 level,tiap level ada 3 dorm,tapi level aku ada 2 dorm je,dorm tengah2 kosong,dekat 2 tahun gak la.Ada stor kosong jugak kat tepi tandas level aku.
Satu malam lepas prep,aku selamba je la naik awal,sorang2,gi la tandas level aku tu,tup2 waktu buang air kat tandas berdiri kat hujung belah kanan aku ternampak ada orang melintas ke kawasan bilik mandi disebalik dinding pemisah tengah2 tandas.Nampak warna hitam je sekali imbas.Lantaklah,aku peduli apa.Mungkin kawan2 aku.
Tapi ntah camna aku terasa macam nak tau je sapa la yang melintas tu.........Aku pun gi la kat tempat benda tu melintas tadi.Siap kau.
Aku selak tiap pintu bilik mandi pasal aku ingat member aku kot dok menyorok pas melintas tadi.Daripada tiap pintu aku selak sampai la pintu terakhir.....
...takda sapa pun!!!
Aku cepat2 kuar tandas,malam esok ponteng prep,lepak dorm je main gitar tong.Hal ngeri semalam lupa dah.Hahaha.Budak terjal.
Ada lagi cerita...... |
|
|
|
|
|
|
|
DI AJUK MAKHLUK KEGELAPAN
Feb 6th 2009
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 281
Satu malam aku tidur la macam biasa dalam bilik dengan adik aku.Bilik aku sebelah dengan dapur.Ada tingkap kat tengah dinding pemisah dapur dengan bilik,kalau dulu memang terbuka je kaca tingkap tu,tikus pun selalu masuk bilik aku.Tapi tu tak da hal apa la.Kami adik beradik tidur dengan kaki menghadap tingkap tu.
Sedap-sedap tidur aku terjaga la pulak,aku selesema waktu tu,jadi hidung macam tersumbat bila aku tarik nafas.Tup-tup dalam kegelapan kat ruang dapur tu,dari celah-celah tingkap aku terdengar suara mengajuk aku dok tarik nafas tadi.Garau aja suaranya.Aku terfikir waktu tu"Eh hantu ke ni?Ah lantaklah,tidur lagi syok".Waktu aku dengar suara tu terasa macam benda tu betul-betul dok mengadap aku kat belakang tingkap tu.
Bangun pagi esok baru aku teringat semula dan terfikir apa benda la yang mengacau aku malam tadi?Nasib tak tunjuk rupa,tapi agak kalau tunjuk pun aku sambung tidur je terus.Mamai dok baru bangun tidur biasa la mana nak peduli apa-apa. |
|
|
|
|
|
|
|
PONTI AJAK PONTENG
Feb 6th 2009
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 382
Ayah aku asal Kedah,dalam keluarga Ayah aku yang adik beradik 7 orang,boleh kata la cuma Ayah aku ja yang hidup agak berjaya jugak la pasal tekun dok ngaji kat sekolah banding adik beradik dia yang lain,walaupun Ayah agak ketegaq (degil/keras kepala/nakal) dengan Wan aku.Tak boleh blah la bahasa orang sekarang,senang nak bagi hang pa faham.
Mungkin nak di jadikan dugaan untuk Ayah aku,satu pagi tu dia pi la sekolah naik basikal tua,gerek kot orang Kedah panggil basikal,ntah lupa.Dia pi waktu tanah dok tak berapa terang lagi(gelap-gelap subuh).
Kayuh dok kayuh rega dia tu,waktu tu tahun 60 an,kawasan kampung biasa la banyak pokok hutan tinggi-tinggi,ada la terdengar suara halus"pergi mana tu?gelap lagi ni,takda orang lagi lalu sini"
Ayah aku bila dengar suara tu mula-mula rasa heran la.Tapi orang tua aku ni memang jenis hati batu punya orang.Ayah berentikan basikal dan turun.Cari suara siapa tu.Tuh dia!!!!!Atas pokok tua tepi jalan tu Cik Pontianak duduk.Senyum-senyum.Hangpa rasa camna muka Cik Ponti ni?Ntah Ayah tak bagitau aku pulak benda tu dok jelma muka lagu mana.
"Jangan kacau la,aku nak pi sekolah,belajar rajin-rajin tak mau jadi macam hang"
Tu la ayat Ayah aku.Pastu dia terus blah dari tempat tu pi sekolah.Esok pagi pun dia tetap lalu jalan situ .Wan aku pun senyap ja bila dengar cerita Ayah aku.Apa nak kata?Ayah aku memang lagu tu.Dia nampak sekolah lagi penting. |
|
|
|
|
|
|
|
ARWAH MEMBER
Feb 6th 2009
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 501
Malam tahun baru 2002 ke 2001 ke,sorang member aku meninggal kemalangan.Arwah nak pi town celebrate new year dengan member dia lepas jam 12 ke atas.Tapi malangnya dilanggar kereta jenis sport tang-tang tu jugak.Pemandu kereta tu Cina mabuk.Arwah kena langgar dekat kawasan tali air atau anak sungai.Kereta tu tercabut sebelah rim dan terlajak dekat 400 meter dari situ,dan arwah meninggal kat tempat tu juga.Sedih la,member sendiri meninggal walaupun tak rapat sangat.Kaki arwah putus dengarnya dan badan pecah-pecah.Cina mabuk tu kena sebat la dengan geng Pekida kampung aku.Padan muka.
Seminggu lepas tu,ada la sorang saudara kepada arwah ni pergi kedai malam-malam.Lebih kurang 600 meter dari tali air tu.Dia ternampak arwah pakai pakaian putih labuh dan naik motor RXZ kuning yang arwah pakai masa kemalangan.Sedara tu lupa arwah dah takda.
Dia tanya la kat arwah "XXX,kenapa kau dok sini?".Arwah tak jawab apa.Tengok muka sedara tu dan terus pecut selaju-lajunya macam kilat terus hilang.Sedara tu terus teringat arwah dah takda.Balik rumah terus demam.
Ni abang kepada arwah sendiri yang cerita kat aku pengalaman seram sedara dia tu.Abang arwah dengar je adik dia meninggal,terus berenti kerja kat KOta Tinggi dan bergegas balik rumah.Paling sayu abang arwah cerita dia cuci baju arwah adik dia yang penuh berdarah.Walau dah koyak rabak,dia simpan baik-baik buat kenangan.
Al fatihah untuk arwah. |
|
|
|
|
|
|
|
wa best la bro..update lagi yer..aku suka sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
seram gak..meremang baca..
ayat yang dikarang pun best.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pergh... penat aku baca.. banyak gila nak dibaca... tapi bestlah.. terutama sekali part asrama tu yg ada part gad gi cek kelas tu... pergh... bulu roma aku tak nak duduk dah...
Teruskan bercerita.. nak gi relakskan mata dulu... nanti sambung balik... |
|
|
|
|
|
|
|
Bestlah cite TT ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam sume
rasanya cam dah lama aku x karang citer hantu kat sini..
ok..kejadian nih berlaku kat abg aku..abg aku nih jnis badan lemah la jugak..makhluk2 halus memang suka menampakkan diri kat dia..ada satu hari tuh..abg aku rasa lenguh2 kat blakang dia..time tuh dia kat tempat keja..time rehat dia dok rehat kat satu tempat area kilang dia..tiba-tiba datang sorg org India pompuan..badan gemuk..muka pelik sket..rambut panjang n nampak cam x sikat bbrp hari je..tapi dia ikat rambut..yang peliknya..popopuan nih pakai uniform kilang tempat abg aku keja..abg aku memg x penah nampak popuan india nih..kat tempat tuh memang ada abg aku n popuan india nih je..dia datang dekat abg aku then cakap..'encik..kat blakang encik ada belalang besar sangattttttt..eeiiiiii..geliiiiiiiii..geliiiiiiiiiiiiii...'..abg aku yang terkejut terus p kat cermin yang ada kat tempat tuh..then dia ushar2 blakang dia..xde pulak belalang ke apa..dia toleh kat popuan india tuh..menyirap gak darah dia bila popuan tuh dah xde kat situ..cepatnya dia jalan..padahal ada satu je jalan kuar kat tempat tuh..kalau dia lalu mest abg aku nampak kelibat dia kat cermin tuh..dia ada gak tnya operator2 kat situ..ada x operator yang badan gemuk n fizikal cam popuan tuh keja ngn dorg..sah..memang sesuatu..dorg cakap ada 3 org je operator india..tp semua badan kurus! |
|
|
|
|
|
|
|
Kaki judi
May 7th 2010
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 23
'Aku tak puas hati!!!!!Duit kita dah bayar dia RM900!!!!Apa pun takda!!Paranawei!!!!' luah Yusop pada kawan sehobinya,Sabtu.Menggeleng dia teringatkan sami Tok pekong yang mengenakan pelbagai syarat dan bayaran untuk mengadakan upacara tarik nombor.
Bukan takat duit,masa juga terbuang kerana selepas mengadakan upacara perlu pula menunggu 8 hari.Siap dengan pantang larang lagi.Namun nombor yang hadir cuma kosong kosong kosong kosong kosong (baca: takda nombor naik la tu).Sami tersebut bila ditanya cuma mengatakan dewa-dewa tak mahu bagi.
'Aku pun tak puas hati.Sia-sia aja kita terbongkok-bongkok depan patung botak gendut tu.Satu nombor pun tak dapat.Menyesal pun iye.'kesal Sabtu pula.
'Jadi apa kaedah kita lepas ni?' tanya Sabtu sambil asyik memikirkan nombor-nombor yang cantik susunannya.Ditulisnya 9 sempena RM900.
'Kalau kita jumpa Lebai Junid, macam mana?' jawab Yusop sambil membetulkan cermin matanya.Sabtu menulis 2 pula sempena 2 kanta cermin mata.
'Orang tua tu duduk mana?Lebai ke?Kau tak takut kena tampar ke minta nombor kat lebai?'tanya Sabtu sambil melilau mencari nombor yang cantik berdasarkan keadaan semasa.
'Kat kampung bini aku, nu di Batu 34.Belum cuba belum tau.' Yusop membalas, menyampah mengenangkan sami yang pasti tersenyum mendapat habuan duit, tapi hasilnya ke laut. Sabtu tergelak kecil, ditulis '34' maka lengkaplah 4 digit nombor untuk dibelinya di kedai Toto karang.
'Kita pergi hujung minggu ni' ajak Yusop. Sabtu mengangguk dan menyambar motornya, ke kedai Toto pula di pekan. Nombor yang akan dibeli?9234.
Hujung minggu pun tiba.
Dengan menaiki Pajero Yusop, mereka pun bertolak.Mereka turut disertai seorang lagi kawan sehobi mereka, Bunyamin.
'Macam mana kau kenal Lebai Junid tu?' tanya Sabtu bagi menghidupkan suasana perjalanan yang senyap dari awal tadi.
'Dulu motor aku habis minyak. Waktu tu aku nak ke rumah mertua aku, bini aku bersalin anak aku nombor 3 tu. Ni cerita 5 ke 6 tahun lepas la.Jadi motor aku tu dah habis minyaknya, aku pun menolak lah.Kebetulan waktu malam, aku singgah berhenti di surau Lebai Junid tu. Kebetulan orang tua tu jengah surau nak buat Tahajud malam tu.
'Kau tau apa dia buat? Bila aku kata motor aku habis minyak, dia cedok sikit air tempayan guna tin milo. Disuruhnya aku buka tangki minyak motor. Mula-mula mestilah aku tak bagi, karang rosak pulak enjin aku. Tapi dia senyum aje. Aku entah macam mana buka juga tangki minyak aku, lalu dituangnya air dalam tangki tu.
'Bila aku cuba 'start' motor, eh!!!!!! Hidup enjinnya!!!' cerita Yusop panjang lebar.
'Eh ye ke?Pelik juga dengar cerita kau. Handal orang tua tu. Tu pasal kau ajak kami jumpa dia ni?Oooo' kata Sabtu sambil diangguk Bunyamin.
'Jadi kejap lagi macam mana kita nak bercerita dengan dia?Aku pun serba salah jugak nak cakap terang-terang hajat kita nak minta nombor ni' celah Sabtu.
'Kita tengok nanti macam mana. Kalau ada peluang, kita minta lah. Mana lah tau' senyum Yusop. Perjalanan diteruskan. Yusop kemudian membelok ke kanan.'Kejap lagi sampai la kita ni' kata Yusop tersenyum membayangkan nombor yang mungkin diperoleh nanti.
'Eh, bukan ni dah Batu 35?Kau kata kampung bini kau Batu 34 itu hari? kata Sabtu kehairanan.
'Eh ye ke?Bukan aku kata kampungnya di Batu 35 sini?' jawab Yusop mencebik bibir.
'Aduhhh. Melepas satu nombor.Aku tikam 9234, yang keluar 9235!' tepuk dahi Sabtu mengenangkan nombor ekor yang dibelinya tempohari.Tergelak besar mereka semua.
Pajero kemudian memasuki perkarangan surau Lebai Junid. Bangunan kayu dengan 5 anak tangga batu. Keadaan sunyi sepi.Lalang tumbuh separas tulang kering.
'Aku pun tak tau ada ke tidak orang tua ni di surau tu lagi' jawab Yusop membalas pertanyaan Bunyamin kalau-kalau Lebai Junid ada atau tidak. Mereka bertiga kemudian masuk ke dalam surau. Sawang-sawang lelabah memenuhi alang kayu. Keadaan dalam surau elok tersusun.
'Macam mana ni?Kau tak tau rumahnya ke? Kita ke rumah lebai tu la senang. Segan aku nak tanya nombor dalam surau' gesa Sabtu pula.
'Aku rasa kita tunggu dulu, kejap lagi nak masuk Zuhur dah. Dia mesti datang punya.Alahhh.Mesti punya.' balas Yusop.
'Assalamualaikum' kedengaran suara lembut orang tua di laman surau.
Mereka bertiga memandang ke bawah surau. Tersenyum Yusop. Datang sudah Lebai Junid. Bersalamanlah mereka semua. Peliknya Lebai Junid lebih banyak mengerutkan dahi setiap kali antara mereka bertiga bertanya dirinya. Namun mereka tak pedulikan sangat.
Usai solat. Mereka diminta tunggu hingga habis Isyak. Lebai Junid kemudian berlalu pergi. Dipesan juga kalau mahu buat kopi dan cecah biskut ada bahan-bahannya di stor belakang.
Jam menunjukkan 11 malam. Lebai Junid masih tidak habis lagi berzikir semenjak siap solat Isyak. Jemaah cuma mereka bertiga dan berimamkan lebai. Mereka bertiga terus bertahan sabar. Menunggu peluang.
'Assalamualaikum' laung satu suara dari laman surau.
Dijawab salam serentak oleh mereka semua. Kemudian Lebai Junid turun ke bawah, kedengaran perbualan dalam Bahasa Arab. Lalu dibawa naik ke surau oleh Lebai Junid seorang lelaki yang berjubah dan bertutup kepalanya. Mereka kemudian bersolat sunat secara berasingan.
'Psstt Sop oi, macam mana ni?Dah ada orang lain,segan la kita macam ni' tanya Sabtu berbisik. 'Entahlah, aku pun dah penat menunggu dari tengahari tadi.' jawab Yusop.
'Anak-anak semua...kemari' panggil Lebai Junid kepada mereka bertiga. Memberi isyarat supaya menghampirinya dan lelaki berjubah tersebut.
'Perkenalkan. Ini Syeikh Haji Idris. Kenalan lama saya di madrasah di India dulu.' kata Lebai Junid. Mereka bertiga kemudian bersalaman dengan lelaki tersebut. Terasa halus saja tapak tangan Syeikh tersebut.
'Anta semua cukup-cukuplah berbuat munkar diatas dunia milik Allah ini.Judi adalah haram. Dan semua yang haram adalah neraka gantinya.' tiba-tiba Syeikh bersuara dalam pelat-pelat Arab Melayu.
Mereka bertiga tersentak. Apakah syeikh tahu tujuan mereka ke surau lebai? Macam mana boleh diketahui? dan pelbagai lagi persoalan.
'Dari awal kamu bertiga datang siang tadi aku dah tahu hajat kamu ke mari. Jawapan aku tidak. Tidak ada kuasa aku untuk memberikan kamu kelebihan. Semua rezeki berpunca daripada Allah Taala.' kata Lebai Junid selepas keadaan menjadi sepi.
'Anta bertiga tahukah keburukan berjudi?Kita ini Muslim. Terpilih. Kenapa mahu berseronok dengan benda-benda dosa? Allah tidak suka. Silalah hentikan. Insya Allah selamat' tambah Syeikh tersebut.
Kemudian mereka bertiga ditazkirahkan oleh Lebai Junid sambil sekali sekala ditambah Syeikh Idris. Menjelang jam 1 pagi, Syeikh Idris meminta diri. Selepas bersalaman dan berpelukan sebagai galakan bertaubat, beliau turun dari surau dan menghilang dalam kepekatan malam.
'Kamu tahu siapa Syeikh Idris itu?' tanya Lebai Junid.
'Tak tahu Lebai' balas Yusop.
'Dia dah berumur lebih 300 tahun. Subhanallah. Segala keistimewaan adalah kurnia Allah. Bukan dengan kelebihan yang diberi kita gunakan ke arah maksiat. Tapi kita anggap sebagai pinjaman untuk kita beribadat sebanyak-banyaknya.' terang Lebai Junid.
Mereka bertiga kemudian mengambil keputusan bermalam di surau tersebut. Lebai Junid tidak membantah hajat mereka. Menjelang Subuh, mereka berjemaah bersama. Usai solat, Lebai Junid meminta diri.
Mereka kemudian bergerak meninggalkan surau tersebut selepas jam 7, menuju ke rumah mertua Yusop. Kedatangan mereka
disambut mertuanya. Kemudian mereka bersarapan bersama-sama.
'Ayah, dimana rumah Lebai Junid dalam kampung ni?' tanya Yusop kepada mertuanya.
'Kenapa kamu nak tahu? Lebai Junid dah meninggal waktu raya puasa lepas. Aku sendiri turut jenazahnya ke kubur.' jawab mertua Yusop.
Tersembur keluar sarapan yang dimakan mereka bertiga.
p/s- Firman Allah :
“Adapun jika ia termasuk golongan yang dekat (kepada Allah). Maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta syurga kenikmatan. Dan adapun jika ia termasuk golongan kanan. Maka keselamatan bagimu dari golongan kanan”.(11 Surah Al-Waqi’ah ayat 88-91) |
|
|
|
|
|
|
|
Koleksi cerita hantu yang di alami keluarga penulis
Jan 19th 2010
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 376
Mak Long Tik
-Ibu saudara penulis ini sudah lali dengan kejadian-kejadian misteri.Dulu zaman mudanya beliau mengambil upah menoreh dihujung kampung.Waktu itu kampung kami baru mendapat bekalan elektrik.Ditengah-tengah kawasan kampung ada rizab TNB yang menempatkan beberapa menara penghubung kabel.
Mak Long Tik keluar menoreh waktu pagi buta sebelum Subuh lagi.Suatu pagi beliau keluarlah menoreh setelah suaminya berlepas ke Singapura untuk bekerja.Sedang berjalan-jalan dalam kegelapan malam,beliau ternampak sesuatu diatas sebatang pokok durian berhampiran menara penghubung kabel.
Sebiji mata besar,sebesar orang sedang merenungnya.Terasa mahu balik kerumah saja sebaik mata bertentang mata.Dikuatkan hati juga untuk menoreh demi mencari rezeki.
Mak Uda Katon
-Tinggal di penempatan Felda.Suatu malam sedang enak tidur,terasa pergelangan tangan Mak Uda seperti dibelit sesuatu.Dibuka mata dilihat lilitan rambut mengelilingi pergelangan tangannya.Hujung rambut terjurai dari tingkap diluar.Dikejutkan suaminya perlahan-lahan.
Beristighfar panjang Pak Uda melihat keadaan seram itu.Dibacakan doa barulah belitan rambut itu terbuka sebelum ditarik sesuatu perlahan-lahan keluar tingkap.Pontianak.
Mak Andak Kama
-Di penempatan Felda yang jauh terperosok kedalam hutan dikelilingi rancangan sawit,dulunya bekas hutan yang jauh daripada tangan manusia.Bila manusia masuk meneroka,maka penghuni asal hutan berkongsi tempat dengan manusia.
Satu malam waktu keluarga Mak Andak selesai makan malam dan melihat anak-anak membuat kerja rumah,pintu rumah diketuk orang.
Anak sulung keluarga pergi membuka pintu.Tiada sesiapa.Kali kedua pintu diketuk,anak sulung juga pergi membuka.Masih tiada orang.Kali ketiga semua penghuni rumah sudah berkelubung dalam selimut.Menggigil.
Arwah Mak Lang(Al Fatihah)
-Suatu malam,seorang anak arwah membuka tingkap biliknya.Panas betul malam itu.Setelah dibuka nampaklah seekor Pontianak hinggap pada sebatang pinang.Memanggil-manggil manja sambil tersenyum ngeri.
Hodoh tak ingat muka Pontianak tersebut.Keluar bilik lalu tidur bersama dengan arwah yang waktu itu masih kuat lagi.
Mak Cik Mendik(ibu Penulis)
-Kawasan sekeliling rumah juga kadang-kadang boleh menyebabkan sesiapa yang berkenaan berpeluang mengalami perkara misteri.
Ibu penulis waktu itu kecil lagi.Ibu ke belakang rumah mencari kakak-kakaknya.Berjalanlah Ibu hingga agak jauh ke belakang.Tiada sesiapa padahal didengar ada suara kakak-kakaknya dikawasan belakang tadi.
Bila mahu berpusing balik,dilihat rumah tiada ditempat asalnya.Denai kecil tempat berjalan juga sudah tiada.Kawasan yang sepatutnya dikuasai selok belok menjadi kawasan asing seasing-asingnya.Lama juga Ibu terperangkap dalam keadaan itu.
Mujurlah berbunyi seekor angsa peliharaan Atuk yang berhampiran membuatkan Ibu cuba-cuba mencari angsa tersebut.Berjumpa dan barulah keadaan kembali seperti biasa.
Mak Usu
-Dikawasan perumahan Mak Usu di Segamat.Sekumpulan anak muda sedang melepak.Sambil berbual dan bergelak ketawa sambil bertukar nombor telefon awek-awek sekolah yang gatal jantan dan jalanan,mereka melihat seekor Pontianak terbang laju kearah mereka.
Sambil mengepak-ngepak kain kafannya.Bertaburan semua lari. |
|
|
|
|
|
|
|
Hostel
Jan 30th 2010
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 264
1-Senior selalu bercerita tentang padang dibelakang sekolah kami.Kawasan padang ini memang luas,muat 2 padang bolasepak.Sekeliling padang adalah ladang sawit.
Pernah suatu perkhemahan dilakukan. Aktiviti paling popular ialah malam burung hantu dan diadakan diseluruh kawasan sekolah.Apakala setiap peserta ditinggalkan ditempat-tempat tertentu,maka ada senior-senior yang bersiap sedia menyamar dan bersembunyi juga ditempat-tempat tersebut.
Sebagai status senior(kononnya) maka mereka akan berbuat apa-apa saja untuk menakut-nakutkan peserta yang keseorangan tersebut.Pada mulanya tiada apa-apa terjadi.Semua peserta dikumpulkan.Yang peliknya 2 senior tidak berkumpul bersama.
Warden berasa pelik lalu mengarahkan gerakan mencari kedua-dua orang senior tersebut.Dijumpai mereka berdua dikawasan semak berhampiran ladang sawit.Keras dan berpelukan.
Setelah dibawa pulang dan dipulihkan,kedua-dua senior tersebut menceritakan mereka cuba menakut-nakutkan 'seorang' peserta,pada mulanya 'peserta' tersebut berpura-pura takut melalui gayanya menutup muka dengan tangan,namun keadaan berubah sebaliknya apabila peserta tersebut tiba-tiba bergayut terbalik kaki keatas kepala kebawah dipelepah sawit sambil menunjukkan rupa reput.Sejak itu malam burung hantu tidak diadakan berhampiran ladang sawit.
2-Dibelakang blok aspura ada court bola keranjang.Satu malam seorang penghuni turun ke bawah dengan niat mandi berendam dalam kolah.Kawasan kolah ada pintu yang boleh menghubungi court bola keranjang tersebut.Seronok mandi,penghuni tersebut terdengar bunyi derap tapak kasut boot dikawasan court.
Berasa pelik dan menganggap tersalah dengar,penghuni tersebut membuka pintu tersebut.Jelas dilihatnya batalion tentera jepun sedang berkawad,tanpa kepala.
3-Sesetengah senior suka memukul junior.Satu malam minggu diadakan pakatan untuk mem 'black out' seluruh aspura.Warden tiada malam tersebut,penulis lupa dia pi mana. Maka sampai masanya, jam 10 malam,seluruh aspura digelap gelita kan.
Pakatan senior tersebut meluru kedalam dorm junior setelah penghuni-penghuni dorm tersebut diarahkan keluar,kecuali seorang.Penulis tidak terlibat dengan kerja bodoh tersebut.Main gitar kat dewan makan lagi best.Mereka lalu menutup pintu dorm.
Hampir 2 jam mereka dalam dorm tersebut.Dalam 1 jam sebelumnya elektrik telah pulih.Kawan-kawan penulis berasa hairan kerana terlalu lama senior aka kawan-kawan sendiri juga berada dalam dorm tersebut.Setelah ditendang dari luar pintu dorm,mereka lihat kesemua senior itu pengsan.Rupa-rupanya mereka semua digasak saka peliharaan seorang junior yang menjadi sasaran mereka malam tersebut.Bodoh.
4-Warden kami gemar mendenda kami dengan cara pelik-pelik.Suatu masa waktu penulis masih junior,warden telah mendenda satu dorm senior dengan cara berendam dalam kolam ikan setelah prep.Bayangkan prep habis jam 11 malam,kena berendam lama pulak lepas tu,sejuk tak terkata.
Blok penulis bersebelahan dengan blok senior dan kebetulan dorm kami juga bersebelahan dengan dorm senior yang direndam tadi,kemudian kami satu dorm mendengar bunyi hiruk pikuk dalam dorm senior tersebut sedang dorm tersebut sebenarnya kosong dan gelap gelita disebabkan senior masih dalam kolam.Kami diam saja.Penulis tak peduli,main gitar jugak,tapi slow-slow la.....
5-Kalau refer cerita lama penulis di ASRAMA SEKOLAH TEKNIK,penuls pernah mention tentang satu dorm kosong ditengah-tengah level kami.
Kami gemar menjadikan dorm kosong tersebut sebagai port makan nasi lemak.Suatu malam waktu makan,seorang kawan kami ternampak disebelah penulis,satu 'extra' kaki misteri.Kami semua terus keluar beramai-ramai.Penulis pernah juga terdengar suatu masa seorang penghuni saja-saja hisap rokok berseorangan dalam dorm tersebut.Seronok hisp rokok sorang-sorang,kawan-kawan tak boleh 'pancung' sikit.
Tapi sebenarnya berteman.Seekor langsuir bermuka hitam dengan kain yang tersangat kotor dan busuk.Duduk bertenggek dihujung pokok kekabu kering yang mati dipanah petir diluar tingkap dorm kosong tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau merujuk 1st post saya pada thread ini, cerita-cerita dalam website aimanku/ceritahantu ini dibahagikan kepada 2 kategori- pengalaman sendiri dan cerita orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah Biru
Mar 30th 2010
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 124
Pak Dari tenang memandu motornya.Berumur dalam 50 tahun lebih.Kulit hitam kerana kepanasan berjemur.Rambut putih penuh.Bergaya orangnya.Memandu model motor yang menjadi kegilaan anak muda sebelum munculnya 135LC.Gemar memakai vest warna kuning cair.Cincin penuh dijari.
Tenang memandu menuju ke rumah tauke Cina di Taman Rimba dibahagian barat kampung.Dijemput hadir kerana kebolehannya berkomunikasi dengan makhluk halus.Tauke Cina menduduki rumah yang dianggap paling keras dalam kampung.Dipanggil Rumah Biru oleh penduduk kampung.
Sebelum menduduki rumah tersebut,Tauke telah bertanya kepada kejiranan sekeliling tentang rumah tersebut.Maklumlah rumah tersebut walaupun berhantu,tapi bernilai tinggi.Maklumlah banglo.Cuma ditinggalkan sejak seluruh Taman Rimba siap pada tahun 1992 dulu.Pemilik asalnya penulis tak pasti.
Diberitakan rumah tersebut berhantu.Maka Tauke,sesuai dengan budaya kaum Cina yang memuja semangat,telah mendirikan tokong kecil seluas 20x15 dengan 3 patung dewa didalamnya,khas untuk hantu rumah.Difikirkan masalah berkaitan semangat ataupun kalau pada Melayu kita 'hantu' akan selesai.Rupanya belum lagi.
Pak Dari pun sampai.Tauke menyambut beliau dengan mulutnya tak henti-henti bercerita malam sebelumnya salah seorang anaknya bermimpi datang seorang nenek tua berpesan tentang keengganannya menghuni tokong kecil tersebut.
Pak Dari mengangguk perlahan.Kebetulan kawasan luar rumah Tauke menjadi 'port'penulis dan anak-anak kampung berkumpul sambil mengasah kemahiran bermuzik.Kebetulan Tauke pun memang kuat semangat muhibbah.
Sedang berborak-borak,Pak Dari bergerak meninggalkan Tauke yang berdiri didepan.Pak Dari melangkah perlahan memasuki pagar rumah Tauke.Penulis dan kawan-kawan menghampiri Tauke,memerhatikan gerak-geri Pak Dari.
Kami semua melihat Pak Dari seperti berbual-bual dengan sesuatu.Tutur katanya perlahan saja,macam berbisik-bisik.Tapi dengan siapa?
Setelah hampir 10 minit,Pak Dari kelihatan bersalaman dengan sesuatu yang tak kelihatan.Beliau menghampiri kami.
Menurutnya penunggu rumah tidak mahu berpindah ke tokong tersebut,tapi penunggu rumah berjanji tidak mengganggu penghuni rumah selagi diberi jamuan makanan.Tauke menarik nafas lega.
Beberapa ketika kemudian,Tauke dan keluarganya keluar ke Rambah,tidak jauh dari kampung kami.Sebelum keluar Tauke memberi kami makanan ringan sebagai tanda terima kasih.Halal.
Bagaimanapun Pak Dari masih tidak beredar lagi.Seronok melayan anak-anak kampung yang asyik bertanya perihal-perihal misteri.Pak Dari tak kedekut bercerita.Masuk cerita tentang terjemahan Al-Quran berharga seratus ringgit dan enam ratus ringgit.Kisah Ustaz Harun Din.Kisah mentera kebal dan lain-lain.
Satu ceritanya yang masih penulis ingat ialah:
-Suatu malam Pak Dari meredah belukar berhampiran anak sungai dibelakang Taman Rimba.Mencari penunggu yang diketahuinya memang ada disitu.Sedang meredah,Pak Dari ternampak sesuatu.Penunggu.
Setengah jam kemudian,Pak Dari balik kerumahnya marah-marah.Marah kerana penunggu enggan memberi nombor ekor kepada beliau........
Kami semua tergelak kuat.Pandai Pak Dari bergurau.
p/s-cerita ini terjadi pada tahun 2001 seingat penulis. |
|
|
|
|
|
|
|
wa best la bro..update lagi yer..aku suka sgt..
gx5448 Post at 7-5-2010 19:49
Ok. Noted. But la dok tunggu VIVA untuk approval tesis, jadi slow sikit update. BTW thanks for viewing and sweet reply. |
|
|
|
|
|
|
|
Spesifikasi hantu
Jan 15th 2010
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 253
1-Rupa pocong mengikut cerita yang didengar penulis ada 2.Yang pertama gelap atau nampak kosong saja mukanya.Kita tak nampak apa-apa langsung pada muka si pocong.Samada mukanya tertinggal dalam lahad atau tak mahu dikenali ramai.Kebiasaan pocong yang penulis dengar berponjot diatas.Ini senang difahami,jika ponjot terbuka atau tiada takkan mahu si pocong meloncat kesana sini.Londeh kain kafan tu karang.Tu pasal pocong rela tak ada muka.
Yang kedua berupa muka reput yang menyerupai tengkorak.Rupa yang begini berkaitan dengan 40 hari sejak kematian simati ditanam.Kalau kes begini dikaitkan dengan susuk,ada bahagian badan yang tertinggal dimana-mana(kemalangan) atau sebab ilmu hitam.Jika si pocong kembali kerumah atau memasuki mana-mana rumah,hobinya menyelongkar lauk.Simpanlah dalam almari berselak kunci,mesti dapat juga lauknya pada sipocong.Sebagai tanda terima kasih ditinggalkan kesan tanah dan lendir berbau busuk pada bekas-bekas makanan tu.
2-Pontianak adalah hantu paling terkenal.Rank no 1 dalam nusantara.Sampai Singapura yang dikatakan negara maju dan majoriti Cina pun ada versi tersendiri tentang pontianak.Kita tahu rupa pontianak macam mana.Tapi persoalan disini jika pontianak menjelma depan mata; muka pontianak yang bagaimana kita rasa berani la sikit nak curi-curi tengok? Rupa wanita jelita tersenyum atau hodoh bengis bertaring?Manakah yang lebih seram antara penjelmaan-penjelmaan muka sebegitu?Penulis pilih muka Maya Karin.
Ada pontianak yang membawa anak dan ada yang sekadar seorang diri.Jika membawa anak,pastinya anak bertukar menjadi batu nisan.Ada sekali penulis dengar,seorang lelaki disakat pontianak bawa anak.Kemudian tertinggallah si anak yang kemudian bertukar menjadi nisan dalam kereta lelaki tersebut.Tahu apa jadi lepas tu?Jadilah kereta Nissan.
3-Jembalang tanah pula dikatakan badannya separuh melekat dalam tanah,iaitu bahagian pinggang ke bawah dalam tanah,pinggang keatas akan kelihatan menjelma.
Ada seorang kaki nombor pernahlah memuja penunggu busut.Yang datang si jembalang tanah.Teruk dia kena buli dengan jembalang tu.Disuruh menari,disuruh menyembah,disuruh menyanyi.Dapat jugalah nombor akhirnya,tapi haram tak kena.Padan muka.
4-Hantu Raya jika dibela,pemiliknya dikatakan boleh muncul dibeberapa tempat,sedang yang menjelma tu sebenarnya bukan si pemilik.Digunakan untuk menjaga harta dan melakukan kerja-kerja berat.Berupa gorila beruk yang bermata merah.Dikatakan sangat bodoh tapi sangat patuh.
Yang jahatnya hantu raya ni nakal dengan isteri pemilik.Haa tang tu ja hantu ni pandai.Nasiblah siapa suruh bela?
5-Langsuir pula saudara dekat pontianak.Tapi pontianak tak mengaku saudara dengan langsuir.Ini kerana langsuir selalu terkencing pada waktu menjelma depan orang.Terkekeh-kekeh pontianak bila langsuir terkencing waktu menyakat.Siapa takut siapa ni?Langsuir kalau menjelma biasanya berkumpulan.Jarang jumpa dikawasan ramai manusia tinggal.Biasanya dalam hutan-hutan tebal.Berupa nenek tua dengan kain kafan yang koyak rabak berwarna kuning-kuning tanah.
Paling sadis cerita berkait dengan langsuir ni yang penulis pernah terdengar ialah waktu orang mendekut burung wak wak.Pada jaring yang merentang untuk memerangkap burung tu,terdengar rempuhan berat seolah mahu terkoyak jaring tu.Rupa si langsuir yang tersekat dijaring.Habis lencun pendekut dengan kawan-kawannya dikencing langsuir.
6-Hantu galah atau hantu tinggi lebih tinggi daripada bukit.Kalau nak berkawan dengan hantu ni,kena berani.Kalau dah jumpa,cepat-cepat melekat pada betis hantu ni.Maka dapatlah pengalaman melihat gunung, sawah, bukit, kampung, sungai, laut,atau Menara Taming Sari nun jauh kecil-kecil rupanya dibawah.Bila dah berjaya,sebagai tanda bersahabat diberi sehelai bulu betis hantu galah ni.
7-Sesetengah manusia.Sampai waktu manusia nak diciptakan malaikat siap naik hairan dan bertanya pada Allah yang Maha Suci takut-takut bumi ni bertukar menjadi medan perang pertumpahan darah.
Syaitan pun ada 2 jenis.Dikalangan jin atau manusia.Jadi Ariel Sharon,George Bush,Chin Peng,Pol Pot,Mao Zedong,Firaun,Ayah Pin dan lain lain tu adalah hantu syaitan juga rupanya.
Wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
seram gak..meremang baca..
ayat yang dikarang pun best..
nauze Post at 8-5-2010 07:32
Terima kasih. Menulis itu derita yang bahagia. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak siapa tersenyum?
Feb 25th 2010
Oleh: MFT
Jumlah Hit: 277
Fadhilah baru pulang dari tempat kerjanya.Tinggal berseorangan di rumah teres yang dibelinya.Lot tepi.Taman perumahan baru.Umur sudah mencecah 36 tahun.Masih berseorangan.Mempunyai karier yang kukuh sebagai penolong kanan di sebuah sekolah swasta.Kereta juga dah habis 'installment'.Makan pakai cukup.Tapi tiada bersuami lagi.Ibu Ayah sudah tiada.Saudara juga tak berapa ramai,adik beradik cuma Fadhilah dan seorang lagi adik perempuannya. Maka hidupnya agak kesepian.
Terasa petang hari tersebut agak berlainan. Langit berwarna oren merah.Cuaca redup berbalam. Fadhilah tak fikir apa-apa kerana kepenatan,tambahan pula ada kerja yang perlu disiapkannya malam ini.Agak tertekan.
Malam itu,selepas beralas perut dengan tempura,Fadhilah menonton TV dibiliknya.Siaran ASTRO membosankan dengan ulangan siaran.Lalu dibukanya DVD player.Menonton Inglourious Basterd.Brad Pitt buah hatinya.
Pluppp
Elektrik terputus.Fadhilah beristighfar.Terperanjat.Diambil hansetnya dan dibuka function 'light' buat menyuluh suis utama.Memang bekalan elektrik terputus,bukan sebab macam istilah kampung-'suis tendang'.
Dalam kegelapan,Fadhilah terdengar suara kanak-kanak ketawa.Meremang tiba-tiba rasanya.Suara seperti sangat hampir dengannya.Lalu dibuka tingkap bilik dengan harapan ada sumber cahaya bulan menyuluh.
Fadhilah perlahan-lahan keluar ke ruang tamu.Kali ini suara kanak-kanak tersebut seperti menegurnya.
'Pergi mana?Adik nak ikut'
Fadhilah membaca ayat Qursi.Disapu-sapu tengkuknya kerana roma menaik tiba-tiba.Fadhilah berlari ke pintu depan.Dipulas tombol pintu dan dibuka,gril depan pula terkunci dan kunci ada dibilik..........Fadhilah jadi macam nak menangis disitu juga.
Diberanikan hatinya mengambil kunci.Berdenyut-denyut degup jantungnya.
'Cari apa tu?'
Fadhilah menjerit.Terperanjat dan ketakutan.Semua bulu romanya meremang naik.
Tak peduli lagi,Fadhilah berlari kedalam bilik,secepat kilat meraba kuncinya. Kemudian berlari keruang tamu menuju pintu.
Pluppp.Lampu ruang tamu dan bilik hidup semula.TV juga kembali bersiaran.Terdengar suara iklan.Terhenti langkahnya.
Fadhilah lihat didepan pintu yang terbuka,dibalik gril.
Seorang kanak-kanak perempuan berpakaian gaun separas lutut tersenyum dan melambai-lambai.Kemudian hilang sekelip mata.
p/s-Fadhilah sekarang bertukar kerjaya sebagai jurujual barang-brang MLM. |
|
|
|
|
|
|
|
byk tul... terasa mcm kisah seram rekaan je.. boleh percaya ke cerita ni 100% TT? :cf: |
|
|
|
|
|
|
| |
|