|
Cerpen: Cinta Merentas Benua (tamat sudah..)
[Copy link]
|
|
ok, sambung....
----
Bahagian 2
“Katy tak nak!” Khadijah menjerit lapan oktaf sambil hentak kaki. Keputusan umi dan abi menghantarnya belajar jauh ke Yaman benar-benar tak dapat diterimanya. Khadijah berasa hati. Umi dan abi sampai hati nak hantar dia jauh-jauh. Bukannya tak ada madrasah di Malaysia, tapi kenapa Yaman?
“Dah tu, belajar kat sini Khadijah asyik ponteng. Kejap-kejap nak tukar madrasah. Dah tiga madrasah Khadijah pindah, tau? Pening umi macam ni.” Asiah bukan sengaja mahu menghantar anaknya belajar jauh-jauh tapi Asiah sudah buntu dengan kerenah anak daranya itu. Ada saja yang tak kena. Macam-macam alasan anaknya beri untuk tukar madrasah. Migrainlah... Tak serasi dengan kawan-kawanlah... Tak ngam dengan ustazahlah... Asiah pening! Sampai bila nak ikut kehendak Khadijah?
Kali ini Asiah nekad. Setelah berfikir semasak-masaknya, Asiah dan suaminya Yusuf, bermesyuarat dan beristikharah. Kata muktamad sudah diputus. Khadijah mesti dihantar belajar ke Yaman.
“Umi dengan abi suka paksa Katy. Katy tak suka!” Khadijah tak peduli. Dia tunjukkan sikap memberontaknya seperti selalu. Dulu paksa dia buat hafizah walau pun dia sebenarnya lebih suka ke sekolah. Ambil PMR kemudian SPM kemudian masuk universiti. Khadijah minat muzik. Khadijah mahu ambil bidang muzik di UiTM.
“Benda dah lepas, kenapa ungkit lagi Khadijah?” Asiah menggeleng. Geram dengan sikap Khadijah. Anak keduanya selalu beri masalah. Walau pun begitu otak Khadijah amat cerdas. Dalam pada bising dan merungut tak sudah-sudah, Khadijah tamat hafizah dalam tempoh tiga tahun. Itu sudah dikira cepat.
Sekarang sudah dua tahun Khadijah mengikuti kelas alimah. Pun Khadijah merungut kata dipaksa. Namun dalam pada asyik ponteng kelas dan tukar madrasah, Khadijah lulus cemerlang juga.
“Kat Malaysia ni banyak lagi madrasah umi. Kat Selangor ada, Kelantan ada. Kedah pun ada tapi kenapa Yaman?” Khadijah bukannya tak mahu belajar. Setiap kali periksa, mesti dapat Mumtaz. Namun jiwanya sering tertekan dengan suasana pembelajaran. Puas dia cuba meyakinkan umi dan abinya tapi keduanya seakan tak faham apa yang dia rasa. Keduanya selalu menyangka dia sengaja buat kerenah kerana tak mahu belajar alimah. Kalau dia malas, tidaklah dia dapat keputusan Mumtaz. |
|
|
|
|
|
|
|
ooohh... kena paksa rupanya si Khadijah ni... nasib baik otak bijak... |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah cukup baik dia korbankan cita-citanya menjadi penyanyi. Dia boleh saja jadi penyanyi walau pun tidak punya kelulusan di bidang seni tapi dia tak mahu begitu. Bagi Khadijah, kalau mahu jadi penyanyi, biarlah menjadi penyanyi yang berpendidikan dalam bidang muzik. Barulah dia tak dipandang lekeh. Macam artis-artis barat, kebanyakannya ada ijazah. Malah yang punya kelulusan Phd pun ada.
Namun, demi umi dan abi, dia turutkan kata mereka. Sekarang mahu dihantar jauh-jauh pula. Kalau Jordan okeylah lagi. Ini Yaman. Negara yang tiada pembangunan. Nak diikutkan juga ke? Umi dan abi sudah lebih!
Bukan Khadijah tak tahu sebab sebenar umi dan abinya mahu menghantar dia belajar ke Yaman. Di sana dia tak dapat akses internet. Tak boleh pasang lagu-lagu di YouTube. Tak boleh tengok drama di tonton, laman web yang sering dilayarinya malam-malam. Itu saja tempat dia mengikuti rancangan hiburan memandangkan di rumah mereka tiada televisyen. Nasiblah dia dibelikan tablet sebagai ganjaran sebab dia bersedia sambung alimah selepas tamat hafizah.
“Umi saja tak nak bagi Katy main internet, kan?” Khatijah marah-marah.
“Kat sana ada... siapa kata tak ada? Tapi boleh guna time outing. Sebulan sekali.” Asiah pujuk lagi.
“Katy nak belajar kat dalam negeri saja umi. Kat sini pun bagus apa?” Khadijah cuba merayu.
“Kat sana Khadijah boleh lebih mendalami ilmu agama. Yaman merupakan syurga bagi para pencari ilmu. Ramai ulamak tersohor lahir dari pentarbiahan di Yaman. Khadijah tak nak ke?”
Melalui risikan dari teman-teman dan para ustaz, Asiah dan Yusuf mendapati Yaman merupakan tempat tarbiah yang paling terbaik sekali. Malah ada hadis yang menyebut bahawa iman itu Yaman, dan hikmah pun Yaman. Dari hadis ini menunjukkan bahawa Yaman merupakan negeri ilmu. Imam Ahmad bin Hambal sendiri sanggup merentas Baghdad ke Yaman untuk berguru dengan Abdurrazaq bin Hammam. Last edited by ladyFinger12 on 25-6-2014 09:54 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 25-6-2014 09:45 AM
ooohh... kena paksa rupanya si Khadijah ni... nasib baik otak bijak...
Yup... ramai di luar sana yg tanpa sedar memaksa anak2 mereka mengikut acuan mereka. Perkara ini subjektif. Bergantung kpd bagaimana tepung itu diuli...
----
Menurut pandangan beberapa orang yang telah berpengalaman, kalau dengan ibu bapa tak jalan, bermakna anak itu perlukan orang lain untuk ditarbiah. Berpegangkan kepada pandangan itulah Asiah dan Yusuf nekad menghantar Khadijah jauh-jauh. Kata orang yang sudah berpengalaman lagi, berada di bawah ketiak ibu bapa mungkin membuatkan anak-anak manja dan tidak berdikari. Sebab itulah Asiah dan Yusuf nekad dengan keputusan yang mereka ambil.
“Kalau Katy sakit kat Yaman, macam mana? Umi dengan abi juga yang susah.” Khadijah ingatkan umi serta abinya dengan harapan permintaannya dipertimbangkan. Memang dia kerap migrain sejak kebelakangan ini.
“Insya-Allah, tak ada apa-apa... Jangan berfikiran negatif. Awal-awal dah mengalah.” Asiah cuba beri semangat. Sebagai orang yang berpengetahuan dalam bidang psikologi, dia tahu bagaimana hendak mengawal tingkah laku orang. Namun dengan Khadijah dia angkat tangan. Khadijah benar-benar mencabar kewibawaannya. Sindrom anak kedua kata orang...
“Umi ingat senang ke buat alimah?” Pertikai Khadijah lagi.
“Along boleh...” Senang saja Asiah menjawab. Khadijah cebir bibir. Geram apabila dirinya dibandingkan dengan abangnya. Abangnya itu memang anak yang mendengar cakap. Itu along. Dia punya pasallah nak ikut telunjuk umi dan abi.
“Umi cakap senanglah... Katy kena mahir Arab. Semua pelajaran dalam Arab.” Khadijah masih mahu protes.
“Kat Australia dulu, sepatah habuk pun Khadijah tak faham bahasa Inggeris. Tapi baru sekolah lapan bulan dah berabuk cakap. Umi dan abi pun kalah.” Asiah memuji untuk bangkitkan semangat si dara sunti.
Khadijah mengetap bibir pula. Semua alasannya ditolak. Pandai saja uminya itu memujuk. Selalu saja pertikaian mulut dengan umi berakhir dengan kekalahannya. Mana taknya, umi dengan abi guna kuasa veto. Memang tak aci!
Pada Khadijah, uminya itu cukup pandai saiko orang. Khadijah akui uminya itu bukan sembarangan wanita walau pun sekadar suri rumah saja. Uminya itu berkelulusan luar negara. Sama universiti dengan abinya. Tapi mereka belajar ilmu dunia. Belajar ilmu agama bukannya semudah yang mereka sangka. Semasa mengikuti kelas hafizah, dia cuma hafaz Quran. Sekarang dia bukan sekadar menghafal tapi dia kena fahamkan pelajaran yang diterima, lepas tu kena jawab exam.
Kalau di Australia, perlu mahir bahasa Inggeris, belajar agama pula perlu mahir bahasa Arab walau pun cuma belajar di Malaysia. Bahasa Arab pula bukan lah mudah macam belajar bahasa Inggeris. Umi dan abinya tak boleh nak kelentong sebab dia tahu. Dia dulu bersekolah di Australia. Empat tahun dia bersekolah di sana. Dari umur 8 tahun sehingga 12 tahun. Dari langsung tak boleh berbahasa Inggeris sehinggalah dia fasih bercakap dengan lenggok bahasa orang-orang di sana.
|
|
|
|
|
|
|
|
Itu belum lagi masuk bab perbezaan hukum-hakam mengikut mazhab, tauhid, tafsir Quran dan hadis-hadis yang perlu dihafal lagi. Umi dan abi ingat senang? Khadijah menggetus dalam hati. Sungguh dia tak puas hati dengan keputusan umi dan abinya itu.
“Bercampur dengan orang-orang Arab akan membolehkan Khadijah lebih cepat mahir bahasa Arab. Kalau kat Malaysia asyik cakap Melayu aje, bila nak pandai?” Asiah cuba pujuk lagi. Dia faham anaknya itu tak mahu berjauhan. Nanti sudah tiada kebebasan. Di sini Khadijah boleh ulang-alik ke madrasah dari rumah tapi di Yaman Khadijah perlu tinggal dalam kawasan madrasah. Dan yang paling anaknya itu takut, umi nanti jauh untuk mengadu. Asiah bukan tak tahu tentang itu. Siapa tak sayang anak? Lebih-lebih lagi perempuan tapi demi kebaikan Khadijah, Asiah akan pendamkan saja rasa kasihan itu.
“Umi tak tahu... belajar alimah ni susah. Sampai Katy migrain, umi apa tahu?” tingkah Khadijah.
“Along tak ada pun migrain...”
“Along, along lah... Ini Katy... Katy yang sakit kepala...”
“Macam ni lah.... Khadijah tak payah pergi belajar kat Yaman...” Bicara Khadijah dipintas. Yusuf yang dari tadi berdiam, kini bersuara.
Khadijah lekas-lekas pandang abinya. Hatinya mula girang. Alhamdulillah abinya memahami.
“Kawan along ada beritahu abi dan umi yang dia suka kan Khadijah. Kalau Khadijah dah tak mahu sambung belajar, abi tak paksa. Lagi pun abi percaya kalau Khadijah kahwin dengan kawan along confirm Khadijah tak migrain lagi.”
Melopong mulut Khadijah. Kahwin? Abi dah gila? Dia baru berumur 17 tahun. Kalau ke sekolah, baru nak ambil SPM.
“Tak nakkkk!!!” Khadijah hentak kaki.
“Khadijah pilih nak sambung belajar kat Yaman atau kahwin.” Yusuf beri kata dua.
“You are crazy, abi!” Khadijah berlari ke bilik sambil mengongoi.
“Khadijah!” Asiah memanggil.
“Biarkan dia!” Yusuf memberi arahan tegas.
********** |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya... mcm tu sekali mak bapak paksa dia... alhamdulillah ibu bapaku tak seperti mereka... Last edited by Zamzam2013 on 25-6-2014 10:18 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
bagi usu lah kan..budak2@anak2 mmg kena paksa.....
tpkan..usu mmg tak suka mak pak guna kuasa veto...
acane tuh..?
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 25-6-2014 09:31 AM
caitt! Geli nya...
Tq bg link. nak juga tengok besor mana taik hidungnya...
tajuk pom dah tau......masa nilah nak uji taraf cinta sejauh benua tu...berliku2...akhirnya di tanah itu kan ketemu...dua hati pernah menyatu sedangkan peritnya menanggung rindu bila masing2 membawa diri merentasi waktu...ecewah...
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 25-6-2014 12:18 PM
tajuk pom dah tau......masa nilah nak uji taraf cinta sejauh benua tu...berliku2...akhirnya ...
meh nak kabo...
Cinta itu tak semestinya bersatu...
Ada yg bercinta tp tak dpt bersatu.... (contoh saiful dan indah)
Ada yg bersatu tp tiadanya cinta..... (contoh saiful dan wati atau hairi dan puteri)
Yg lebih baik ialah apabila cinta dapat bersatu
Dan yg paling baik ialah bercinta demi DIA yg satu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bahagian 3
“Umi memang tak sayang kita. Umi lebih sayangkan Faty.” Suara Khadijah kedengaran sebak di hujung talian.
“Mana ada... Umi sayang anak umi sama rata.” Fatimah menafikan kata-kata kakaknya.
“Eleh, kalau umi sayang kita, kenapa umi hantar kita jauh-jauh?”
“Kan abi dah beri kakak pilihan? Kalau kakak tak nak belajar, kakak tak payah pergi.”
“Ya lah tu... Tapi kita kena kahwin. Pilihan taik kucing!”
Hik hik hik.... Fatimah mengekek. Dalam pada marah pun kakaknya itu masih nak buat lawak.
“Kenapa kakak tak nak kahwin?” Fatimah sengaja mengusik setelah tawanya reda.
“Kita nak belajar lagi. Ingat ini zaman Jepun nak kena kahwin muda?” Khadijah sudah marah. Memang sakit hatinya apabila mengingatkan lelaki yang gatal mulut minta nak kahwin dengan dia. Walau pun pinangan yang dibuat secara tak rasmi, sekadar cakap-cakap mulut saja tapi disebabkan cakap-cakap itulah dia tercampak ke bumi Yaman.
“Tapi bakal maulana tu, kak.”
“Kalau Faty nak, ambik lah.”
Hik hik hik... Mengekek lagi Fatimah. Kalau tahu masih muda lagi, ada ke patut suruh adik yang baru berumur 14 tahun pula kahwin? “Abang Mohamad nak tunggu kakak, tau!”
“Tiga tahun lagi Faty kahwin aja lah dengan dia.” Khadijah memberi saranan. 3 tahun lagi Fatimah akan berumur 17 tahun. Umur di mana dia disuruh kahwin.
“Eh, dia bukan suka kat kita. Dia suka kat kakak.” Last edited by ladyFinger12 on 25-6-2014 04:08 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 25-6-2014 03:52 PM
err... bukankah veto itu satu subset kpd paksa?
btw, mendidik anak sgt subjektif... Ada yg m ...
Iols pernah menyaksikan sendiri bagaimana akibat penggunaan kuasa veto memaksa anak belajar menyebabkan kemudaratan pada anak.
End up, anak tersebut total lost dan tak dapat sambung belajar sebab tak boleh nak 'masuk'. Anak berhenti belajar, parents lak malu sebab anak habuk pun tarak padahal result SPM flying colours.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Tak apa... Kita tak nak pun. Kita nak cari mamat Arab handsome. Lepas tu kita nak menetap terus kat Yaman. Kita tak nak balik Malaysia lagi dah.”
“Ye lah tu...” Fatimah mengusik lagi sambil tersenyum-senyum. Marah betul kakaknya dengan umi dan abi mereka.
“Betullah... Baru padan muka umi dengan abi. Nak kita pergi jauh-jauh sangat, kan?”
“Kakak, tak nak cakap dengan umi?” Fatimah bertanya dengan niat menguji sejauh mana rajuk kakaknya itu.
“Tak nak lah...” Khadijah masih lagi berkecil hati.
“Tak nak kirim salam?”
Senyap.
“Tak baiklah kak....”
“Kita dah lewat nak pergi kelas ni...” Khadijah mencelah.
Tuttt..... Talian dimatikan.
Fatimah pandang uminya yang mendengar di sebelah sejak tadi. Kemudian Fatimah angkat bahu sambil mencebik bibir. Dari reaksi Fatimah, Asiah sudah faham. Khadijah masih merajuk dan tak mahu bercakap dengannya lagi walau pun sudah dua bulan anak daranya itu pergi meninggalkan tanah air.
“Kakak kata apa?” tanya Asiah. Berkobar-kobar hatinya mahu merisik khabar Khadijah. Namun apa kan daya Khadijah cuma mahu berbicara dengan Fatimah sahaja.
“Kakak nak cari mamat Arab. Nak kahwin dan tinggal terus kat sana.” Fatimah telus memberitahu.
“Nak cari Arab ya? Biar dia. Umi nak tengok. Esok kena kongkong dengan mamat Arab baru tahu melalak rindukan umi.” Asiah mengejek. Fatimah tertawa cuma.
********** |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 25-6-2014 04:09 PM
Iols pernah menyaksikan sendiri bagaimana akibat penggunaan kuasa veto memaksa anak belajar menyeb ...
iols pun pernah menyaksikan anak yg dikuasa vetokan oleh parents. End up menjadi...
iols pernah saksikan parents yg let go anak buat keputusan sdri... ada yg jadi ada yg tak... Spt yg iols kata ia subjektif. Ada yg jadi ada yg tidak... Anak2 x sama even mak ayah yg sama...
Moral of the story... MINTA TOLONG pd si Pencipta anak dan mak ayah....
Last edited by ladyFinger12 on 25-6-2014 04:17 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Anta masih mengenangkan adik ana?” tegur Abdul Rahman apabila dilihatnya Mohamad mengelamun.
Pertanyaan Abdul Rahman tak dijawab oleh Mohamad. Namun senyuman yang terlakar pada bibirnya sudah difahami oleh Abdul Rahman.
“Dia muda lagi. Anta pun muda lagi. Malah anta pun masih mengharapkan keluarga anta membiayai pelajaran anta.”
“Ana tahu... Ana tak perlu tergesa-gesa....” Mohamad akui kegelojohannya. Diri sendiri pun masih di bawah tanggungan ibu bapa, macam mana mahu menanggung anak orang?
Meski pun dia baru berusia 23 tahun, tapi apakan daya rasa yang sudah menjengah tak mampu dia menghalang. Dia akur bahawa dia masih belum bersedia dari segi kewangan namun sukar sebenarnya untuk dia membuang rasa itu. Walau pun Khadijah sudah jauh meninggalkannya, rasa itu terus dipendam dalam dada. Sedikitpun tak pernah luak. Bahkan terus membara.
“Kita ada dua tahun lagi Mohamad. Jangan kerana adik ana, anta kecundang.” Abdul Rahman menasihati sahabatnya. Kemudian bahu sahabatnya ditepuk perlahan.
“Jazakallah kerana mengingatkan ana.”
“Anta benar-benar sukakan adik ana?” Abdul Rahman cuba mencungkil rahsia hati sahabatnya.
“Ya... Ana masih menaruh harapan untuk menjadi zaujnya.” Mohamad tanpa segan silu menyatakan apa yang dia mahu. Apa yang hendak dimalukan? Abdul Rahman sahabatnya. Dia perlu jujur dan tegas mengenai perasaannya.
“Tapi ana rasa anta berhak mendapatkan yang lebih baik.” |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 25-6-2014 04:16 PM
iols pun pernah menyaksikan anak yg dikuasa vetokan oleh parents. End up menjadi...
iols perna ...
Bila dipaksa, menjadi - Mak Pak bangga.
Bila dipaksa, tak menjadi - Ujian buat parents dan anak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 25-6-2014 04:22 PM
Bila dipaksa, menjadi - Mak Pak bangga.
Bila dipaksa, tak menjadi - Ujian buat parents dan ana ...
Jika dia menyangka semuanya atas hasil usahanya, maka begitulah konklusinya... Sekiranya dia meletakkan seratus peratus pengharapan kpd Pencipta, apa yg terjadi dia terima dgn penuh reda... Baik mahu pun buruk...
|
|
|
|
|
|
|
|
“Khadijahlah yang terbaik buat ana.” Mohamad memang tak pernah goyah dengan keyakinannya.
Abdul Rahman tertawa kecil. Bersungguh-sungguh nampaknya sahabatnya itu. “Anta belum pernah melihat rupa Khadijah.”
“Rupa dalamannya sudah cukup menggambarkan rupa luarannya.”
Tertawa lagi Abdul Rahman. “Walaupun Khadijah tidak cantik?”
“Asalkan dalamannya cantik, itu sudah mencukupi.”
“Anta tak akan menyesal?”
Geleng.
“Anta yakin ke?”
Angguk.
“Macam mana kalau ada pilihan lain nanti?” Abdul Rahman tahu mudir mereka cukup berkenankan Mohamad. Mohamad pelajar cemerlang. Rupa pun ada. Tidaklah kacak sangat tapi manis dipandang.
“Tiada talian hayat.” Mohamad membalas penuh keyakinan. Abdul Rahman tersengih.
“Katy Perry Al-Yamani...”
“Hah?” Mohamad tercengang-cengang. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|