|
sr_kila posted on 22-12-2014 02:30 AM
Kelas prep malam memanglah kegemaran aku. Senyap. Sebab ramai budak lelaki tidur. Jadinya, bolehlah ...
Somehow aku suka watak ’ayu’ dari ’aku’. |
|
|
|
|
|
|
|
Kelas prep malam yang sunyi sepi tiba-tiba digamatkan dengan jeritan Amiera. Botol air ‘Taperwei’ berwarna merah jambu tergolek di lantai dengan air yang tumpah bersama beberapa ekor berudu saiz kelingking jari kaki yang berenang bebas di lantai. Dani menahan tawa. Aku buat-buat kecoh macam pelajar lain.
“eiii.. kau minum air berudu,” suara Hafiz kedengaran menganjing dari belakang kelas.
“nak jadi Puteri Katak ke?” suara Asyraf disusuli oleh gelak tawa pelajar yang lain. Aku tumpang sengih je.
“woii.. famous lah kelas kita ni nanti. Ada frog girl woi lam kelas,” makin kuat gelak tawa pelajar setelah mendengar lawak sakit telinga dari Pedot. Muka Amiera merah padam. Mungkin marah, mungkin malu.
“ni apasal bising sangat ni?” suara Mama Rokie menenggelamkan gelak ketawa kami. Semua pelajar diam. Pelajar-pelajar lelaki yang sibuk menyakat tadi semua tertunduk diam. Kami semua terduduk dan diam. Kelas yang tadinya riuh dengan gelak ketawa, kini sepi seperti baru dilanggar Garuda gayanya. Mama Rokie berjalan kearah Amiera. Aku curi-curi tengok dari hujung mata.
“kenapa menjerit macam perempuan sundal ni? tak tahu malu?” Amiera kena jerkah dengan Mama Rokie. Amiera tunduk. Gilalah siapa yang nak melawan Mama Rokie. Setakat ni, yang aku tahu, macam mana gengster pun pelajar tu, takde siapa berani lawan Mama Rokie. Lejen ni. Dalam masa yang dia tunduk, sempat dia jeling ke arah aku. Jelingan maut gitu. Aku angkat kening sambil senyum jahat.
‘nak merasa makan katak pulak, try lah aku,’ aku bisik dalam hati. Dani cuit paha aku. Dia angkat ibu jari kanan. Kami sama-sama senyum.
Gelak ketawa kami bertujuh memenuhi perjalanan balik asrama. Diikuti sekali oleh Hafiz dan rakan-rakan.
“time bila yang kau masukkan benda alah tu dalam botol dia, Som?” Piza tanya.
“eh, kejap, kejap. Citanya kan, masa bila yang kau pergi kutip benda alah tu?” Bella mencelah.
“eh, ada pulak aku cakap aku yang buat?” aku senyum buat muka bodoh.
“aih, sudahlah kau. Bukan semalam yang kitorang ni berkenalan dengan kau. Lama sangat dah,” kami semua ketawa.
“adalah. Bila masa-masa terluang tu,” aku angkat kening tunjuk kerek.
“wei. Korang serious kena tengok muka gedik tu tadi. menggelitik serupa anak katak juga,” Kata-kata Asyraf menggelikan hati kami.
Sampai disimpang yang memisahkan asrama lelaki dan perempuan, kami mengucapkan selamat malam. Asrama lelaki dan perempuan terletak berjauhan antara satu sama lain. Setelah berpisah pelajar lelaki dan perempuan, perbualan kami masih lagi berkisar kepada Amiera dan berudu. Ianya berlarutan sehingga ke katil. Selepas lampu dimatikan, Zahrah tiba-tiba bersuara.
“Som, kau jangan risau. Kalau kau kena demerit ke apa-apa, kitorang ada dengan kau,” aku senyum. Dalam hati terasa terharu betul.
‘terima kasih, kawan,’
“awak nakalkan?” Aku pandang tepi. Oh, mamat ni! Lama tak nampak.
“awak tahu ke?” aku senyum. Dia pun senyum. Aku pandang kiri kanan. aku tak tahu tempat ni. Tapi, cantik.
“kenapa buat macam tu?” aku pandang mata dia. Jernih. Mata dia bundar dan hitam. Aku angkat bahu.
“diorang yang start. Alang-alang nak buat, biar buat betul-betul,” aku senyum pandang dia.
Eh, jap. Dia ni cakap benda yang sama ke dengan aku? ah, lantakkan. Tidak jauh dari kami, atas padang, terdapat sekumpulan lelaki sedang berlari-lari. Dari corak mereka yang berlaga-laga sesama sendiri tu, gayanya macam main rugbi. Teringat aku kata-kata senior aku yang gila rugbi.
‘rugby ; gentleman’s game played by the gentlemen,’
“awak main rugbi?” Aku pandang tepi. Eh, takde dah.
“jangan nakal lagi,” dia angkat tangan dan berlalu dengan senyuman.
(sambung...)
|
|
|
|
|
|
|
|
sr_kila posted on 22-12-2014 06:11 AM
Kelas prep malam yang sunyi sepi tiba-tiba digamatkan dengan jeritan Amiera. Botol air ‘Taperwei’ ...
napa aku rasa ’aku’ ni jantan?
gurl main ragbi ke? Rasanya jantan main ragbi ni.hmm |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 22-12-2014 06:52 AM
napa aku rasa ’aku’ ni jantan?
gurl main ragbi ke? Rasanya jantan main ragbi ni.hmm
bace betul2... =)
but now, dah ade pempuan maen rgbi, yang..
|
|
|
|
|
|
|
|
sr_kila posted on 22-12-2014 09:31 AM
bace betul2... =)
but now, dah ade pempuan maen rgbi, yang..
gurl men ragbi? wau! mesti ada otot badan diorang.
#sukalakiperempuansado
apa perkataan selepas ’yang’ tu? hihi. |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 22-12-2014 09:45 AM
gurl men ragbi? wau! mesti ada otot badan diorang.
#sukalakiperempuansado
iyep.. mcm bola sepak, rugby pon da terbuka utk pmpn.. mybe bukan semua tmpt.. =) =) |
|
|
|
|
|
|
|
Laungan azan sayu-sayup kedengaran. Aku terjaga. Garu-garu kepala sebelum sapu muka dengan tangan kanan. Aku istighfar sebelum bangun ke meja tepi almari. Hari ni giliran aku kejutkan semua orang. Botol air atas meja aku capai dan
GANG! GANG! GANG! GANG!
Bunyi botol air bersatu dengan almari besi.
“ye, ye, kiitorang bangun,” aku senyum dengar suara Hana dari hujung dorm. Nasiblah korang. Lampu dorm dibuka. Kebanyakan penghuni dorm aku tengah menggeliat lagi atas katil. Buruk beno rupanya. Nak gelak pun, pagi sangat lagi. Nafsu gelak tu dah ada. Tenaganya belum betul-betul terjaga untuk gelak. Kan dah merapu. Aku buka pintu lokar. Jadual kelas, jadual pengawas bertugas, jadual seliaan bilik kaunseling dan juga jadual perlawanan hoki antara SBP akan datang terbentang depan mata. Banyak betul urusan duniawi ni. Tuala hijau aku capai dan berjalan ke tandas diikuti oleh Ipah dan Ecah.
Hari minggu biasanya aktiviti aku hanya membaca di dorm. Kami bertujuh jarang outing. Nak outing apenya. Nak makanan, mak Dani dah bekalkan. Boleh makan sampai tujuh keturunan. Ok. Nampaklah menipunya kat situ. Tapi, nak menceritakan banyaknye lahai mak Dani stokkan makanan. Kitorang keluar pun bila betul-betul ada keperluan yang wajib dipenuhi. ‘Keluar’ secara haram, itu belakang cerita. Dorm agak lengang pagi Sabtu itu. Ramai yang outing. Ramai juga yang balik. Dari 30 orang, sekarang ada lah dalam 15 orang. Tu pun ramai yang membuta.
“wei, korang nak tau something tak?” Bella memecah kesunyian.
“aku dengar Ayu angau betul dengan Apis,” Ipah tepuk dahi Bella.
“itu bukan benda baru. Kau ni la. Siapa dalam sekolah ni yang tak tau?” Bella menggosok dahi.
“apahal haa Ayu suka betul dengan Apis? Mamat tu jerk gila kot perangai,” Zahrah datang parking atas katil aku.
“ingat tak wei minggu lepas? Baju geng ‘Princess’ semua ada warna merah kat belakang. Ingat tak?” Dani pula mengambil bahagian. Semua orang angguk. Kecuali aku.
“kerja si Apis lah tu,” aku berkerut dahi pandang Dani.
“eh? Mana kau tahu? tak baik tau tuduh-tuduh,” dari posisi baring, aku duduk bersila menyandar ke hujung katil.
“mana ada tuduh. Apis sendiri cerita time balik sekolah. Bukan main gumbira lagi dia bercerita,” Dani menghulurkan balang kacang goreng yang distokkan maknya minggu lepas. Buku Harun Yahya aku letak tepi sebelum menyambut balang plastik bertudung merah.
“apasal aku tak tahu?” aku bertanya sambil membuka tudung balang. Kacang goreng aku sauk sebelum balang dipaskan kepada Zahrah.
“kau tidur dalam stor buku time tu. Apis kasi kitorang beg kau,” aku garu kepala dan angkat bahu. Sedap pulak kacang goreng ni. Kena minta Makcik Leha buat lagi ni.
“weh, tapi kan, aku rasa Apis tu suka kau lah Som,” aku mengerutkan kening.
“kau mabuk ke Cah? Semalam kau keluar ke?” Aku pandang Ecah dengan pandangan curiga.
“isy, kau ni. Aku mana ada keluar semalam. Betullah aku cakap. Cuba kau perati betul-betul. Apis tau je tau mana nak cari kau,” Ecah dah mula dah.
“haaa.. yang tu aku sokong. Ingat tak time kita keluar pergi kedai Mak Cik Melah tengok bola bulan lepas?” Mak Cik Melah tu tokey karipap kat dewan makan. Dia ada warung kat seberang jalan luar sekolah. kitorang kalau fly, situ je lah portnya. Nak tengok tv je padahal.
“apa yang peliknya?” aku pandang Piza.
“alaaa kau ni. Takkan dah lupa?” sekali lagi aku kerutkan kening sambil mengorek kembali memori-memori gelap keluar malam ke warung Mak Cik Melah. Kabur. Aku geleng kepala sambil angkat tangan.
“surrender. Aku tak ingat,” diorang semua tepuk dahi serentak. Eh, eh. Bukan main lagi. Berpakat ke hape nak tepuk dahi sesama? Geram pulak aku tengokkan diorang ni tau.
“kau ingat tak, malam tu, kita sikit lagi nak kena heret pergi jumpa Auntie Maimun,” suara Piza buat aku macam teringat sikit-sikit peristiwa tu. Tapi, masih kelam.
“ala… lembap lah kau ni. Banyak sangat main hoki ni. isy,” Zahrah mengunyah kacang goreng dengan muka tak bersalah. Aku sabar je dengan budak ni.
“malam tu kan, kitorang sekali dengan Pedot, Acap, Ewan, Apis semua dah lepas pagar dah. Tinggal kau sorang je lagi masa tu,” tiba-tiba satu cahaya datang ke kepala aku. Peristiwa malam tu datang semula kepada aku.
“hah! Aku ingat dah. Aku ingat dah!” satu dorm bergema dengan suara aku.
“woiii.. diamlah!” Seroja yang terbaring di katil hujung jerkah dari dalam selimut. Aku tutup mulut.
“aku ingat dah. Aku ingat dah. Aku menyorok dalam longkang time tu. Tapi kantoi jugak dengan Abang Mat,” aku mengeluh perlahan. Kali pertama kantoi dalam sejarah keluar malam. Kecewa betul.
“haaa.. yang tulah. Kitorang semua ingat kau dah kena heret masuk bilik Auntie Maimun dah time tu,” mangaii.. Auntie Maimun. Tu sorang lagi tu. Kalau kat sekolah ada Mama Rokie, kat hostel ada Auntie Maimun. Auntie Maimun ni warden lejen ni. Dengar nama pun dah menggigil kepala lutut.
“dah tu, apa kena mengena dengan Apis?” aku garu kepala. Ada kutu ke? Dari tadi asyik menggaru je aku ni. Nak kena check ni nanti.
“Apis je yang tahu mana nak cari kau time tu,” Dani terangkan. Aku masih lagi tak nampak apa yang dia cuba sampaikan dan aku masih lagi buat muka aku-still-tak-nampak-apa-kaitannya-dengan-Apis.
“time tu kitorang dah gelabahlah. Masing-masing tak fikir apa dah. Fikir nak patah balik je dah. Sekali Apis suruh kitorang gerak dulu. Siap suruh kitorang order lagi tu,” Piza pulak terangkan.
“aku time tu dah menyirap dah. Aku siap maki lagi dia. Dah sama-sama buat, sama-sama tanggung lah,” Ecah pulak sambung. Emosi betul dia time bercerita.
“lepas tu Apis cakap dia tahu mana nak cari kau. Tu yang dia confident je patah semula pungut kau,” Zahrah membuat kesimpulan.
“oh, ceritanya. Time Apis sampai kat tempat aku, time tu aku memang dah kena suluh dengan Abang Man dah pun. Dah berpeluh dah aku time tu. Mula lah rasa nak leleh. Terbayang-bayang dah kena rotan dengan abah aku. Perghh.. time tu lah,” aku menggeleng sambil ambil nafas.
“tapi, bila Abang Man nampak je Apis, terus dia sengih. Eh, eh, siap bersalam lagi. Bukan main mesra. Rupanya diorang memang geng. Buat penat aku nebes je tau,” sejak dari hari tu, memang Abang Man lah yang tukang payung kalau kitorang fly. Sebab dia pun tahu kitorang bukan pergi tempat pelik-pelik. Warung Mak Cik Melah je pun.
“dah tu, apalah kena mengenanya dengan Apis?”
“oi, Apis je yang tahu kau menyorok lam longkang,” aku buat muka tak de perasaan dengan komen yang diberikan oleh Ecah.
“eleh. Macam lah korang tak buat benda yang sama, kan?” boleh boleh pulak diorang gelak serentak.
“kalau aku lah, takdenya aku nak masuk longkang. Sah-sahlah aku pergi menyorok dalam semak. Isy.. longkang kot. Dahlah dalam. Berair pulak tu,” Ipah yang mula-mula melontarkan hujah.
“ entahnya engkau ni. Kalau aku, aku buat-buat pengsan,” Bella pulak menyambung. Aku geleng kepala. Diorang ni kalau dapat mengarut, memang takde siapa boleh lawan. Belum sempat aku bukak mulut, tiba-tiba seseorang datang memberi salam. Kami jawab serentak.
“akak, saya datang nak mintak tolong,” dengan t shirt Hello Kitty, seluar 3 suku, rambut tocang. Comel pulak aku tengok.
“tolong apa?” Bella bertanya.
“tolong ajarkan math boleh tak?” Bella pandang aku. Aku pandang Ipah dan Piza dan akhirnya kami jatuhkan pandangan pada Dani. Dani mengerutkan kening.
“apa?” kitorang sama-sama sengih. Dani memang champion kalau bab-bab kira-kira main-main dengan nombor. Soalan algebra dia buat macam main batu seremban je. Celah gigi je katanya. Dani pandang budak tu.
“form berapa kau ni?” kerek bukan main bunyinya. Aku menahan gelak.
“form 2 kak,” Dani angguk.
“berapa orang?” budak tu angkat tangan kanan dengan semua lima jari terbuka. Kitorang semua dah start gelak. Dani bulatkan mata.
“biar betul kau ni? lima orang?” bergema dorm dengan suara Dani. Budak tu dah buat muka sedih. Tunduk sambil main jari.
“janganlah marah budak tu. Dia nak belajar. Kedekut ilmu Tuhan marah,” Ecah pegang bersuara lembut sambil pegang bahu Dani.
“kau nak belajar sekarang ke?” Cepat-cepat budak tu angkat muka. Terpancar harapan di muka.
“bila-bila yang akak free lah,” Dani pandang kami semua.
“kita belajar sama-sama lah. okay?” kami sama-sama mengangguk.
“pukul 3, dewan makan,” simple dan sedikit bunyi kerek. Blah la Dani. Sikit lagi budak tu jadi adik angkat kau. Ceit.
“eh, jap. Kenapa dewan makan?” Piza bertanya dengan muka blur. Kami semua pandang Piza. Bella tepuk dahi adiknya. Piza pegang dahi.
“kau kenapa blur sangat ni? every week pun kita pergi sana belajar kan?” Bella geleng kepala. Makin menjadi-jadi pulak blurnya Piza ni. Kami ketawa bersama.
Selesai solat zohor, aku sambung baca buku Harun Al Yahya. Menarik betul. Semua teori sains yang dikeluarkan, beliau kaitkan dengan bukti daripada ayat Al quran. Paling menarik minat aku adalah teori tentang kejadian alam semesta atau teori yang dipanggil Big Bang Theory. Ada juga ditunjukkan gambar nebula yang terbentuk seakan-akan bunga ros merah seperti yang diterangkan dalam surah Ar Rahman ayat 37 dan 38.
“hai, baca buku apa?” aku mengerutkan kening. Suara lelaki. Jadahnya lelaki buat dalam dorm aku ni?
“woi! Kau buat apa dalam asrama perempuan ni?!” terasa panas muka aku menahan marah. Dia tersenyum. Eh, mamat ni. Gila ke?
“kita bukan dalam asrama,” aku pandang sekeliling. Betul. Aku bukan dalam dorm. Tapi, dalam taman. Taman yang penuh dengan bunga.
“oh, maaf. Kurang ajar pulak tadi,” aku tunduk. Malu. Nasib tak maki. Dia ketawa.
“takpe. Terkejut ye?” aku senyum.
“Saya Naufal. Naufal Ali. Aku pandang dia dan angguk. Aku pandang buku Harun Yahya. Ah, awkward pulak.
“oh, ye. Saya Khaireen. Khaireen Ismail,” macam ada yang tak cukup pulak kat nama aku tu.
“Nur Khaireen Ismail,” aku sambung. Haa. Barulah lengkap. Dia senyum.
“manis nama tu. Tapi, kenapa ada yang panggil Som?” kembang pulak rasanya kena puji. Mulalah bibir ni nak sengih je
“bukan semua yang panggil Som. Yang rapat je panggil Som,” dia angguk. Aku pandang sekeliling taman. Cantik. Penuh dengan bunga. Kebanyakannya bunga ros. Tapi, taman ni macam kurang sesuatu. Apa ye? aku tarik nafas panjang.
“saya susah hati,” aku alihkan pandangan ke arah Naufal.
“kenapa?” tiba-tiba terasa pipi aku ditampar lembut. Suara Ecah sayup-sayup kedengaran.
“som, bangun,” perlahan-lahan aku buka mata. Ecah dah siap bertudung. Aku gosok-gosok mata.
“pergi cuci muka. 2.45 dah ni,” aku angguk dan bangun berjalan ke tandas mengikut arahan si Ecah. Sampai di tandas, aku berjalan ke sinki mencuci muka dan berkumur. Aku pandang pantulan muka aku di cermin. Siapa lelaki tu? kenapa dia selalu ada dalam mimpi aku? aku tarik nafas panjang.
“woi, Som! Kau berangan lagi ye dalam jamban? Cepatlah!” suara Dani mematikan anganku. Aku berjalan keluar dari tandas. Kang lama-lama kang, makin tinggi pulak volumenya nanti.
Di dewan makan, aku masih lagi berfikir tentang lelaki itu. Tentang taman yang indah. Tetapi ada kuranganya cuma tidak dapat aku huraikan. Tentang kemunculan dia di setiap mimpi aku. Tentang kata-katanya yang terakhir.
‘saya susah hati,’
Terngiang-ngiang suara dia di telinga. Terasa bahu aku di kuis. Aku pandang tepi. Pedot pandang aku.
“Kau apahal, Som?” Pedot menegur.
“huh? Apa?” aku seakan baru sedar dari dunia sendiri.
“dari tadi termenung. Kau apahal?” aku pandang sekeliling. Dani di meja sebelah mengajar 5 orang junior ditemani Ecah dan Piza. Bella, Zahrah, Ipah, Apis dan Epul sedang berbincang soalan fizik. Aku menarik nafas panjang.
“takde apa lah. Kau tahu tak equation ni?” aku menunjukkan soalan latihan kimia kepada Pedot. Kami mula berbincang mengenai soalan tersebut sebelum diikuti oleh Acap tidak lama selepas itu.
Sesi memerah otak kami akhirkan pada jam 5 petang. Selesai solat asar, kami bersama 5 junior yag mula kamceng turun ke padang. Joging. Selepas 5 pusingan padang, aku duduk di tepi longkang. Melepaskan lelah. Aku memang suka longkang. Kenapa? Aku pun tak tahu. Seronok bila berpeluh. Segala penat di otak tadi hilang entah ke mana. Botol air ditepi aku sambar. Seteguk air bagi membasahkan tekak.
“cepatnya rest. Pancit?” hafiz datang bertenggek disebelah.
“abah kau. Aku taknak lah riak. Humble depan junior,” aku ketawa. Hafiz tersedak air mineral. Makin kuat aku ketawa.
“yang kau apahal? Semput?” aku pulangkan buah keras. Hafiz tersenyum.
“eh, kau taknak try junior ke? Lawa-lawa tu. tu tengok si Pedot tu. dari tadi lagi tak stop,” kami sama-sama ketawa.
“malas ah. Aku ni, tak payah pergi mengorat pun dah ramai yang cair tengok. Abang Apis ni,” dia buat muka ala-ala handsome macam Tom Cruise. Taik laa. Ayam betul.
“erghh.. muka rupa benggali jual eskrem. Perasanlah kau,” aku teguk air untuk kali kedua.
“wei, kau ada dengar apa-apa cerita pasal Ayu?” aku pandang dia. Tiba-tiba mamat ni tanya pasal Ayu.
“kenapa?” dia angkat bahu dan keluarkan bungkusan kecil dari dalam poket seluar track dan dihulurkan kepada aku.
“apa benda ni?” dia angkat kedua-dua kening bagi isyarat suruh aku tengok isi dalam bungkusan tersebut. Ada keychain bentuk hati. Ditengah-tengahnya ada tulisan.
‘AYU <3 APIS’
Aku tergelak besar. Sangat besar.
“walaweiiiiii.. kawan gua bercinta sama diva sekolah,” makin kuat aku gelak.
“woi! Diamlah. Karang yang lain dengar, mampus aku kena bahan. Silap-silap sampai ke tua kena bahan,” Hafiz merampas keychain hati yang sebesar tapak tangan itu dari aku.
“kau ada apa-apa ke dengan dia?” aku bersuara selepas menenangkan hati dari ketawa.
“kepala hotak kau. Isyy. Aku tahu lah hakikat yan takde siapa boleh sangkal. Aku tahu ni kacak, bergaya, mampu memikat hati mana-mana gadis yang aku nak. Tapi, kau kena tahu jugak hakikat yang im not into this bimbo. Erghh.. gila ka?” aku gelak lagi. Perlahan sikit dari tadi.
“Ayu cantik kot,” aku menganjing je sebenarnya.
“kau pun cantik,” Hafiz pandang aku. Tiada gelak atau senyum.
“aku tau,” aku jawab selamba. Walaupun sebenarnya berdebar.
“aku serius,” suara dia perlahan.
“aku pun serius,” aku gemuruh. Kami sama-sama diam. Okay. Ini awkward. Aku teguk air yang tinggal separuh sampai habis.
“hahahahhahaha hahahhaha hahahhahaha,” aku gelak kuat-kuat menghilangkan rasa gemuruh. Mungkin. Kemudian aku bangun dan berjalan ke arah padang.
“woi, balik jom. 6.30 dah,”
(sambung...)
|
|
|
|
|
|
|
|
sr_kila posted on 24-12-2014 07:06 AM
Laungan azan sayu-sayup kedengaran. Aku terjaga. Garu-garu kepala sebelum sapu muka dengan tangan ka ...
what happen to tadah air longkang? waa |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 24-12-2014 08:23 AM
what happen to tadah air longkang? waa
ada baca tak pos #24? bukan tadah air longkang sebenarnye.. hehehe..
|
|
|
|
|
|
|
|
sr_kila posted on 24-12-2014 08:38 AM
ada baca tak pos #24? bukan tadah air longkang sebenarnye.. hehehe..
ada baca..... |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 24-12-2014 08:41 AM
ada baca.....
so, tahu dah kenapa Som lam longkan sebenarnye? hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
sr_kila posted on 24-12-2014 08:46 AM
so, tahu dah kenapa Som lam longkan sebenarnye? hehehe
Err..kna check blik..hihi. |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 24-12-2014 08:50 AM
Err..kna check blik..hihi.
hehhee.. take ur time.. =)
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum TT..dh agak lama nmpk thread ni tapi x penah rasa nk masuk..sekali bila cuba masuk menjengah..ya Allah..rupanya sgt2 menarik cerita TT ni..n i have to say excellent for your style of language..mmg sgt superb ...a very good job TT..am looking forward for the next entries |
|
|
|
|
|
|
|
pooh83 posted on 25-12-2014 07:00 AM
Assalamualaikum TT..dh agak lama nmpk thread ni tapi x penah rasa nk masuk..sekali bila cuba masuk m ...
wassalam sis/bang.. =) time kaseh sudi singgah.. tggi sangat puji tu sis.. sis la kot kan? hehe.. looong way to go nih.. insyaAllah.. tgh apdet ni haa.. agak bz.. setelkan tesis.. btw.. time kaseh sangat2 sudi singgah n baca.. =) =)
kita joget utk awak.. hehe.. =) =)
|
|
|
|
|
|
|
|
Selesai solat isyak berjemaah di surau, kami berjalan bersama pulang ke asrama.
“wei, korang percaya mimpi tak?” aku test diorang.
“mimpi? Aku jarang mimpi,” Dani respon. Aku angguk.
“aku pernahlah terbaca pasal mimpi tu ada yang betul. Ada yang mengarut. Tapi, kebanyakannya mainan tidur je. Setan saja nak acah-acah ajak kau jadi geng dia,” Bella terangkan. Aku angguk lagi.
“kenapa Som? Kau ada mimpi pelik-pelik ke?” Piza tanya.
“takdelah. Aku saja tanya,” lagi beberapa tapak nak sampai dorm, terasa bahu aku ditunjal dengan benda keras. Aku berpaling kebelakang. Princess. Isylah. Aku malas betul nak layan diorang ni tau.
“kau nak apa?” aku bertanya malas.
“aku yang patut tanya kau. Kau nak apa sebenarnya?” aku garu kepala pandang Ayu.
“lantak kau lah. Malas layan,” aku pusing dan mula melangkah anak tangga.
“woi, mak bapak kau tak ajar budi bahasa ke?” aku berhenti di anak tangga ke tiga. Dah naik nama mak bapak pulak. Dani yang kat sebelah dah nak gerak turun ke bawah. Aku tahan. Pegang lengan Dani.
“setakat ni, yang mak bapak aku ajar, kalau dengar anjing menyalak, jangan dilayan. Silap-silap kena gigit. Dan jugak nak membezakan yang mana satu anjing, mana satu manusia,” aku naik tinggal Ayu dan kawan-kawannya. Aku dengar Ayu menjerit-jerit tak puas hati kat bawah tu. Lantakkan. Karang sakit tekak, pandailah dia diam tu.
Malam tu, mata langsung taknak bekerjasama dengan badan aku. Payah betul nak lelap. Dah dekat pukul 1 ni. bilik dah gelap gelita. Aku teringat budak-budak Ayu tadi. Bukan main menyampah lagi diorang pandang aku dengan kawan-kawan. Entah apa entah yang tak puas hati sangat. Daripada form 2, sampailah sekarang. Benci betul diorang dengan aku.
“hai, masamnya muka,” tersentak aku dengar suara tiba-tiba. Aku angkat muka.
“hai,” aku senyum. Dia duduk mencangkung depan aku.
“ada masalah ke?” aku geleng. Dia senyum. Dia selalu senyum. Setiap kali aku nampak dia, dia akan senyum. Sama macam Hafiz. Tak pernah aku nampak dia masam ke, merungut ke. Aku tarik nafas panjang. Aku perhati betul-betul muka Naufal. Memang ada persamaan Naufal dengan Hafiz. Lesung pipit. Naufal ada. Hafiz pun ada.
“awak ada masalah kan? ceritalah. Mana tau saya boleh tolong?” sekali lagi aku tarik nafas panjang. Tak rugi kot kalau aku bagi tahu dia. Aku pun mulalah bercerita dari awal si Ayu dan balaci-balacinya start mencari pasal dengan aku. Macam mana dia cari pasal dengan aku semata-mata nak tarik perhatian Hafiz. Semua aku ceritakan. Dia mendengar dengan senyuman. Dan sesekali dia tergelak.
“dan macam tu lah ceritanya. Tadi lepas balik dari surau pun nak jugak mencari pasal. Kalau dia nak sangat Apis tu, ambiklah. I mean, memang kitorang rapat. Tapi, saya datang sini nak belajar. Nak cari ilmu. Bukan cari pasal,” dia masih lagi tersenyum dalam posisi mencangkungnya. Tak lenguh ke? Aku tarik nafas panjang. Terasa sedikit lapang didada.
“hidup as a student is the best part of life. Paling seronok. So, live your life to the fullest. Tapi, jangan beriya. Nanti jatuh, sakit,” aku angguk dan senyum. Aku pandang sekeliling taman. Taman ni tenang. Aku perhatikan setiap bunga-bungaan yang ada disitu. Baru aku sedar. Bunga-bunganya berwarna-warni tetapi kelopaknya tak berkembang. Itu yang membuatkan taman ni kurang ‘sesuatu’ yang aku rasa haritu.
“awak, kenapa bunga ni semua..,” aku pandang depan. Naufal tiada. Tinggal aku seorang. Aku pandang sekeliling. Langsung tiada kelibat dia. aku bangun berdiri dari kerusi batu. Terasa badan tak seimbang dan…
BEDEBUK!
Tergolek aku tepi katil. Sakit belikat. Aku bukak mata. Suara azan sayup-sayup berkumandang.
“astaghfirullah,” aku raup muka dengan kedua-dua tangan. Perlahan-lahan aku bediri. Karang kalau tahu dek budak-budak bertuah tu, memang makan kena gelak je la sampai ke tahun depan.
“kau jatuh katil, Som?” suara Dani serak-serak. Adeh. Celaka. Dah bangun ke?
“mana ada. Buku aku jatuh,” aku dengar Dani gelak perlahan.
“bangunlah. Subuh dah ni,” aku berjalan laju ke hujung dorm. Suis lampu aku tekan. Serentak, semua lampu dorm menyala.
(sambung...)
|
|
|
|
|
|
|
|
sr_kila posted on 26-12-2014 03:07 AM
Selesai solat isyak berjemaah di surau, kami berjalan bersama pulang ke asrama.
“wei, korang per ...
pah berlubang kaki tunggu hapdet. hari sabtu ritu, kemain dua kli dlm sehari.haaaaaa
ps-ada msa, jnguk karya titew ea?hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 26-12-2014 10:13 AM
pah berlubang kaki tunggu hapdet. hari sabtu ritu, kemain dua kli dlm sehari.haaaaaa
ps-ada msa ...
sorry es.. bz wat tesis.. xlme ag nak viva,,, hehhe.. ok.. nti dah setel keje, sye singgah bce nvel awak ye.. tajuk macam menarik.. =) =) time kaseh baca cerpen sya.. hehe..
kita joget utk awak
hehhehe
=)=)
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|