|
sama2lah kita menyabarkan diri sendiri...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Esmiria at 3-9-2015 09:27 AM
#2 Kalau Orang Tak Suka..
Siti bangkit dari kerusi. Meninggalkan Haliza di meja Cafe.Malas berbicara dengannya. Dia perlu masa bersendirian. Pantas langkahnya menuju ke kereta BMW. Satu panggilan dari rakan alam mayanya masuk. Aron Aziz. Rupanya tidak kacak. Manisnya ada. Sejemput janggut di dagu runcing. Perkenalan mereka berusia 3 bulan di Facebook.Dengan izin Allah, mereka akan bertemu pada Sabtu depan. Kata Aron, dia bercuti pada hari tersebut..
"Assalamualaikum.Nak apa?" soal Siti, kasar.Suaranya sengaja dibuat garau.Tidak mahu meransang nafsu Aron Aziz. Lelaki,biasalah.Yang sebenar, suara Siti tidaklah lunak sangat. Dia perasan sendiri.
"Waalaikmussalam. Dah solat Maghrib?"
"Maghrib? Ni petanglah.Aikk..Awak okay ke tak ni? Mabuk ketum ke?" balas Siti, sambil menghidupkan enjin kereta.Sudah bersedia untuk beredar.Tidak menyedari Haliza yang melintas jalan tadi telah dilanggar sebuah kereta di pertengahan jalan.Denyutan nadinya hilang. Tamatlah riwayat hidup Haliza.
"Takde. Saya tersasul cakap tadi. Awak dah makan?" nada suara Aron Aziz berubah. Siti tersenyum sinis. Dia membelok ke simpang kiri.
"Dah makan.Saya tengah memandu ni.Kita cakap nanti ya." ujar Siti, seraya memutuskan talian telefon.
Hari yang dinanti telah menjelma.Siti cuma mengenakan baju kurung merah. Kepala tak lupa ditutup dengan tudung bawal Indon. Dalam kesedihan kehilangan Haliza, dia mengumpulkan kekuatan untuk menghadiri pertemuan mereka berdua.
"Assalamualaikum." sapa seorang lelaki yang kurus keding. Ketinggiannya lebih kurang dengan Siti. Dia sedang berdiri di belakang Siti .Siti menoleh. Tersenyum. Boleh tahan juga, desis hatinya. Tak lambat salam Aron Aziz terjawab. Restoran KFC, ialah saksi perjumpaan pertama mereka. Jeda sebentar.Situasi kekok dalam suasana yang bingit. Ramai orang memenuhi meja kosong. Saling tersenyum. Aron Aziz mencari tempat untuk mereka berdua. Siti pula hanya memerhatikan kemeja camel dan seluar jeans yang dipakainya. Segak, bisik hati kecilnya. Terus lupa rakan baiknya serta-merta. Seusai memesan makanan, Aron Aziz melawan perasaan gementar dan kekok. Dia perlu berbicara dengan Siti. Tiada makna pertemuan ini.
"Siti.. Awak selesa dengan saya?"
"Kekok.Tapi awak ni macholah." sifat memuji sudah lana tertanam dalam diri Siti. Tak hairan seandainya lelaki berkulit gelap macam Aron Aziz mendengar pujian tersebut.Biasalah,bermulut manis.
"Terima kasih.Awak pun cantik." sela Aron Aziz.Malu. Tentu wajahnya kemerahan jika kulitnya putih.Keturunan India,tak lari dari berkulit gelap(ikut kaum gak ya). Ibu bapa Aron Aziz berlainan kaum dam agama. Hidayah Allah masuk ke jiwa mereka. Mak India. Bapa Melayu murtad. Kedua-duanya kulit gelap. Aron Aziz tahu, Siti sekadar memuji di mulut.Bukan di hati.
"Jom makan."
Mereka makan sambil bertentang mata. Tiada butir bicara lanjut dari kedua-dua pihak. Padahal, Aron Aziz ramah ketika berchatting di tingkap biru dengan Siti. Dialah yang mengambil langkah pertama.Mulanya, Siti kelihatan putih di default picture Facebook. Sehinggalah satu hari, Siti menceritakan kebenarannya. Photoshop yang membuatkannya cantik di mata rakan-rakan lelaki Facebook. Aron rasa tertipu.
"Nak buat apa lepas ni?"tanya Siti selepas makan.Dia merasakan Aron Aziz ialah calon suaminya yang sesuai. Aron Aziz mengukirkan senyuman manis .
"Saya nak balik." tutur Aron Aziz. Dia bangkit dari kerusi dan memberi salam. Dia berterima kasih pada Siti kerana sudi bertemu dengannya. Siti tahu, ia bukan petanda baik.Lagi memgecewakan, Aron Aziz telah memblocknya di Facebook.
"Menyesal aku jumpa dia." kata Siti sendirian di biliknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus. dpt noti komen si kambing.haram tk dpt tgok. cari mengong. |
|
|
|
|
|
|
|
"Takde. Saya tersasul cakap tadi. Awak dah makan?" nada suara Aron Aziz berubah. Siti tersenyum sinis. Dia membelok ke simpang kiri.
"Dah makan.Saya tengah memandu ni.Kita cakap nanti ya." ujar Siti, seraya memutuskan talian telefon.Hari yang ditiba telah menjelma.Siti cuma mengenakan baju kurung merah. Kepala tak lupa ditutup dengan tudung bawal Indon. Dalam kesedihan kehilangan Haliza, dia mengumpulkan kekuatan untuk menghadiri pertemuan mereka berdua.
hukalohhh...puas beng fokus...kejap kat Siti tak pasan Haliza kena langgar mati.....pastu kat ayat lain kata sedih.
Rupanya...ayat yang beng merahkan tu patut di buat kat perenggan lain la cik adik. Baru jelas dah masuk hari yang lain.
Btw, teruskan bawak citer2 yang bukan cliche macam ni. Wat lah siri KISAH BENAR ke contohnya kan. Dunia realiti, masa bercinta dan selepas berkawin. Tak susah sebenarnya nak cari idea...paling senang cari je soal jawab dengan kak sri siantan..hehe..macam2 citer ada boleh diadaptasi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bru nmpk komen yg ni.huhuhu. bencinya guna perkataan huhu.tpi tertaip gak. Idea ni kacang je bgi sya.hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Lama tak dengar nama Cik Seri Siantan
By the way, @Esmiria
Hari yang ditiba telah menjelma Di tunggu / Di nanti lebih tepat... kot?
|
|
|
|
|
|
|
|
tulah...rasanya dlm paper UM ke atau majalah wanita ye? |
|
|
|
|
|
|
|
siapa seri siantan tu?
@Nicki_Meow
yelah saya fix skrng |
|
|
|
|
|
|
|
Wahh.... mesti berdenyut2 jantung es citer cinta tak klise dia mendapat sambutan
nampak tak cita rasa rakyat malaysia.... jgn salahkan penulis 100 persen
|
|
|
|
|
|
|
|
Tk berdenyut.gembira adalah. Yela.bru bukak thread cmni.dh 5 komen pda hri pertama. |
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian / Harian Metro rasanya.
@Esmiria
Zaman hakak kanak-kanak riang dulu, dalam akhbar, ada satu ruangan ni khas tempat rakyat marhaen meluahkan masalah. Segala masalah rumahtangga, anak-anak, mertua, ipar-duai etc etc etc akan dipaparkan dalam tu. So Cik Seri Siantan yang akan membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan memberi nasihat bernas.
Kalau zaman skang ni, Cik Seri Siantan mungkin dah level ADMIN di mana-mana laman sosial.
|
|
|
|
|
|
|
|
lahhh komen salah , xkomen ponn salah juga.....
tu sbb ramai yg suka jadik SR.....
|
|
|
|
|
|
|
|
cuba ko share sikit camne kau stat buat cerita?
contohnya...hari n dapat idea..pastu buat sipnopsis dulu ke...
cari klimaks dan ending ke...
banyak idea ko ni....pasal cerita 'kalau orang tak suka' tu memang aku tak jangka endingnya macam tu
dalam kepala aku kata 'oohh.. dari gambar turun ke hati..' |
|
|
|
|
|
|
|
akak ni.xkn mrh lagi kot. Sy x persn. |
|
|
|
|
|
|
|
Eii.aku tulis terus.takyah wat sinopsis ke apa.sbb pernh aku tulis dulu rangka cerita kat buku.pahtu bila taip kat komputer dulu,jln cerita bertukar! eii buat pening pala je fikir kesn plot time rangka! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kambeng_masam at 4-9-2015 05:21 AM
tak kisah memana satu pun Es..asalkan selesa dgn style menulis sendiri. Takde rule tertentu nak rangka dulu ke, nak terus tulis ke. Ramai je penulis ngetop mat saleh jenis wat cerita direct kuar dari kepala otak....fresh dari ladang katanya. Style gini katanya ialah jenis 'seat on the pants" writer. Menaip terus dari otak turun ke jari. Dah siap semukasurat, baru diedit.
Bayangkanlah penulis2 gini menaip guna typewriter jaman2 tu kan? penuh bakul la dgn kertas.
|
|
|
|
|
|
|
|
tpi klo typo time guna typewriter cmner ye? jenuhla.. nsib xyah guna mesin taip.lalala |
|
|
|
|
|
|
|
Ehem.... tumpang lalu. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|