|
aku tanak berharap dah...frust anugerah skrin lom kebah lg...so,esok nak tonton just for fun..tu pon kalo RI and TZ attend... |
|
|
|
|
|
|
|
kan. itu pun kalu la Tiz ngan RI attend... mmm. |
|
|
|
|
|
|
|
so,leh konpem kan whether dorang akan attend ke tak? |
|
|
|
|
|
|
|
ala. tak pasti lak. aku rasa mungkin akan TZ pgi. RI tak pasti. |
|
|
|
|
|
|
|
InsyaAllah klu ade TZ.. ada lah..
hrp2 TZ & RI dtg...
TZ kene more careful la klu camera zoom kt die... wartawan ni mcm2 pe'el.. |
|
|
|
|
|
|
|
Belek2 InTrend, ada jugak gambar Tiz
Baju kaler red keoren-orenan. Dengan seluar pendek yang diperpanjangkan
Ruangan Gaya Hidup - Horoskop.
Katanya pasangan secocok scorpio : Cancer, Virgo, Taurus and Capricon. Habang Adam? |
|
|
|
|
|
|
|
FFM ni Sabtu ke Ahad eh?
Kalau Tiz menang bonus, kalau tidak belum rezeki dia.
Yang penting Tiz terus berkarya. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hijau88 at 18-11-2011 21:23
yup. ahad ni.
ala... mmm...tym ffm tu mcm ada hal lak aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Dilihat pada senarai pencalonannya, GUA rasa tidak sukar untuk membuat ramalam kecualilah ada kejutan pada malam itu nanti. Antara calon Top 5, Maya Karin (Cun), Eja (Janin), Tiz Zaqyah (Nur Kasih The Movie), Lisa Surihani (Sekali Lagi) dan Liyana Jasmay (Senjakala), GUA dengan yakinnya memilih Eja dan Tiz.
GUA memilih Eja bukan kerana dia adalah pemenang trofi Pelakon Filem Terbaik di Anugerah Skrin 2011 baru-baru ini, tapi kerana dia memang layak. Lakonannya sangat bagus dan meninggalkan kesan di hati penonton. Lakonan Tiz Zaqyah juga bagus dalam NKTM cuma mungkin rezekinya tidak ada di ASK 2011. Mana tahu mungkin juga juri lebih tertarik dengan lakonan Tiz kali ini.
petikan dr gua.com.my
dr ASK lg aku perasan GUA duk bajet TZ ada chance nak menang ... apa2 pon thank you GUA, for believing in TZ... kalah dan menang adat bertanding,kami kat sini redha walau pon pahit |
|
|
|
|
|
|
|
ye la. kalu ada rezeki Tiz kan. InsyaAllah. Aminnn.
hijau88 Post at 18-11-2011 09:17 AM
aminnnn kan.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 389# orang_kampong
kan. |
|
|
|
|
|
|
|
aminnnn kan..........
eddlisa_uyuk Post at 18-11-2011 22:23
Aminnn. |
|
|
|
|
|
|
|
Citing Syamsul, Shaheizy, Zahiril, Liyana and Tiz as her favourite local stars, and Syamsul, Yusry and Pierre Andre as her favourite local directors, Lisa believes that the key to success is variety.
Read more: Up against the best - Showbiz - New Straits Times http://www.nst.com.my/life-times ... .7306#ixzz1e7fBpU7Y
LS penah berlakon dgn TZ tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Bercerita tentang filem Cinta Kura-Kura, Norman memberitahu, filem itu merupakan salah satu filem yang diterbitkan untuk tujuan komersial. Filem itu dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel, Zizan Raja Lawak, Shy8, Fara Fauzana dan Fizz Fairuz.
“Filem Cinta Kura-Kura ini diarahkan oleh pengarah baharu iaitu Nizam Zakaria dan ia akan ditayangkan pada bulan Mac 2012. Kami juga mempunyai beberapa strategi untuk menerbitkan filem untuk tujuan pertandingan atau komersial,” katanya.
credit to: kosmo online.
yay. |
|
|
|
|
|
|
|
tgh layan abang adam as hidayat |
|
|
|
|
|
|
|
memula cite cam best. last2 aku rasa cam tak best plak.
tp remy mmg romantik abissss!!!! wuwwuwuuwuwu gigit jari lah awek2 yg tgk cite 'payung emas' td. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by itayiruz at 20-11-2011 11:07
Cinta terlalu peribadi
Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
[email protected]
AKTRES yang lahir pada 25 Oktober, 1988, ini tak perlu menunggu lama untuk dikenali. Barangkali sudah tersurat tuahnya, laluan yang ditempuh mudah bahkan populariti diraih dalam tempoh yang singkat.
Memulakan langkah pada usia 18 tahun dengan muncul watak cameo dalam siri Gol & Gincu pada 2006, anak bongsu dua beradik ini menyerlah dalam siri kegilaan ramai, Nur Kasih, arahan Kabir Bhatia hingga meraih anugerah Pelakon TV Wanita Paling Popular Berita Harian 2009.
Nama Tiz Zaqyah terus bersinar menerusi filem Nur Kasih The Movie, siri Gemilang dan Soffiya. Bakat gadis yang kini hangat menyulam kasih dengan aktor Remy Ishak ini tidak perlu dipertikai lagi, apa saja watak yang diberi pasti dizahirkan sebaik mungkin.
Ikuti apa kata bintang utama Cinta Kura Kura yang bakal menjengah pawagam Mac depan, mengenai perkembangan terkini, perjalanan karier dan cinta.
Click Here
Tahun 2011 bakal melabuhkan tirai. Apa pandangan anda terhadap graf karier anda tahun ini?
Alhamdulillah, saya puas hati dengan perjalanan karier saya tahun ini. Tidak seperti tahun-tahun lalu saya banyak berehat, tahun ini saya bekerja keras.
Boleh dikatakan tawaran tak putus-putus malah watak yang saya terima juga menarik. Pendek kata, tahun ini saya lebih bersemangat menyahut cabaran baru.
Syukur, maklum balas peminat juga sangat memberangsangkan. Mereka sukakan lakonan saya terutama dalam drama rantaian Soffiya dan Gemilang. Tahun ini juga saya berpeluang bekerja dengan KRU Studios menerusi Cinta Kura Kura. Tidak dinafikan syarikat ini mempunyai kepakaran pada aspek teknikal dan CGI.
Menerusi filem ini, barisan pelakon perlu berimaginasi kononnya berkomunikasi dengan kura-kura walhal objek itu tidak ada depan mata. Sangat mencabar dan terasa janggal pada mulanya tetapi lama-kelamaan saya dapat biasakan diri. Bagi saya, filem ini sangat menarik dan mengetengahkan perspektif baru dalam pembikinan filem tempatan.
Kebelakangan ini, anda nampaknya semakin kurus. Diet, makan hati atau gara-gara kerja?
Eh... mana ada, betul ke kurus? Saya pun tak sedar yang saya semakin kurus. Kalau nak tahu, saya kuat makan. Saya bukan jenis yang jaga pemakanan, kalau rasa nak makan, saya makan. Tidak ada istilah ikat perut, pantang atau diet.
Makan hati? Tak ada apa pun yang nak dirunsingkan. Mungkin sebab terlalu penat bekerja. Tahun ini saya jarang dapat berehat kerana kebanyakan masa
di lokasi penggambaran.
Pada awal pembabitan, nama anda antara yang terhangat dalam carta kontroversi. Begitupun kebelakangan ini anda tidak lagi jadi bahan sensasi...
Baguslah! Saya lebih suka begini. Orang hanya sebut nama saya apabila ada drama, telefilem atau filem baru. Peminat pun banyak bagi komen di laman sosial Facebook, mereka suka jika saya begini. Harap-harap tidak ada lagi kontroversi kerana apa yang lebih saya utamakan adalah kerjaya, bukan cerita-cerita sampingan yang merimaskan.
Projek terbaru?
Kini saya terikat dengan penggambaran telefilem Pencari Jalan Lurus, arahan Ismail Yaakob, untuk TV AlHijrah. Saya bergandingan dengan Beto Khusyairi.
Sebuah kisah biasa yang manis di mana saya melakonkan watak Naila, gadis kampung yang bekerja kilang. Hobi membaca mempertemukan Naila dengan kakitangan perpustakaan bergerak, lakonan Beto. Penggambaran kira-kira lima hari berjalan lancar bahkan semua pelakon yang terbabit sangat komited. Beto sangat profesional dan saya cukup selesa dengannya. Untuk projek akan datang, ada beberapa tawaran telefilem dan drama tetapi semua masih dalam pertimbangan.
Bagaimana pula cerita cinta anda dan Remy?
Tidak banyak yang boleh saya kongsikan kerana ia terlalu peribadi. Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami baik-baik saja dan buat masa ini, belum ada apa-apa perancangan untuk melangkah ke fasa berikutnya.
Biarlah ikatan rasa yang terjalin itu bergerak mengikut masa dan andai ada ketetapan, akan saya maklumkan satu hari nanti. Mohon saya kepada peminat, doakan yang terbaik buat kami. Oh ya, khas buat peminat, insya-Allah tahun depan saya dan Remy akan bergandingan sekali lagi dalam sebuah drama.
Tunggulah... jalan cerita drama ini sangat menarik.
Sumber : Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yay. tak sbr menanti tele tu... Tiz ngan beto... yay. |
|
|
|
|
|
|
|
Thks itayiruz. Well said. Love the interview, short, precise, focus and professionally done.
Salute. Wish Tiz the best in her career. Fly proud and high like the eagles fly. Insya Allah. amin. |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya TZ nyanyi kat birthday bash dia smlm.
yay. |
|
|
|
|
|
|
| |
|