|
CORNFLAKES MADU
5 cawan Cornflakes
1/4 cawan madu
1/4 cawan mentega
1 1/2 sudu besar gula kastor
ceri atau taburan manik, untuk hiasan
paper cup, secukupnya
Cara Penyediaan:
Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.
Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik.
Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius. |
|
|
|
|
|
|
|
BISKUT JAWATIS
Bahan-bahan yang diperlukan:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan mentega
1 cawan gula halus
1 biji kuning telur
2 sudu teh Nescafe
1 sudu teh esen vanila
Langkah-langkah penyediaan:
Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
Seterusnya masukkan kuning telur, Nescafe dan esen vanila. Kacau sedikit biar semua bahan tergaul sekata.
Masukkan tepung dan gaul sehingga menjadi adunan. Tekstur adunan sepatutnya agak lembut dan boleh diterap.
Masukkan adunan ke dalam acuan terap. Saya guna acuan semperit biasa tu je.
Bakar sehingga biskut bertukar keperangan. Suhu bergantung pada oven masing-masing. Antara 170 - 180 darjah celcius.
Sejukkan biskut di atas redai.
Setelah sejuk, ambil sekeping dan sapukan dengan sedikit jem pilihan dan tangkupkan dengan sekeping biskut lagi.
Sedia untuk dinikmati. |
|
|
|
|
|
|
|
KEK BATIK
Bahan-bahan:
1 pek biskut Marie
250g mentega/butter
200g serbuk Milo
3 sudu besar serbuk koko, ayak
3/4 tin susu pekat
Cara Penyediaan:
Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan. Che Nom guna loyang berukuran 8"x8".
Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair.
Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati.
Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas.
Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis.
Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
KEK COKLAT
Bahan-bahan:
1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula perang
1 cawan susu coklat dutch lady
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/2 cawan tepung gandum (ayak dengan 1 sk soda bikarbonat + 1 sk serbuk penaik)
3 biji telur
Cara Penyediaan:
Cara untuk kek:
Ayak tepung bersama dengan soda bikarbonat dan serbuk penaik dan.asingkan
Masukkan serbuk coklat, gula perang, susu coklat, minyak dan susu ke dalam periuk. Kacau dengan api yang perlahan sehingga gula larut. tutup api.
Pukul telur dan masukkan ke dalam bancuhan no.2 di atas.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam bancuhan td...kacau sebati..
Lumurkan marjerin pada loyang...masukkan adunan yang telah sebati..kukus selama 1 jam atau sehingga masak..
Anggaran dalam satu jam, cucuk dengan garfu...kalau licin maknanya kek dah masak
Cara untuk topping:
Cairkan 2 sudu marjerin..
Casukkan 1 sudu serbuk coklat dan 3 sudu susu pekat mengikut selera masing-masing |
|
|
|
|
|
|
|
BISKUT NESTUM
Bahan-bahan:
125 gram butter, premium Anchor butter
1/2 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
1 cawan Nestum original, kisar halus
1 cawan Nestum original, tak perlu kisar
Bahan untuk hiasan:
Ceri merah atau hijau, hiris kecil
Sedikit Nestum original, tabur atas pinggan untuk salutan doh
Cara Penyediaan:
Untuk bahan kering, ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Satukan dengan serbuk Nestum kisar dan juga Nestum yang kasar.
Dalam mangkuk berasingan, pukul butter (yang sudah dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula kastor sehingga putih dan berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul sehingga kembang.
Masukkan bahan kering tadi. Kacau sehingga betul-betul sebati menjadi doh yang lembut.
Rehatkan doh seketika. Uli menjadi bentuk bulat sebesar guli (kecil sedikit jika anda suka biskut yang kecil). Gulingkan doh di atas Nestum dan susun di atas dulang yang telah digris dengan butter. Tekan dengan garfu dan hiaskan dengan ceri.
Bakar pada suhu 175, selama 15-20 minit. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah❤️
Kuih KASWI GEDIK
Resepi ambil dlm group ni juga..
Menjadi gedik & lembutnya.????
Resepi Kuih Kaswi Gedik
Bhn-
** 1 cwn gula merah
** 1/2 cwn gula putih
** 2 cwn air
** Sehelai daun pandan
(Masak sehingga mendidih dan sejukkan....)
** 2 cwn tpg gndm
**1/2 cwn tpg ubi
** 2 cwn air lg
** 2 sudu besar air kapur
** Sedikit garam
Cara-
Masukkan bahan diatas didlm bekas/ mangkok kemudian tuangkan air gula merah yg dh ditapis tadi.kalau nk warnanya hitam masukkan sedikit kicap pekat..kacau sebati..
Pastikan air kukusan tu dh mendidih..
Sapu loyang dgn sedikit minyak baru masukkan adunan tu..
Kukus selama 45 minit atau pun sejam..
Sejukkan dulu lepas tu boleh la potong dan digaul dgn kelapa parut yg dicampur sedikit garam....siappp ...
Foto&airtangan- Eniza M. Salim
Kredit resepi-Jamilah Jamilah |
|
|
|
|
|
|
|
Pau ????
1/2 kg tepung gandum
11/2 sudu gula
1 camca kecil baking powder
1 sudu shortening
1 cawan air suam
1/2 pkt mauripan
Inti ikut suka
Cara2:
1. Campurkan 1/2 sudu gula & yis dlm air suam. Tunggu yis berbuih
2. Campurkan semua bahan2 lain... tepung, gula, baking powder & shortening.. gaul rata
3. Masukkan campuran yis & tambah sdkt air sambil uli
4. Uli sampai doh lembut (uli macam sental baju tu)
5. Rehatkan doh dlm 30min (tutup rapat /tutup dgn kain lembap)
6. Lepas 30min, tumbuk doh utk buangkan angin. Uli lagi dlm 5 minit
7. Bulat2kan, besar ikut suka, masukkan inti
8. Kukus selama 7 minit dlm air yg dah mendidih , api kukusan besar
9. Cukup 7 minit, alihkan dulu pengukus baru bukak penutup pengukus
Siap... Selamat mencuba ????
Credit: Marlia |
|
|
|
|
|
|
|
Antu laksa kuarlah
Saya guna resepi ni
Resepi Laksa Penang
Bahan-bahan kuah
Ikan kembung 2 kilo (rebus guna periuk tekanan 1 jam)
Bahan-bahan kisar
6 biji bawang besar
Belacan seinci
Cili kering anggaran satu genggam (gunting dan rebus)
Ikan bilis segenggam( untuk kuah yang kick)
Bahan-bahan perasa
Daun kesum 2 genggam
5 kuntum bunga kantan
6keping asam keping
Kaedah
Kisar ikan yang telah direbus dengan periuk tekanan. ( ikan akan hancur keseluruhannya, jadi tidak perlu asingkan tulang dan isi).
Masukkan dalam periuk bersama air rebusan tadi.
Kemudian tambahkan bahan-bahan yang telah dikisar dan masukkan bahan-bahan perasa lain.
Rebus semua bahan hingga mengelegak, tambah air agar ia lebih cair untuk dibuat kuah.
Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
Bahan-bahan laksa
Sebungkus laksa kering (rebus hingga empuk)
Atau guna sebungkus laksa basah (celur dahulu sebelum makan)
Bahan-bahan ulam dan lauk sampingan (anggaran mengikut jumlah tetamu)
Daun salad iceberg (basuh dan hiris )
Timun sebatang (kupas kulit dan potong cincang)
Bawang besar (hiris halus:
Cili api (potong bulat dan kecil)
Limau kasturi (belah dua)
Telur rebus (kopek dan belah dua)
Cara-cara menyediakan laksa.
Letakkan laksa yang sedia direbus dan ditos tadi didalam pinggan pilihan anda.
Tambahkan kuah laksa yang telah siap dimasak.
Hiasi dengan bahan-bahan ulam dan lauk sampingan tadi.
Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba
Mai olah mengikut citarasa |
|
|
|
|
|
|
|
RESEPI BINGKA TELUR PANDAN KUKUS sedap dan mudah!????????
.
Bingka ni memang jenis yg lembut sikit ya dia x sama dengan bingka yg biasa.????????
Bahan Bahan :
3 biji telur ayam
100gr gula pasir
240ml santan
1 sudu makan tepung gandum
Sedikit garam
Pasta pandan( boleh ambik dari daun pandan yg sudah di blender dengan santan)
CARA PENYEDIAAN :
1. Pukul telur dan gula hingga rata
2. Tambahkan garam dan santan serta pasta pandan. Kacau rata semula.
3. Tambahkan tepung gandum, kacau hingga rata.
4. Tapiskan adunan dan siap untuk di kukus selama 35 minit.
Note : sebaiknya alaskan loyang dengan platik putih yg tranparen dahulu supaya mudah di angkat apabila masak.
Selamat Mencuba! |
|
|
|
|
|
|
|
Rendang Ayam Pedas
Rendang Pedas Ayam
Mesti ramai yang suka.
Resepi di sini
Resepi
Rendang Pedas Ayam
Bahan
1ekor ayam dipotong kecil.
Bahan kisar dgn 1 cawan air
12-15 ulas bawang merah rose
10 ulas bawang putih
2 ruas jari kunyit idop
3 ruas jari halia
1 ruas jari lengkuas
2 btg serai
4 biji buah keras
1 sdb ketumbar biji sangai dulu
1 sdk jintan manis sangai dulu
1 sdk jintan putih disangai dulu
Cara
Mula masukkan sedikit minyak ke dlm kuali kemudian masukkan
2 btg kayu manis,goreng sekejap,kemudian masukkan bahan kisar.
Masak sehingga wangi,baru masukkan
40-50 btg cili kering direbus dulu, kemudian dikisar,masak lagi sehingga 30 minit,
**(Kakchik haritu makcik masak guna 30 ja cili kering. Rebus dulu baru blend..) tak pedas sgt
Masuk ayam (klu tak mau ayam hancur goreng ayam setengah masak dulu)
Tambah
2 kiub pati ayam
1 sdb gula merah
1 sdb gula putih
2-3 sdb kerisik,
Masuk
Daun limo purut n (daun kunyit dihiris)
Akhir masukkan
1/2-1 kotak kecil santan kotak
Masak biar mendidih sehingga ayam masak.
credit : Makcik Ratu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Roti kacang merah
Suhu 160/15 min
Roti pandan manis dan roti kacang
Bakar guna air fryer
Resepi ROTI
Bhn A
1 cwn air suam
3 sdk yis mauripan
1 sdk gula
( 3 bhn di atas kacau sebati biar kan berbuih)
Bhn B
2 1/2 cwn tepung roti
1 sdb susu pekat manis/tepung
1 sdb planta
1 biji telur(optional)
1sdk pelembut roti
Secubit garam
Cara-
Campur semua bhn B
Masukkan pula bhn A sedikit demi sedikit
Uli doh hingga lembut cantik dan tidak melekat di tangan.
Rehatkan doh selama 1 jam( tutup doh tadi)dgn tuala kecil.
Bila doh dh mengembang,tumbuk2 doh td untuk keluar kan angin.
timbang doh dan rounding.
bentukkan roti apa yg kita nak.
biarkan doh betul2 naik.
Spray air pada roti sebelum bakar.
Saya bakar dalam air fryer
Bakar 15min/ suhu 140 |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam bakar air fryer
Bhn-
Ayam
Madu.
Serbuk cili
Sos tomato
Sos tiram
Garam atau guna serbuk pati ayam
2 sudu minyak
Bawang putih(tumbuk)
Cara-
Satu kan semua bhn pada ayam.
Perap 1- 2 jam
Masuk ayam dlm basket air fryer
Air fry suhu 180/20 min
Terbalik kan ayam tambah 160/5 min
Atau sehingga ayam masak
Ikut pada air fryer masing2
Note-mcm ni pun dah sedap.saya letak beberapa ulas bawang putih yg di tumbuk lumat dan campur dlm perapan ayam.menaik kan lg aroma semasa di bakar.tiada sukatan bhn2 .ikut byk mana ayam..letak lebih bhn2
Saya agak2 je.tak de sukatan |
|
|
|
|
|
|
|
Menu petang.
Banana roll
Mudah dan sedap.
Bhn-
Pisang berangan
Roti pratha jenama KAWAN
Kuning telur
Bijan
Cara-
Ambil sekeping roti pratha
Letak pisang dan gulung
Kemudian potong kepada 5 bahagian
Sapu kan kuning telur di atasnya dan tabur bijan
Bakar dlm airfryer dlm 10min
Bergantung pada air fryer msg2.suhu 160
Atau sehingga kekuningan dan pastri pratha nmpk rapuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Resepi brown korea chicken:
1 sudu teh rosemary
1 sudu teh oregano
1 sudu teh thyme leaves
2 sudu besar brown sauce knor
1 1/2 sudu besar maggi secukup rasa
1 sudu besar blackpepper azad
1 sudu kecil sos tiram yasmin
3 sudu besar minyak masak
1 biji ubi kentang potong slice
1 sudu besar sos cili manis korea
2 sudu kecil gula
6 ketul ayam
Suhu°200
10 minit depan
10 minit belakang
#airfyersimplus6L |
|
|
|
|
|
|
|
Burn Cheesecake
Bahan-bahan :
250g cream cheese
2biji telur + 1biji kuning telur
½ cawan gula
200ml whipping cream
2 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1 sudu besar perasan lemon
Cara :
Blend je semua guna blender sampai semua bahan Tu jadi smooth.
Tuang dalam bekas yang dilapik dengan baking paper.
Bakar dengan suhu 180c selamat 20minit (ikut Airfyer masing²).
** Sedap dimakan sejuk²** |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|