Kuiz Anda Ada 300 saat
Soalan: Sekiranya anda diberikan masa selama 300 saat, apakah perkara-perkara yang akan anda lakukan bagi mengelakkan kejadian- kejadian dibawah menimpa anda.
1. Kebakaran di rumah/ tempat kerja Menggunakan perkakas elektrik dengan berhati-hati... Tutup semua suis/gas apabila tidak menggunakannya.... Jangan biarkan anak2 bermain dengan api... Pastikan sistem wayar elektrik berfungsi dengan betul...meminta pendapat pakar bila hendak mengubah/menambah wayar elektrik...
2. Kemalangan di rumah/ tempat kerja /di jalan raya Elakkan dari meletakkan barangan berbahaya merata-rata di dalam rumah... Menggunakan barangan yang ada di tempat kerja dengan betul dan cermat.... minta bantuan sesiapa jika kita tidak pasti dengan penggunaan sesuatu barangan... jangan main hentam jek... Berhati-hati ketika melintas di jalan raya Memandulah dengan berhemah.... jangan asyik nak cepat je... Sentiasa berwaspada dengan persekitaran...
3. Di ragut – lokasi: di mana-mana sahaja Jangan berseorangan di tempat sunyi....pastikan sentiasa berteman jika hendak ke mana2 sahaja.... Jangan leka bila memegang beg/barangan berharga yang lain.... Jangan pakai barangan kemas yang berlebihan....
4. Ditipu – harta benda atau perasaan Jangan terlalu mudah percaya dengan kata-kata manis orang (penjual) Sentiasa ambil langkah berjaga-jaga dengan semua perkara dengan menyelidik terlebih dahulu sebelum membeli atau membut pelaburan kewangan Jika sayangkan seseorang, janganlah menyerahkan 100% jiwa dan raga..... simpanlah sedikit untuk diri sendiri...
5. Kehilangan barang2/ orang tersayang (kecuali maut) Menjaga barangan yang kita sayang seperti menjaga diri sendiri.... Jaga perasaan orang di sekeliling kita.... jangan bertindak sesuka hati sahaja....
6. Terperangkap dalam kesesakan jalanraya Mendengar info tentang trafik di media... Kalau boleh, keluar lebih awal untuk ke tempat kerja... Mengambil tahu tentang jalan alternatif untuk ke sesuatu tempat... senang bila berlaku kesesakan yang tidak disangka...
7. Ketinggalan bas/LRT/KapalTerbang Sentiasa ingat waktu berlepas/penerbangan..... buat 'reminder' kat henpon.... Keluar lebih awal untuk ke tempat dituju.... Sekian
** sila hantar jawapan anda selewat-lewatnya pada 7hb Mac 2012, Jam 2.30 ptg
Markah: 35 – 50 bergantung kepada cegu yang bertugas memeriksakertas jawapan . |