CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Neelofa OFFICIALLY berhijab?#pg15 / KISAH HIJRAH LOFA #pg34

[Copy link]
Post time 1-7-2014 08:18 PM | Show all posts
Neelofa Ambil Keputusan Berhijab

Diterbitkan: Selasa, 1 Julai 2014 5:01 PM

Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
[email protected]




PETALING JAYA: Kehadiran Ramadan berjaya membuka hati pelakon Neelofa untuk berubah selepas dia memilih untuk memakai tudung.

Pengurus kepada pelakon itu, Mohd Amer Shafiq Khalip atau lebih dikenali sebagai Shawn Amer berkata, Neelofa, 25,  membuat keputusan berkenaan pada Selasa (hari ini) dan langkah itu adalah satu perubahan positif buat dirinya.

"Benar, Neelofa sudahpun berhijab dan dia telah mengesahkan perkara tersebut kepada saya pada hari ini (Selasa).

"Dia juga melihat perubahan yang dilakukannya adalah satu perkara yang positif buat dirinya," katanya kepada mStar Online.

Shawn diminta mengulas mengenai kenyataan adik pelakon itu, Ameera, yang memuat naik foto Neelofa bertudung di Instagram miliknya dengan kapsyen rasa bersyukur dengan perubahan yang dilakukan oleh kakaknya itu lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.



Neelofa tidak dapat dihubungi memandangkan dia sedang membuat rakaman suara bagi program Meletop yang akan bersiaran secara langsung pada malam Selasa di Astro Ria pada pukul 9 malam.

Dalam pada itu, Shawn berkata, sebelum membuat keputusan untuk berhijab, dia sudah mula memakai tudung secara perlahan-lahan sejak tiga bulan lalu.

"Alhamdulillah, berdasarkan pemerhatian saya, Neelofa berubah secara perlahan-lahan dan sejak tiga bulan lalu, dia kerap berhijab. Tidak sangka pula dia melakukan perubahan secepat ini.

"Bukan sahaja lebih positif tetapi wajahnya dilihat sentiasa gembira. Apa-apapun kita mendoakan yang terbaik untuknya," ujarnya.



Credits: mstar.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2014 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulilah.....jgn pakai ketat2 dh
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 08:31 PM | Show all posts
mat_jenin posted on 1-7-2014 08:17 PM
aku pun sedih ...Alhamdulillah. InsyaAllah, dia ada segalanya. Allah kurniakan dia dengan kecantik ...

terima kasih utk pandangan ko. Aku cuma kata yang dia ada semua kelebihan tu dan tak kata pun Allah tengok kelebihan2 dia tu. semua orang pun tau Allah tak pandang semua tu. Yang penting amalan kita. Kelebihan yang dia ada pun datang dari Allah jugak. Cuma aku personally jelez dengan org macam lofa ni sebab kan kelebihan dia, dia boleh inspired org to be better. dan mungkin dengan kekayaan dia boleh buat sedekah yang bukan sikit2, tapi mungkin dia tak bercerita.

tak macam org biasa2 kais pagi makan pagi yang mcm aku ni kdg2 nak menderma pun berkira2..wpun Allah dah janji sedekah tu mendatangkan rahmat
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 08:37 PM | Show all posts
jai09 posted on 1-7-2014 08:31 PM
terima kasih utk pandangan ko. Aku cuma kata yang dia ada semua kelebihan tu dan tak kata pun Alla ...

Perluke nk bsedekah secara banyak ribuan2? walaupun diri susah mcmnapun sedekahla walau sikit skalupun.yg penting niat untuk besedekah. contoh..kau beli kerepek dgn makcik susah, bglah lebih walaupun rm1..itukan dah dikira bersedekah.jgnla nk tunggu baru jd kaya baru nk sedekah

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 08:46 PM | Show all posts
comel lofa berhijab..congrats lofa!
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 08:48 PM | Show all posts
jai09 posted on 1-7-2014 08:31 PM
terima kasih utk pandangan ko. Aku cuma kata yang dia ada semua kelebihan tu dan tak kata pun Alla ...

aku pun tak kata ko cakap mcm tu....eelloo itu bukan kelebihan..itu maybe bawa bala kalau tak digunakan dengan baik..semua org ada kelebihan even tak cantik, tak kaya..tp maybe dia ada kemahiran lain...mcm si lopak ni ada juga kelemahannya.....mcm mana ko kata dia ada SEMUA kelebihan...hahhaha asal kaya cantik bijak = semua kelebihan???????dia tak ada kelemahan...ofc ada...so dengan itu dia tak ada semua kelebihan...semua org ada kelebihan dan kelemahan yg berbeza Allah kurniakan......so apa isunya nak kata jarang ada pada org lain...sebab tulah kena bersyukur....apa yg Allah beri.....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2014 08:50 PM | Show all posts
melinda_kerr posted on 1-7-2014 08:37 PM
Perluke nk bsedekah secara banyak ribuan2? walaupun diri susah mcmnapun sedekahla walau sikit skal ...

Konsep di sini sedekah rm 1000 lebih membantu membantu masyarakat berbanding sedekah rm1.. Orang kaya kaya rm1000 boleh sedekah sebegitu shj kerana punya banyak wang.. Orang miskin kedana seperti kalian porumer pprt ini paling hazabbb rm 1.. Nak tabur rm 100 harommmm selak kain nampak pangkal peha pun tidak mungkin.. Sedekah mengumpat retis ada lah hari hari..

walaupun ikhlas kedua duanya yakni rm 1 atau rm 1000, tetap rm 1000 itu lebih membawa lebih banyak manfaat berbanding rm 1.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 08:52 PM | Show all posts
Subhanallah..alhamdulillah...persis juma dah lepas nie...lofa pakej lengkap dah sekarang..educated..business minded...famous n berhijab...perfect!... Lepas ni jgn jadi jenayah fesyen..semoga perniagaan tudung dan jubah terus melembutkan hati lofa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2014 08:53 PM | Show all posts
mat_jenin posted on 1-7-2014 08:48 PM
aku pun tak kata ko cakap mcm tu....eelloo itu bukan kelebihan..itu maybe bawa bala kalau tak digu ...

Mana kamu mahu? Dilahirkan cantik seperti neelofa atau hodoh?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 08:54 PM | Show all posts
melinda_kerr posted on 1-7-2014 08:37 PM
Perluke nk bsedekah secara banyak ribuan2? walaupun diri susah mcmnapun sedekahla walau sikit skal ...

aku cakap aku berkira2 nak bersedakah. ada ke aku cakap aku tak bersedekah langsung. btw, ini citer pasal lofa berhijrah kan. citer je la pasal lofa. aku bukan karatz dia pun tapi aku puji dia je. buat apa nak amik kisah apa yg aku cakap.

cuba concentrate pasal topic thread nih. jangan la off topic sgt sampai sumer pendapat orang nak diperbetulkan. aku jarang2 komen tapi bila aku komen aku takda la nak kacau komen orang lain. semua orang ada pendapat sendiri kan.

kalau ada beribu2 untuk sedekah pun Alhamdulillah. kalau setakat beli keropok, waima tisu satu peket sekalipun Alhamdulillah. itu terpulang pada masing2



Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 08:54 PM | Show all posts
jai09 posted on 1-7-2014 08:31 PM
terima kasih utk pandangan ko. Aku cuma kata yang dia ada semua kelebihan tu dan tak kata pun Alla ...

dan mungkin dengan kekayaan dia boleh buat sedekah yang bukan sikit2, tapi mungkin dia tak bercerita.

tak macam org biasa2 kais pagi makan pagi yang mcm aku ni kdg2 nak menderma pun berkira2..wpun Allah dah janji sedekah tu mendatangkan rahmat
----

dalam agama ko ajar tu bersedakah banyak2 ke berapa banyak amount sebut dalam kitab tu...???eelllooo setahu aku derma org susah lagi Allah pandang...dan menderma tu bukan pada kuantiti tapi kualiti hati dan niat si yg mendermanya, kalau tak mampu derma boleh doa n zikir luas konsep menderma..n sedekah ni  membuang duri dijalan pun dianggap kerja kebajikan n sedekah, tahan marah sedekah, senyum pun sedekah....jngn ingat org miskin berkira-kira...setahu aku org kaya lagilah kedekut nak derma (berdasarkan pengalaman aku...bukan semuanya)

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 08:57 PM | Show all posts
jai09 posted on 1-7-2014 08:54 PM
aku cakap aku berkira2 nak bersedakah. ada ke aku cakap aku tak bersedekah langsung. btw, ini cite ...

ello ni open forum..semua org boleh cakap n bebas nak komen apa saja..sebab tu ada butang reply...kalau tak suka gi buat forum sendiri...sikit2 nak sentap..ego...tak boleh dibetulkan pendapat..eloo sila berfikiran terbuka sikit.....kalau ko pun boleh memberi pendapat so apa isunya jika org lain nak bg pendapat even mengkritik pendapat ko?????

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 08:59 PM | Show all posts
mat_jenin posted on 1-7-2014 08:48 PM
aku pun tak kata ko cakap mcm tu....eelloo itu bukan kelebihan..itu maybe bawa bala kalau tak digu ...

susah la macam ni kan. tak boleh nak komen langsung. apa yang aku nampak pada dia, dia ada kelebihan. aku takde pun kata dia perfect. tak der ye.
memang la dia ada kelemahan sebab dia manusia biasa. tapi buat apa aku nak carik kelemahan dia. kelemahan dia adalah untuk orang2 yang rapat dengan dia tegor dan dia perbetulkan.

tak tau la aku bawak bala ke tidak, sebab aku pun tak sempurna nak kata kelebihan orang lain bawak bala



Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 09:01 PM | Show all posts
mat_jenin posted on 1-7-2014 08:57 PM
ello ni open forum..semua org boleh cakap n bebas nak komen apa saja..sebab tu ada butang reply... ...

hahahhaaa...plis la. buat apa aku nak sentap ngan ko. tak berbaloi pun. aku cuma ingatkan jangan sampai off topic. lofa dapat pahala sebab berjirah. aku tak nak plak dapat dosa sebab ntah hapa2.

ko pun kena cek ego ko jugak kot.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 09:03 PM | Show all posts
Neelofa bertudung bukan sebab perniagaan

Oleh NURFARHANA MOHAMED

KUALA LUMPUR 1 Julai - Pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd. Nor atau Neelofa, 25, mengambil keputusan untuk berhijab bukan disebabkan perniagaan jubah yang diusahakannya sebelum ini.

Menurut pengurusnya, Mohd. Amer Shafiq Khalip atau Shawn Amer, tanggapan seperti itu tiada kaitan kerana apa yang dilakukan Neelofa adalah sesuatu yang sangat baik buat dirinya.

“Anggapan orang luar yang mengatakan dia berhijab hanya disebabkan perniagaan yang diusahakannya itu perlu dibuang jauh. Ini perkara serius dan dia ikhlas bertudung," katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 09:03 PM | Show all posts
addamnor posted on 1-7-2014 08:53 PM
Mana kamu mahu? Dilahirkan cantik seperti neelofa atau hodoh?

.cantik tu luas maknanya n subjektif ......neelofa ni cantik tang mana so apa cantik yg seperti neelofa???

oleh kerana cantik tu luas maknanya..so tiada siapa yg hodoh  tp maybe ada..pada saya org yg hodoh ialah org yg sempitkan definasi kecantikan pada rupa fizikal saja...sayangnya tak kekal....if sesuatu yg cantik ia kekal..mcm hati baik iti jenis kecantikan yg kekal

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2014 09:05 PM | Show all posts
jai09 posted on 1-7-2014 09:01 PM
hahahhaaa...plis la. buat apa aku nak sentap ngan ko. tak berbaloi pun. aku cuma ingatkan jangan s ...

sentap kan...heheheheh....apa authority ko nak ingatkan ingat no forum bapak ko yang punya sohai..hahhaha mesti melayu felda pprt ni nak kata aku ego..dia yg ego sebab pantang kena tegur

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 09:05 PM | Show all posts
mat_jenin posted on 1-7-2014 08:54 PM
dan mungkin dengan kekayaan dia boleh buat sedekah yang bukan sikit2, tapi mungkin dia tak berceri ...

terpulang pada ko nak cakap apa. obviously ko yang lebih arif bab agama. syabas
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 09:08 PM | Show all posts
jai09 posted on 1-7-2014 08:59 PM
susah la macam ni kan. tak boleh nak komen langsung. apa yang aku nampak pada dia, dia ada kelebih ...

ini forum..tak semestinya apa yg ko tak kata org lain tak boleh cakap..dan komen2 forumer pun bukan berdasarkan apa yg ko cakap so tak perlulah nak tanya mcm sohai..eh ada tak aku cakap mcm tu.....setiap org bebas bagi komen yg berbeza....

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 09:09 PM | Show all posts
mat_jenin posted on 1-7-2014 09:08 PM
ini forum..tak semestinya apa yg ko tak kata org lain tak boleh cakap..dan komen2 forumer pun buka ...

laaa...hahahhaaa...tak abis2 lagi ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.741934 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list