CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Amandaminaj96

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI VOLUME 34

 Close [Copy link]
Post time 26-3-2021 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 24-3-2021 03:28 PM
Haiwan apa je yg sche x allergic?

Selain cats, tatau la. Den x suka reptiles, yg furry animals lain like bears plak, penah la tgk depan2 tp x pegang hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2021 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 24-3-2021 04:27 PM
Tadi lunch ikan singgang dan ayam goreng. ni layan popia sira paduuu

Wah, den suka ni. Sedapnya. How r u kaben? Hr ni buat apa?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 25-3-2021 08:02 AM
Budak excited nak pi KL. Morning sb

Olo, comey betul dia. Mesti seronok p jenjln jauh nih
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 25-3-2021 12:41 PM
virtual hugs...take care...ni tadi bff ajak brunch...terus mkn nasi...
dah standby sate da ...

Sate daging ramly tu camana rupa? Frozen ka or dia jual ready ro eat? Pestaim tau nih
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 25-3-2021 12:42 PM
berbaloi le...dah selera kurengg ye...ni mendung, hujan berhari2...
selera membuak2 {:smi ...


Yep, selera tgh roller coaster. Hr ni den msk wlupun asalnya hajat di hati nk order kuetiaw. Tingat sayur2 dlm fridge. So, msk je la. Tadaaa. Nasik grg yg asalnya healthy sbb guna olive oil tp disudahi dgn a big knob of butter, jd healthy dia tu dah kurang sikit hahaha.


Pokchoy stir--fry dgn oyster sauce. Byk plak den mkn sayur hr ni


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 03:31 PM | Show all posts
kuihbakar replied at 26-3-2021 11:24 AM
Baik Alhamdulillah. Dila apa khabar arini? Semalam tu settle mana yang patut sahaja. Tapi betullah ...

Alhamdulillah ada org nak bantu ya? saya baca tadi mana dah x jumpa. Hope all is smooth. Dila tadi pagi rajin ni ptg dah malas balik...mengantuk pun ya ni , lunch tadi makan cheese cake and latter mc d. hehehe so kaben ni kira urus rumah je la...alaaa xdpt jadi paparazi kita lak  ni...amek gambar nikah lopa hehehehe...drive safe kaben
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2021 03:33 PM | Show all posts
Scheherazade replied at 26-3-2021 03:01 PM
Wah, besar gak ni. Sedap (mcm Chu Brother jt YT tu ckp), hehehehe

apa tu ek sche, makcik dah tua nak lupa dah apa makcik tepek
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 03:34 PM | Show all posts
Scheherazade replied at 26-3-2021 03:09 PM
Yep, selera tgh roller coaster. Hr ni den msk wlupun asalnya hajat di hati nk order kuetiaw. Tin ...

nampak delicious as usual
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2021 04:49 PM | Show all posts
halooo...

baru nak join chatting disini..

jangan halau yeaaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 04:54 PM | Show all posts
citer pasal kuewtiaw ni, esok misi masak kuewtiaw kungfu la gamaknya..

kompom penuh dengan carrot n baby corn je nanti..

coz me suka sayur warna warni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 26-3-2021 08:13 AM
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Salam jumaat. Semoga dipermudahkan segala urusan pada hari i ...

Ws. Saka 2 ni
Menu pe tu? Dari St. Regis ke?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 26-3-2021 04:54 PM
Amandaminaj96 replied at 26-3-2021 09:56 AM
Sy brunch terus harini kak sb...


Sedap bangat sambal sotong bertelur ni, terus tapau gak beli Colonel Rice KFC...nom nom...mkn dgn sambal sotong...ayam KFC KIV dulu...haha...
Dinner pe? Japgi JJ rumah sebelah...meriah tak

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
chikumanis replied at 26-3-2021 03:49 PM
halooo...

baru nak join chatting disini..

Welkam...dinner ape tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
chikumanis replied at 26-3-2021 03:54 PM
citer pasal kuewtiaw ni, esok misi masak kuewtiaw kungfu la gamaknya..

kompom penuh dengan carrot ...

Esok mkn kenduri...rumah abang 5 jemputan...jenuh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 26-3-2021 02:06 PM
Sate daging ramly tu camana rupa? Frozen ka or dia jual ready ro eat? Pestaim tau nih

Frozen...ada ayam, daging & kambing...semua sedap...dgn kuah dia pun sedap
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 26-3-2021 02:09 PM
Yep, selera tgh roller coaster. Hr ni den msk wlupun asalnya hajat di hati nk order kuetiaw. Tin ...

Dapnye...ni lunch JJCM...bz urusan niece kawen...
Tapau sambal sotong bertelur...beli Colonel Rice KFC...nom nom...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2021 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
.   .    .    .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 26-3-2021 10:26 AM
Tak baca juga lagi

Baru nak baca bz urusan kenduri niece...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
.    .     .    .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 06:16 PM | Show all posts
Kenyataan Akhbar KPK 26 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON MARCH 26, 2021
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
26 MAC 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 26 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari):
  • Kes sembuh : 1,509 kes (323,925 kes kumulatif, 95.4%);
  • Kes baharu : 1,275 kes (339,443 kes kumulatif);
  • Kes import : 32kes (21 warganegara; 11 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,243 kes [978 warganegara (78.7%); 265 bukan warganegara (21.3%)];
  • Kes aktif : 14,269 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 161 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 70 kes;dan
  • Kes kematian : 1 kes (1,249 kes kumulatif, 0.37%; 1 warganegara).
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 478 kes (37.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 389 kes (81.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 213 kes (16.7 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 137 kes (10.7 peratus).
Sebanyak 22 kes (1.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Jalan Duta (13 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (5 kes), Kluster Tembok Taiping (2 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes), dan Kluster DTI Sepang 2 (1 kes).
Kes kematian pada hari ini melibatkan satu (1) kes warganegara di Selangor. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga beliau.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 26 Mac 2021:
  • Jumlah kluster : 1,335 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 942 kluster (termasuk 14 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Cyber Sembilan, Kluster Jalan Bayam, Kluster Jalan Kelapa Mawar, Kluster Jalan DPB Tiga, Kluster Mediacity, Kluster Lorong Bersatu Damai, Kluster Bukit Angkasa, Kluster Jalan Cyber 14, Kluster Hikmah Muadzam, Kluster Simpang Tiga Muar, Kluster Jalan Mega Satu, Kluster Tapak Bina Jalan Setia, Kluster Tapak Bina Persiaran Mokhtar, dan Kluster Jalan Rumbia Dua);
  • Jumlah kluster aktif : 393 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 61 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia (50 kes) dan Kluster Persiaran Cassia Selatan (33 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 11 kluster tempat kerja dan dua (2) kluster komuniti.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Taman BrickJohorTempat Kerja
2Jalan Gemilang SukanJohorTempat Kerja
3Jalan Sungai ChatJohorTempat Kerja
4Tapak Bina Sungai EmasSelangorTempat Kerja
5Tapak Bina Jalan AtmosphereSelangorTempat Kerja
6Persiaran Cassia SelatanPulau PinangTempat Kerja
7Lebuhraya Kampung JawaPulau PinangTempat Kerja
8Sawit SebrangSabahTempat Kerja
9Kolam LintasSabahTempat Kerja
10Paya BembanKelantanTempat Kerja
11Lorong Desa SenadinSarawakTempat Kerja
12Batu GongSarawakKomuniti
13Pengkalan Nangka TumpatKelantanKomuniti
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
26 Mac 2021 @ 6.00 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 26 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR478 (14)114,258
SABAH5154,521
JOHOR12040,645
WP KUALA LUMPUR86 (13)37,526
NEGERI SEMBILAN1217,127
SARAWAK213 (5)15,176
PULAU PINANG13715,174
PERAK2812,854
KEDAH278,288
MELAKA196,446
KELANTAN  865,928
PAHANG64,147
TERENGGANU33,580
WP LABUAN52,310
WP PUTRAJAYA21,135
PERLIS2328
JUMLAH KESELURUHAN1,275 (32)339,443
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 1,275 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 26 Mac 2021 adalah seperti berikut:
  • Selangor: 478 kes
    • 128 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Atmosphere dan Kluster Tapak Bina Sungai Emas;
    • 261 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 14 kes import dari luar negara; dan
    • 75 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 213 kes
    • 41 kes daripada kluster-kluster, termasuk 21 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu Gong dan Kluster Lorong Desa Senadin;
    • 127 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lima (5) kes import dari luar negara; dan
    • 40 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 137 kes
    • 51 kes daripada kluster-kluster, termasuk 45 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Cassia Selatan dan Kluster Lebuhraya Kampung Jawa;
    • 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 37 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 120 kes
    • 60 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Gemilang Sukan, Kluster Taman Brick, dan Kluster Jalan Sungai Chat;
    • 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 86 kes
    • 18 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 13 kes import dari luar negara; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 86 kes
    • 36 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Paya Bemban dan Kluster Pengkalan Nangka Tumpat;
    • 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 51 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kolam Lintas dan Kluster Sawit Sebrang;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 28 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Cassia Selatan;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 27 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 19 kes
    • 16 kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 12 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: Enam (6) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lima (5) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Tiga (3) kes
  • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.
  • Perlis: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19
LAMPIRAN 3
Ringkasan satu (1) kes kematian pada 26 Mac 2021 adalah seperti berikut:
No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1249267635SelangorLelaki (WN)74Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, strok, dan buah pinggang kronik  
*WN merujuk kepada warganegara
LAMPIRAN 4
Perincian 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN ATMOSPHERE
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di  Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Atmosphere Utama 2, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Petaling. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 230 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TAPAK BINA SUNGAI EMAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Emas 2, Bandar Sungai Emas, Banting, Kuala Langat. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 127 individu telah disaring, di mana 65 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER LEBUHRAYA KAMPUNG JAWA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kampung Jawa Highway, Bayan Lepas Industrial Park, Barat Daya. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 2,239 individu telah disaring, di mana 92 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER PERSIARAN CASSIA SELATAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang; serta daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama di Perak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Persiaran Cassia Selatan 1, Taman Perindustrian Batu Kawan, Seberang Perai Selatan. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 281 individu telah disaring, di mana 66 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TAMAN BRICK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-330906) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan peekrja-pekerja sebuah pusat rekreasi yang terletak di Iskandar Puteri, Johor Bahru. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 241 individu telah disaring, di mana 24 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN GEMILANG SUKAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-338731) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Jalan Gemilang 1, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN SUNGAI CHAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru, Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-330854) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Sungai Chat, Sri Gelam, Johor Bahru. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 161 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER PAYA BEMBAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Bharu, Tumpat, dan Bachok di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-330018) merupakan kes Influenza Like Illness (ILI) dan dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2021. Kluster ini melibatkan sebuah premis perniagaan yang terletak di Kampung Paya Bemban, Kota Bharu. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 270 individu telah disaring, di mana 30 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER SAWIT SEBRANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 333471) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Silabukan, Lahad Datu. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 496 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER KOLAM LINTAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Penampang dan Putatan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 338654) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Kolam Plaza, off Jalan Lintas, Luyang. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 24 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER LORONG DESA SENADIN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Miri dan Mukah di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-327107) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institut latihan yang terletak di Senadin Gateway Commercial Centre, Miri. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 173 individu telah disaring, di mana 30 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER BATU GONG
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Serian di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-332855) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.  Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat tinggal kes indeks iaitu di Kampung Batu Gong, Serian. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 496 individu telah disaring, di mana 50 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER PENGKALAN NANGKA TUMPAT
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tumpat di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 326001) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.  Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Pengkalan Nangka, Tumpat. Sehingga 26 Mac 2021, sejumlah 91 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 2.204546 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list