CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Budaya] Seni Masakan/Resepi

[Copy link]
 Author| Post time 25-11-2024 11:19 AM | Show all posts
Nasi Goreng Butter Telur


Cairkan Unsalted butter (Golden Churn)
Tumis bawang putih cincang 3 ulas
Masuk cili semerah potong 1 biji
Masuk telur 4 biji
Agak telur masak dalam 80%, masukkan nasi sejuk
Gaul sekata & bagi nasi kering sikit
Masuk garam secukup rasa
Masuk potongan daun bawang
Gaul sekata & siap!


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2024 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam goreng berempah

Resepi Ayam goreng berempah.
hat ni rasepi untuk sekoq ayam

Bhn2 blend
3btg serai
5ulas bwg putih
3ulas bwg merah
Halia besaq ibu jari

Bhn2 lain
1sudu mkn serbuk kunyit
1sudu mkn serbuk cabai(klu nk pedas tmbh)
2sudu mkn rempah kari daging
Sedikit perasa dan garam
1 tangkai daun kari.
1 sudu mkn tpg jagung.
Cara
Masukkan semua bhn diatas dlm ayam dan gaul sebati...perap 1jam ka sehari ka dan blh digoreng.Tabur daun kari yg digoreng sekali.

Kredit :Maina

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
RESEPI KUIH GETAS

Bahan2

2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung ubi (saya gemar guna tepung ubi)
2 cawan kelapa parut (terpulang..tiada sukatan wajib utk bahan tambahan ini)
1 sudu teh garam
santan SUAM secukupnya
minyak utk menggoreng

bahan sira

1 cawan gula pasir
1/2 cawan air panas

cara penyediaan

campurkan tepung pulut, tepung ubi, garam, kelapa parut dan gaul hingga sebati. kemudian masukkan santan suam sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut. Bentukkan doh bulat lonjong dan leperkan sedikit.

panaskan minyak dalam kuali dgn api kecil shj ya... goreng kuih getas dgn jumlah minyak diatas paras kuih..biar kuih tenggelam dlm minyak..biar dulu kuih tu sdkt perang baru terbalikkan.. tunggu sehingga kuih getas timbul dipernukaan minyak baru angkat..itu tandanya dah masak...angkat dan toskan.... jgn risau adunan ini tidak akan meletup mcm bom????.

seterusnya kita terus buatkan siranya pula... gaul air panas dn gula didalam kuali dgn api kecil..jgn kuatkan api nnti gula tk cantik..akan jadi keperangan tk putih bening.. masak gula hingga berbuih2..mak saya cakap masak gula tu hingga tua..matikan api...tuang kuih getas tadi kedlm kuali air gula tadi...gaul hingga rata dan gula bertukar jadi kering mcm kristal...angkat dan hidangkan..siap????

selamat ptg

kredit: ain mardiah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasi goreng paling simple Dan sedapp ????

Resepi :
Nasi Putih sejuk
Ikan bilis
Cili padi 6biji (bole tmbh nk lg pedass)
Bawang besar hiris2
Telur 2biji
Garam
Ajinamoto
Secukup rasa

Cara masak :
Goreng ikan bilis sampai garing . Lepas tu terus masukkn Bawang besar hiris2, dah wngi.. pecahkn telur, kacau2 . Lps tu tumbuk2 cili padi,masukkn jee dlm kuali . Masukkn Nasi , garam , scukup rasa n ajinamoto . Okk siapp

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam masak bali..sedapp hingga menjilat jari

Bahan-bahan:
.
-Ayam sekor bersihkan gaul garam + kunyit
-serai 5-6batang
-daun kari 2-3 tangkai
-cili kering 10tangkai *
-bawang besar 3bjik*
-bawang putih 8ulas*
-halia 2inci*
-kicap kipas udang
-sos cili 2sb
-garam + gula
Blend bahan *-

Cara-cara:
.
-goreng ayam yg digaul kunyit
-panaskan minyak...masukkan daun kari + serai .. tumis hgga bertukar warna...
-masuk bahan yg dah dblend....tumis hingga naik bau
-masukkan garam + gula + sos cili
-masuk ayam gaul biar sebati...renjis kicap biar bertukar warna Maroon...jgn byk ye kang bertukar ayam kicap pulak
- Siap!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam masak bali..sedapp hingga menjilat jari ????????

Bahan-bahan:
.
-Ayam sekor bersihkan gaul garam + kunyit
-serai 5-6batang
-daun kari 2-3 tangkai
-cili kering 10tangkai *
-bawang besar 3bjik*
-bawang putih 8ulas*
-halia 2inci*
-kicap kipas udang
-sos cili 2sb
-garam + gula
????Blend bahan *-????

Cara-cara:
.
-goreng ayam yg digaul kunyit
-panaskan minyak...masukkan daun kari + serai .. tumis hgga bertukar warna...
-masuk bahan yg dah dblend....tumis hingga naik bau
-masukkan garam + gula + sos cili
-masuk ayam gaul biar sebati...renjis kicap biar bertukar warna Maroon...jgn byk ye kang bertukar ayam kicap pulak ????
- Siap!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-12-2024 03:12 PM | Show all posts
Ayam Masak Phat Phet Kuah Merah
Bahan-bahan:                  
  • Bahan-bahan utama:
    • ½ hingga 1 ekor ayam, dipotong kecil
    • 1-2 sudu kecil garam
    • Serbuk kunyit secukupnya
    • ½ sudu besar serbuk cili
    • Air asam jawa secukupnya
    • 1 sudu besar gula melaka
    • Garam secukup rasa
    • Serbuk penyedap (optional)
    • 2-3 helai daun limau purut
    • 6-8 batang kacang panjang
    • 1 biji cili merah (untuk hiasan)
  • Bahan untuk kisar:
    • 6 tangkai cili padi merah
    • 3 tangkai cili merah besar
    • 2 ketul kunyit hidup (atau ½ sudu besar serbuk kunyit)
    • 1 inci lengkuas, dihiris nipis
    • 2 batang serai, dihiris nipis
    • 3 helai daun limau purut
    • 5-6 biji bawang merah kecil
    • 5 ulas bawang putih
    • Belacan sebesar ibu jari (optional)
    • ½ sudu kecil lada hitam
                  
                  Cara Penyediaan:                  
  • Kisar halus bahan untuk dikisar dengan sedikit air hingga halus. Ketepikan.
  • Perap ketulan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam separuh masak dalam minyak yang betul-betul panas. Angkat dan ketepikan.
  • Dalam kuali yang sama, tinggalkan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau.
  • Masukkan serbuk cili, kacau rata. Tambah sedikit air dan teruskan menumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng, kacau sebati. Tambah air mengikut kepekatan kuah yang diingini.
  • Masukkan air asam jawa, gula melaka, garam dan serbuk penyedap. Koyakkan daun limau purut dan masukkan. Biar mereneh hingga kuah pekat.
  • Masukkan kacang panjang yang dipotong 2 inci. Masak sebentar supaya sayur kekal rangup.
  • Akhir sekali, perah limau nipis (jika suka) dan tabur dengan hirisan cili merah.
  • Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.
                  
                            Tip:              
  • Tahap kepedasan boleh dilaras dengan menukar nisbah cili padi dan cili merah besar
  • Untuk aroma yang lebih wangi, gunakan kunyit hidup berbanding serbuk
  • Pastikan minyak betul-betul panas semasa menggoreng ayam untuk elakkan melekat
  • Jangan masak kacang panjang terlalu lama untuk mengekalkan kerangupan
  • Boleh tambah terung bulat Thai untuk variasi yang lebih authentic
  • Jika kuah terlalu pekat, boleh tambah air mengikut citarasa
  • Belacan boleh ditinggalkan untuk yang kurang gemar atau alahan
  • Boleh ganti gula melaka dengan gula perang biasa


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2024 03:13 PM | Show all posts
Sambal ketuk
Bahan-bahan:                  
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 10-15 tangkai cili padi
  • 1 mangkuk ikan bilis
  • Limau kasturi
  • 1/2 inci belacan bakar
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk gula
  • Serbuk perasa
                  
                  Cara Penyediaan:                  
  • Hiris nipis bawang merah kecil dan bawang putih.
  • Potong kasar cabai melaka (cili padi).
  • Basuh ikan bilis dan tos kering.
  • Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan toskan ikan bilis.
  • Goreng pulak cili padi dan hirisan bawang. Bila bawang dah garing boleh angkat dan sejukkan.
  • Bakar sekejap belacan.
  • Tumbuk bawang dan cili goreng sampai hancur (tapi jangan sampai lumat).
  • Masukkan belacan bakar, gula, garam dan serbuk perasa. Tumbuk sampai sebati.
  • Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng (masuk sikit-sikit). Tumbuk sebati dan adjust kalau kurang.
  • Sambal sedia untuk dihidang bersama nasi panas dan telur goreng.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2024 03:14 PM | Show all posts
Kek Majerin
Bahan-bahan:                  
  • 250g majerin
  • 230g gula
  • 250g tepung gandum
  • 2 sk serbuk penaik
  • 4 biji telur
  • 80ml susu full cream
  • 1 1/2 sk esen vanila
                  
                  Cara Penyediaan:                  
  • Lembutkan majerin suhu bilik sebelum adun.
  • Ayak tepung gandum dan baking powder.
  • Gris Loyang (saiz 9x9 inci) dengan majerin dan lapik dengan kertas baking.
  • Pukul majerin sampai kurang sejuk dan lembut.
  • Masukkan gula dan pukul sampai kembang dan jadi warna kuning pucat.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji, pastikan telur sebati sebelum masukkan telur seterusnya.
  • Masukkan esen vanila.
  • Kemudian masukkan bahan ayak dan susu full cream berselang seli (masuk sedikit demi sedikit).
  • Bila adunan dah sebati boleh stop dan pindah masuk dalam loyang. Ratakan adunan dan hentak 2-3 kali untuk pecahkan bubbles.
  • Bakar pada suhu 170°C selama 45 minit.
  • Sejukkan kek sebelum potong.
                  
                            Tip:              
  • Kalau nak kek yang lebih tinggi, boleh guna loyang 8x8 inci.
  • Masa mixing (stand mixer/hand mixer) kaub balik sekali dua adunan yang didasar mangkuk untuk pastikan adunan bergaul sekata.
  • Selepas masukkan telur jangan pukul lama-lama sebab nanti kek boleh terlebih kembang masa bakar dan mendap semula selepas keluar dari oven.
  • Jangan pukul kek lama-lama selepas masukkan tepung sebab protein dalam tepung akan hasilkan glutein, glutein ni akan menyebabkan kek keras.
  • Pastikan bahan-bahan semua suhu bilik.
  • Untuk tentukan kek dah masak ke belum, cucuk tengah kek dengan bilah, kalau bersih dan tak melekat-lekat maksudnya kek dah masak.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2024 03:15 PM | Show all posts
Kari telur
Bahan-bahan:                  
  • Bahan-bahan kari telur:
    • 8 biji telur
    • 1 cwn minyak masak
    • 2-3 biji bawang merah kecil (bawang goreng)
    • 3 biji bawang merah kecil
    • 3 ulas bawang putih
    • 1/2 inci halia
    • Rempah 4 sekawan **
    • 1 tangkai daun kari
    • 1 sb cili kisar
    • 2 sb serbuk kari daging
    • 1 sk serbuk kunyit (pilihan)
    • 1-2 biji kentang
    • 1 biji tomato
    • Sedikit air asam jawa
    • 3 cwn santan sederhana cair
    • ATAU 1/2 santan kotak kecil (tambah air)
    • Garam secukup rasa
    • 10 tangkai cili padi
    • Daun ketumbar
  • Bahan-bahan rempah 4 sekawan:
    • 3 biji buah pelaga
    • 2 cengkih
    • 1 bunga lawang
    • 1 kulit kayu manis
                  
                  Cara Penyediaan:                  
  • Potong kentang, tomato dan daun ketumbar.
  • Hiris nipis bawang merah kecil (untuk homemade bawang goreng).
  • Tumbuk halus bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
  • Bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan serbuk kunyit.
  • Rebus telur sampai masak kemudian kupas kulit dan kelar sikit.
  • Panaskan minyak dan goreng telur rebus sampai garing.
  • Goreng pulak bawang merah kecil sampai keperangan.
  • Tumis bahan tumbuk, rempah 4 sekawan dan sedikit daun kari sampai naik bau.
  • Tambah cili kisar dan tumis sampai garing.
  • Tambah air 2-3 kali kemudian ulang tumis sampai pecah minyak.
  • Masukkan kentang dan masak sampai empuk.
  • Masukkan tomato, air asam jawa, santan fresh, garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan telur rebus dan reneh perlahan-lahan sampai santan pecah minyak.
  • Tabur masuk cili padi, hirisan daun ketumbar dan bawang goreng.
  • Tutup api dan tudung periuk supaya aroma tak keluar.
  • Bila kuah dah suam, bolehlah hidang dengan nasi panas.
                  
                            Tip:              
  • Kalau nak beli buah pelaga yang good quality cari yang hijau, baru fresh.
  • Kalau nak kupas kulit telur dengan mudah, masa rebus tu tambah cuka sikit.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2024 03:16 PM | Show all posts
Popia Sira Pedas
Bahan-bahan:                  
  • Bahan-bahan untuk popia:
    • 1/2-1 biji sengkuang
    • 1/2-1 batang lobak merah
    • 40-50 keping kulit popia
    • 2 sb tepung gandum
    • Sedikit air
    • Bijan
    • Minyak, untuk menggoreng
  • Bahan-bahan untuk sambal sira:
    • 1 cwn air
    • 3/4 cwn cili kisar
    • 1/2 cwn sos cili
    • 1/2 cwn gula
    • 1/2 cwn gula melaka
    • 1/2 st garam
                  
                  Cara Penyediaan:                  
  • Cara-cara untuk popia:
    • Kupas kulit sengkuang dan carrot kemudian potong mancis.
    • Bancuh tepung gandum dengan sedikit air sebagai gam kulit popia.
    • Letak inti sengkuang dan carrot atas kulit popia (letak dihujung bucu kulit popia).
    • Lipat kiri kanan dan gulung, hujungnya gam dengan bancuhan tepung.
    • Panaskan minyak kemudian goreng popia sampai keperangan.
  • Cara-cara untuk sambal sira:
    • Sangai bijan tanpa minyak sampai kekuningan.
    • Panaskan sedikit minyak kemudian tumis cili kisar.
    • Bila cili kisar dah masak garing, masukkan sos cili, gula melaka dan gula putih.
    • Tambah garam sikit kemudian masak sambal sampai berbuih pekat.
    • Tutup api dan biarkan sambal suam-suam sebelum gaul.
    • Gaul sebati popia dan sambal kemudian tabur bijan.
                  
                            Tip:              
  • Tips untuk rangup lepas goreng kulit popia jangan gulung rapat sangat, nanti bila kita goreng luar nampak ranggup tapi lapisan dalam nanti jadi liat sebab takda ruang udara antara lapisan tu jadi bila kita goreng tu dalam tu jadi macam lempeng la.
  • Untuk goreng popia minyak kena betul-betul panas lepastu kita tukar api sederhana, jangan besar nanti cepat perang kulit dekat luar tapi dalam tak masak rangup.
  • Untuk elak popia lemau sebelum gaul popia dengan sambal, popia kena betul-betul sejuk dulu dan sambal pulak suam-suam lagi.
  • Tips kedua untuk elak popia lemau selepas gaul dengan sambal kita kena ratakan popia dalam dulang biar cepat sejuk. Bila dah sejuk baru susun dalam bekas.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
TAUHU BERGEDIL & SAMBAL KICAP BERAPI

Bahan inti :
Kentang - potong nipis
Bawang merah - hiris
Bawang putih - hiris
Daging cincang secukupnya - ditumis berasingan hingga masak
Tauhu pok
Garam dan perasa secukupnya
Daun bawang/daun sup
Lada sulah secukupnya
Minyak masak
3-4 biji telur

1. Panaskan minyak dan goreng kentang, bawang merah dan bawang putih hingga layu kekuningan. Angkat dan toskan minyak.

2. Masukkan bahan2 yang digoreng tadi ke dalam bekas kemudian tumbuk halus.

3. Tumis daging cincang yang telah ditumis, garam, sedikit perasa, lada sulah, daun sup @ daun bawang. Tumbuk sekali lagi sehingga sedikit lumat.

4. Ambil tauhu pok, potong sedikit permukaan atas dan sumbat inti tadi ke dalam tauhu sehingga padat.

5. Pecahkan telur (ikut berapa banyak tauhu yang mahu digoreng) pukul dengan sedikit garam ketepikan.

6. Celup tauhu pok ke dalam bancuhan telur. Gaul mesra dan goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan.

7. Angkat dan toskan, siap untuk dihidangkan bersama sambal kicap.

Bahan sambal kicap :
Cili padi hijau
Cili padi merah
Bawang putih
Kicap manis
Garam dan gula secukup rasa

1. Satukan semua bahan dan kisar halus.

2. Masukkan ke dalam kuali dan masak seketika.

3. Angkat dan sedia dihidangkan bersama tauhu bergedil.

kredit: Naddy's Kitchen
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringin nk makan cendol..
tapi kita buat dlm bentuk agar2
Simpan dulu bg sejuk.
tghari nnti sedap le masuk tekak

RESEPI AGAR-AGAR CENDOL

1.Rebus 1 paket agar2 tali bersama air. Kuantiti air agak2 dpt tenggelamkan agar2. Rebus hingga hancur. Jika xhancur, tambah sedikit air dan rebus lagi.
2. Masukkan gula (sederhana manis)
3. Masukkan 1 tin susu cair ideal
4. Masukkan secubit garam utk naikkan rasa lemak susu. Kacau sentiasa utk elak hangus di bhgn dasar periuk. Tutup api dan ketepikan.
5. Sediakan bekas utk mengisi agar2. Masukkan cendol yg telah ditoskan airnya ke dlm bekas tersebut.
6. Tuangkan 3/5 agar2 susu ke dlm bekas berisi cendol. (Gunakan tapis). Kacau sebati. Bekukan.
7. Baki 2/5 agar2 susu dibiarkan dlm periuk. Masukkan 1 ketul gula melaka dan biarkan larut. Tutup api.
8. Apabila agar2 cendol telah beku, gunakan garpu utk cucuk2 dibahagian atas agar2 cendol tersebut. Tujuannya supaya nanti lapisan bahagian cendol dan gula melaka tak terlerai.
9. Akhir sekali tuangkan 2/5 bahagian agar2 bergula melaka (guna penapis) ke atas lapisan cendol dan bekukan.

kredit resepi; Sapina Sahabudin.
Airtangan dan gambar: Eniza M. Salim
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
AYAM GORENG SERINGGIT

Bahan-bahan perap:
Ayam seekor potong 24
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil lada putih
1 sudu besar serbuk kari
Garam
Serbuk perasa adabi

Bahan-bahan tepung salut ayam:
1 cawan tepung bestari pedas
2 cawan tepung gandum jenama ros
1 sudu tepung ubi/tepung beras

Cara-cara:
1. Kisar bawang putih, bawang besar dan halia.
2. Perap ayam dengan bahan-bahan perap.
3. Sediakan bekas untuk gaul ayam. Masukkan sedikit tepung. Kemudian masukkan ayam 5-6 ketul. Sendukkan tepung salut ke atas ayam. Gaul ayam sehingga sebati.
4. Goreng ayam dengan minyak sederhana panas. Goreng ayam dengan minyak yang banyak sehingga ayam tenggelam.
5. Tutup periuk semasa ayam digoreng. Agak-agak dah hampir masak, buka penutup supaya ayam rangup diluar, lembut di dalam.

Kredit : Murni Rahmat
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Late dinner.
Mee bandung ????

1/2 bj bwg merah besar
1/2 bj bwg holland
2 ulas bwg putih
1inch halia
2sb udang kering
5tangkai cili kering (rendam air panas 5minit)
Blend bahan diatas dgn sedikit air dan tumis sampai pecah minyak.
Masukkan bahan dibawah dan reneh sehingga ayam betul2 masak (udang letak lambat sikit)
2sb sos cili
2sb sos tiram
Ayam&udang
1sb chicken stock powder
Gula&garam
500ml air
Lepas tu boleh la adjust rasa kuah ikut selera masing2. Then, masukkan 2sb Kacang tanah (disangai tanpa minyak & tumbuk halus).
Bila dah cukup rasa baru boleh pecahkan telur tapi kacau manja2 jer tau. Masukkan sayur (ikut suka) sawi, carrot, bunga kobis, tomato. Lastly bancuh 2sb tepung jagung dgn air biasa dan masukkan kedalam kuah tadi. Dah siap.
Boleh guna mee kuning @ yee mee. Hidangan utk 2 orang.

Resepi asal : marina sweet bakery
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Resepi Ayam Sambal..
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam - potong kecil dan dibuang kulit
20 tangkai cili kering - dikisar
7 biji bawang merah kisar
3 ulas bawang putih kisar
sedikit halia kisar
sedikit lengkuas kisar
5 batang serai kisar - ambil bahagian yang putih sahaja
1 cawan santan pekat
sos tomato secukupnya
serbuk kunyit
garam
sedikit asam jawa
gula apong
Cara-caranya:
1. Lumurkan ayam yang dipotong dengan sedikit serbuk kunyit dan garam secara merata. Panaskan minyak dan goreng hingga 3/4 masak. Ketepikan.
2. Dengan minyak lebihan goreng ayam tadi (kalau banyak sila kurangkan terlebih dahulu) tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan santan dan kacau lagi.
3. Tambahkan garam, gula dan asam jawa secukup rasa dan kacau sebati.
4. Masukkan sos tomato dan kacau lagi.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan dengan bahan-bahan tumis hingga sebati.
6. Kacau sekali sekali dengan api sederhana hingga ayam dan bahan-bahan tumis tadi benar-benar mesra, bolehlah dihidangkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2024 01:49 PM | Show all posts
TIPS AYAM GORENG CRISPY





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2024 01:52 PM | Show all posts
RESEPI NASI ARAB MANDY AYAM


CARA MEMASAK :
1. Rebus ayam bahagian whole leg tu dgn 1 btg kulit kayu manis, 1/2 sudu lada hitam, 1/2 jintan manis, 1/2 sudu jintan putih, 1/2 sudu ketumbar, 1 biji pati ayam, sedikit garam, 1 biji tomato & 1 biji cili hijau dipotong. Rebus beberapa ketika supaya ayam masak dibahagian dalam. Lepas tu toskan ayam. (rempah2 tu klu x suka tergigit, boleh blend bg hancur)
2. Utk masak nasi, aku guna 3 pot beras basmathi, cuci dan rendam setengah jam. Klu guna beras biasa tak yah rendam, nnt hancur nasi korang tu. Panaskan 1 sudu planta/minyak sapi, tumiskan sedikit biji ketumbar, lada hitam, jintan manis, jintan putih (klu takut tergigit boleh blend halus) & bay leaves. Sedikit tu maksud aku secubit kot. Tumis benda tu semua sampai baik bau pastu masukkan beras td, goreng sekejap pastu masukkan air rebusan ayam td ikut sukatan biasa korang masak nasi la & letak garam skit. Lepas tu bila nasi dah kering, taburkan daun ketumbar & buat lubang kt nasi tu sikit utk letakkan pewarna kuning, pastu biarkan sampai nasi masak.
3. Ayam yg ditoskan tu sapu sedikit madu, serbuk perasa, serbuk kunyit, serbuk cili. Pastu letak hirisan lemon & panggang dlm air fryer/oven. Klu nk masak ayam letak dlm nasi pun boleh tp aku x suka, so aku panggang je.
4. Utk salatah, potong bwg holland, timun batang & tomato kecik2. Lepas tu perah lemon, garam, gula & kacau. Klu xde lemon, guna je cuka pon bolehhh.
5. Utk sambal nasi arab, blend cili merah, tomato & daun ketumbar. Perasakan dgn garam & perahan lemon.
6. Utk sup pulak, lebihan air rebusan ayam td aku tambah akar daun ketumbar pastu tambah garam & serbuk kunyit utk nampak kuning.
7. Lepas tu boleh hidang lah ayam tu letak atas nasi lepas tu mkn dgn semua condiments tu sampai lah semua tersadai di dinding kekenyangan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2024 02:16 PM | Show all posts
Stew ayam




Ayam potong kecik kecik
1 biji bawang holland dihiris
2 biji bawang putih diketuk
1 inci halia dihiris halus
Kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga

Tumis semua tu sampai wangi. Then masukkan :

1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tomato
1 sudu lada hitam ditumbuk
Air sedikit jika perlu

Korang boleh tambah sukatan sos tu ikut sesuai rasa. Kalau nak lagi umph boleh buat 2 ke 3 sudu camtu.

Gaul kejap baru masukkan ayam dan renihkan sebentar sampai ayam lembut separuh.

Lepas tu masukkan :

1 biji kentang dipotong dadu
1 biji lobak merak dipotong dadu
1 kiub ayam
Garam gula secukup rasa
Air sedikit ikut nak kuah banyak mana

Bila kentang lobak dah empuk, masukkan tomato dibelah empat, cili padi dipatah dua dan sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

Haaa dah pun siap. Boleh la tabur daun bawang daun sup masa menghidang. Sedap weyh. Wajib try no. Kompem korang hirup sampai ke titisan kuah yang terakhir gituu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2024 02:36 PM | Show all posts
RESEPI BINGKA ROTI


8 keping roti putih
2 biji telur
3/4 gelas gula
3 gelas santan/susu segar /susu cair
1 suduk esen vanilla

1 gelas tepung
Sedikit garam

Caranya:

Potong kotak2 atau carik2kan roti tawar dan rendam bersama 2 gelas Santan.
Kemudian mix atau blend telur,Gula ,esen vanilla dan 1 gelas Santan tadi dan juga masukkan tepung..biarkan sekata
Masukan adonan kedalam roti yg terendam tadi sampe rata.
Oleskan loyang dgn sedikit margerin dan tuangkan adunan ..
Bakar Adunan dgn suhu 130 - 150 sampai kekuningan....
siap tunggu sejuk baru potong..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.187424 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list