Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Inspektor (Awam) Siri 1/2007
PULAPOL Kuala Lumpur - 12 April 2008. Perbarisan Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Kursus Asas Inspektor
(Awam) Siri 1/2007 telah di adakan di Dataran Kawat PULAPOL Kuala Lumpur.
Majlis telah disempurnakan oleh YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara. Hadir sama ialah YDH DIG Dato' Ismail bin Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-Pengarah PDRM, YDH SAC II Amar Singh a/l Ishar Singh, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, YDH Timbalan-Timbalan Pengarah PDRM, Komandan Pusat-Pusat Latihan PDRM, Dif-dif jemputan, Pegawai-pegawai Kanan serta pelatih Inspektor.
Seramai 495 orang Pelatih Inspektor Percubaan telah menamatkan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) dengan
jayanya. Daripada jumlah tersebut, seramai 218 orang adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda, 266 orang berkelulusan Diploma dan 11 orang sahaja berkelulusan STPM.
Segak...Kawalan Kehormatan
YDH Ketua Polis Negara membalas 'Hormat Panglima' dari Kawalan Kehormatan
YDH Ketua Polis Negara membuat pemeriksaan baris
Selesai pemeriksaan baris dengan diiringi oleh Komandan dan PP Baris
Bacaan doa selamat...
Antara ahli keluarga yang hadir di hari bersejarah ini.
Panji Utama PDRM mendahului Lintas Hormat dalam perlahan dan cepat masa
Lintas Hormat oleh Inspektor Percubaan dalam perlahan jalan.
|