CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Isu Lynas-Loji Lynas sedia beroperasi dalam tempoh tiga minggu- MCA Bantah Kilan

  [Copy link]
 Author| Post time 9-3-2012 08:17 PM | Show all posts
Lynas: Rayuan tak ubah rancangan operasi


11:48AM Mac 9, 2012



Seorang jurucakap syarikat perlombongan nadir bumi Australia, Lynas Corp berkata, syarikat itu masih berharap supaya kilangnya di Malaysia akan dapat dibuka menjelang Jun walau menerima tentangan daripada aktivis setempat.

Kenyataan itu timbul ekoran rayuan yang difailkan oleh sekumpulan aktivis supaya Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyemak semula keputusan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) yang meluluskan lesen sementara kepada Lynas (M) Sdn Bhd untuk beroperasi.

“Lynas telah memberi petanda bahawa rayuan ini tidak akan mengubah rancangan projek ini," kata jurucakap itu seperti dilaporkan Reuters hari ini.

Rayuan yang dikemukakan mengikut Sekysen 32 Akta Pelesenan Tenaga Atom (Akta 304) itu akan didengar pada April.

AELB meluluskan lesen sementara untuk beroperasi pada Februari lalu dengan syarat syarikat itu mengemukakan pelan terperinci untuk menyediakan kemudahan pelupusan tetap bagi memproses sisa daripada kilang berkenaan, dalam tempoh 10 tahun.

Lynas (M) Sdn Bhd juga pada Selasa lalu dilaporkan telah bersetuju untuk menghantar bahan buangan dari kilang yang terletak di Gebeng, Kuantan itu ke luar negara sekiranya gagal mendapatkan lokasi kemudahan pelupusan tetap berkenaan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed juga dilaporkan berkata, Lynas telah menghantar surat jaminan kepada kerajaan sebagai mematuhi sebahagian syarat yang dikenakan kepada syarikat itu ketika mereka menerima lesen beroperasi sementara dari AELB.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2012 08:24 PM | Show all posts
ada tak PAKAR yang doubt kilang Lynas neh? nak gak aku dengar argument derang...

asyik macha2 je yang berkata2...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 09:38 PM | Show all posts
pindah ke tempat lain nnt isu tumpah bocor di lautan atau sengaja ditumpahkan ke lautan dan efek kpd lautan cina selatan
lagipun lautan cina selatan itu bertembung mana2 negara ikan ditangkap bermutasi
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 10:21 PM | Show all posts
tak tahu kalu, boleh sahaja bertanya pada yang ahlinya..bukan bila tak tahu, ikut je dengar momo ...
cyclotron Post at 4-3-2012 13:17



    kalau tak bahaya kan, apsal ostolia tak mo sisa itu?

soklan mudah je lahanat.... yg ko duk pusing cerita ion apa lanjio tu semua buat apa?

bahaya atau tidak sisa itu?

kalau tak bahaya, ko sanggup makan satu sudu teh?

umno bodoh nak tunjuk cerdik dengan big BIG words.... ptuiiiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 10:23 PM | Show all posts
isu tempat pembuangan sampah di malaysia pun kerajaan hura-hara nak selesaikan, inikan pula sisa rad ...
sapp73 Post at 5-3-2012 17:48



    tu la pasal..

kalau dengan umno, reban ayam pun jadi tak selamat...
inikan pulak dengan kilang yg satu dunia tidak mahu...


kalau ianya selamat, kenapa negara2 lain tak mo terima...

cyclopokieymarkkk tu duk pusing cerita guna ayat yg hanya saintis dari pendalaman rusia je paham.... konon nak tipu warga pprt dan felda.... ptuiiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2012 09:02 PM | Show all posts
Isu Lynas: Sesi penerangan di Kuantan, April ini

10/03/2012
6:43pm


SUNGAI PETANI 10 Mac — Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) akan menganjurkan satu sesi penerangan untuk menjelaskan isu kilang memproses nadir bumi Lynas yang dimanipulasi oleh pembangkang pada Program Komuniti 1Malaysia di Kuantan, bulan depan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, penerangan bertujuan memberi gambaran sebenar mengenai projek itu kepada masyarakat setempat serta mematahkan dakwaan pembangkang yang telah memberi gambaran negatif mengenai Lynas.

"KPKK sedang merancang perhimpunan besar-besaran Program Komuniti 1Malaysia di Kuantan April ini dengan harapan ribuan rakyat datang untuk mendengar penjelasan kerajaan.

"Wawancara dengan penduduk di pintu gerbang kawasan binaan Lynas juga akan dibuat agar orang ramai tahu gembar-gembur projek itu memudaratkan kesihatan rakyat tidak berasas,” kata Rais kepada pemberita selepas merasmikan program Komuniti 1Malaysia Merakyatkan Seni dan Budaya (PMS) anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf; Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Othman Aziz dan Pengerusi Pertubuhan Gerak Seni Warisan 1Malaysia, Adnan Abdullah Sabil.

Rais berkata, beberapa pihak khususnya pembangkang dan beberapa NGO berusaha mengambil kesempatan mempolitikkan isu tersebut sehingga mengelirukan rakyat.

"Jadi adalah wajar bagi kerajaan untuk menjelaskan kepada masyarakat khususnya penduduk Kuantan mengetahui perkara sebenar agar tidak terus terpengaruh dengan pembangkang,” katanya.— BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-3-2012 11:06 PM | Show all posts
MB Pahang 'meletup' panggil wartawan 'bodoh' lapor isu Lynas


10:23PM Mac 10, 2012


Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob hari ini naik angin terhadap wartawan akhbar berbahasa Cina, dengan berulang kali memanggil mereka "bodoh" kerana melaporkan kenyataan yang dikatakan dibuat olehnya bahawa sisa radioaktif Lynas boleh dibuang ke dalam Sungai Lembing.

Menurut laporan di beberapa akhbar berbahasa Cina, Adnan juga menolak kamera yang dipegang oleh seorang jurugambar yang sedang mengambil gambarnya yang sedang naik angin itu.

Beliau kemudian mencabar jurugambar tersebut supaya menyiarkan gambar esok dan mewujudkan saat yang janggal sewaktu sidang akhbar di Kuantan itu.

Tiga wartawan kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan sidang akhbar tersebut.

Semuanya bermula apabila Adnan secara tiba-tiba membangkitkan kontroversi loji nadir bumi Lynas, yang dijadual memulakan operasi berhampiran dengan Gebeng, selepas beliau merasmikan sebuah pesta buku di Kuantan hari ini.

Adnan memberitahu wartawan bahawa beliau tidak pernah mencadangkan sisa radioaktif itu dibuang ke dalam Sungai Lembing, dan berkata ia hanyalah satu contoh yang diberikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan pada satu majlis makan malam.

Katanya, Raja Abdul Aziz berkata terdapat banyak gua di Malaysia yang boleh dijadikan tapak pelupusan sisa seperti di Sungai Lembing.

Dengan nada tinggi, Adnan berkata, beliau tidak pernah kata bahan tersebut boleh dibuang di Sungai Lembing.

Sungai Lembing merupakan sebuah bandar lombong bijih timah yang terletak kira-kira 40km di barat laut Kuantan. Hari ini, kebanyakan lombong bawah tanah di situ tidak lagi beroperasi.

Adnan turut dimarahi Kuantan MP Fuziah Salleh - salah seorang penentang kuat pembinaan kilang Lynas.

"Awak lapor saya kata begitu. Jika MP PKR Kuantan, Fuziah Salleh mengatakan perkara yang sama, maka dia juga bodoh. Semua akhbar Cina dan wartawan yang melaporkan berita itu adalah bodoh.

"Mereka boleh saman saya! Saya juga boleh saman mereka."

Apabila seorang wartawan cuba untuk menerangkan kepadanya, Adnan menyampuk: "Tidak perlu hendak jelaskan. Saya terima SMS yang mengatakan akhbar Cina melaporkan saya mencadangkan sisa itu dibuang ke Sungai Lembing..

"Anda lapor tanpa mengesahkannya sendiri, ini adalah benar-benar bodoh."
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2012 11:42 PM | Show all posts
kenapa payah sangat umno nak tutup lynas nie?adakah ada pemimpin umno yg dapat share lynas nie?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2012 11:44 PM | Show all posts
kalau tak bahaya kan, apsal ostolia tak mo sisa itu?

soklan mudah je lahanat.... yg ko  ...
toki_rompin Post at 9-3-2012 22:21



    saba tok.budak tu baru lagi nak join kumpulan pembodek umno.jangan dibantutkan niat murnia dia.CARI memerlukan forumner umno yg berwibawa.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 01:04 AM | Show all posts
Reply 460# along3746

   



berani potong ka kalau ada racun
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 01:19 AM | Show all posts
Reply 467# along3746


   
Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob hari ini naik angin terhadap wartawan akhbar berbahasa Cina, dengan berulang kali memanggil mereka "bodoh" kerana melaporkan kenyataan yang dikatakan dibuat olehnya bahawa sisa radioaktif Lynas boleh dibuang ke dalam Sungai Lembing.

Menurut laporan di beberapa akhbar berbahasa Cina, Adnan juga menolak kamera yang dipegang oleh seorang jurugambar yang sedang mengambil gambarnya yang sedang naik angin itu.


MB yang jd contoh tauladan pada rakyatnya





Marilah berkoke bersama Denan


Lirik Lagu Good Day To Die – Namewee kungfu Lynas
dinyanyikan semulap oleh artis terkenal Denan Jacob Lynas

Yo! Namewee in Kuantan
For our Commonwealth friend
Namewee kungfu Lynas!
Yeah!Namewee! kungfu Lynas!
Malaysian! kungfu Lynas!
Yeah!Namewee! kungfu Lynas!
kungfu that!
Kuantan is a veli beautiful place
Always got foreigners coming here to play
But I hear many people talk many people say
There`s some kangoroo kungfuer wan to come here for long to stay


I duno wat the kungfu is the “rare earth”
I also duno who the kungfu is “Lynas”
I ony know this is my home
I won`t let it get hurt!
kungfu off from my turf!
Or I`ll cut off yur kukubird
You say no problem?
Then why come to our country?
U think we will stay silent?
U dono Namewee!
This is our home! We won`t let you come, we song!
We`re not scared of you because we got C4 boom.
People say “Stop Lynas”
I say we kungfu Lynas!
We will keep on kungfu queen until you say
“Oh my goodness!”
If you still cannot understand our accent
Then today we are having some big problem
Today is a very good day
Very good die very good die to die
is a very good day
Very good die very good die you go to die [x 2]
Go back to Australia! Go kungfu your own kangaroo
Don`t come here anymore we`ll say “kanninnabu”
Malaysians Bersatu!
Don`t stay home and act cool
Later your baby children grandson become HANTU!
Who invited you here? (phui)
Who gave your offer? (diu)
Who ever I don`t care
I say “kungfu you sir” (Nah)
As a Malaysian today joining hand together
We got to show our middle finger to those kangaroo kungfuer
We sending so many students to Sydney Melbourne
We give you so much money and you give us Lynas?!
U think u Angmo very big ar? banyak action?
Later u kena diao ar!! kuat kuat ar!! without lotion!!!
U got Kylie Minogue; we got Adibah nooh
U got Victoria market; we got Petaling street
U got Uluru; we got buahduku
U got “Narnia”…
nin nia mah we also got “Gardenia” mah!
Today is a very good day
Very good die very good die to die
is a very good day
Very good die very good die you go to die
Today is a very good day
Very good die very good die to die
is a very good day
Very good die very good die you go to die
Yo! Cina, India, Melayu, Bidayuh, Kadazan, Iban, Dusun dan orange utan
Stand up!! and ask them go back to kungfu their own kangaroo
kungfu Lynas!!! kungfu off!!!
Today is a very good day
Very good die very good die to die
is a very good day
Very good die very good die you go to die
Today is a very good day
Very good die very good die to die
is a very good day
Very good die very good die you go to die


aiyoh yoh yoh, Kontan bakal jd Ghost Town
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2012 10:05 PM | Show all posts
Wartawan kecam 'kebiadaban' MB Pahang


2:17PM Mac 11, 2012



Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini mengutuk keras kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob kerana menggelar petugas media sebagai "bodoh" ekoran laporan tentang isu Lynas Advanced Materials Plant (Lamp).

Presiden NUJ Chin Sung Chew berkata, pihaknya amat terkejut dengan reaksi Adnan itu kerana sebagai menteri besar dan ahli politik, beliau patut memahami bahawa wartawan hanya menjalankan tugas.

"Tindakan menteri besar Pahang itu menghina maruah wartawan.

"Kami tidak sekali-kali bersetuju kerana ia biadap dan turut mencampuri kebebasan media," katanya.

Adnan semalam naik angin terhadap wartawan akhbar Cina dengan berulang kali memanggil mereka "bodoh" kerana melaporkan kenyataan yang dikatakan dibuat olehnya bahawa sisa radioaktif Lynas boleh dibuang ke dalam Sungai Lembing.

Menurut laporan akhbar Cina, Adnan juga menolak kamera yang dipegang oleh seorang jurugambar dan mencabar aksi itu disiarkan. Tiga wartawan akhirnya meninggalkan sidang akhbar tersebut.

Sungai Lembing merupakan sebuah bandar lombong bijih timah yang terletak kira-kira 40km di barat laut Kuantan. Hari ini, kebanyakan lombong bawah tanah di situ tidak lagi beroperasi.

Dalam kenyataannyu hari ini, NUJ juga menuntut Adnan meminta maaf dalam masa 24 jam atau mereka tidak mempunyai pilihan kecuali membuat aduan rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 11:25 PM | Show all posts
harap org pahang akan ikut org selangor menghumbankan mb biadap mcm ni kedalam penjara spt yg khir toyo hadapi skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 11:40 PM | Show all posts
Sisa pejal tu satu hal, yang bersifat cecair (waste water) tu macamana pula..?
Buang kat sungei kaa?
Hantar balik Ostolia kaa?
Rawat semula dan lepaskan ke sungai kaa?

Kalo waste water tu selamat, apa kata pi curah ramai-ramai ke tasek putrajaya nun, anggaplah ini sebagai pilot project.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2012 08:35 PM | Show all posts
Keyakinan rakyat isu Lynas dipertingkat

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim, Mohd Zin Ali dan Nurhayati Abllah
[email protected]
2012/03/18



NAJIB bersalam dengan masyarakat Orang Asli pada Program Jalinan Mesra bersama Perdana Menteri di Kuala Woh dekat Tapah, semalam.


PSC ditubuh perjelas keselamatan projek

IPOH: Datuk Seri Najib Razak menjelaskan keputusan Kabinet menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) berhubung projek kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang, bertujuan meningkatkan kesedaran dan keyakinan orang ramai terhadap keselamatan projek itu.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berpendapat masih ada ruang untuk meningkatkan keyakinan orang ramai berikutan ada antara mereka yang masih bimbang dan ragu-ragu projek itu memberi kesan buruk kepada keselamatan dan kesihatan.

Justeru, katanya, PSC akan berfungsi untuk melaksanakan proses pembabitan bersama dengan orang ramai bagi memastikan mereka memahami projek berkenaan.

“Satu daripada perkara yang kita tekankan bahawa Lynas dan semua projek atau program yang kita nak laksanakan perlu memenuhi kriteria, iaitu mesti melakukan engagement (pembabitan) sepenuhnya dengan rakyat dan perlu diterima oleh rakyat supaya sesuatu yang kita mahu lakukan tidak menimbulkan penentangan atau kebimbangan rakyat.

“Dalam isu Lynas, kita rasakan masih ada ruang yang perlu kita penuhi, yakni (dari segi) engagement dan keyakinan iaitu meyakinkan pihak yang masih curiga sama ada projek ini benar-benar selamat atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru empat tingkat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Wan Hwa 2, Menglembu, di sini, semalam.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata Kabinet memberi lampu hijau kepada penubuhan jawatankuasa yang dianggotai sembilan orang iaitu empat wakil Barisan Nasional (BN), tiga pembangkang serta seorang anggota bebas dan diketuai Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ditanya sama ada PSC boleh memutuskan untuk menentukan nasib projek Lynas, Najib berkata: “Tidak, ia hanya membabitkan proses pembabitan dengan orang ramai dan mereka perlu melihat semua aspek berkaitan projek, terutama faktor keselamatan dan sebarang kemungkinan ancaman terhadap keselamatan dan kesihatan.”

Sementara itu, Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata Lynas tidak patut meneruskan projek kilang memproses nadir buminya di Gebeng, Kuantan, sehingga Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) mengemukakan hasil kajian mereka dalam tempoh tiga bulan lagi.

Beliau berkata, pihaknya menyokong keputusan Kabinet menubuhkan jawatankuasa itu bagi menyelesaikan isu yang menimbulkan kebimbangan rakyat namun tidak bersetuju sekiranya syarikat terbabit meneruskan operasi kilangnya menggunakan lesen operasi sementara (TOL) yang diberikan Januari lalu.

“Lynas menimbulkan banyak reaksi dan pandangan berbeza rakyat. Penubuhan PSC satu langkah baik untuk menjadikannya lebih terbuka kepada rakyat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat GERAKAN, di sini, semalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2012 07:46 AM | Show all posts
PSC kaji pandangan semua pihak

Oleh Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail
[email protected]
2012/03/19

MOHAMED Khaled memangku anak Roselyn (kanan) ketika menziarahi keluarga mangsa bunuh, Nur Nadirah Abdullah di Flet Sri Delima, Pasir Gudang, semalam.


Jawatankuasa mahu gambaran sebenar aspek keselamatan projek kilang Lynas

PASIR GUDANG: Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai projek kilang nadir bumi di Gebeng, Pahang akan mengambil kira pandangan semua pihak, termasuk orang awam, pakar dan ahli akademik serta ahli politik.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pandangan semua pihak itu penting bagi mendapatkan gambaran sebenar dan mendengar secara asas pendirian semua pihak yang prihatin terhadap aspek keselamatan.

Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, PSC akan menjadi medium bagi mengenal pasti sama ada pandangan itu berlandaskan pengetahuan, persepsi, kebenaran atau menjadi bahan politik pihak tertentu.

“Jawatankuasa ini yang dianggotai sembilan orang, iaitu empat wakil Barisan Nasional (BN), tiga pembangkang dan seorang anggota bebas akan mendengar pandangan semua pihak berhubung projek ini.

“PSC akan menjadi medium bagi mendengar pandangan semua pihak. Ini sebahagian usaha kerajaan untuk memberi peluang kepada rakyat memberi pandangan,” katanya, di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa Kabinet memberi lampu hijau kepada penubuhan PSC berhubung isu projek berkenaan.

Penubuhan jawatankuasa itu bagi meningkatkan kesedaran dan keyakinan orang ramai terhadap keselamatan projek berkenaan berikutan ada antaranya yang masih bimbang serta ragu projek terbabit bakal memberi kesan buruk kepada keselamatan serta kesihatan masyarakat di sekitar kawasan kilang itu.

Mohamed Khaled berkata, PSC juga akan menjelaskan kepada rakyat mengenai kilang itu, terutama penduduk sekitar projek berkenaan supaya mereka mendapat maklumat sebenar.

“Negara tidak akan maju jika semua perjalanan negara dipolitikkan berasaskan kepada persepsi semata-mata. Penjelasan perlu diberikan kepada masyarakat melalui ilmu, pengetahuan dan bukti saintifik daripada sumber mahir,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Khaled menziarahi keluarga Roselyn Alan, 25, yang kehilangan anak perempuannya, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau dikenali sebagai Dirang, yang dibunuh kejam.

Selain bertanya khabar keadaan keluarga itu, Mohamed Khaled turut menyampaikan sumbangan peribadi bagi meringankan beban keluarga terbabit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2012 08:30 AM | Show all posts
Tanah sisa nadir bumi untuk PM, menteri

Harakahdaily,         18 Mac 2012

IPOH, 18 Mac: Gabungan aktivis anti-Lynas, Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) bercadang menghadiahkan contoh tanah tempat pembungan sisa pepejal nadir bumi di Bukit Merah untuk disimpan anggota kabinet termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusinya Tan Bun Teat berkata, tindakan itu bagi melihat adakah pihak kerajaan, sedia menerima sisa radioaktif itu yang didakwa mereka sebagai selamat dan tidak merbahaya sehingga meluluskan pembinaan loji nadir bumi The Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang.

"EALB (Lembaga Perlesenan Atom & Nuklear Malaysia) dan menteri-menteri kabinet kata sisa buangan radioaktif itu tidak merbahaya sampai dia kata 'kosong ancaman'. Kita nak tahu sama ada mereka akan mengotakan kata-kata mereka.

"Kita akan bawa balik sedikit sisa nadir bumi ini, dan kita cabar mereka untuk simpan dirumah mereka. Mereka jangn cakap tak serupa bikin," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi lawatan sehari ke Perak semalam bagi meninjau bekas tapak loji sisa nadir bumi di Kampung Bukit Merah yang telah ditutup pada 1992, di sini semalam.

Bagaimanapun katanya, tanah tersebut terlebih dahulu akan dijadikan baja untuk pokok bunga seperti cadangan EALB  sebelum pasu bunga itu diserahkan.

Ketika mengambil sampel tanah tersebut, beliau mendapati biarpun sudah lebih 20 tahun ditinggalkan, kadar radiasi tanah tersebut masih melepasi paras bahaya.

Terdahulu hampir 50 orang rombongan SMSL dari Kuantan datang ke sini mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Baru Bukit Merah di sini bagi mendapatkan maklumbalas berhubung kesan loji nadir bumi yang pernah beroperasi di sini.

Dalam pertemuan yang diadakan di Dewan Pusat Rukun Tetangga kawasan Bukit Merah itu, satu jawatankuasa penduduk dibentuk sebagai menyokong tindakan SMSL membantah Lynas di Pahang.

Tukar kerajaan penyelesaian terbaik

Sementara itu, Naib Pengerusi SMSL Ismail Abu Bakar berkata, langkah terakhir bagi menyelesaikan isu Lynas ini adalah dengan menukar kerajaan.

Katanya, kerajaan yang tidak mahu mendengar suara rakyat dan mahu menggadai keselamatan rakyat harus ditolak dan diganti kerajaan yang lebih bertanggungjawab.

"Apa yang kita dah buat jika tak berjaya, akhirnya kita terpaksa balik kepada rakyat.

"Kita akan mintak rakyat tukar kerajaan sebab Pakatan Rakyat sudah janji akan tutup Lynas jika menguasai kerajaan persekutuan," katanya.


p/s: ada bran tanam belakang umah PM dan Menteri????
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 08:48 AM | Show all posts
sekarang ni tajuk thread dah bulih panjang berjela ek
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 09:06 AM | Show all posts
najib dok sebok 1 mesia sana 1 mesia sini.....hakikatnyer dia lah PM paling teruk berbanding sebelum ...
sriwanis Post at 5-3-2012 18:12



   aku pun setuju dgn ko bab nie...
padehal, sebelum nie aku no problem jer dgn mana2 PM sebelum dia...

sampai era najib, semua hampeh~


sampaikan meluat tgk muka dia ari2 dalam tibisuku yg mcm gay (bibir pakai gincu)
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 09:13 AM | Show all posts
kalau tak bahaya kan, apsal ostolia tak mo sisa itu?

soklan mudah je lahanat.... yg ko  ...
toki_rompin Post at 9-3-2012 22:21


dol..asal kita bagi cakap lain sikit dari selera tekak dia, mula la nak kutuk orang..sejak bila aku ni jadi sokong umno..tapi ini soal benda yang betul..aku dalam industri radiasi dan nuklear ni dah dekat 10 tahun..kalau setakat belajar pasal atom masa sekolah dulu, pi la belajar lagi..jangan jadi bodoh sombong..percaya sangat pada ahli politik tu buat apa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.100722 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list