|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 23-1-2015 07:30 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 23-1-2015 07:33 AM
Jie rimas dengan renungan mata Ku Iz yang tidak lekang merenung wajahnya. Rasa tak selesa pun ada. Spaghetti bolognese yang berada dalam pinggan dikuis. Selera Jie mati. Fikiran melayang memikirkan Rayyan.
"Tak sedap ke sayang?" Ku Iz menanya apabila melihat Jie yang tak selera makan dari tadi. Jari jemari runcing Jie disentuh.Dia tahu Jie gemar makan spaghetti. Sebab itu disuruh pembantu rumah memasak untuk hidangan makan malam mereka. Saja Ku Iz tak mahu makan di luar. Peluang untuk Jie lari sangat tinggi. Ku Iz tak mahu ambil risiko.
Jie pantas mengelak. "Please don't call me sayang. I am not your sayang." Hanya Rayyan yang layak memanggilnya begitu. Bukan Ku Iz!
Ku Iz tak ambil kisah. Cuma senyum. " You bukan setakat sayang I, tapi you cinta hati I !" Sudu dan garfu diletak ke tepi. Jie didekati.
"Jiha... " Wajah gadis itu disentuh. Walau ditepis Jie, Ku Iz tak menghiraukan. " I nak jumpa Daddy you. I nak clearkan status perkahwinan kita. Kita kena pergi pejabat agama untuk check prosedur nikah dekat Malaysia. Sama ada kita boleh daftarkan saja pernikahan di sini atau kena nikah semula dekat Malaysia. Lepas semua settled, I nak you stay dengan I."Itu angan angannya sejak dulu.
Jie tak mampu berfikir apa apa. Otaknya buntu. " I nak balik." Segera langkah diatur untuk keluar. Jie perlukan ketenangan saat ini. Kepala mula berdenyut.
" You tidur sinilah malam ini. Esok I hantar you balik. I promise !" Ada banyak perkara yang perlu Ku Iz bincangkan dengan Jie.
"I tak nak." Jie pantas menolak. " I tak selesa ! I nak balik rumah, mandi. " Jie beralasan.
"Baju baju you dulu still ada dalam almari bilik kita." Segera tangan Jie ditarik menuju ke tangga. Jie terpaksa mengikut.
Ku Iz membuka pintu bilik dan mempersilakan Jie masuk. Jie teragak agak untuk masuk. Melihatkan Jie yang ragu ragu, Ku Iz segera mendukung Jie. Jie meronta ronta. Terkejut dengan tindakan Ku Iz yang tak diduga.
Ku Iz melepaskan pegangan terhadap Jie."You cantik sangat malam ini Jiha." Mata masih merenung Jie yang kini berada tidak jauh darinya. Bau minyak wangi dan rambut Jie membuatkan Ku Iz tak tentu arah. Spontan tubuh langsing dihadapannya dirangkul. Satu ciuman hinggap ke leher jenjang itu.
Jie tahu situasi tak selamat baginya. Ku Iz ditolak sekuat hati sehingga menyebabkan lelaki itu hilang imbangan. Peluang untuk lari. Pintu bilik dibuka. Pantas langkah menuruni tangga. Kunci kereta Ku Iz dicapai. Sejak dari mula masuk ke dalam rumah Jie memerhatikan tempat di mana Ku Iz meletak kunci keretanya. Senang untuk Jie larikan diri. Pintu utama rumah dibuka.
Jie terus keluar tanpa berpaling lagi.Enjin kereta dihidupkan. Teriakan Ku Iz tidak dihirau. Jie cuma mahu pergi jauh dari situ secepat mungkin.
|
|
|
|
|
|
|
|
I love jie.
Aku suka scene dimana girl tknk then boy macan pujuk ,dukung semua tu . Aku rasa mcm eee..Sweet gilerrr.giler.giler giler |
|
|
|
|
|
|
|
ada beberapa gak buku akak baca kisah psiko nih... tp kebanykkn mmg tak jangka ler... kekdg tuh, walaupun tau siapa...tp agak ohhh....gitu rupanyaa...kira nak tau kenapa watk dia akak boleh rasa macm tak kena ....tertanya gak...huhu...penulis ni bijak create watk gila tuh... tajuknya ENIGMA...mmg tak dijangka dek akal...
|
|
|
|
|
|
|
|
omg.! sentap cerita ni .
|
|
|
|
|
|
|
|
of couse a girl. bukan penk
|
|
|
|
|
|
|
|
alahi jie... macm2 dogaan... macm ada yg akn mati jek dlm citer nih...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 24-1-2015 05:05 PM
Satu ketukan kedengaran dipintu. Zack yang sedang menonton DVD berpaling. Langkah di atur ke arah pintu. Hati menyumpah tetamu yang tak diundang. Namun sebaik saja pintu terbuka Zack terkejut melihat wajah gadis yang berada dihadapannya.
" Najiha? You kenapa?" Zack tak menduga kedatangan Jie yang mengejut.
"Boleh I masuk kejap?" Jie tak tahu mahu ke mana. Kalau ke rumah ,mungkin Ku Iz akan mencarinya ke situ. Untuk bertemu Rayyan dia tak sanggup melukakan hati lelaki itu dengan kebenaran baru diketahuinya. Jie sedar tak manis untuk bertandang ke rumah Zack pada waktu ini. Apatah lagi dengan status diri yang masih kabur. Tak pasti sama ada dia tunang atau sudah bergelar isteri orang.
Zack hanya mengangguk. " Masuklah ! I buatkan coffee panas untuk you." Langkah diatur ke dapur meninggalkan Jie.
Jie mengeluh luar sedarnya. Segala yang telah berlaku hari ini seperti mimpi. Sukar untuk Jie menelan kenyataan dia sudah berkahwin.
" You ok tak Najiha?" Zack risau melihat Jie yang tampak lesu dan tidak bermaya. Gadis itu seolah berdepan masalah berat. Kopi panas dihulur.
"Thanks !" Jie menyambut. Fikirannya runsing. "Zack, , pernah tak you nampak atau rasa I macam ada hubungan cinta dengan lelaki lain sebelum you di Ohio?" Jie sendiri tak tahu kenapa dia menyoal begitu.
Zack diam memikir. Seingatnya Jie tak pernah berdampingan dengan lelaki lain selain dirinya sewaktu belajar dulu. " I rasa tak ada. Sebab kalau you ada lelaki lain masa itu, I takkan kacau you." Memang itu prinsip hidup Zack. Dia tidak akan sesekali mengambil hak orang. Walaupun masih cintakan Jie, dia tak akan merampas Jie dari Rayyan.
"Macam mana you kenal Ku Iz?" Jie cuma ingin tahu bila dan bagaimana Ku Iz mula bergelar pelajar di OSU.
" Entahlah Najiha. I dah tak ingat macam mana. Semuanya terjadi secara spontan. Kenapa tiba tiba you tanya macam tu?" Zack makin pelik dengan sikap Jie.
" Ku Iz.. Dia suruh I ikut dia tadi. Dia cakap I dengan dia... dah kahwin ! Then I accident, hilang ingatan sebab tu I tak ingat pasal perkahwinan kami. Dia tunjukkan I marriage cert sebagai proof. Serius I tak ingat I pernah kahwin ke tak. Katanya kami kahwin sebelum I bercinta dengan you .Setahu I, I cuma pernah bercinta dengan you. Sebelum you I tak pernah ada lelaki lain.. I keliru sekarang." Air mata mengalir lagi. Untuk kali yang ke berapa Jie sudah tak pasti. Hatinya hancur lebur.
"What? Ku Iz mengaku you dah kahwin dengan dia?" Zack mula curiga. Setahunya Ku Iz dan Jie tak pernah saling mengenali. Dia yang memperkenalkan Jie kepada lelaki itu. Bila masa pula Jie dengan Ku Iz kahwin? Adakah ini muslihat Ku Iz untuk menghalang Jie dari kahwin dengan Rayyan? Zack makin keliru. Tapi kenapa? Ku Iz tak pernah menunjukkan minat atau suka kepada Jie. Makin pening kepala.
"I pun pening Zack. Lepas satu satu. I tak sanggup nak jumpa Rayyan. Mesti dia ingat I mainkan hati dia." Terbayang wajah Rayyan di ruang mata. Maafkan I, Rayyan ! Nampaknya perkahwinan antara mereka akan terbatal sekiranya benar Ku Iz adalah suaminya.
" I macam tak percaya Najiha ! Kita kena siasat ! Tak mungkin you isteri orang waktu you bersama I." Zack sendiri sukar percaya kebenaran itu. Ku Iz suami Najiha? Tak logik !
" You kena berterus terang dengan Rayyan. Dia kena tahu dari mulut you sendiri sebelum Ku Iz yang bagitahu dia." Zack sempat memberi nasihat. Kebarangkalian untuk Ku Iz memberitahu Rayyan adalah sangat besar memandangkan mereka bersaudara. Tak mahu keadaan menjadi bertambah buruk.
Jie cuma merenung jauh. Tak tahu untuk mengambil tindakan seterusnya. Fikiran buntu. Kalau boleh dia ingin mati saja dari hidup dalam ketidakpastian seperti ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-1-2015 11:15 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 24-1-2015 11:57 AM
Ku Iz bengang ! Nampaknya Jie memang bijak. Mungkin tak mahu dijejaki menggunakan peranti GPS yang terdapat dalam kereta Ku Iz yang di pandu Jie maka gadis itu bertindak sedemikian. Megane RS diparkir di tempat dia bertemu Jie tadi. Ku Iz cuba membuka pintu kereta. Jie meninggalkan keretanya tidak berkunci. Dia terus masuk ke tempat pemandu. Golf GTI M7 tidak kelihatan.Bermakna Jie bertukar memandu kereta miliknya sendiri. Itu kesimpulan yang dapat Ku Iz buat. Gadis itu berjaya larikan diri darinya ! Ku Iz sangat masak dengan perangai Jie suka 'lari' bila ditimpa masalah.
Jiha Jiha .. Ku Iz resah memikirkan dimana mahu dicari gadis itu. Pada mulanya Ku Iz membiarkan saja Jie pergi menggunakan keretanya kerana senang untuk dia menjejaki kemudian. Penyudahnya begini ! Ku Iz tahu dia terlalu ikutkan perasaan.Sementelah lagi Jie masih bergelar isterinya. Tak salah rasa perbuatannya tadi. Lumrah untuk setiap lelaki normal.
" Isteri kau lari lagi lah ni bro?" Satu suara menyapa. Mata melilau mencari. Manalah tahu terjumpa gadis yang dicari.
" Nampaknya macam itu lah. Entah berapa lama lagi dia nak main hide and seek dengan aku. Tension aku ! "Spontan stereng dihentak. " Perempuan ini memang nak kena dengan aku !"
"Rileks bro ! Taufik cuba menenangkan Ku Iz. " Kau pun satu ! Berlambak perempuan dalam dunia yang satu tu jugak kau kejar. Dengan muka kau, duit kau, tambah pulak title family kau , aku rasa petik jari berlambak perempuan datang 'offer diri'." Kadang Taufik rasa Ku Iz bodoh. Cinta konon ! Padahal Ku Iz boleh dapat yang lebih cantik dan seksi dari Najiha yang dikejarnya. Apapun, Taufik tak kisah ! Sebab gadis bernama Najiha dia dapat buat duit. Dua lelaki kaya sanggup membayarnya sejumlah wang.
Sepatutnya Taufik diupah oleh Rayyan untuk memerhatikan gerak geri Najiha tapi Ku Iz membayarnya 2 kali ganda untuk membuatkan hubungan Rayyan dan Najiha renggang. Kebetulan Ku Iz teman rapat merangkap boss syarikat Taufik bekerja. Jadi Taufik lebih memihak kepada Ku Iz. Sebelum maklumat diberi kepada Rayyan , Ku Iz akan menapisnya terlebih dahulu.
" Entahlah. Aku dah tak nampak perempuan lain. Aku cuma nak dia." Ku Iz tahu mudah saja untuk mencari pengganti Najiha. Tabur duit sikit , lekatlah perempuan. Hadiahkan barang branded LV, Prada, Gucci tak kisahlah asalkan tip top dan harga mahal pasti gadis mudah jatuh cinta. Duit boleh beli perempuan ! Ku Iz akui kehidupannya tersasar jauh. Perempuan mana yang tak 'menyerah' padanya. Ada juga yang sampai 'termengandung' tapi Ku Iz cuma 'lepas tangan'. Bayar saja duit untuk tutup cerita. Senang ! Walau kerap bertukar pasangan cintanya hanya pada Najiha.
Bertemu Najiha kali pertama Ku Iz rasa terpukau. Satu perasaan yang aneh. Bukan kerana kecantikan Najiha yang membuat Ku Iz cair kerana Ku Iz dah biasa jumpa ramai gadis yang lebih cantik dan seksi. Najiha adalah satu satunya gadis yang berani menolaknya secara terang terangan. Malah Najiha sukar juga didekati. Mencabar kesabaran Ku Iz untuk mendapatkan gadis itu. Pada mulanya Najiha menolak dirinya, tapi Ku Iz bijak memainkan peranan sehingga berjaya membuatkan Najiha tunduk dan bersetuju menjadi isterinya. Ku Iz tak kisah Najiha tak cintakan dirinya, yang penting gadis itu miliknya.
"So apa plan sekarang?" Taufik menyoal apabila dilihat Ku Iz sedang sibuk melayan fikiran.
" Aku rasa aku tahu dia mesti akan jumpa Rayyan. Aku nak kau perhatikan gerak geri Rayyan. Kalau kau nampak diaorang berdua, kau cepat cepat contact aku. Ingat tu!" Ku Iz memberi arahan. " Kereta itu.. " Jari telunjuk ditunjuk ke arah BMW Sport yang diparkir disebelah. " Kau tolong hantar balik rumah aku. Aku bawa kereta ini balik."
Taufik hanya mengangguk. Patuh pada arahan yang diberikan Ku Iz. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 3-2-2015 08:45 PM
Deringan ' alarm' telefon bimbit Zack mengejutkan Jie dari lena. Tak pasti bila dia terlelap di atas sofa. Seingat Jie dia cuma menangis semalaman dan Zack menjadi pendengar setia. Selimut yang menyelubungi tubuhnya diselak. Pasti Zack yang menyelimutkannya untuk mengelakkan kesejukan. Zack pula dilihat tidur dalam keadaan bersandar di kerusi berhadapan 'laptop' tidak jauh dari Jie. Jie membelek jam tangan. Tepat pukul 6 pagi. Tak sampai hati membangunkan Zack yang nampak keletihan, Jie terus bangun. Dia ingin membasuh muka. Lagi pula hari ini hari Sabtu. Jie tahu Zack tidak bekerja.
Mata Jie tertancap di setiap gambar yang menghiasi ruang tamu Zack. Kebanyakan gambar dirinya dan Zack berdua. Ada juga gambar Jie berseorangan. Jie tersenyum sendiri mengingati kenangan indah mereka dulu. Kalau saja Ku Iz tak wujud dalam hidup mereka, pasti hubungan Zack dan Jie berjalan lancar.
Memikirkan Ku Iz cuma mendatangkan sakit hati. Jie sendiri tak pasti macam mana dia boleh mengambil keputusan bodoh mengahwini lelaki itu. Tak dapat membayangkan hidup bersama lelaki yang 'asing' dan ditakutinya. Jie tak selesa berdampingan dengan Ku Iz. Rimas ! Mata Ku Iz selalu liar memerhatikannya.
Jie bingas bangun. Malas mengenang perkara yang membuat resah. Dia perlu lakukan sesuatu untuk larikan diri dari semua permasalahan yang membelit ini. Walau sukar, Jie yakin pasti ada jalan penyelesaian terbaik. Berharap juga Rayyan mengerti semua yang terjadi ini diluar kehendak Jie sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 24-1-2015 04:17 PM
Bab 36
Mama buat hal lagi ! Rayyan baru mahu menghabiskan masa hari Sabtu untuk berehat tetapi Mama menggunakan kuasa 'veto' mengarahkannya menemani Zeeta membeli hadiah untuk majlis perkahwinan yang bakal gadis itu hadiri . Tambah memeningkan kepala, Mama meminta Rayyan ikut sekali pergi ke 'wedding' malam nanti. Bukan setakat Rayyan, malah Khalid dan Viana turut 'diwajibkan' hadir oleh Tengku Safiah. Kata Mama, teman baiknya Datin Munirah yang menjemput sendiri. Maka Tengku Safiah inginkan semua ahli keluarganya menunjuk muka. Anak perempuan tunggal Datin Munirah yang dulu belajar diluar negara sudah pulang dan kini ingin menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya.
Rayyan merenung telefon bimbit milik Jie. Sejak malam tadi dia sabar menanti panggilan dari tunang tersayang. Hati tak senang selagi tak mengetahui keadaan Jie. Risau bila mengingatkan kembali rakaman CCTV yang dilihat bersama Zack. Namun bila Rayyan berfikir secara waras , jika benar Jie mengikut Ku Iz pun, Rayyan yakin Ku Iz takkan berbuat yang tidak elok terhadap tunangnya. Ku Iz adalah sepupunya. Tak mungkin Ku Iz tega mengkhianatinya.
"Ray !" Satu panggilan dan ketukan bertalu talu kedengaran dibilik. Rayyan mula rasa terganggu. Kenal benar dengan suara Zeeta. Dia sudah bosan dengan kerenah gadis itu yang hingga kini masih tak jemu menagih cintanya.
"You kenapa, Zeeta?" Rayyan menyoal. Agak kasar nada suaranya kedengaran. Wajah cantik Zeeta direnung, tak puas hati.
Zeeta cuma membuat 'muka selamba'. Dah biasa dengan layanan 'dingin' Rayyan. "Cepatlah siap ! Dah pukul 12 tengah hari ini !" Gadis itu mendesak. Inginkan Rayyan menemaninya.
"You tunggu sajalah dekat bawah. Kejap lagi I turun." Rayyan segera menghempas pintu bilik tanpa mempedulikan Zeeta. Nampaknya Rayyan tiada pilihan lain. Terpaksa juga keluar bersama Zeeta. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 24-1-2015 09:04 PM
Nampaknya sudah pukul 12.30 tengah hari Zack masih lagi lena diulit mimpi. Jie serba salah untuk mengejut memikirkan Zack mungkin kepenatan. Mata melilau mencari tempat di mana Zack meletakkan kunci rumah. Jie sudah tak sabar untuk pulang ke rumah.
Telefon bimbit Zack yang terletak di atas meja berbunyi menandakan panggilan masuk. Bunyi kuat membuat Zack terjaga dari lena. Lantas Zack bangun menjawab. Suara pemanggil di sebelah sana sayup kedengaran.
Selesai bercakap di telefon Zack terperanjat melihat kelibat Jie yang membelakanginya sedang duduk menonton TV. Terlupa Jie ada bersama sekali. Semalaman dia menadah telinga mendengar Jie bercerita walau mata terasa kantuk yang teramat. Pantas Jie didekati.
"Sorry Najiha. I terbabas tidur." Zack tersengih. Segan memikir tabiat buruknya bangkit apabila matahari meninggi. "You dah nak gerak ke?" Zack menyoal apabila dilihat Jie sedang memegang kunci kereta.
Jie cuma senyum. " I tunggu you bangun. By the way I ada masak nasi goreng untuk sarapan. Tapi dah lambat sangat you bangun dah sejuk kot. You nak I panaskan tak?" Jie menawarkan bantuan. Memandangkan Zack sudi mendengar luahan hatinya semalam anggaplah ini sebagai membalas budi.
Pucuk dicita ulam mendatang! Zack mengangguk setuju. Perut memang berkeroncong minta diisi.
Seketika kemudian, Zack menghilang masuk ke bilik untuk mandi. Jie pula terus ke dapur sementara menanti Zack siap.
Selang beberapa minit kemudian Zack muncul di dapur. Jie kelihatan sedang membancuh kopi. Gadis itu tak nampak kekok di dapur walaupun berasal dari keluarga berada. Teringat sewaktu belajar dulu. Selalu juga mereka masak bersama. Indahnya kenangan dulu.
" Nah you !" Jie menghulur mug berisi kopi panas kepada Zack. Zack menyambut. Tersedar dari khayalan masa di Ohio.
Jie menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan dan diletakkan depan Zack. Sudu dan garfu dihulurkan sekali.
"Makanlah." Jie mempelawa setelah melihat Zack hanya diam terpaku dari tadi. Entah apa yang difikirkan Jie pun tak tahu.
Zack hanya menurut. Nasi goreng dicapai lalu disuap ke mulut. Tak tahu bila lagi berpeluang merasa masakan dari air tangan Jie. "Improved lah masakan you ! Sedap ! Kalau dekat Ohio dulu, kadang tawar kadang terlebih masin you masak." Zack memberi komen lagak juri Master Chef.
Jie hanya senyum. Rasa gembira melihat Zack berselera makan. Terlupa sebentar masalahnya,
"Najiha..." Zack bersuara kemudiannya setelah melihat Jie hanya diam. "You ingat tak Haslina? " Zack masih lagi belum sampaikan pesanan Haslina yang beriya menghubunginya sejak minggu lepas kepada Jie.
Otak ligat memikir. "Oh, Lina. Ingatlah !" Mata bercahaya. Haslina adalah antara kawan rapatnya sewaktu di Ohio dulu. "Kenapa dengan dia?"
"Actually dia...." Zack serba salah untuk memberitahu Jie sebenarnya. Namun memikirkan amanah orang dia terpaksa menyampaikan. Ramai teman universiti menyangka Zack dan Jie masih lagi berpacaran. Hakikatnya, tak siapa tahu Zack dan Jie sudah lama berpisah. Zack rasa berat untuk bersuara. Nafas ditarik panjang.
Jie masih setia menanti bicara yang bakal keluar dari mulut Zack. Rasa ingin tahunya memuncak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 24-1-2015 08:23 PM
Ku Iz rasakan perlu untuk berhadapan dengan Rayyan. Dia yakin sepupuya tahu dimana Jie berada sekarang. Semalaman Ku Iz menungggu kepulangan Jie dalam kereta berhadapan rumah gadis itu, namun Jie nampaknya tidak pulang langsung. Entah ke mana Jie pergi membawa diri.
Kalau terpaksa, Ku Iz akan memberitahu status hubungannya dengan Jie supaya Rayyan tidak berterusan mengharapkan cinta dari gadis itu. Buat masa ini Ku Iz tak mahu menyebarkan cerita Jie adalah isterinya. Biarlah kekal rahsia dulu. Banyak hati yang akan terluka jika kebenaran terbongkar. Lagipun silapnya juga kerana bersetuju dengan permintaan Jie dulu untuk merahsiakan pernikahan mereka. Ku Iz tak fikir panjang. Terus saja mengikut kehendak Jie asalkan gadis itu sudi menjadi isterinya. Alangkah terdesaknya Ku Iz pada waktu itu untuk memiliki Jie sedangkan Ku Iz tahu Jie hanya cintakan Zack.
Kalau saja mereka berterus terang dari dulu, Ku Iz rasa hubungan mereka takkan serumit ini sekarang. . Kemalangan itu punca segala. Jie terus tidak mengenalinya dan melupakan semua tentang dirinya. Kadang Ku Iz rasa Jie bukan hilang ingatan. Tetapi sengaja berpura pura hilang ingatan untuk menyingkirkan Ku Iz dari hidupnya. Hairan kerana Jie mengingati dan mengenali hampir setiap orang, tetapi bukan dirinya ! Jie menganggap dirinya ' stranger' yang patut dijauhi.
"Jauh berkhayal Iz.." Tengku Safiah sedari tadi melihat anak saudaranya yang termenung jauh. "Ada masalah ke?" Sebagai ibu saudara, Tengku Hafiz sudah dianggap seperti anak sendiri. Kasih sayangnya pada Tengku Hafiz setara dengan anak kandungnya Khalid dan Rayyan.
"Tak adalah !" Ku Iz senyum hambar. "Ray ada rumah tak Mama Long?" Mata meninjau mencari kelibat sepupunya.
Tengku Safiah menggeleng. "Ray tak ada. Dia keluar dengan Zeeta." Memikirkan Zeeta, hati Tengku Safiah berbunga, gembira." Mama Long berkenan sangat dengan Zeeta tu. Cantik , bijak dan pandai ambil hati Mama Long. Beza sangat dengan Najiha! Najiha itu harapkan cantik sajalah, tapi kuat melawan budaknya. Biadap !" Wajah Ku Iz ditenung. " Kamu tu Iz.. kalau nak cari isteri nanti , cari yang macam Zeeta. Jangan jadi macam Ray, entah apa yang duk gilakan sangat budak Najiha tu." Tengku Safiah puas dapat meluahkan rasa hati yang terpendam. Sejak dulu mengharap agar Zeeta menjadi isteri kepada anak sulungnya.
Ku Iz rasa tersindir mendengar kata kata ibu saudaranya. Kalaulah Mama Long tahu dia pun seperti sepupunya yang menggilai Najiha separuh mati, tak tahulah apa reaksi ibu saudaranya. Barangkali terkejut! Atau mungkin juga pengsan bila tahu kebenaran Najiha adalah isterinya yang sah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hurm..mcm betul2 je ni jie tu wife kuiz..ingtkn kuiz saje reka cerita |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 25-1-2015 08:06 AM
Jie rasa teruja hari ini. Hati pula rasa tak sabar. Peluang berkumpul dengan kawan kawan sewaktu belajar dulu takkan dilepaskan. Tak sangka Zack masih lagi berhubung dengan ramai bekas pelajar OSU. Tema pakaian adalah Hawaiian Fashion. Dress labuh bercorak bunga menjadi pilihan Jie. Jie bersedia untuk bersiap.
Jie cuma mekap simple. Eye shadow dicalit ke kelopak mata. Pemerah pipi di pakai untuk menambah seri wajah . Akhir sekali lipstik berwarna pink disapu ke bibir. Siap ! Wajah yang terpantul dicermin ditatap.
Rambutnya yang perang dikerintingkan bahagian bawah menggunakn 'curler'. Nampak cantik bergulung.
Setelah berpuas hati dengan penampilannya Jie mencapai telefon bimbit Experia Z3 yang sempat dibeli petang tadi. Sengaja Jie menukar nombor telefon baru. Niat hati untuk menghubungi Rayyan. Sayangnya panggilan tidak berjawab. SMS dihantar memberitahu Rayyan, dia akan keluar bersama Zack.
Setelah tiada balasan dari Rayyan, Jie segera menghubungi Zack. Dia sudah berjanji untuk pergi bersama lelaki itu. Mungkin mereka akan naik satu kereta sahaja. Lebih senang dan selamat Jie rasa jika Zack ada bersama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 25-1-2015 08:09 AM
Zack dan Jie berjalan seiringan memasuki lobi JW Marriot. Jantung Zack masih lagi berdegup kencang sedari dari berdua dalam kereta tadi. Mata terpukau melihat Jie. Hati makin tertawan. Perasaan sama yang dirasa sewaktu mula berkenalan. Ternyata hanya gadis itu mampu membuat hidup Zack jadi gundah.
Sampai di ballroom, mereka mencari meja yang dikhususkan untuk bekas pelajar OSU. Azim teman rapat Zack sewaktu belajar menggamit Zack dan Jie untuk duduk semeja. Sempat berborak kosong sementara menunggu majlis bermula.
Jie tak sabar untuk melihat Haslina dalam busana pengantin. Pasti cantik ! Mengenali Haslina gadis itu memang suka 'break the rule'. Lihat saja majlis persandingan malam ini. Tema pakaian untuk para tetamu adalah Hawaiian. Tak pernah dibuat orang ! Biasanya pengantin akan memilih tema pakaian tradisional atau formal untuk para tetamu.
Pengacara majlis mengumumkan ketibaan pengantin. Haslina tampak jelita memakai gaun panjang berlabuci putih. Suaminya pula tampak segak berblazer serba putih. Senyuman mekar dibibir kedua mempelai. Tampak sama cantik sama padan !
Majlis dimulakan dengan bacaan doa. Selesai doa diaminkan tetamu disaji dengan persembahan silat sebagai hiburan.
Seketika kemudian, upacara menepung tawar dimulakan. Para tetamu turut dijemput menepung tawar pengantin.
Jie tak sangka Tan Sri Isa dan Tengku Safiah dijemput sebagai tetamu VIP untuk merenjis tawar. Mata mencari wajah Rayyan yang dirindu. Ternampak Viana dan Khalid. Senyuman dihadiahkan kepada mereka. Jie perasan Rayyan yang sedang merenungnya. Mata mereka bertemu. Jie senyum. Namun senyumannya mati melihat Zeeta yang sedang melentok manja duduk disebelah Rayyan. Pantas Jie mengalih pandangan.
Sayu mula dirasakan Jie. Kalau benarlah Ku Iz adalah suaminya, bermakna dia bukan lagi 'suci'. Sesuatu yang berharga dalam dirinya sudah tiada untuk 'dihadiahkan' kepada Rayyan. Rasa rendah diri muncul. Rayyan berhak mendapat yang lebih baik. Zeeta sememangnya cantik menawan dan yang paling penting Zeeta masih 'suci'.
Para tetamu disajikan pula dengan tontonan video mesra pasangan pengantin Haslina dan Haikal suaminya. Video menayangkan saat perkenalan dan juga detik bahagia pernikahan mereka. Zack sempat mencuri pandang Jie yang duduk disebelahnya. Alangkah indah jika kisah cinta mereka berakhir sehingga ke jinjang pelamin. Walau Zack sendiri tahu itu semua mustahil namun bayangan dirinya dan Jie duduk dipelaminan berlegar difikiran.
"I love you Najiha.." Tanpa sedar kata kata itu terluah di bibir. Perlahan namun jelas.
Jie yang sedang mengelamun tersentak. " You cakap apa tadi Zack?" Wajah Zack ditenung.
Zack gelabah. " I... Erm I.. laparlah." Sengaja memberi alasan begitu. Zack harap Jie percaya.
Jie cuma angguk faham. Majlis protokol memang ambil masa lama. Mata merenung skrin dihadapan tetapi fikirannya melayang jauh. Tak sedar segala tindak tanduknya diperhatikan Ku Iz.
Ku Iz sengaja duduk jauh dari Jie dan Zack. Belum masanya untuk dia mendekati mereka. Sekarang ini, Ku Iz lebih suka jadi pemerhati.
Usai tayangan video, tetamu dipersilakan untuk menjamah hidangan. Pelayan hotel sibuk menghidangkan makanan buat para jemputan. Sambil menjamu selera , tetamu dihidangkan dengan persembahan nyanyian penyanyi jemputan Jamal Abdillah.
Majlis memberi ucapan dedikasi kepada pengantin. Keluarga dan teman teman rapat bersilih ganti memberi ucapan. Suasana gembira dan sangat teruja mendengar ucapan romantis yang terluah. Ada juga yang bertepuk tangan tanda memberi sokongan.
Haslina ingin membuat kejutan. Dari tadi mata asyik memandang pasangan yang dirasakan romantis itu. Pembesar suara dicapai.
"Terima kasih kepada Tan Sri, Puan Sri, Dato Datin, tuan puan dan semua jemputan hari ini. Saya sangat berbesar hati dengan kehadiran semua tetamu. Terima kasih ! Saya ada satu permintaan khas." Haslina diam sebentar sebelum menyambung. "Saya nak Zafrey untuk tampil menyanyikan lagu untuk saya dan suami." Sorakan bergemuruh kedengaran. Terutamanya dari meja bekas pelajar OSU.
Azim menyiku Zack supaya tampil ke depan.Zack terpaksa melangkah mendapatkan Haslina dan suami. Terkejut besar dengan permintaan pengantin yang tak diduga. Malu berada di khalayak ramai.
"Handsome kan orangnya.." Haslina sengaja menyakat. "You nak nyanyi lagu apa Zafrey?" Pembesar suara diserah kepada Zack. Zack kelu. Mata ternampak piano.Sempat membisik kepada Haslina untuk menyanyi sambil bermain piano.
"Nampaknya Mr Zafrey kita nak main piano sambil menyanyi. Hebat ! Tanpa membuang masa dipersilakan." Haslina membantu Zack mengubah suai kedudukan pembesar suara supaya senang Zack untuk bermain piano dan menyanyi. Satu tepukan gemuruh kedengaran.
Zack meletakkan jari ke atas piano. Note muzik yang memang terhafal di fikirannya ditekan. " This song special for the bride and the groom. Also for her.. Autumn 2012.. my memory."
Selesai berkata begitu Zack memulakan nyanyian. Perasaannya rasa sebati dengan lagu. Lirik yang sangat bermakna untuk dia. Khas buat Najiha !
My Memory
modu gio-khae-yo ku sun-gan
nunul kamumyon aju chagun ildo bo-ineyo
You’re far away
tahul su omnun gose
saranghandanun maldo kidarin-danun maldo haji mothago
chongmal mollatjyo kudael irohke
tashi mannal churun saenggak-chocha mothae-ssotjyo
ajing nol saranghae
ijerado nege gobae-khal-kke
I wanna love you forever
nuchi a-nhat-damyon irohke nawa hamkke yongwo-nhi
oraetdongan
kudaen naye gasume
ma-nhun shigan hullodo
aju molli issodo sara issojyo
chongmal mollatjyo kudael irohke
tashi mannal churun saenggak-chocha mothae-ssotjyo
ajing nol saranghae
ijerado nege gobae-khal-kke
I wanna love you forever
nuchi a-nhat-damyon irohke nawa hamkke yongwo-nhi
Jie tersentak. Tahu lagu itu ditujukan untuknya. Jie mula teringat sesuatu. Zack menyebut Autumn 2012. Tahun mereka bersama. Sedangkan Ku Iz mengatakan mereka sudah berkahwin sebelum dia dan Zack bercinta. Jie rasa matanya sendiri melihat tarikh perkahwinan mereka 2013 kalau tak salah. Ada kemungkinan Ku Iz menipu ! Jie bercadang untuk keluar sekejap namun langkahnya terhenti mendengar kata kata Haslina usai Zack habis menyanyi.
"Kalau tadi kita dengar suara Zafrey seorang menyanyikan lagu korea. Saya ingin menjemput teman rapat saya Najiha untuk tampil menyampaikan lagu." Haslina sengaja ingin mengenakan pasangan romantis dimatanya itu.
" Untuk pengetahuan semua, Najiha dan Zafrey adalah pasangan paling romantis sewaktu di Ohio. Kita doakan cinta mereka berakhir di jinjang pelamin." Sekali lagi satu sorakan kedengaran.
Zack dan Jie terpaku. Tak sangka Haslina memberi ucapan begitu.
" Nak dengar mereka berduet tak?" Walaupun bergelar raja sehari nampaknya perangai gila gila Haslina tetap tak berubah. Suaminya disisi hanya senyum dengan gelagat sang isteri. "Mereka pernah berduet lagu Jika Kau Tiada. So hari ini saya nak mereka berduet lagu yang sama. Silakan pasangan romantis Zafrey dan Najiha !" Haslina mendekati Jie.
Jie gugup sewaktu pembesar suara diberikan kepadanya. Zack cuma tenang. Spontan Zack menyanyi.
Suatu ketika dahulu
Ku tersesat dalam hidup
Sehingga muncul menjelma
Rasa sayang kepada mu
Jie senyum ke arah Zack.Mata bertentang mata. Lirik itu mula mekar dihatinya. Dia mula menyambung.
Rupanya inilah cinta
Nikmatnya baru ku rasa
Tak terbayang bagaimana
Hidup jika kau tiada
Satu perasaan aneh mula bercambah dihati mereka. Bibit bibit cinta dulu makin terasa. Zack dan Jie seperti kembali ke zaman sewaktu masih belajar. |
|
|
|
|
|
|
|
X sangka plak TT ni bro.. and x sangka jugak jie tu bini ku iz!
Tp sape plak yg upah kasi dadah dkt jie? Xkan ku iz plak? Motip?
Sambung cepat cite ni broooo |
|
|
|
|
|
|
|
Haha... kena tgg update la sis..
Cte ni da nak abis da
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 25-1-2015 10:01 PM
Zeeta tak mampu menahan airmata lagi. Kalau selama ini disabarkan hati menghadap sikap dingin Rayyan tapi kali ini Rayyan keterlaluan ! Tanpa memikirkan air muka Zeeta, Rayyan memarahinya sesuka hati dihadapan Viana dan Khalid. Puncanya kecil sahaja. Zeeta memuji kekacakan Zack dan kehebatan lelaki itu menyanyi. Tak dapat dinafikan Zack memang memiliki karisma yang tersendiri. Malah tak keterlaluan Zeeta katakan wajah Zack lebih kacak berbanding Rayyan. Namun , Zeeta tidak bermaksud untuk berkata begitu untuk membuat Rayyan cemburukan Zack yang dilihat penuh perasaan menyampaikan lagu disamping Jie. Ayat itu spontan keluar dari mulutnya. Memang Zeeta kagum dengan 'chemistry' yang wujud antara Zack dan Jie ketika menyanyi tadi. Terserlah bibit bibit cinta antara mereka berdua. Layaklah dengan gelaran 'pasangan romantis' yang diberikan.
"Tak eloklah gadis secantik you menangis. Nah, ambil ni laplah air mata you." Satu suara menegur. Kasihan melihat gadis itu menangis seorang diri. Sapu tangan yang sentiasa dibawa bersama dihulur.
Zeeta menunduk wajah.. Sapu tangan disambut. " Thanks!" Pantas air mata disapu. Zeeta terpaku apabila melihat lelaki dihadapannya.
"Miss.. Miss.." Jari dipetik setelah dilihat gadis itu tidak memberi sebarang respon.
Zeeta tersedar. Pipi mula memerah. Segan memikir lelaki dihadapannya melihat dia menangis. Sudahlah ini baru kali pertama bersua muka.
" Zeeta.. Just call me Zeeta." Zeeta menghulurkan tangan berkenalan.
Salam bersambut. "Nama I..."
"Zafrey, kan?" Zeeta segera menyambung.. "You kan 'center of attraction' malam ini." Senyumannya hambar. Kesedihan masih bersisa."By the way pandai you main piano. You belajar dekat mana?" Topik perbualan sengaja ditukar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-1-2015 09:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 25-1-2015 10:42 PM
"You boleh panggil I Zack saja. Panjang sangat Zafrey tu ! Tapi kalau you nak juga panggil panjang panjang, nama penuh I Zafrey Daniel Hazriq." Zack sekadar ingin membuat Zeeta tertawa. Pesan Umi masih tersemat dihati. Gembirakan hati orang yang bersedih maka kita juga akan beroleh kebahagiaan.
Usaha Zack berjaya. Zeeta mula senyum menampakkan giginya yang putih tersusun cantik.
" I belajar main piano dengan Najiha. Dia lagi 'teror' dari I." Zack menyambung kemudiannya. "Itu dia 'sifu'I." Jari telunjuk menghala ke arah Jie yang baru keluar dari ballroom. Tadi Jie sibuk beramah mesra dengan bekas pelajar perempuan OSU. Zack pula tak mahu mengganggu Jie dan yang lain sibuk ber'selfie'.Maka Zack ambil keputusan untuk menunggu Jie diluar. Mana tahu ternampak pula Zeeta yang sedang duduk berair mata seorang diri.
Jie terus mendapatkan Zack. Terperasankan Zeeta juga ada disitu. Perasaan kurang senang muncul di benak Jie. Cepat cepat Jie usir jauh.
" Hi Zeeta !" Gadis itu disapa mesra. " You all kenal satu sama lain ke?" Nampak Zack dan Zeeta berbual mesra tadi.
"Baru saja kenal. Betul tak Zeeta?" Zack merenung Zeeta. Zeeta hanya mengangguk.
" Zeeta !!" Rayyan melaung dari jauh."You tau tak Mama I puas cari you? Yang you mengada ngada keluar tak bagitahu sesiapa ini dah kenapa?!" Rayyan tak terpandangkan Jie dan Zack yang sedang berdiri berdekatan. Hati marah dengan tindakan kebudak budakan Zeeta. Nada suara tinggi.
Zack yang merasakan Zeeta tak patut dikasari sebegitu memandangkan gadis itu sedang bersedih terpaksa masuk campur.
" Sorry Rayyan ! I bukan nak masuk campur tapi you tak patut tinggikan suara you dekat Zeeta. Cakap elok elok kan boleh." Zack cuba menegur. Kasihan melihat wajah Zeeta yang merah padam menahan malu.
" You diamlah Zack !" Rayyan memang cemburukan Zack yang dilihat mesra berdampingan dengan tunangnya dari tadi.Tindakan Zack seperti menjolok sarang tebuan. Perhatian beralih ke Zack. Penumbuk dikepal. Bila bila masa boleh mengenai sasaran.
"I cuma nak you show some respect. Zeeta perempuan. Tolong hormati dia !" Zack menerangkan logik tindakannya. Sememangnya Zack diasuh untuk tidak berkasar terutamanya dengan kaum hawa.
"You memang tak faham bahasa kan? !" Rayyan hilang pertimbangan. Zack dihampiri.
Jie terpaksa masuk campur. Kalau dibiarkan kedua lelaki itu mungkin akan bertumbuk. "Stop it Ray !" Jie berdiri di antara Rayyan dan Zack untuk mengelak pergaduhan.
"Takkan pasal benda kecil pun you nak gaduh? I rasa Zack betul ! You kena respect Zeeta!" Walaupun Rayyan tunangnya , Jie masih tahu membezakan kebenaran.Rayyan tak ada hak memarahi Zeeta sesuka hati. Zeeta juga ada hati dan perasaan !
" Sampai hati you menangkan lelaki lain dari I !" Rayyan tambah panas hati apabila Jie tidak menyebelahinya.
"You memang ada skandal dengan jantan tak guna ini kan?" Cemburu makin menguasai diri Rayyan. " Dasar 'bitch'!
" Mind your word , Rayyan !" Jie sudah tak boleh sabar dengan tuduhan melulu tunangnya. Satu tamparan dihadiahkan kepada lelaki itu. .
Rayyan hilang kewarasan. Tangan diangkat bersedia untuk membalas tamparan Jie. Terlupa sejenak siapa gadis dihadapannya.Satu tamparan hampir mengenai pipi Jie ...
"It's too much Rayyan !" Zack segera menumbuk Rayyan. Lelaki itu memang melampau ! Zack tak dapat menahan sabar lagi melihat Jie cuba dikasari.
"Don't you dare to touch her ! Langkah mayat I dulu !" Biarlah ramai mata menyaksikan pergaduhan mereka , Zack tak peduli. Sesiapa saja yang hendak menyakiti Najiha perlu berhadapan dengannya terlebih dahulu !
Tengku Safiah dan Tan Sri Isa yang kebetulan berada disitu tercengang melihat keadaan huru hara yang berlaku.
Zack terus menarik tangan Jie untuk pergi dari situ. Bengang mengenangkan perlakuan Rayyan tadi.
Jie hanya menurut. Masih lagi tak percaya Rayyan lelaki yang dicintai sanggup mencuba mengasari dirinya. Sampai hati you Rayyan .. Air mata teman setia saat ini.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|