|
youtube Sidang Media Kes Amirul- Rakan cerita hal sebenar
[Copy link]
|
|
Dah tadak sapa nak memperjuangkan nasib Amirul ker.... senyap jer....
Hanya tembak belakang kereta
Oleh SITI NOORALINA AHMAD
[email protected]
SHAH ALAM 14 April - Koperal Jenain Subi mengaku melepaskan beberapa das tembakan menggunakan senjata sub-mesingan Heckler & Koch MP5 menghala ke bahagian bawah belakang kereta yang dipandu oleh remaja, Aminulrasyid Amzah bagi memberhentikan kenderaan itu daripada terus bergerak secara melulu.
Jenain, 49, dari Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berkata, dia mengesyaki kereta tersebut dipandu oleh seseorang yang baru selesai melakukan jenayah seperti rompakan di luar kawasan berdasarkan pemanduannya yang laju, secara ke kiri dan ke kanan dan melanggar lampu isyarat.
Lelaki itu bagaimanapun menafikan berniat menyebabkan kematian mangsa kerana dia hanya mensasarkan pelurunya ke bahagian tayar belakang dan bawah kereta tersebut, bukannya di bahagian atas.
Jenain yang diwakili peguam M. Athimulan menyatakan demikian ketika memberi keterangan bela diri atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Bapa kepada empat anak itu dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian remaja tersebut di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini antara pukul 1.10 hingga 2 pagi, 26 April tahun lalu.
Aminulrasyid mati akibat kepalanya terkena sebutir peluru yang menembusi cermin belakang dan penyandar kepala tempat duduk pemandu kereta Proton Iswara nombor pendaftaran BET 5023 yang dipandunya tanpa pengetahuan keluarga.
Jenain yang sudah 25 tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan bahawa dia mungkin sedang marah ketika kejadian dan sengaja melepaskan tembakan.
''Saya tenang dan sabar sahaja, kalau saya marah sudah tentu saya menghabiskan kesemua 25 peluru dalam satu kelopak itu.
''Sekiranya saya berniat membunuh mangsa, sudah pasti saya menghalakan ke bahagian atas dan mungkin banyak peluru akan mengenai mangsa,'' katanya.
Jenain menceritakan, selepas kereta itu berhenti dia melihat seorang lelaki berjaya keluar dan melarikan diri daripada kereta Proton Iswara itu selepas bergelut dengan Konstabel Mohd. Izham Mahayadin dan Koperal Azhar Hashim.
Menurut Jenain, dia memeriksa keadaan pemandu dan mendapati mangsa telah jatuh mengiring ke tempat duduk penumpang hadapan dan selepas menarik kaki mangsa, dia lihat darah di kepala dan mula menghubungi bilik gerakan IPD dan ambulans.
Mohd. Izham dan Azhar merupakan krew peronda yang menaiki kereta peronda polis, MPV 589 yang menghubungi Jenain untuk meminta bantuan menahan kereta mangsa yang melepaskan diri daripada pemeriksaan polis.
Menurut Jenain lagi, pada malam kejadian, dia dan rakan setugas, Konstabel Mohamad Hafizd Mohd. Yusof, 27, menaiki MPV 614 bergegas ke lampu isyarat di hadapan Hotel Concorde selepas mendapat hebahan daripada Izham pada pukul 1.45 pagi.
Perbicaraan di hadapan Hakim Latifah Mohd. Tahar bersambung esok. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 521# satrianaga
lebih kurang gini laa senjata yg digunakan tuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 522# satrianaga
leh slamat lg ke kalau dah berdas2 peluru keluar dari sub mesin gan ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply satrianaga
leh slamat lg ke kalau dah berdas2 peluru keluar dari sub mesin gan ni?
tebuanharimau Post at 15-4-2011 11:27
kalu dengan duduk dalam kereta yg tengah bergerak tembak auto.... aku rasa sebutir-dua tuu mau sesat gak dari sasaran. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply satrianaga
leh slamat lg ke kalau dah berdas2 peluru keluar dari sub mesin gan ni?
tebuanharimau Post at 15-4-2011 11:27
Boleh. buktinyer kawan dia kat sebelah tu masih hidup sihat waalfiat. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tadak sapa nak memperjuangkan nasib Amirul ker.... senyap jer....
Hanya tembak belakang keret ...
satrianaga Post at 15-4-2011 11:10
moral of the story...jaga laa anak anak di waktu malam...bukan sahaja polis...perompak pun boleh tembak...fikir fikirkan laa... |
|
|
|
|
|
|
|
muka cam mat rempit leh caya ka...ni jenis degil nak mampos x leh control dek mak bapak ni... |
|
|
|
|
|
|
|
tu la.. nampak polis je, lari.. kan dah kena... |
|
|
|
|
|
|
|
nampak nasib amirul dah basi untuk dibahaskan......
kejap jer beria-ria nak bela..... |
|
|
|
|
|
|
|
Polis yg nembak ni tarap pendidikannya tahap mana eh?? just nak tau |
|
|
|
|
|
|
|
Pengajaran: Jagalah anak betul2
Jangan budak2 bawah umo dibiar lepas bebas jahh
Anak2 ni amanah tuhan utk dijaga & dibentuk
Dah berlaku musibah sibuk pulak dok menyalahkan org lain
Polis tu pon ada anak bini mak bapak sedara mara gakk
Apa perasaan bila laki/bapak/anak derang kena caj kat mahkamah?
So... biarlah dia diadili sewajarnya |
|
|
|
|
|
|
|
Pengajaran: Jagalah anak betul2
Jangan budak2 bawah umo dibiar lepas bebas jahh
Anak2 ni amanah tu ...
solstice Post at 15-4-2011 15:41
aku setuju ngan komen ko..
nice... |
|
|
|
|
|
|
|
Polis yg nembak ni tarap pendidikannya tahap mana eh?? just nak tau
tebuanharimau Post at 15-4-2011 15:29
tembak pro ker tak..peluru sesat x kira mangsa... |
|
|
|
|
|
|
| |
|