|
Saksi cuma 'syaki' Memey-Norman berkhalwat kerana berada dalam satu premis
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Memey dan Norman tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi sesi soal balas kes khalwat mereka. - foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOF
KUALA LUMPUR: Keterangan saksi hari ini sukar untuk membuktikan yang pasangan tertuduh, aktres Memey Suhaiza dan aktor Norman Hakim melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29 1 (a) dan (b) membabitkan berkhalwat.
Saksi, Abdul Rahman Lai dalam perbicaraan kes itu berkata dia hanya mengesyaki pasangan Memey-Norman melakukan kesalahan itu sekitar pukul 2 hingga 2.30 pagi ketika disoal oleh Timbalan Pendakwaraya.
Rahman juga memaklumkan dia bersetuju dengan soalan peguam syarie yang dia terjumpa Memey pada pukul 2.45 pagi di tingkat bawah manakala Norman di tingkat atas pada pukul 3 pagi sekali gus tidak menunjukkan mereka melakukan kesalahan itu.
Rahman yang bertugas sebagai ketua operasi di Jabatan Agama Islam Selangir itu juga mengaku tidak mengabil sebarang barang bukti kes di lokasi kejadian termasuk gambar sewaktu menahan pihak tertuduh.
Berdasarkan fakta kes, Norman Hakim atau Mohamed Norhakim Zaidon, 33, ditemui di bilik atas, manakala Memey atau Suhaiza Suhaimi, 21, ditemui di tingkat bawah iaitu sedang duduk atas kerusi di kaunter pada masa yang berbeza.
Abdul Rahman yang juga saksi pertama pihak pendakwaan memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Syarie, Muhamad Nazri Basrawi sementara perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Syarie Salehudin Yatim
Norman dan Memey tidak mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, jam 3 pagi, 30 Oktober 2008.
Rahman juga mengaku tidak pernah memberikan sebarang kenyataan akhbar selepas melakukan tangkapan itu supaya kenyataan itu tidak diputarbelitkan dan bimbang bercanggah dengan fakta.
Dia juga tidak mengetahui sama ada salah seorang anggotanya, Khairul Nizam memberiksn kenyataan dalam sebuah rancangan TV.
"Saya tak tahu (Khairul Nizam memberikan kenyataan media) dan biasa menonton program itu," katanya.
Apabila peguam Fakhrul Azman Abu Hassan menyoal sama ada keadaan mengetuk pintu selama setengah jam (tanpa sebarang reaksi) tidak boleh menunjukkan kesalahan berkhalwat, Rahman menjawab, "Itu untuk prosedur tindakan diambil."
Rahman juga mengandaikan orang di dalam rumah (Memey dan Norman) boleh mendengar ketukan grill yang dianggarkan mempunyaijarak dalam 5 kaki persegi apabila disoal oleh Timbalan Pendakwaraya.
"Biasanya boleh mendengar...saya pasti boleh dengar," ujarnya.
Lelaki itu turut menelah yang orang di dalam premis itu boleh melihat di luar berdasarkan lubang pada pintu.
Perbicaraan menjadi agak hangat apabila peguam yang mewakili Memey dan Norman membantah keterangan Rahman kerana dia telah memberikan fakta baru yang tidak dibangkitkan dari awal prosiding.
Seterusnya, Rahman juga mengaku dia ada menyaksikan tilam dan bantal dalam sebuah bilik.
Rahman turut bercerita mengenai suasana dia terjumpa Norman dalam sebuah bilik kecil di tingkat atas.
"Bilik itu banyak barang dan tertuduh (Norman) berada di celah-celah barang tersebut.
"Saya tak sempat tanya tapi dia sendiri yang jawab kerana mendengar bunyi bising di bawah lalu dia masuk ke dalam bilik itu untuk meninjau apa yang berlaku.
"OKT lelaki (Norman) banyak bercakap daripada pihak kami(JAIS) waktu soal jawab secara bergilir-gilir.
"Malah dia mengalih topik perbualan dan membangkitkan isu yang lain," jelas Rahman.
Rahman menambah, ketika berada di bilik atas, Norman yang memakai baju T-putih dan berseluar pendek ketat enggan memberikan kerjasama.
"Saya setuju dengan peguam kalau kedua-dua tertuduh berada di tempat persembunyian pada pukul 3 pagi. Sekiranya diambilkira waktu kami sampai pada jam 2 hingga 2.30 pagi, mereka disyaki berada dalam satu premis.
"Ia disyaki berdasarkan maklumat pengadu dan keadaan waktu itu kerana kedua-dua OKT (Memey dan Norman) mengambil masa yang lama untuk membuka pintu dan langsung tidak membuka pintu.
"Tempoh masa yang lama untuk kami masuk ke dalam boleh memberikan pelbagai kemungkinan yang berlaku," jelasnya.
Kes ini ditangguhkan ke tiga tarikh - 28 Ogos, 11 September dan 9 Oktober, pukul 9 pagi di Mahkamah Rendah Syariah di sini dengan mendengar keterangan saksi seterusnya. |
|
|
|
|
|
|
|
pdn muke depa. walaupon bersalah or tidak, yg pasti dorg dh dpt balasan nye. dah la asyik kne pg mhkamah, malu lg, kne byr peguam lg.. tuhan dh mula mmbalas perbuatan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Hakim tegur Norman dan Memey kerana datang lambat
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Norman dan Memey ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. -foto The Star
SESI perbicaraan kes khalwat aktres Memey Suhaiza dan aktor Norman Hakim berlangsung bermula pukul 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Bagi prosiding setakat ini, hanya saksi yang tampil memberikan keterangan manakala kedua pelakon itu hadir untuk mendengar keterangan.
Walaupun mereka tidak perlu menjalani perbicaraan pada hari yang ditetapkan, namun tidak bermakna Memey dan Norman boleh lambat datang ke mahkamah sehingga Hakim Syarie, Salehan Yatim turut menegur kedua-duanya secara baik.
“Saya harap semua pihak boleh sampai sebelum pukul 9 pagi supaya kes boleh berjalan dengan lancar,” katanya dalam nada yang perlahan tetapi tegas.
Dalam pada itu, Norman mempunyai alasan sendiri kenapa dia lambat hadir ke mahkamah.
“Saya baru habis penggambaran pada 7.30 pagi tadi dan saya pun tak sempat tidur,” katanya yang sedang menjalani pengambaran drama ‘The Cup’ untuk saluran Astro Citra.
Bagaimanapun, Norman berkata dia tetap akan memberikan komitmen sebaik mungkin.
“Saya rasa perbicaraan hari ini agak pening sedikit mungkin sebab dua perkara iaitu spekulasi dan andaian yang diberikan oleh saksi serta sebab tidak tidur dari semalam.
“Tapi saya tak boleh beri komen yang panjang lebar. Saya anggap perkara ini adalah sebahagian perjalanan hidup saya.
“Mind set saya perlu bersedia dengan apa yang direncanakan oleh mahkamah. Saya tak boleh beri apa-apa komen kerana kenyataan saksi lebih kepada andaian.
“Saya tahu apa yang berlaku sebelumnya. Saya anggap setiap perbicaraan adalah proses pembelajaran.
“Saya rasa letih sedikit tapi komitmen perlu diberikan,” jelas Norman.
Tak campur urusan Abby-Zul ke Indonesia
Baru-baru ini, sebuah rancangan tv, ‘Galaksi’ mengeluarkan cerita tentang bekas isterinya, pelakon Abby Abadi, teman lelakinya, pelakon Zul Ariffin dan kakak Zul yang baru pulang bercuti dari Indonesia.
Dalam rancangan itu, Abby agak terkejut kerana dia tidak memberitahu sesiapa melainkan Norman.
Namun, wartawan dalam program itu berkata yang pihaknya menerima Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) daripada seseorang yang tidak dikenali.
“Saya tak nak masuk campur kerana ia adalah hal peribadi. Saya tak tahu-menahu dan itu satu andaian kalau dia berkata saya yang menyebarkan SMS itu.
“Saya sentiasa bersiap-sedia dan terima seadanya. Saya jalani kehidupan manusia yang normal dan datang dari publisiti yang penuh dengan andaian dan spekulasi,” ujarnya dalam nada sinis.
Dia juga memaklumkan yang Memey bukanlah pengurusnya tetapi gadis berusia 21 tahun itu membantu dari sudut penjadualan kooperatif.
Sementara itu, wanita yang dikaitkan sebagai orang yang paling rapat dengan Norman sekarang iaitu Memey berkata dia juga tidak mahu mencampuri urusan bekas isteri majikannya itu.
“Memang saya mengetahui perkara itu (Memey dan Norman bercuti ke Indonesia) daripada Norman sendiri tetapi apa urusan dia saya tiada hak untuk masuk campur.
“Saya terkejut juga sebab Galaksi tanya pasal tu (sebab SMS). Saya hanya tahu tetapi jauh sekali untuk buat dan fikir perkara itu.
“Wallahualam, kita tak boleh nak tuduh apa-apa dan tak boleh nak jangka,” katanya yang sedang menjalani pengambaran drama 44 episod ‘Cinta Balkis’. |
|
|
|
|
|
|
|
pening kot wartawan mstar nih..
kejap kata abby-zul p indon
pehtu, perenggan lain, ckp memey ngan norman laks p indon.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lama lg kes ni nak selesai dah siap ada tarikh lg....
cepat lah habis dah menyampah dgn kes dua org putar alam ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
X HABIS2 LAGI KISAH JANTAN & BETINA NI.... MELUAT AKU TENGOK .... KALAU BETUL NORMAN TU BETUL SAYANGKAN MEMEY TU MESTI DIA GENTLEMEN DAH NIKAH DENGAN MEMEY TU... DAH SAH2 BETINA TU KENA MAIN DENGAN NORMAN JE.... SIAPA YANG RUGI??? SANG BETINA TU JUGAK.... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan senang nak tangkap org berkhalwat ni....kalau JAIS buat suwey, imej kerajaan Malaysia terjejas...bukan imej normey-memey ni... |
|
|
|
|
|
|
|
no komen la .....
nurul2086 Post at 1-8-2009 13:11
bahaya wei.. kene potong kredit kang |
|
|
|
|
|
|
|
haha..org dok stadi hangpa kacau plak |
|
|
|
|
|
|
|
Norman, Memey kekal pengakuan tak bersalah selepas pertuduhan khalwat dipinda
28/08/2009 12:20pm
KUALA LUMPUR 28 Ogos – Pihak pendakwaan kes khalwat pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza meminda pertuduhan terhadap kedua-dua mereka dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.
Pindaan tersebut dibuat terhadap masa kejadian iaitu dari pukul 1.45 pagi kepada antara pukul 3 pagi.
Pasangan tersebut mengekalkan pengakuan tidak bersalah mereka selepas pertuduhan itu dibaca semula. - Utusan. |
|
|
|
|
|
|
|
MASIH ADA LAGI ke CERITA MANGKUK AYUN NIE....dah lali dan basi-lah oooi |
|
|
|
|
|
|
|
x hbs lg ek..bile nak settle kes nih..kawen je la senang |
|
|
|
|
|
|
|
tak abis abis cerita dorang |
|
|
|
|
|
|
|
citer dorang ni tenggelan dalam citer bus.setat n wagediks dals |
|
|
|
|
|
|
|
bilalah nak abis cter memey ngan norman ni....
kawin jerlah... |
|
|
|
|
|
|
|
tiga empat hari sebelum puasa,i pegi UO makan kat johnny's steamboat dalam dok syok layan makan ni ternampak la 2 orang artis ni masuk dalam restaurant ni lalu betul2 depan i n dok bersebelahan meja makan i.dalam hati i teringat ex wife dia n anak2.selama ni i x percaya sgt ngn gosip diorg berdua ni.tp bl saksikan dengan mata kepala sendiri sedihnye rasa. |
|
|
|
|
|
|
|
citer dorang ni tenggelan dalam citer bus.setat n wagediks dals
songeh_jer Post at 27-8-2009 21:59
Kalau ada latest news, nanti naik balik.
Memek takda buat apa-apa statmen.
Normiang pown dah senyap seribu bahasa. Puas gaknya makan benda pecuma.
Abby pown sibuk, takda masa nak shopping ngan Zole....... |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kes nie, saper lak yang bodoh nak ngaku salah. Dah sedap buat projek berbulan2 tapi kasian kenapa x ngaku ek. Apa la nak buang masa org nak gi mahkamah, ngaku la jer. Be gentlemen la. Bagus ker, bangga ker da buat keje tapi menafikan Memalukan Masyarakat sekitar Ampang ker..... Patut diPULAUKAN |
|
|
|
|
|
|
| |
|