|
Wanita Kelantan Culik Bayi, Disyaki Akibat Dari Kemurungan
[Copy link]
|
|
dan engkau tak tahu camana nak hadapi hari tanpa me di forum cari
|
|
|
|
|
|
|
|
Kahkahkahkahkah.........
Orang paham kau tengah kemaruk dapat anak hasil pensenyawaan telor, after more than 10 years of wait..... .tapi ghairah tu berpada pada le....si imani tuh bulu pepez pun dah tumbuh, tapi ibunya masih ghairah kemaruk tak habis lagi?
wakakaakakakakaakakaka
|
|
|
|
|
|
|
|
its ok manak, me maafkan you untuk semua fitnah u buat
sepanjang kita berforum...
|
|
|
|
|
|
|
|
berkadar kemaruknya tu.........Anak kucing itu pun tahu sayangkan anak...inikan pula anak manusia...Tak payah nak tunjukkan kemaruk kau yang berlebih lebih tu...
Kohkohkoh
|
|
|
|
|
|
|
|
sila jangan tunjuk kemaruk sangat dengan me manak,
bertahun ngekor, tak bosan ke...
|
|
|
|
|
|
|
|
urmmmm...kot ye pun xyah la smpai menculik baby org aduii... |
|
|
|
|
|
|
|
nononcrux replied at 17-11-2016 11:25 AM
yang ade baby sanggup buang dlm semak yang takde baby pulak sanggup menculik, eh pelik la manusia zm ...
Zaman 20k?
Kau dah terkena syndrome laba ni.....
@pyropura bahaya gak syndrome laba. Kena rehat & rawat tu.....
|
|
|
|
|
|
|
|
faraway1 replied at 18-11-2016 02:52 AM
sila jangan tunjuk kemaruk sangat dengan me manak,
bertahun ngekor, tak bosan ke...
Bertabahlah fara......
Manak tu dari zaman gelak wakakaka....sambil guling-guling, skrg dah tukar jd kohkohkohkoh pulak......
Memang berzaman dah dia ngekor U......
|
|
|
|
|
|
|
|
astaghfirullah
okay - macam mana security hospital itu?
aih - hmm?
macam mana dia bolos?
bahaya ni
tapi pasangan ni kena pi kaunseling or jumpa pyschologist ( clinical) , psychiatrist untuk masalah kehibaan depa ni hilang anak ...i mean yups pada sesetengah manusia cara depa hadapi maslah tu tak sama sampai berisiko pada org lain...kesian jugak ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana sakit ni bole mendorong sampai nak menculik ya?.
Semalam ada yg bg info si suami tak tau si isteri keguguran.
Tak tau la ni nak kesian ke macam mane...
Muda lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian jugak walaupun salah
muda lagik masih ada peluang..
suami pun kemurungan sama jugak ker..
pndai la2 jaga bini tu..
kalau benda yg salah dia nak buat, x kan ikut sama... |
|
|
|
|
|
|
|
baca kat utusan malam tadi katanya both of them dlm tahanan pun tak banyak ckp..
plus suami ikut isteri sbbnya tak tahan isteri kemurungan teruk sangat..
im so lucky dulu masa anak meninggal sbb bersalin awal.. fam support sangat..
takde bagi duduk sorang2x..
selalu borak2x hal bodoh2x dengan i..
sbb tak nak i teringat ank2x yang meninggal tu..
moral support kena ada.. 2 tahun kot kawin dorng ni.. mungkin stress juga org duk tanya bila nk ada anak..
|
|
|
|
|
|
|
|
KOTA BHARU 17 Nov. - Terlalu sayangkan isteri dan tidak sanggup melihat wanita tersebut terus kemurungan.
Itu antara punca menyebabkan seorang lelaki sanggup bersekongkol dengan isterinya menculik seorang bayi pe-rempuan dari Wad Kanak-Kanak Hospital Tanah Merah, kelmarin.
Lelaki tersebut turut beranggapan dengan mendapatkan seorang bayi baharu kepada isterinya dapat menggembirakan kembali wanita tersebut yang mengalami keguguran cahaya mata pertama mereka pada Jun lalu.
Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, hasil siasatan, pihaknya mendapati suspek lelaki yang bersama isterinya menculik bayi berusia lima hari itu adalah normal.
Bagaimanapun katanya, semata-mata ingin membantu mengurangkan kemurungan isterinya lelaki tersebut sanggup melakukan apa sahaja.
Suspek bawa bayi diculik ke balai polis.
Dalam insiden kelmarin, kedua-dua suspek yang merupakan pasangan suami isteri bersama bayi yang dilarikan dari Hospital Tanah Merah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah. UTUSAN/FIRDAUS HASSAN
“Wanita berkenaan mengalami kemurungan melampau seolah-olah membayangkan kejadian itu (keguguran anak) baru semalam berlaku. Pasangan tersebut berkahwin sejak dua tahun lalu dan masih belum dikurniakan anak.
“Kita mendapati, lelaki itu menanggung kesedihan cukup berat apabila melihat keadaan isterinya. Suspek berusaha mencuri bayi lain bagi menggantikan anak mereka sehingga tidak sedar mereka melakukan kesalahan besar,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin, pasangan suami isteri masing-masing berusia 26 dan 23 tahun itu bertindak di luar dugaan apabila menculik seorang bayi perem-puan berkenaan dari wad tersebut.
Pasangan terbabit yang berpura-pura sebagai ibu bapa kepada bayi tersebut telah memperdayakan jururawat bertugas termasuk mengikuti semua prosedur discaj bayi dari wad berkenaan.
Bagaimanapun, polis berjaya menahan pasangan terbabit di kediaman mereka di Alor Hijau Bukit Ta-nah, Seli-sing, Pasir Puteh, kira-kira pukul 10 malam iaitu selepas enam jam mereka melarikan bayi berkenaan.
Sementara itu, polis mengesahkan tiada pembabitan pihak ketiga dalam kes berkenaan sebaliknya didalangi pasangan suami isteri tersebut.
Dalam pada itu, Din memberitahu, setakat ini, pihaknya telah mengambil keterangan lima individu termasuk pegawai keselamatan, jururawat dan doktor hospital berkenaan bagi membantu siasatan.
“Suspek wanita yang ditahan reman bersama suaminya itu kini masih mengalami kemurungan dan kurang bercakap. Kita akan membantu dengan memberi khidmat kaunseling bagi memulihkan semangatnya,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
- See more at: https://www.utusan.com.my/berita ... thash.R9iA62xU.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
Kemurungan ni boleh hilang ke atau akan ada side effect dia bila sembuh? kesian memang kesian. Si ibu kandung pun pasti fobia. tercalar juga emosi. Yang menculik pulak harap diberi rawatan sewajarnya la |
|
|
|
|
|
|
|
Kemurungan ni merbahaya .... Ibu boleh bertindak agresif kpd anaknya sendiri hingga boleh membawa maut. Jadi perlu dirawat. Perlu ada sokongan dari pihak suami dan keluarga.
Apa yang menyebabkan meroyan atau kemurungan posnatum?
Ia mungkin disebabkan kimia otak atau reaksi anda kepada perubahan-perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda. Ada kalanya, perkara-perkara harian biasa sahaja boleh terasa terlalu membebankan. Apatah lagi keadaan-keadaan yang lebih sukar untuk diatasi, seperti:
- Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu, atau
- kemurungan semasa kehamilan.
- Suami yang kurang menyokong,
- atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan.
- Masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan anda.
- Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.
- Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat.
- Mendapati sukar untuk menyusu badan.
-Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang daripada ibubapa anda semasa anda masih kecil.
CARA MERAWAT PENYAKIT KEMURUNGAN MENURUT ISLAM.
Kemurungan adalah sejenis penyakit biologikal yang dihidapi seseorang tidak disedari tanpa mengira usia, jantina, personaliti, latar belakang dan fisiologi seseorang. Kewujudannya menjadi satu ancaman kepada kesihatan manusia dan lebih merbahaya daripada penyakit berbahaya lain seperti penyakit jantung, diabetes, darah tinggi dan angin ahmar kerana sifatnya yang boleh membunuh secara senyap. Seseorang yang menghidap penyakit kemurungan dapat dilihat dari segi tingkah laku dan cara percakapan. Individu yang murung cenderung untuk menyendiri dan bersikap anti sosial. Mereka lebih suka duduk menyendiri daripada bergaul dengan orang ramai. Sebahagiannya pula bertindak agresif terhadap orang lain sehingga boleh mencederakan. Dari aspek dalaman pula, individu yang murung mudah berasa risau, tertekan, fikiran menjadi tegang, cepat marah, mengeluh, runsing, rasa kecewa dan mudah mengangis. Semuanya berlaku secara berbaur tanpa ada sebab yang munasabah dan mudah difahami.
Penyakit kemurungan perlu dirawat segera bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak didingini berlaku. Hal yang demikian kerana negara pernah digemparkan dengan berita kematian pelajar sekolah kerana membunuh diri akibat menggantung diri dan terjun dari bangunan tinggi. Tragedi berdarah itu berlaku disebabkan gangguan jiwa dan kemurungan yang dihadapi remaja tersebut di tahap kritikal. Persoalannya ialah apakah yang menjadi punca berlakunya masalah kemurungan ? Hasil daripada kajian, antara punca berlakunya masalah kemurungan ialah kehilangan seseorang yang sangat dikasihi, bosan dengan suasana kehidupan, mendapat tugasan yang dirasakan membebankan, kecewa dengan kegagalan, tekanan hidup persaingan dan konflik dalaman.
Islam memberi konklusi yang berbeza tentang masalah kemurungan. Manusia secara fitrahnya dipengaruhi oleh unsur dalaman yang terdiri daripada nafsu, jiwa dan perasaan. Sekiranya unsur-unsur tersebut mengalami gangguan, maka akan mempengaruhi tingkah laku dan perbuatannya. Faktor lain yang dikenal pasti sebagai punca ialah gangguan daripada makhluk halus iaitu jin dan syaitan yang membawa kepada ketidakstabilan emosi dan hilang kewarasan akal. Hasutan jin dan syaitan adalah bermotifkan untuk menyesatkan manusia supaya melakukan perkara-perkara yang membinasakan diri seperti membunuh. Justeru, kaedah yang paling berkesan perlu dilakukan untuk merawat penyakit kemurungan dalam kalangan remaja ialah melalui kaedah rawatan batiniyah yang berkonsepkan ketuhanan.
Terapi secara kerohanian dilihat sebagai alternatif terbaik untuk merawat penyakit kemurungan dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, Asma ul-Husna, solat, zikir, doa, munajat dan melakukan amalan kebaikan sebagaimana yang digariskan oleh syara’. Allah swt sentiasa mengingatkan manusia agar sentiasa mengingatiNya bagi mendapatkan pertolongan sebagaimana disebut dalam surah Al-Baqarah ayat 152 yang bermaksud :
“Maka ingatlah kepadaKU. Aku juga akan ingat kepadamu”.
Dan firmanNya lagi dalam ayat 153 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”
Antara panduan yang boleh digunakan sebagai terapi jiwa menggunakan pendekatan Islam ialah membaca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, surah Thaha (ayat 1-5), surah Al-Insyirah, berwudhu’, dan memperbanyakkan salawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw. Ini bertepatan dengan pendapat Ibnu Qayyim al-Jauzi dalam kitabnya berjudul Zadul Ma’ad yang mengatakan bahawa tidak ada doktor yang boleh merawat penyakit jiwa melainkan beramal soleh, menghampirkan diri kepada Allah dan mengingati hari kiamat. Ini berdasarkan kepada firman Allah swt dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud :
“Wahai manusia yang telah dating kepada kamu Al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang ada di dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman”
Islam menggalakkan umatnya supaya menjadi generasi yang cergas, cerdas dan bersemangat untuk menghadapi ragam kehidupan yang semakin mencabar. Kekuatan yang ada pada diri perlu dibentuk dengan melengkapkan keperluan fisiologi dan mentalitinya. Selain merawat aspek batiniyah, aspek lahiriah juga perlu dijaga dengan melakukan beberapa kaedah. Antaranya ialah menjaga kesihatan diri melalui pemakanan dan senaman secara rutin. Selain itu, menjaga kebersihan diri dan persekitaran juga amat penting bagi mengelakkan penyakit dan gangguan syaitan.Gaya hidup perlu diubah dengan berhenti merokok dan mengelakkan diri dari meminum arak kerana boleh menjejaskan kesihatan diri dan akal sebagaimana peringatan Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud :
“Pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnya”
Penyakit kemurungan juga dikaitkan dengan masalah anti-sosial dan isolasi yang berpunca daripada perasaan rendah diri dan kurang keyakinan kerana kecewa setelah gagal untuk mencapai sesuatu. Cara terbaik yang boleh dilakukan ialah banyak beriadhah bersama keluarga dan bergaul dengan orang ramai supaya jiwa dan mentaliti tidak dibelenggu dengan beban perasaan yang membawa kepada kemurungan. Hubungan yang erat antara ahli keluarga dapat meransang emosi yang lebih stabil, bersemangat dan bermotivasi untuk menghadapi cabaran hidup. Sebaliknya apabila keadaan jiwa dan emosi yang tidak stabil, syaitan akan mengganggu dan menghasut supaya hilang semangat, putus asa dan meletakkan diri di tempat yang hina. Segala usaha tersebut perlu dilakukan dengan niat semata-mata kerana Allah swt bagi mengharapkan rahmatNya supaya dihindarkan daripada perkara-perkara yang memudharatkan. Firman Allah swt dalam surah al-Ra’d ayat 28 yang bermaksud :
“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram “.
Kesimpulannya, segala masalah yang dihadapi perlu diselesaikan dengan pendekatan yang berlandaskan syara’ . Yakinlah bahawa setiap masalah pasti ada cara untuk menyelesaikannya dan Allah adalah penolongnya. Sesungguhnya Allah swt tidak akan membebankan dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung kerana kasih terhadap umatNya. Jadikan cabaran hidup sebagai penguat diri untuk menjadi insan yang lebih baik kerana umat yang sentiasa diuji adalah umat yang dikasihi. Elakkan daripada terlalu mengikut perasaan dengan jiwa yang kosong kerana keadaan demikian pasti akan mengundang masalah kemurungan. Kemurungan boleh menggugat keimanan dan menjadikan manusia berada di lembah kehinaan. Jadikan diri sebagai manusia yang cemerlang bagi mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Wallahua’lam. |
|
|
|
|
|
|
|
2k ala ko ni pantang typo laju je nak hencap
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nomey at 18-11-2016 11:19 AM
kat hosp a.star pun guard akan check tag ibu n baby, kita bagi borang discaj dan sign buku bagai.
tapi masalahnya, guard yg hilang. xtau la ke toilet ke apa. lama jugak la nak menunggu dia datang tu.
klu time tu nak jadi kes culik ke hapa, memang kena la guard tu. patutnya mintak la tolong sesiapa ganti kalau emergency sangat pun. bahaya kot. xpepasal masuk dalam nanti. kesian anak2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pressure ok hidup dalam ummah yang bertasbih satu nafas mengumpat satu nafas..fefeeling alim sambil bertanya dgn nada sinis dasar makcik kimak laknat...mampus lah kau di akhirat kelak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|